" Maaf Damia... Ikram nak batalkan pernikahan kita" Kata kata terakhir yang aku terima melalui panggilan telefon dari seseorang yang aku cintai sepenuh hati selama lima tahun akhirnya terlerai dihari pernikahan kami. Aku yang duduk dipelamin indah bersanding seorang diri kerana cinta hatiku telah pergi meninggalkan ku. Takkan ku lupa raut wajah pemuda bernama Ikram itu. Peristiwa yang merentap jiwaku takkan aku lupa.
Bunyi jam loceng membingitkan telinga. Malas aku bangun namun apakan daya aku harus akur dengan kitaran kehidupan yang berputar umpama roda. Mataku aku garu agar lebih jelas penglihatan. Cahaya mentari pagi yang menyinar di balik tirai aku tatap. Tulang belulang ku kedengaran bercantum semula setelah aku membuat regangan kuntau. Aku mencapai tuala lalu masuk ke bilik air.
" Perfect.. Your body so sexy Damia" pujiku sendiri. Tubuhku yang tidak dibaluti waima seurat benang aku tatap. Tubuh langsing rona tan aku lirik manja. Tubuhku kebanggaan ku.
" woi tak siap lagi ke.. dah pukul lapan setengah ni" Daria.. satu satunya kakak ku merangkap musuh abadi ku mula bising. Aku segera mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. Aku yang bekerja sebagai Guest relation officer di sebuah resort harus kelihatan anggun sentiasa. Setiap apa yang berada ditubuhku akan menjadi perhatian kerana kumpulan kami ibarat permata resort.
"morning my lovely sister" sapaku. Roti yang siap dibakar Daria aku capai dan aku suapkan ke mulut.
" kak.. mama ada call kau" soal ku
" ada... dia suruh balik rumah malam ni.. dia nak masak" ujarnya. Aku hanya mengangguk.
" kau nak balik?" soalnya.
" kau? " soalku kembali
" mestilah aku balik.. mama kot.. kalau papa mungkin tak la" aku terdiam. Papa dan mama ku bercerai dua tahun lepas angkara orang ketiga. Bukan aku tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka berpisah kerana tidak sefahaman tapi kerana mereka seolah menipu aku dan Daria. Dihadapan kami mengatakan mereka boleh bersama sedangkan hakikatnya mereka hipokrit. Papa menjalinkan hubungan dengan isteri barunya sejak aku dibangku sekolah. Hal itu berlanjutan hingga wanita itu menghamilkan anak papaku dan mereka bernikah setahun sebelum mama dan papaku bercerai. Apa yang mengecewakan aku adalah mereka tanpa segan silu beraksi ranjang dirumah kami dan mama seakan tidak punya perasaan apabila Daria mengajukan soalan kepadanya. Apa yang lebih memeritkan lagi wanita itu yang kini ibu tiriku adalah ibu kepada rakan karib ku. Papaku juga punca kebahagiaan keluarga sahabatku musnah dan aku kehilangan sahabat karib. Buli... ya disebabkan itu aku dibuli disekolah. Aku yang bersekolah disekolah convent dimana semua pelajarnya adalah perempuan menjadi bahan ejekan dan tawa mereka. Perasaanku tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Sedih, kecewa dan sakit hanya Daria tempat aku luahkan semuanya. Bagi mama dia merestui hubungan papa dengan wanita itu selagi mana mereka tidak menganggu kerjayanya yang juga seorang founder sebuah produk kecantikan. Bagi mama money is everything.. walaupun terpaksa menggadai perasaan anak sendiri. Dan apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah seperti tidak terkesan kerana hati kami sudah lama terguris dengan kepuraan mereka.
"woii cepatlah.. nanti lambat.. aku ada meeting kejap lagi" ujar Daria. Aku meneguk susu yang dituang Daria untukku lalu mengikutnya dari belakang.
" kereta kau bila siap.. " soal Daria
" lusa.." balasku
" kau dah confirm dengan mamat tu.. buatnya dia scam kau naya.. " Daria mengingatkan
" Dah.. dia kata bagi dia bill nanti dia bank in kan duit.. " balasku
" kau percaya" Daria.. spesis yang tidak mudah percaya pada sesiapa dan disebabkan itu dia masih belum punya teman lelaki walaupun usianya sudah mencapai tiga puluh tahun. Aku dan Daria berbeza dua tahun namun aku lebih mudah didekati dari Daria yang agak ketat wajahnya. Ramai yang telah dipasangkan untuknya namun semuanya hanya sekadar pertemuan biasa. Daria seorang yang workaholics, agak sukar untuk punya masa lapang untuk mengintai jejaka pilihan.
" memang aku tak percaya.. aku suruh dia datang dekat bengkel lusa.. " balasku.
" good.. manusia sekarang bukan boleh percaya.. suka scam orang.. " pesannya. Aku hanya diam.
Seperti biasa aku harus mengadap puluhan ragam manusia setiap hari. Manusia dan ragam tidak dapat dipisahkan. Hari ini sahaja aku terpaksa mengadap tiga ragam manusia yang menyerabutkan otakku. Jika diikutkan hatiku mahu saja aku hempuk dengan fail yang berada dimejaku namun demi menjaga dan status hotel ku yang bertaraf lima bintang itu aku harus sabar.
"Mia.. apa kes tadi.. kecoh satu lobi" Angel, gadis berbangsa kadazan menghampiriku.
" kes apa.. kerek je lebih.. nak privacy katanya tapi kau booking building.. lain la kau book villa dapat la private pool.. ni building kau kena la share pool dengan orang.. apa punya manusia la.. dah tu nak tukar pergi villa nak harga building mana boleh.. dah nak upgrade tapi harga nak maintain.. aku malas nak serabut aku pass kat Daria biar dia yang pening" tawaku dihujung.
" habis la kau kena attack dengan dia nanti " seloroh gadis itu.
" itu perkara biasa.. balik rumah nanti aku ngorat dia.. dia ok la" tawa kami berderai. Dalam tengah kami tertawa meja ku diketuk. Tawa kami terhenti.
" ya Encik.. ada apa yang boleh saya bantu" soalku. Pemuda itu memandangku bengis.
" kau nak kerja ke nak bersembang" soalnya
" hah.. maaf Encik saya tak perasan" Aku dan Angel berpandangan. Pemuda yang memakai kaca mata itu memandang kami. Aku tidak tahu pandangannya dilemparkan kearah siapa. Aku atau Angel kerana kacamata hitamnya itu menghalang mataku dari menembusi penglihatannya.
" Aku dari tadi tunggu bilik aku.. agak agak pukul berapa aku boleh check in" bengisnya lagi.
" maaf ya Encik.. saya periksa dengan FO ya.. boleh saya dapatkan booking nombor or id untuk saya buat pemeriksaan" pintaku. Dihulur selembar kertas kepadaku. Aku memeriksa baginya.
" dia ni biol ke apa.. dah terang terang dia request late check in.. yang dia datang awal dari time ni buat apa.. sekarang baru pukul dua.. kau nak check in pukul lima.. bengong la" bisik hatiku.
" maaf Cik.. dekat sini cik request late check in pukul lima.. so dalam pukul lima or mungkin empat setengah macam tu baru encik boleh check in" ujarku
" dah aku terpacak dekat sini kau nak suruh aku tunggu lagi tiga jam ke" marahnya.
" Cik boleh rehat dekat lounge dulu or tidak pun cik boleh rest dekat waiting hall.. dekat situ ada day bed untuk encik baring hilangkan penat sementara cik nak tunggu bilik siap.. saya akan minta room maid siapkan bilik cik secepat yang mungkin." aku hanya memberi cadangan.
"aku nak tidur dekat bilik bukan waiting Hall" tegasnya
" ya saya tahu.. tapi bilik encik belum siap lagi.. jadi saya cadang kan encik rehat disitu atau lounge.. saya akan order minuman dan snek untuk cik.. FOC" ujarku. Dia hanya diam.
" mari saya bawakan encik ke lounge or encik prefer waiting hall" soalku.
" Hall.. aku nak rehat.. " ujarnya. Aku tersenyum dalam paksa
" mari saya bawakan.. nanti snek dan minuman encik boleh pesan disana ya" ujarku. Aku menarik nafas lega.
"Mia.. apasal kau lepas semua dekat aku.. kau tahu buat kerja ke tak ni" suara nyaring Daria bergema di talian. Bingit. Dijauhkan ganggang telefon itu dari telingaku.
" kerja aku attend guest je bukan adjust or update reservation.. apatah lagi nak buat booking.. tu kan kerja kau.. kau jangan nak makan gaji buta ye" selorohku. Aku tahu Daria akan mengamuk apabila aku lepaskan room booking issue padanya. Malas aku nak semak semakkan kepalaku.
" kau... siap kau kejap lagi.." ugutnya.
" apa ni main ugut ugut.. tak profesional la.. " tawaku. Kedengaran ganggangnya dihempas kuat. Aku tertawa sendiri.
"Damia" panggil Angel. Aku memandangnya hairan.
"apa" rungutku. Konsetrasiku terganggu.
" Guest tadi cari kau" ujar Angel. Aku bangun dari dudukku lalu berjalan ke dewan menunggu. Pemuda itu menatapku seperti singa yang kelaparan.
" ada apa yang boleh saya bantu encik" soalku tenang walaupun hatiku tidak setenang raut wajahku.
" luggage aku mana" bentak pemuda itu. Aku memandang sekeliling. Tiada.
" maaf encik saya akan periksa dengan bellman dan saya akan minta dorang hantarkan luggage encik" ujarku. Pemuda itu kembali diam dan duduk semula.
" semak betullah" rungutku.
Aku merebahkan tubuhku ke sofa. Bau aroma lavender dari pewangi rumah mama menenangkan jiwa. Mungkin kerana itu adalah rumah syurgaku. Aku berasa tenang dan aman. Mataku hampir lelap tiba tiba terbuntang apabila sebiji bantal melekap dimuka ku.
" strike" tempik Daria dengan gaya kemenangan mutlak.
" sakit la setan" marahku. Aku baling semula bantal itu namun sempat dielaknya. Kedengaran suara gelaknya yang lari ke dapur mendapatkan mama. Aku kembali bersandar. Mataku aku pejamkan semula namun tidak lama kemudian mataku kembali segar. Manakan tidaknya bau aroma masakan mama menjengah hidungku. Perutku yang sedari tadi aman mula berkeroncong. Aku bangun dan melangkah malas menuju ke ruang makan. Aku tarik kerusi berhadapan Daria dan aku ceduk hampur kesemua lauk yang terhidang.
" hurmmm this is amazing.. mama's cooking never lose.. " puji Daria. Aku mengiyakan saja.
" korang tidur sini ya.. mama ada hal nak bincang dengan kamu berdua" aku dan Daria saling berpandangan sebelum mengangguk setuju.
Aku dan Daria duduk di ruang tamu. Siaran yang kami tonton tidak dapat kami beri tumpuan kerana kami memikirkan hal yang sama. Apa yang mahu dibincangkan mama.
" mama pergi mana.. kereta takde pun" soalku. Daria hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
" curious aku..tak pernah mama nak discuss dengan kita tiba malam ni.. macam serius je bunyi" tempelakku.
" tu lah aku pun fikir benda yang sama.. ke mama nak kawin lain" teka Daria. Bantal ditanganku alu baling ke arahnya.
" mulut kau kan.. hanat" marahku. Daria hanya menjeling setelah kedengaran kereta mama memasuki kawasan parkir. Mata kami tertumpu pada pintu utama yang bakal diselak mama.
" korang berdua dah kenapa" mama sedikit tersentak melihat kami merenungnya
" mama pergi mana.. kata nak discuss something" Soal Daria. Aku hanya berdiam.
" ya.. mama ada perkara nak bincang tapi sebelum tu mama nak kenalkan korang dengan someone" kami berpandangan. Muncul seorang lelaki dari pintu. Aku tergamam.
" lelaki ni.. ya.. dia.. " bisikku.
" kau dah kenapa Mia.. kena sampuk ke" soal Daria.
" dia ni lah yang buat kecoh dekat lobi tadi" ukarku. Ya lelaki yang membuat ribut dilobi sebentar tadi kini bertandang ke rumah ku. Alu mula tidak sedap hati. Otak ku mula ligat berfikir keabsahan keneradaan lelaki itu dirumah kami.
" Fauzan.. ini anak anak I.. Daria dan Damia" ukar Mama. Daria hanya mengangkat tangan dan aku hanya tersenyum berat.
" oh awak yang hostess tadi kan.. sorry ya pasal siang tadi sebab saya terlalu letih. " ujarnya. Aku hanya tertawa paksa. Tiada apa yang mahu alu perkatakan lagi. Mama dan pemuda itu menyertai kami duduk disofa. Mataku tidak berhenti memandang pemuda itu. Aku kekok. Daria juga. Dari gerak gerinya alu tahu dia tidak selesa direnung oleh pemuda itu.
" mama nak bincang apa.. then apa kena mengena dia dalam hal yang nak dibincangkan" soal Daria. Nadanya tegas. Ditarik kusyen kecil lalu diletakkan diatas pahanya yang terdedah lerana berseluar pendek.
" Ini Fauzan" ujar mama.
" ya.. mama dah kenalkan tadi" ujar Daria.
" ya.. ermm.. we are getting married" aku dan Daria tergamam. Benar tekaan Daria.
" what.. mama.. how old are you and how old he is.. Ria tak rasa gap korang dekat.. and since when mama berteman dengan dia" nada Daria yang dari tadi lembut bertukar tinggi. Aku merapati Daria dan cuba untuk menenangkannya.
" Sorry interupt.. saya tak rasa perbezaan umur jadi satu masalah untuk sebuah perkahwinan" ujar pemuda itu.
" berapa umur awak.. kenapa mama saya" soal Daria.
" saya 28.. " belum sempat pemuda itu menghabiskan katanya Daria mula menyampuk.
" awak tahu usia mama saya.. 49 and bulan depan usia dia genap 50 don't you think that she's too old for you.. gap 10 tahun kot" Daria menyinga.
" no.. gap usia bukan penghalang untuk manusia bercinta.. menyayangi dan disayangi right.. takde usia khusus untuk seseorang itu fallin in love" Pemuda itu menggenggam jari jemari mama. Aku mula mua dengan aksi mesra mereka.
" sayang.. harta..," sampukku.
" Mia.. jaga bahasa" tegur mama.
" no.. Mia cakap benda betul.. mama tak rasa ke mama terlalu tua untuk dia.. mama tak rasa ke dia nak kawin dengan mama sebab harta.." ujarku.
" Damia Iris.. better tutup mulut dari bercakap biadap" nada mama tinggi seoktaf.
" Ria sokong apa yang Mia cakap.. mama.. mama dah tua.. why don't you think about your life.. about your business.. why you think to be with someone else.. mama mama dah menopause dah tau.. mama dah tak boleh bagi zuriat.. " Daria bersuara lantang. Aku hanya diam. Takut untul mencelah tatkala melihat Daria yang sudah membara.
" Daria irin.. kenapa biadap sangat ni.. mama berhak tentukan hidup mama sendiri" mam membela diri.
" oh ya.. mama dia sebaya dengan Ria tau.. " sinis Daria.
" so.. what's the problem.." soal Mama kembali.
" Daria..Damia.. saya tak berniat tak elok pada mama korang.. saya betul betul cintakan dia..saya betul betul sayangkan dia" alu merenung pemuda itu tajam.
" Kau merepek apa ni.. kau tahu tak dia tak boleh bagi kau anak.. sebab dia dah menapous.. even dia belum menopause pun dia memang dah tak boleh beranak sebab dia dah buang rahim dia lepas tiga kali miscarriage.. so kau nak ke kawin dengan orang yang tak boleh bagi kau zuriat" tengking Daria. Dengan tidak semena mena mama menampar pipi Daria. Aku tergamam.
"jangan biadap Daria Irin.. " ujar mama menahan marah.
" ma.. please la sedar.. Ria tak rasa dia sincere dengan mama.. mama batalkan je lah niat mama" rayu Daria.
" bab anak saya tak memaksa dan saya tahu Zue tak boleh melahirkan.. saya tak kisah kalau amik anak angkat" pemuda itu cuba meyakinkan. Dipeluk bahu mama dari belakang. Aku sudah cukup meluat dengan adengan munafik lelaki itu.
" Mia.. aku nak balik.. kau nak tidur sini ke" soal Daria.
" aku ikut.. tak kuasa aku tengok drama munafik" ujarku lalu mengikuti Daria yang sudah hilang ke garaj.
Share this novel