Bab 3

Drama Series 5579

Bab 3

Lelaki perut buncit itu menghidu bau duit haram itu. Ah! Wangi.

" So, sekarang bagitahu aku mana boss kau letak barang tu " kata Tengku Aeirez Daniel Kim dengan tegas

" Rilek la bro.Chill. Macam ni, aku share alamat dia petang ni okay " Lelaki itu senyum kambing.

" Kau jangan main-main aku!. Aku nak tahu mana boss kau sorok benda tu! " jerit Aierez dengan bengis.

Aeirez menepuk meja kayu dihadapanNya dengan kuat

Lelaki perut buncit itu kecut perut melihat wajah bengis Aierez.

Siapa je yang tak kenal Tengku Aierez Daniel Kim, Lelaki Mafia yang kacak dan kejam. Sesiapa yang cari pasal dengan Tengku Aierez Daniel Kim pasti akan dibunuh

" Okay fine aku bagitahu. Tempat dia dekat Jalan Serawang, Johor, puas " lelaki perut buncit menjawab dengan jujur.

" Good, thank you for your information. Kalau aku tahu yang kau tipu aku, siap kau aku kerjakan. Kau jangan main-main dengan aku " tegas Aierez

Lelaki perut buncit itu terus mengangguk dengan laju seraya menelan air liur. Takut.

" Now, you can go " Aierez senyum sinis. Bak kata Adreena, Evil smile.

Lelaki perut buncit itu terus berlari lintang pukang setelah mendengar arahan itu.

Aieriz membetulkan kot biru gelap yang dipakainya. Jejaka itu tersenyum puas.

Tangannya ligat mendail nombor.

" Hello Inspector. Saya dah dapat maklumat mana dia sorok dadah tu. Nanti saya share alamat dekat tuan " Aierez senyum.

" Baiklah Tuan. Saya sedia membantu tuan. Terima kasih "

Aierez menamatkan talian sebaik sahaja perbualannya dengan inspector Haris tamat.

Aierez tiba-tiba ketawa jahat dengan kuat.

Tubuh sasa miliknya disandarkan ke dada sofa dengan tawa nya yang belum hilang.

" Boss "

Terus terhenti tawa jejaka itu.

" What? "

" Cik Reena datang " jawab orang kanan Aierez dengan tenang

Aierez senyum lebar mendengar nama itu. Gadis yang telah mencuri hati nya a.k.a. bakal tunang nya.

Tengku Adreena Raisha Mikayra. Gadis yang telah menjadi pujaan hati nya sejak Ayah Adreena memperkenalkan Reena kepadanya.

" Suruh dia masuk "

" Baik boss "

Sebaik sahaja mata Aierez melihat wajah cantik Adreena di depannya, dia terus tersenyum lebar. Kacak.

" Sayang " Aierez terus meluru ingin memeluk kekasih hatinya tetapi Adreena mengundur dengan laju.

" You jangan nak sentuh or dekat dengan I. You ni memang tak ingat batas antara kita ke. Kita belum kahwin lagi. Jadi jangan pandai-pandai nak sentuh I " ujar Adreena dengan marah.

Apa lelaki ni ingat aku ni macam perempuan-perempuan gatal yang dia kenal ke. Suka-suka je nak pegang aku sesuka hati. Dia ingat aku tak tahu batas. Ceh. Lelaki miang.

" Reena, sejak bila you jadi ustazah ni. Sebelum ni perempuan-perempuan yang I kenal suka je bila I pegang dia. Ni you tak suka pulak "

" Aierez! " jerit Adreena dengan lantang hingga membuatkan Aeirez terkedu

" You jangan nak samakan I dengan perempuan-perempuan jalang yang you kenal ya. I bukan perempuan yang macam tu " marah Adreena lagi

Dia sakit hati dengan lelaki itu.

" I... " Baru sahaja Aierez ingin bercakap tetapi dihalang oleh Adreena

" No! I tak habis cakap lagi. You tahu tak, kalau bukan disebabkan daddy I, I tak kan bertunang lah dengan mafia kotor macam you. Oh by the way, I datang sini sebab nak cakap pasal pertunangan kita. Esok petang kita jumpa kat Butik Azra. Itu je yang I nak cakap " Adreena berlalu pergi dari situ dengan laju tanpa menoleh ke arah Aierez.

Aierez terus menarik tangan Adreen

" Eh, apa you ni pegang-pegang tangan I. Lepaslah. " Adreena meronta-ronta apabila Aierez semakin kejap memegang tangannya.

" Dengar dulu apa yang I nak cakap, Reena "

Pang!!.

Aierez terkedu bila tangan Adreena menampar pipi kiri nya

" Kan i dah cakap, jangan pegang I.You degil kan. I tak nak dengar apa-apa penjelasan daripada you. " Adreena terus merentap tangan Aierez dari pegang tangan nya.

Adreena terus menapak laju meninggalkan gedung lama itu.

Aierez mengeluh perlahan.

Tidak sampai beberapa saat, orang kanan Aeirez datang dengan muka yang pelik.

" Boss, kenapa dengan Cik Reena tu. Masam je saya tengok "

" Hmmm..nothing. Biasalah, masalah orang bercinta " Aeirez ketawa kecil

" Ouh, Apa jangan-jangan ni pasal, Cik Reena ingat yang boss masih kerja haram tu lagi ke. Kenapa boss tak bagitahu kat dia yang boss dah tak kerja macam tu. Boss kan dah kerja dengan polis tu " ujar orang kanan Aeirez dengan pelik.

" Aku dah cuba untuk beritahu dia, tapi dia tak nak dengar. Biarlah masa yang tentukan bila dia tahu " Aierez mengeluh lagi

Dulu, semasa Aierez dan Adreena mula kenal. Mereka sangat rapat. Tapi setelah Adreena tahu yang Aierez mafia, dia terus melancarkan perang dingin kepada lelaki itu

Padahal kegiatan mafia Aierez sudah pun bersih.

" kesian boss aku ni. Nak cakap kacak ,memang kacak. Kaya, Tapi satu je dia tak de, cinta sejati " getus hati orang kanan Aierez.

" Tak apa boss. Saya doakan semoga boss dapat tawan hati Cik Reena balik " orang kanan Aierez senyum ikhlas

" Hmm " Aierez hanya senyum nipis.

Share this novel

Nanaa
2022-03-04 19:26:20 

^^

Adeela Arina
2022-01-03 16:23:58 

:D


NovelPlus Premium

The best ads free experience