Bab 2

Drama Series 5579

Bab 2

Adeena Aisha Dayana merenung kosong permandangan di luar sana disebalik cermin dinding cafe' tersebut dan jari jemari miliknya bermain-main di atas bibir cawan dihadapan.Sebahagian rambut coklat asli miliknya diselitkan di belakang telinga sebelum keluhan lemah dilepaskan.

"Mmm inilah janji melayu kata pukul 12 sekarang ni dah pukul 12:15 batang hidung pun tak nampak,Kalau aku tahu ni baik layan kdrama dulu"kata Adeena dengan nada tertahan-tahan sambil mulut tak habis-habis mengutuk cousin nya Tengku Adreena Raisha Mikayra yang tidak menepati masa.

"Deena"

Adeena Aisha mula mendongakkan kepala ke hadapan apabila sistem pendengaran miliknya digamit akan suara seseorang yang menyapa dirinya dan tidak lama kemudian,muka masam mula ditayang apabila sistem penglihatan miliknya sudah terhias akan kelibat yang ditunggu-tunggu.Tubuh badan diangkat dari berduduk dan terus sahaja memeluk gerangan tersebut secara sekilas.

Sampai pun! Ingat nak sampai tahun depan.

"Reena! Lambat kau nih"kata Adeena dengan geram sambil melabuhkan punggung pada kerusi itu kembali.Rambut Coklat asli miliknya diselak ke belakang dengan santai.Tengku Adreena Raisha pula hanya mencebik.Dia bukan saja-saja nak datang lambat,dah tadi kena kacau dengan mamat perasan tu "uhh menyapah I tau".Nak buat macam mana kena hadap jugak kan?

"alaa-kau tu suka sangat datang awal dari masa yang dijanjikan.Bukan salah aku okey!mengerti?"balas Tengku Adreena Raisha bersahaja dan kerusi ditarik sedikit sebelum dilabuhkan punggung di situ.Rambut blonde asli separas pingang dibetulkan sekejap sebelum mengambil tab berwarna putih yang berdekatan dengan Adeena Aisha untuk order makanan.

"so,aku dengar kau nak bertunang minggu depan betul ke?"tanya Adeena Aisha kepada Tengku Adreena Raisha yang sedang makan makanan miliknya yang baru sahaja sampai.

"Mmm betul lah tu,kau datang tau.ouhh sebelum aq lupa kau tolong bagitahu Aishah eh,cakap kat dia yang dia wajib datang kalau tak datang aq tak nak kawan"balas Tengku Adreena Raisha

"okey nanti aq bagi tahu kat dia,tapi nak bagi tahu macam mana dia takde telefon,telefon yang kau bagi kat dia tu ayah dia dah jual.dasar ayah tak guna kalau nak duit tu pergi lah kerja ni tak"kata Adeena Aisha sambil membebel manakala Tengku Adreena Raisha hanya pasrah sahaja mendengarnya.

"kalau macam tu kita pergi rumah dia lah esok"kata Tengku Adreena Raisha dan Adeena Aisha hanya mengiyakan sahaja.

"kau nak tahu tak aku geram tau dengan bodyguard aku tu dah lah aq terpaksa tunggu nak dekat satu jam kat KLIA tu...uhhh"kata Adeena Aisha dengan nada geram bangat sih.

"bodyguard kau yg nama Adrian Caden tu ke"tanya Tengku Adreena Raisha

"ye yang tu lah"balas Adeena Aisha

Mereka terus bergossip sehingga habis waktu lunch.

******************************

Aishah Humairah POV

Aku dan adik ku,Aisy bergegas pulang ke rumah yang tidak jauh dari gerai tempat ku berniaga.Dari jauh aku dapat dengan ayah sedang memarahi ibu kerana ibu tidak memberi duit kepadanya untuk berjudi.Pendapatan ku sehari hanya 50 kebawah sahaja sehari Manakala sebulan pendapatan ku hanya 200 hingga 300 sahaja,tetapi aku tetap bersyukur.

Apabila sampai di hadapan rumah aku bergegas ke arah ibu yang baru sahaja ditolak oleh ayah hingga jatuh.

"aku tak kira,aku nak jugak duit" kata ayah sambil berlalu pergi dari situ

aku hanya mengabaikan ayah

"jom ibu kita masuk"kata ku kepada ibu,Siti Aminah sambil menolong ibu untuk bangun sambil dibantu oleh adik ku.

End Aishah Humairah POV
****************************

keesokkan harinya

Tengku Adreena Raisha dan Adeena Aisha POV

"Betul ke ni rumah nya"Tanya Tengku Adreena Raisha kepada Adeena Aisha yang sedang melihat alamat rumah di sekeping kertas yang pernah Aishah Humairah bagi kepada kami.

"kalau ikut kan alamat di kertas ni rumah dia depan tu"balas Adeena Aisha

"okey kita try masuk dulu kalau salah kita tanya orang"kata Tengku Adreena Raisha manakala Adeena Aisha hanya mengiyakan.

End Tengku Adreena Raisha dan Adeena Aisha POV

****************************

Aishah Humairah POV

Sedang aku menyapu halaman tiba-tiba sebuah kereta Lamborghini berhenti di depan ku dan keluar lah dua orang perempuan sebaya ku.Aku kenal mereka!

Mereka ialah kawan ku yang dah lama tak jumpa.

"Heyy Aishah"

"korang"jerit ku dan terus memeluk mereka.

"miss you Aishah lama tak jumpa"kata Tengku Adreena Raisha

"aku pun rindu korang dua,wah! dah cantik lah korang macam orang korea aku tengok"aku mengekek ketawa

"ouh thank you Aishah. Kau pun apa kurangnya"kata Adeena Aisha

"jom lah kita cakap kat atas"kata ku berlalu naik ke atas rumah dan mereka hanya mengikut ku.

************skip***************

"kau nak tunang minggu depan"tanya aku minta kepastian

"ye lah"balas Tengku Adreena Raisha

"dengan sape" tanya ku

"rahsia"balas Tengku Adreena Raisha

"so kau datang tak"tanyanya

"aku nk pergi dengan apa,sini dengan kuala lumpur jauh lah"kata ku

"alah nanti aq suruh bodyguard aku ambil kau"kata Adeena Aisha

"mmm nanti aku fikir"kata ku

kami berborak sampai petang

End Aishah Humairah POV

Share this novel

Nanaa
2022-03-04 19:25:56 

^^

Adeela Arina
2022-01-03 16:23:14 

:D


NovelPlus Premium

The best ads free experience