Bab 7

Drama Series 5579

Bab 7

Adeena menangis teresak-esak di tempat perhentian bas itu.

Dia sudah tidak memperdulikan orang awam melihat dirinya sedang menangis.

" Deena "

Dia mendongakkan kepala apabila dia disapa oleh seorang yang dia kenali. Ya. Itu Raess Aryan, kekasih hati nya.

" Deena, U buat apa kat sini " Raess pelik apabila melihat mata Adeena yang bengkak itu. Baru lepas menangis ke?

" Raess, Papa I halau I dari rumah. I tak tau nak pergi mana sekarang ni " Adeena mengadu kepada Raess Sambil menangis tersedan-sedan.

" What, Papa U halau dari rumah. Tapi takkan lah, Papa U takkan buat macam tu kat anak dia sendiri. Lagipun I tahu papa U sayang sangat dekat U " Raess pelik.

" Tak mustahil dia boleh halau I kalau dia kemaruk cinta dekat bini dia tu "

" Tapi takkan lah papa U buat macam tu. I tak percaya lah "

" Jadi U nak cakap I menipu lah ye. I ingat you boleh faham perasaan I. Ni U tak percaya yang I cakap " Adeena sakit hati dengan kekasih hati nya

" Okay2. I minta maaf. U cakap tadi yang U dah tak ada tempat tinggal kan. Apa kata U duduk kat konduminium I dulu " Raess cuba memujuk Adeena.

" What! Are you crazy. I tinggal dengan U? " Adeena menjerit sedikit

" Eh, Bukan macam tu maksud I. Kondumium I tu, I tak duduk kat situ pun. I tinggal dengan Abah dan Ummi I. Lagipun you jangan risau, I akan suruh adik I teman you "

" Hmm..okay. Tq for help me, Raess. Kalau tak ada you, tak tahulah I ni dapat tinggal kat mana. Entah-entah duduk merempat tepi jalan kut " Tubir mata Adeena penuh dengan air mata.

" No problem, Deena. Jom I bawa U pergi lunch. Lepas tu I hantar U kat Konduminium I okay "

" Okay "

" Let's Go "

Adeena mengangguk kepala perlahan dan bangun dari tempat duduknya.

Raess dan Adeena berjalan beriringan menuju ke kereta Mercedes-Benz milik Raess.

Sesampai di kereta, Raess dan Adeena masuk ke dalam perut kereta.

Raess duduk di sebelah pemandu manakala Adeena duduk di belakang.

" Pak Teh, hantar kami ke Cafe Dee'n " kata Raess kepada pemandu peribadi nya.

***********************

" What! Papa halau Kak Deena. Papa ni dah kenapa ha " Ameera menjerit bagai histeria.

" Meera, jangan kurang ajar dengan Papa " Dada Tan Sri Khalid Al Fattah turun naik.

" Macam mana Meera tak kurang ajar dengan Papa. Papa dah halau Kak Deena hanya disebabkan perempuan gila tu. "

" Ameera Aayana! perempuan gila yang kamu cakap tu isteri papa dan mak tiri kamu. Meera jangan nak kurang ajar macam Deena dengan mama kamu " jerkah Tan Sri Khalid Al Fattah

Ameera Aayana kecut perut apabila Ayah nya sendiri menengking nya sebegitu rupa.

Satu persatu air mata jernih tumpah di pipi nya.

Kenapa papa? Kenapa tengking Meera. Ni kali pertama papa marah Meera sampai macam ni. Papa dah tak sayang Meera ke?

Tan Sri Khalid Al Fattah turut sedih melihat air mata anak bongsunya.

" Papa, Meera minta maaf. Meera taknak jadi anak derhaka. Papa tak kesian dekat Kak Deena ke, mana kak Deena nak tinggal kalau papa dah halau dia. Papa tak kesian ke kalau Kak Deena kena apa-apa kat luar sana tu. Kak Deena tu perempuan Pa, Takkan tak de perasaan kasihan langsung dalam hati papa. " Ameera Aayana cuba melembutkan hati papa nya.

Di dalam keluarga Tan Sri Khalid Al Fattah, Ameera Aayana sorang sahaja yang mampu melembutkan hati papa nya.

Tan Sri Khalid Al Fattah senyap sahaja. Lidah nya kelu untuk menjawab pertanyaan anak kesayangannya.

" Kenapa papa senyap, kalau papa dah tak benarkan Kak Deena duduk dalam rumah ni. Meera pun akan keluar dari rumah ni " Ameera berlalu pergi meninggalkan papa nya yang kelihatan gusar.

" Ameera, kalau Meera pergi, siapa yang akan teman papa dalam rumah ni " Tan Sri Khalid Al Fattah cuba memujuk anak kesayangannya. Benar, setiap kali Ameera pulang dari kolej. Ameera Aayana selalu menghiburkan hati nya. Ameera ibarat warna pelangi dalam kehidupan nya. Kalau nak diharapkan dengan anak tiri nya, Sofia dan Stella, memang mustahil mereka akan menghiburkan hati nya. Setiap hari, pergi shopping je.

" Bini kesayangan papa dan anak kesayangan papa kan ada. Lagipun, Meera dengan Kak Deena tak penting kan dalam hidup papa " Ameera segera menaiki tangga untuk mengambil baju-baju nya.

Selepas beberapa minit, Ameera Aayana datang dengan beg bagasi yang besar.

" Meera nak pergi mana dengan beg besar ni, sayang " tanya Tan Sri Khalid Al Fattah

" Meera nak keluar dari rumah ni. Meera takkan balik selagi Kak Deena tak balik. Pandai-pandai lah papa nak cari Kak Deena kat mana. Meera pergi dulu pa, Halalkan makan minum Meera. Assalamualaikum " Ameera berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Papa nya.

Tan Sri Khalid Al Fattah hanya boleh melihat sahaja Ameera semakin menghilang dari pandangan mata nya.

Ya allah, apa yang aku dah buat ni

Tan Sri Khalid Al Fattah meraup muka nya dengan kasar

***********************

Aishah mengetuk-getuk pintu bilik Uwais.

Tiada respon.

Hish mata pulak pergi pak arab ni, eh abang arab.

Baru sahaja tangan nya ingin mengetuk sekali lagi Pintu itu, ia sudah dibuka dari dalam.

Wajah serius Uwais sekali lagi memenuhi ruang mata nya.

" Kau nak apa? " tanya Uwais Al Qarni

" Tuan, boleh tak cakap baik-baik. Saya cakap baik-baik kan. Jadi tuan kenalah cakap baik-baik dengan saya " Aishah sengih

" Ceh! Aku, kena cakap baik-baik dengan kau? " Uwais seakan-akan memerli perempuan cantik dihadapannya.

" Ye lah, Tuan lah. Takkan Jiran rumah sebelah pulak " Aishah masih sengih

" Heh. Tak lawak lah " Uwais memalingkan muka apabila Aishah senyum ke arah dirinya. Jantung nya berdegup dengan laju. Dahi nya berpeluh. Apa kena dengan aku ni?

" Siapa cakap lawak. Saya tak cakap. Tuan je yang perasan " dengan berani Aishah berkata begitu. Wah beraninya kamu. Hati Aishah tersenyum kecil. Ni semua berkat Mak Lang.

Flashback

" Cik, okay ke " Mak Lang menegur Gadis Cantik di hadapan nya. Pelik dia melihat gadis itu menangis.

" Er, Mak Cik ni siapa " tanya Aishah

" Mak Cik pembantu rumah ni. Boleh panggil Mak Cik, Mak Lang . Nama cik apa " tanya Mak Lang

" Nama saya Nur Aishah Humaira. Panggil je Aishah "

" Oh, Aishah. Cantik nama tu " sempat Mak Lang memuji Aishah.

Aishah tersipu-sipu malu apabila dipuji begitu.

" Mak Lang nak tanya ni. Aishah kenal ke dengan Uwais tu " tanya Mak Lang

" Uwais, siapa Uwais. Aishah tak kenal siapa yang nama Uwais " Aishah pelik

" Uwais tu Tuan rumah ni. Nama panjang dia Mohamed Uwais Al Qarni "

Uish, nama pun macam orang arab, mesti muka pun macam pak arab.

Jangan-jangan tuan rumah yang Mak Lang cakap tu, pak arab yang marah aku hari tu.

" Er, Mak Lang. Tuan rumah ni muka yang macam Pak Arab tu ke " tanya Aishah sambil sengih macam kerang busuk.

" Ha, yang tu lah. Mana Aishah tahu. Pernah jumpa ke " Mak Lang cuba mengorek rahsia Aishah.

" Pernah. Dia siap marah Aishah lagi. Tuan Uwais tu garang kan. Macam singa "

" Dia memang macam tu, tapi dengan orang yang terdekat, dia baik je. Macam adik beradik dia, Ummi dengan Walid, dan Mak Lang. Dia jadi macam tu pun sebab kekasih dia, Bella "

" Bella?" tanya Aishah.
Mesti bella ni pernah jadi orang istimewa untuk Uwais. Terbit rasa cemburu di hati Aishah. Aishah, kau cemburu?

" Ye, Bella tu bekas kekasih Uwais. Dia orang kenal dah 10 tahun. Uwais sayang sangat kat si Bella tu dulu " ujar Mak Lang

" Dia orang dah putus ke? " Tanya Aishah.

Aishah, kenapa kau sibuk hal dia tu? Kau suka dia ea?

Ala, aku saja je nak tahu tentang kehidupan peribadi dia. Aku pun tak tahu yang aku suka kat dia atau tak.

" Haah, Dia orang dah putus sebab Bella tu curang dengan Abang Uwais sendiri. Nama dia Ubaidillah. "

Kesian nye Uwais. Hmm kalau aku jadi kekasih dia, aku takkan curang lah dekat dia. Dah lah Baik, Handsome, Kaya. Tapi tu lah, Garang. Aishah berkata sendirian di dalam hati.

" Aishah ni nampak berminat je dekat Uwais tu " Mak Lang cuba menyakat Aishah yang termenung.

" Eh mana ada lah. Lagipun Aishah ni orang miskin, tak sesuai dengan Tuan Uwais yang kaya tu. Tuan Uwais tengok Aishah pun macam nak terkam. Benci sangat Tuan Uwais kat Aishah " Aishah mengeluh perlahan.

" Alah, jangan lah putus asa Aishah. Cuba Aishah pelan-pelan pikat hati Tuan Uwais. Lagipun Mak Lang tengok, Aishah ni cantik, ayu, takkan Tuan Uwais tak terpikat. " Mak Lang cuba menaikkan semangat Aishah untuk mengambil hati Uwais.

" Insyaalah. Tengok lah macam mana. " Aishah hanya mampu tersenyum.

End Flashback.

" Woi perempuan. Kau pahal sengih-sengih. Dah buang tabiat " Uwais senyum sinis.

" Suka hati saya lah nak sengih ke nak apa ke. Bukan urusan Tuan " jawab Aishah.

" Ah suka hati kau lah perempuan. " Uwais menutup pintu tetapi dengan pantas tangan Aishah menghalang.

" Eh, nanti dulu Tuan. Jangan marah. Saya gurau je. Saya ketuk bilik tuan ni sebab Mak Lang suruh. Mak Lang suruh turun bawah, makan sama-sama "

" No, Tak hingin aku makan sekali dengan kau. " Uwais menutup pintu dengan kuat.

" Amboi, sombong nya. Tak apa, kau tunggu. Pecah kerusi, pecah gelas. Ada hari, boleh balas. Hmm..entah betul ke tak peribahasa aku ni " Aishah berlalu pergi menuruni tangga.

" Aishah, Uwais mana? Dia tak turun ke " Tanya Mak Lang.

" Dia taknak turun. Kita makan dulu lah. Kalau dia lapar, nanti turun lah tu " Aishah menarik tangan Mak Lang ke meja makan.

Mak Lang hanya menurut sahaja.

***********************

" What! Deena kena halau dari rumah . " kini giliran Adreena menjerit. Lepas ni giliran siapa pulak?.

" Ye Kak. Kak Deena kena halau dari rumah. Papa yang halau " kata Ameera sambil menangis.

" But Why?. Kenapa papa Meera halau Deena " tanya Adreena

" Sebab Kak Deena kena fitnah dengan Mak Cik Sarah. Mak Cik Sarah tuduh Kak Deena yang letak racun dalam minuman dia. Padahal Kak Deena tak buat pun. Tapi Papa percaya cakap perempuan tu " Ameera Mengadu kepada Adreena. Dia dan Adreena memang rapat. Dia sudah menganggap Adreena seperti kakak kandungnya sendiri.

" Perempuan tu memang nak kena. Nanti tahu lah Kak Kayra nak ajar tiga ekor tu " Adreena mendengus kasar.

Singa dah mengamuk!!!

***********************

Uwais merenung lama gambar dia dan Bella sedang bercuti di Pearth.

Uwais senyum sinis. Perempuan jalang.

Dia teringat kan kenangan pahit buat dirinya.

Flashback..

Bunga ros meras di tangan dipegang kemas.

Bibirnya mekar dengan senyuman.

Hatinya tidak sabar untuk memberikan hadiah itu kepada kekasih hatinya.

Tubuh sasa nya keluar dari perut kereta.

Kakinya melangkah dengan yakin ke arah rumah banglo milik kekasih hati nya, Bella.

Sesampai di pintu pagar rumah itu. Tangan nya terus menekan butang loceng.

Ting tong..

Tiada respon

Ting tong..

Aik, tak ada orang ke. Tapi kereta Bella ada.

Tangan nya berpaut di pintu pagar itu. Eh, pintu pagar tak kunci.

Jangan-jangan ada perkara buruk yang jadi kat Bella? Fikiran buruk mula bermain-main di minda Uwais.

Segera tangan nya menolak pintu pagar itu supaya terbuka luas dan masuk ke dalam.

Uwais pelik apabila melihat sepasang kasut lelaki.

Eh, Bella bawa tetamu lelaki masuk rumah. Tapi mungkin abang dia kot? Tapi Bella kan anak tunggal.

Uwais terus masuk ke dalam rumah itu.

Dia terperanjat apabila melihat Bella dan Abang nya, Ubai sedang berpelukan di dapur.

Air mata lelaki nya tumpah satu persatu. Sekeping hatinya remuk melihat adegan itu.

Bella dan Ubai melepaskan pelukan. " Uwais. Let me explain. Uwais U salah faham " Bella cuba menjelaskan.

" I dah lihat semua nya. Thank you Abang Ubai. Abang dah Rosakkan kepercayaan Uwais. Bella. Thanks atas semua ni. Mulai saat ni, kita putus " Uwais melemparkan jambangan bunga ke lantai.

Kakinya berlalu pergi meninggalkan rumah itu.

" Uwais wait " Bella cuba mengejar tetapi Uwais terlebih dahulu masuk dalam perut kereta dan pacuan tayar empat milik Uwais pergi membelah jalan raya.

Air mata Bella tumpas satu persatu. Uwais. You salah faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience