Bab 5
Aishah terkebil-kebil melihat lelaki kacak dihadapannya.
Siapa lelaki ni?
Ayah jual aku kat lelaki ni ke?
Ayah jual aku kat pak arab mana ni?
Tapi kacak jugak ya?Eh Aishah apa yang kau fikir?
" Er Cik. Cik okay ke " Lelaki itu melambai-lambai kan tangan di depan wajar bujur sirih aishah.
Dah kenapa pulak perempuan ni. Senyap je. Pelik
Tiba-tiba Aishah tersedar " Ni manusia ke 'bidadara' ni. Kacak nya " mulutnya sedikit ternganga.
Aishah terus pengsan apabila lelaki itu senyum ke arahnya
" Aduh dah kenapa pulak dia pensan ni. Nak angkat ke tak ea. Hish. Mana boleh pegang perempuan ajnabi. Lain lah kalau bini aku " Uwais buntu.
Uwais mengigit kuku sambil memikirkan masalah itu.
" Panggil Mak Lang je lah. Tapi tak pe ke tinggal dia sorang-sorang kat dalam bilik ni. Alah x pe kot. Aku pergi sekejap je " Uwais bergegas keluar dari bilik itu dan menuju ke kereta nya untuk mengambil IPhone miliknya.
Sesampai di tempat parkir kereta. Uwais terus masuk ke dalam perut kereta untuk mengambil IPhone miliknya.
Uwais dengan laju mendail nombor Mak Lang a.ka. bibiknya.
" Assalamualaikum Mak Lang. Boleh tak Mak Lang datang dekat Apartment Uwais sekarang. Uwais nak minta tolong " Dengan sekali nafas Uwais menuturkan bicara.
" Ada lah. Nanti Uwais cerita. Mak Lang datang sekarang tau " Uwais terus menamatkan talian.
Perempuan yang ada dalam bilik tu okay tak ea. Ke dah mati dalam tu. Hish apa yang aku merepek ni. Husnuzon!
***********************
" Uwais. Ni budak perempuan mana yang Kamu bawa masuk Apartment ni? Kamu tak takut dosa ke. Ke kamu dah.."
" Eh Mak Lang, sebelum Mak Lang nak fitnah Uwais. Dengar dulu penjelasan Uwais. Ni tak main fitnah je " Uwais mencebik bibir
" Ye lah. Mak Lang minta maaf. Sekarang beritahu mak lang, siapa budak ni. Macam mana dia boleh pensan "
" Dia pensan sebab kena panahan mata Uwais lah " Uwais senyum bangga. Ceh.
" Eleh, perasaan. Macam mana dia boleh ada kat sini. Ha. Jawab "
" Dia ni kena jual dengan bapak dia. Sebab dia hutang dengan Abang Ubai. "
" Dah tu kenapa Bapak dia tak hantar dekat Ubai?. Kenapa dia hantar kat kamu? " Mak Lang bingung
" Ada lah Mak Lang. Nanti Uwais cerita. Lagipun dekat Apartment ni bukan ada Uwais dengan budak perempuan ni ja, ada Ulya dan Ubaid jugak. Tapi tengah tido. Mak Lang tolong angkat dia ni. Tak kan Uwais yang kena angkat. Haram " Uwais acah-acah alim.
" Ye la. " Mak Lang hanya menurut.
***********************
Lipstick merah dicalitkan sedikit di bibir mungil itu.
Dress merah paras lulut dipakainya dan digayakan di hadapan cermin.
Bibir mungil itu mengukirkan senyuman seksi
" Dengan aku pakai macam ni, Aierez mesti tergoda dekat aku. And then, aku boleh together dengan dia balik " Inara yakin dengan kata-kata nya.
Sempat dia membetulkan rambut ikal miliknya.
Selepas puas menilik dirinya. Laju tangan inara mencapai beg jenama Gucci untuk pergi dari situ.
Dengan yakin Inara berjalan keluar dari Kondominium milik ayah nya itu.
**********************
Aeirez dengan laju keluar dari balai polis itu apabila urusannya dengan inspector Haikal sudah selesai.
" Baby "
Aierez mengeluh apabila mendengar suara yang dia tidak berapa suka di telinga nya.
Ya allah, bala apa pulak yang datang nie. Aierez mengeluh lagi.
" Baby you dengar tak apa yang I nak cakap ni " Inara memuncungkan bibir.
" Ye I dengar. U nak apa " Aierez terus berpaling muka dari Inara apabila melihat baju Inara yang seksi.
Perempuan ni dah kenapa pakai baju tak cukup kain kat sini. Nak pergi club ke?
" You Ni dah kenapa pakai baju tak cukup kain ni. Nak cakap U miskin, daddy you kaya. Ke U nak I ambik langsir kat rumah I untuk tutup bahagian tubuh U yang terdedah tu. Ataupun butik tempat baju U beli tu, tak cukup duit. Kalau tak cukup duit, I boleh je nak tolong. Sambil-sambil tu, I boleh buat pahala tolong orang miskin. " lancar sahaja mulut Aierez bercakap. Aierez senyum sinis.
" Apa you ni cakap macam tu. " Inara pura-pura merajuk.
Heh suka hati kau lah perempuan, nak merajuk ke nak mampus ke. Aku tak kesah. Aierez mengelengkan kepala.
" Baby, I datang sini sebab nak ajak you pergi lunch. Bukan nak dengar you bebel " inara tidak puas hati.
" Sorry lah Inara, I busy sekarang ni. You lunch dengan orang lain lah "
" Alah please baby. Sekali ini je I ajak you lunch. Boleh lah baby " Inara cuba memujuk lelaki itu.
Terbit rasa kasihan dalam hati Aierez apabila melihat Inara merayu kepadanya.
" Ye lah2. Sekali ni je I lunch dengan you okay "
" Okay baby. Jom. Kita naik kereta you " Inara merangkul lengan sasa Aierez sambil tersenyum puas. Aierez hanya membiarkan sahaja Inara merangkul lengannya. Nak ditegah takut kasihan. Ni lah kelemahan mafia yang bernama Tengku Aierez Daniel Kim, mudah kesian bila tengok perempuan.
Padam muka kau Adreena. Ni baru step pertama aku. Kau putih mata je lah bila tengok aku dengan Aierez bersama lagi. Inara senyum sinis.
Mereka berdua berjalan menuju ke arab kereta Lamborghini hitam milik Aierez.
***********************
Aeirez terus keluar dari perut kereta dengan laju.
Dia menarik nafas dengan dalam kerana sesak duduk berdua dengan Inara.
Hish, tak selesa aku duduk berdua dengan Inara ni. Pegang aku sana sini. Geli. Aierez meluahkan rasa tidak selesa nya.
" Baby kenapa you tinggal I sorang-sorang dalam kereta. " inara tidak puas hati. Tangan yang putih melepak itu disilangkan
" Alah biar lh. Dah jom masuk dalam. You cakap nak lunch kan. Don't waste my time " Aierez terus melangkah dengan laju ke arah Restoran itu.
" Aierez! " jerit Inara
Aierez terus berpaling apabila mendengar jeritan Inara.
Matanya sedikit terbeliak apabila melihat Inara terduduk sambil memegang kakinya yang sedikit biru
Aierez terus bergegas pergi ke arah Inara.
" Ya allah, Inara you kenapa ni. Macam mana boleh jadi macam ni. "
" Masa nak kejar you I terseliuh. Sakit " Inara mencebik kan bibir.
Mengada-gada betina ni.
" Aduh macam mana nak buat ni. Nak kena angkat ke. Tapi kalau Adreena Nampak macam mana. Nanti dia pikir lain pula. Alah, aku bukan buat apa pun. Nak tolong Inara je. Tak kan nak tinggal Inara kat sini " getus hati Aierez.
Aierez terus mencempung tubuh langsing Inara.
Inara terkedu apabila tangan sasa Aierez memcempung tubuhnya. Inara senyum tanda berpuas hati. Tikus masuk jerat.
Tanpa Aierez sedar, ada sepasang tangan menangkap gambar nya sedang mencempung Inara.
**********************
Berkerut dahi Adreena apabila melihat gambar Aierez dan Inara.
Yang lagi membuatkan hati nya dibakar api cemburu apabila melihat gambar Aierez mencempung.
Adreena terus mencampakkan telefon nya ke lantai. Dia tidak kuat melihat gambar mesra Aierez dan Inara. Dia cemburu.
Kenapa Adreean? Kau cemburu
Bukan kau benci ke dengan si mafia kotor tu ke?
Ya, memang aku benci dia. Aku belum lupa lagi peristiwa 5 tahun lepas. Peristiwa yang menyebabkan aku benci kat mafia.
Kalau kau benci, kenapa kau cemburu? Ke kau masih sayangkan dia?
Tak, aku tak cemburu. Cuma aku tak percaya je yang dia masih kaki perempuan.
Kau sayangkan dia kan, Adreena.
Kau masih sayangkan Tengku Aierez Daniel Kim kan?
Adreena berperang dengan perasaan nya sendiri.
Tanpa dia sedar, air mata jernih tumpah satu persatu di pipi mulus nya.
Kenapa Aierez? Kenapa? Aku ingat kau dah buang tabiat kaki perempuan. Tapi Inara tu siapa ?
Adreena terus menangis teresak-esak hingga tertidur
Share this novel