Bab 18

Drama Series 5579

" Hah? Ameera cakap apa ni. Saya tak paham la " Shesha tidak mahu mengalah.

" Tak payah buat-buat tak faham la perempuan. Dasar perempuan tak tahu malu. Ada hati nak buat hancurkan Kak Reena. Cermin dulu diri kau tu. Memang Perempuan tak ada maruah " hambur Ameera Aayana sambil senyum sinis.

Sengaja dia berkata begitu kerana ingin membuat Shesha sakit hati dan mengaku salahnya.

Pedih telinga Shesha mendengar makian Ameera kepadanya. Dadanya berombak laju.

" Fine! " jerit Shesha seraya bangun dari tempat duduknya

Terhenjut bahu Ameera kerana terkejut. 'mengamuk pula perempuan ni'

" Memang aku yang buat semua tu. Kenapa? Kau nak buat apa ha? Kau bukan boleh buat apa pun. Kau tu budak je. Dan kau bukan ada bukti yang aku yang buat semua tu " Shesha senyum sinis.

Wah! Yakinnya kamu. Hebatnya kamu.

" Lagi satu. Kakak kau, Adeena tak akan percaya cakap kau. Sebab dia lebih percayakan aku daripada engkau. Bodoh! Kakak kau memang bodoh. Mudah percayakan orang luar. Kakak dengan adik sama-sama Bodoh! " Shesha memulangkan paku keras kepada Ameera.

Merah padam wajah Ameera mendengar herdikan Shesha kepada kakaknya.

' Tak guna. Berani perempuan ni cakap macam tu dekat Kak Deena '

" Huh! Kau ingat amaran aku ni perempuan. Kalau kau bagi tahu Adreena atau sesiapa sahaja pasal ni, kau tahu la apa yang aku akan buat dekat kau nanti. Faham! " kata Shesha sebelum berlalu pergi meninggalkan Ameera Aayana

' Huh. Wah! Yakinnya kamu. Hebatnya kamu ' kata Ameera dalam hati.

Dia telah merakam semua perbualan dia dan Shesha tadi.

' Mampus la kau nanti perempuan. Dengan bukti ni, Kak Deena mesti percaya cakap aku '

Ameera tahu yang Kakak nya Adeena tak akan menuduh orang sesuka hati tanpa bukti. Sebab itu Ameera merakam perbualannya dengan Shesha tadi.

' Dasar perempuan mulut tempayan '

**********************************************

Lelaki itu meneguk air kosong itu dengan laju. Dia ketawa dengan kuat sebentar.

' Tak lama lagi bisnes kau akan hancur '

Amirul menyandarkan kepala nya di kerusi sofa.

Tiba-Tiba, air muka nya bertukar muram.

Amirul bangun dari sofa dan melangkah ke biliknya di tingkat atas.

Matanya sempat melilau lilau memerhatikan sekitar ruang rumah banglo milik datuknya.

Amirul merebahkan tubuhnya di atas katil yang empuk. Matanya dipejamkan.

Amirul bangun semula dan mencapai bingkai gambar dia dan keluarganya.

Amirul memandang sayu satu persatu wajah ahli keluarganya.

' Mama, I miss you so much '
' Adeena, adik abang yang garang mesti makin cantik kan sekarang. Macam arwah mama '
' Ameera, adik abang yang manja dan comel. Abang harap Ameera dah tak manja macam dulu lagi. Ameera mesti dah matang sekarang. Kalau tak, kesian Adeena nak layan perangai manja Ameera ni '

Kolam air mata mula bertakung di mata Amirul. Air matanya menitis jatuh ke mengena wajah arwah mamanya, Kaseh.

Mata Amirul tertacap kepada gambar papanya, Tan Sri Khalid Al Fatah

Riak muka Amirul berubah. Mata nya mencerlung memandang wajah papanya,

' Ni semua salah kau! Disebabkan sikap cemburu buta kau tu, kau ceraikan mama aku tanpa usul periksa. Kau juga yang buat mama menderita. Aku akan buat kau merana sampai kau mati. Ini janji aku '

**********************************************

"Apa kata kau pakat nga aku kita hancurkan keluarga lelaki aku tu "

"Amacam,nanti kalau berjaya kita ambil harta dia kita kongsi sama rata"

"Deal,or not"

Eleh orang tua nih,kalau dah lahir sebagai orang melayu cakap je lah melayu nak acah spiking orang putih

" Okay, Deal "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience