Rate

BAB 28 - HUJAN

Romance Completed 455423

Seharian Inas terasa bagai dipulaukan oleh Raif.. bila tiba waktu makan.. Inas yang baru turun melihat kepada Raif sudah ada di ruang makan.. sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya.

'dia makan tak ajak! makan sendiri pula tu.. kenapa pula aku tak suka dia makan sendiri.. inikan petanda baik Inas..kau pula tak suka.. ' Inas turun ke bawah memasang wajah yang manis berjalan ke meja makan..

''manja dah makan? .. tak ajak manis pun..'' kata Inas.. kerusi yang ada di sebelah Raif ditarik..

kreakk - bunyi geseran tapak kerusi yang bergesel dengan lantai mozek..

Ting..tang - bunyi sudu yang ada ditangan Raif dilepaskan secara kasar jatuh ke pinggan.

Terus berdiri Raif yang sedang makan tadi.. menolak kerusinya kebelakang dan meninggalkan ruang makan. Tercengang Inas dibuatnya..dia hanya mampu berpaling melihat kepada belakang tubuh Raif yang sudah pergi meninggalkannya sendirian disitu..

'rasanya.. boleh ke pujuk guna Donald duck lagi ni?' Inas mengaru kepalanya..

'merajuk orang tua.. Lagi susah nak pujuk ni..' Keluh Inas.

Malam itu Inas tidur sendirian di dalam biliknya. Sepanjang malam Inas memikirkan perkara itu sehingga dia tak dapat melelapkan matanya.. Bekali-kali dia berjalan ke bilik Raif memujuk agar Raif membuka pintu bilik .. Tapi tak dibalas oleh Raif.. Hanya kesunyian yang menjawab panggilannya..

''esok sajalah Inas...'' kata Inas perlahan.. Menyandarkan kepalanya di pintu bilik Raif.

Dalam masa yang sama. Raif juga sedang berada disebalik pintu, bersandar belakang tubuhnya disitu. Memikirkan hal yang sebaliknya. Menyalahkan sepenuhnya keatas dirinya atas tidak kesudian Inas.

'kalau itu yang kau mahu.. Aku akan menjarakkan diri aku! Jauh dari kau.. Walaupun ianya terasa sangat sakit..sakit yang tak dapat dilihat, lebih sakit dari luka yang terzahir dimata..' Raif mendongak.. Menarik nafasnya yang terasa berat.. Matanya ditutup rapat.. Tanpa dia sedari air matanya jatuh di pipi.. Tangannya dikepalkan.. Menahan rasa sakit yang menyinggah.. Pintu bilik itu berkali kali ditumbuknya..

BAM!BAM! BAM! Bergegar pintu itu akibat ditumbuk oleh Raif. Inas mengangkat kepalanya yang sedang bersandar di pintu.. Kakinya terundur ke belakang selangkah.

''dia masih marah? '' keluh Inas.

Inas mengatur langkah kearah biliknya semula.. Tubuhnya dihempaskan diatas katil..

'aku tak suka dia menjauhkan diri dia macam ni.. Aku tak suka semua ni!' inas menarik satu bantal lalu memeluknya..

Keesokkan paginya.. Inas bangun.. Terasa kecewa bila dia melihat dirinya yang berada didalam biliknya sendiri..

'' haiiishh! Kenapa aku kecewa bila tak nampak wajah garang si Donald duck pagi ni..'' kata Inas. Dia yang selalunya akan melihat si itik yang berpakaian kelasi kapal berwarna biru itu di dinding bilik Raif.

Inas meletakkan kakinya ke bawah kemudian bangun dan berjalan dengan lemah masuk kedalam bilik air.. Dari dalam bilik air dia mendengar seperti bunyi hujan di luar sana..

''hujan ke?'' Inas menutup semula pancuran air yang ada diatas kepalanya.. Jelas kedengaran bunyi hujan di luar sana..

''sungguh hujan.. Macam manalah manja..'' kata Inas.. Cepat-cepat dia mandi dan sudahkan urusannya di di bilik air.. Bila selesai, dia keluar memakai pakaian dan menunaikan solat subuh.. Selesai solat dia terus keluar dari biliknya..

Tok! Tok! Tok!.. Pintu bilik Raif diketuknya..

''manja!.. Dah bangun ke..?''

''bangun manja! Solat... Subuh dah nak habis waktu ni..'' kata Inas yang sedang berdiri di luar pintu. Tiada jawapan yang kedengaran dari dalam bilik Raif.. Tangan Inas memusing tombol pintu bilik itu..

''eh! Tak kunci?'' masuk lah Inas kedalam bilik itu.. Tapi Raif tidak berada di dalam bilik itu..

''lah! Kemana pula dia pergi ni! Dah lah hujan!'' kata Inas cemas.. Hanya ada sejadah yang sudah terlipat elok terletak di birai katil.

Inas segera mengatur langkahnya menuruni anak tangga menuju ke bawah.. Berlari Inas masuk kedalam bilik bacaan..

'tak ada?! Mana dia pergi ni!' gelisah Inas melihat bilik bacaan itu kosong.

''rumah kucing??!'' dengan berat hati Inas melangkah menghampiri pintu lutsinar yang menghala kearah luar.. ini pertama kalinya ia melangkah keruang itu.. Sayup-sayup Inas mendengar bunyi kucing itu mengiau manja.

Tergamam Inas seketika bila melihat ada ruang seluas bilik tidur khas untuk dua ekor kesayangan milik Raif.. Ash dan Pearl..

'wah! Puas hati ni. Patutlah panggil rumah kucing..'

''ash! Mana tuan kau? Dia ada datang sini tak?'' tanya Inas kepada Ash yang diletakkan kedalam sangkar berwarna hitam.

''meeoow..'' balas Ash agak kuat bunyinya.

''mana pearl ni? Meyorok eh!..pearl ckckckc...'' panggil Inas.. Acah-acah berani.

Tapi pearl tak juga kunjung tiba.. Inas melihat sekeliling.. Ternyata bilik itu juga tak ada kelibat Raif.

''mana lah tuan kamu pergi ni! Tak tak dekat luar tu hujan lebat..'' keluh Inas.. Di kemudiannya keluar dari bilik itu.

Inas berjalan ke ruang tamu.. Kemudian dia membuka pintu utama rumah itu.. Melopong matanya melihat kepada Raif yang sedang berdiri di bawah hujan lebat di halaman rumah.. Raif sedang mendepakan kedua-dua tangannya meluas sambil mendongak keatas dengan mata yang terpejam..

''Allah ! Tu dah kenapa pula!'' cepat -cepat Inas mencari payung yang ada di belakang pintu.. Kalut dia menyarungkan kasut dikakinya membuka payung dan berlari ke halaman rumah..

Raif yang sedang merasai tenang menikmati setiap titisan air hujan yang mengenai tubuhnya.. Ya! Dulu dia sangat takut dengan semua ini.. Tapi sekarang dia akan melawan rasa takut itu.. Cuma dia tak boleh melihat beberapa imej yang masih kelihatan kabur.. Raif kembali membuka matanya bila tiada titisan air hujan mengenai wajahnya lagi.. Kini diganti dengan sebuah payung hitam yang melindunginya dari air hujan.

'payung!'

Raif melihat kepada tangan yang memegang payung kepadanya.. Ianya adalah isterinya, Inas. Habis basah tubuh Inas terkena air hujan yang sedang turun lebat ketika itu.

''kenapa main hujan? Kalau Manja demam macam mana?'' tanya Inas yang sedang mengatur nafasnya.. Kerana berlari tadi..

Raif tak menjawap.. Dia menolak tangan inas yang memayunginya dan berpaling pergi meniggalkan Inas.. Terlepas payung yang sedang dipegang oleh Inas, dan sehingga terbang payung itu.. di tiup angin.. payung itu tersangkut di pagar yang setinggi dua kali ganda tinggi manusia.

''stop manja!'' jerit Inas. Raif masih berjalan tak mengendahkan Inas.

''Raif Althaf!'' jerit Inas sekuat hatinya.. Geram , bila tak diendahkan oleh Raif sebegitu.. Inas mengejar langkah Raif.. Belakang baju Raif yang basah ditarik dengan kasar oleh Inas..

''kenapa buat manis macam ni?'' tanya Inas, tak puas hati.. Tangannya masih kuat memegang belakang baju Raif..

''lepaskan, manis..'' kata Raif.. Menarik bahu bajunya.. Tapi inas kembali menariknya semula.

''manis!'' Raif berpaling lalu menarik tangan Inas yang sedang memegang bajunya..

''Ini yang manis nak kan..'' kata Raif di depan wajah Inas.

''apa yang manis nak? Kenapa Manja berubah macam ni sekali? Hanya hal sekecil tu.. Manja layan manis macam ni ? Sekarang puas hati manja!'' Inas merentap tanganya dari tangan Raif.

''apa salah manja..? Manis yang tak sedia nak terima manja.. Salah ke apa yang manja buat? Manja tahu siapa manja! Lelaki bodoh dihadapan semua orang! Termasuklah di depan mata isteri manja sendiri..'' luah Raif..

Terdiam pasangan itu.. Hanya bunyi air hujan yang memenuhi hawa telinga mereka..

''dah puas bercakap? Kalau manja nak kan hak manja.. Jadi ambil..'' Inas menyuakan tangannya dihadapan Raif.

Raif melihat tangan putih yang inas hulurkan di hadapannya.. Raif kemudiannya menunduk kemudian dia ketawa kecil.. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan ke kiri dan kanan.

'ok! Sekarang apa? Tak puas hati lagi? Kenapa ketawa.. Dan sekarang mengeleng pula.. Ahh! Makin susah aku nak faham manja yang baru ni..'

''kenapa?'' tanya Inas.. Mengangkat kedua-dua bahunya ke atas.

''kalau manis betul-betul Ikhlas.. Tunjukkan kepada Manja.. Bukan sekadar berkata-kata macam ni..'' kata Raif merenung tajam kedalam mata Inas..

Di sebelah jendela sana Rohana sedang mengintai pasangan itu..

''haish.. Lawan main tarik tali dalam hujan pula manja dengan manis tu.. Budak-budak zaman sekarang.. Cara mereka bercinta lain macam...'' tersenyum sendiri Rohana melihat pasangan itu yang sudah masuk kedalam rumah.

''apa kak? Tali apa kak? '' tanya pembantunya..

''ah! Tak ada apa.. Pergi ambik mop.. lepas tu ikut akak ke depan..'' arah Rohana. Akur saja pembantu rumah muda itu mengikut arahan yang diberikan oleh Rohana.

Ok... Akhirnya.. Kita sambung esok pulak na.. Tq.. Sayang semua.. Terima kasih kerana.. Menantikan MANJA.. Terima kasih.. Sayang hampa semua.. (^-^)

Share this novel

WaneyZack
2020-10-16 00:28:58 

Terima kasih durra. Terima kasih kerana setia menunggu MANJA setiap hari..

Durra shuhada
2020-10-15 23:27:46 

uihh..makin xsbar ni..tq update..tiap2 hari sy tggu

Durra shuhada
2020-10-15 23:27:45 

uihh..makin xsbar ni..tq update..tiap2 hari sy tggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience