Rate

BAB 38- PANGGILAN DARI MAMA

Romance Completed 454604

Akhirnya pasangan itu tiba ke rumah besar tempat yang dihuni oleh Raif tanpa pernah keluar jauh dari situ.. kepulangannya kerumah itu kali ini terasa bagaikan seorang banduan yang akan masuk kedalam penjara semula.. mengurung dirinya seperti beberapa tahun sebelum ini..

''Yeayy!! kita dah sampai..'' sorak Inas. Bila kereta itu sudah berada di hadapan pagar rumah besar itu..

'haishh! boleh pula dia bersorak seronok macam tu.. ini bukannya rumah manis.. ini penjara.. penjara yang mengurung Raif .. agar Raif terus menjadi manja sepanjang hayatnya..' pipi Inas dielus-elusnya lembut dengan sebelah tangannya..

''suka! sebab kita dah sampai?'' tanya Raif.. Menarik sebaris senyuman buat Inas.

''suka..! Sebab dah balik ke rumah sendiri..'' jawap Inas tanpa berfikir fikir panjang...

''okaylah, kalau manis suka..'' balas Raif memandu keretanya masuk kedalam.. Dan terus memandu ke garaj..

Mereka disambut oleh Rohana.. Berpelukkan Rohana dengan Inas.. Bagaikan lama terpisah.. Padahal belum cukup pun seminggu mereka tak berjumpa..

''wah! Drama.. Macam lima tahun tak jumpa.. Padahal baru lima hari je kami pergi..'' perli Raif memeluk tubuh melihat kepada Inas dan Rohana.

''memang lah.. rumah ni jadi sunyi tak ada Inas dan manja..'' kata Rohana..

''hmm.. Selama ni? Manja duduk rumah bising sangat ke? Sampai mak cik ann rasa rumah ni sunyi bila manja dan Inas tak ada..'' terdiam terus Rohana dibuatnya... Sambil tergaru-garu kepalanya sendiri..

''kak ann.. Manja melawak saja tu..'' kata Inas mengurut lembut belakang badan Rohana..

'kesianlah hai.. Tak pasal-pasal kecut terus muka kak Ann.. Yang Manja ni pun dah kenapa...? Melawak ke? Menyindir?' Inas memandang tepat kewajah suaminya..

''makcik Ann.. Manja melawak saja....'' lama baru Raif bersuara.. Satu senyuman terhias diwajahnya..

''melawak.. Jangan melawak macam tu manja.. Mak cik Ann ni cukup hanya pembantu rumah ni saja.. Kalau tahu dekat Tun.. Kena buang kerja nanti.. Mak Cik Ann kalau melawak, dengan Inas je.. '' kata Rohana memeluk erat tubuh Inas..

''mak cik Ann boleh melawak dengan manja.. Tadi tu manja mengusik saja.. Macam yang Inas cakapkan tu.. Melawak.. '' tangan Raif mencubit pipi Inas..

Berjalanlah mereka masuk kedalam rumah.. Inas naik keatas untuk solat dan kembali turun ke bawah semula.. Mencari Raif..

''manja..'' panggil inas ..

''manja didalam bilik ni.. Masuklah sini..'' sahut Raif dari bilik bacaan yang pintunya dibiarkan terbuka sedikit..

Terjenguk-jenguk Inas melihat kedalam bilik bacaan itu... Yakin sangat pasti Raif seang bersama dengan dua peliharaannya..

'aduhh.. Inas.. Kucing je dia bela.. Tapi rasa macam dia bela harimau tu kenapa...' Inas menelan air liurnya.. Menyuakan sebelah kakinya masuk kedalam bilik itu.. Memasang telinga..

'tak ada bunyi kucing pun.. Selamat ni..' kini Inas melangkah masuk kedalam.. Melihat Raif sedang duduk di sofa sendirian. Inas berjalan kearah Raif dan duduk disampingnya..

''manja tak solat lagi kan? Dah nak habis waktu dah ni..'' tegur Inas..

''iya.. Manja dah nak pergi lah ni..'' jawap Raif meletakkan sesuatu diatas riba Inas.. Cepat-cepat dia bangun dan pergi dari situ..

''arggghh.!!!! Manja.. Angkat balik ni..!! '' terjerit-jerit inas melihat ada seekor anak kucing seiras Ash di ada di atas ribanya... Nak saja dia melompat dari situ.. Tapi takut pula anak kucing itu jatuh dari ribanya...

''manja dah lewat ni nak solat. Baby kucing je tu, dia takkan apa-apakan manis.. Jangan risau.. Manis jangan jerit-jerit nanti dia bangun.. Pearl datang cari anak dia tak tahulah...'' terus Raif berjalan keluar dari bilik bacaan itu meninggalkan Inas.. Dari luar kedengaran bunyi gelakkan Raif kuat..

''manja ni!'' marah Inas.. Inas duduk dengan badan yang tegak kaku melihat kepada anak kucing yang ada dia atas ribanya..

''sebijik macam pak kau lah.. Baby kucing .. Tak ada rupa pearl langsung...'' kata Inas.. Mengeliat anak kucing itu bila mendengar suara Inas..

''ssshhh... Tidur-tidur..'' kata Inas lembut sambil mengosok kepala anak kucing itu dengan perlahan..

Selesai solat Raif turun ke bawah.. Dia bersandar di hadapan pintu bilik bacaan mengintai kedalam.. Melihat riaksi Inas dari sana.. Anak kucing yang tadinya ada di atas riba Inas sudah berubah tempatnya.. Kini berada di atas telapak tangan Inas.. Sedang dibelai lembut oleh Inas..

''dah tak takut?'' tanya Raif.. Suaranya bergema segenap ruangan bilik bacaan..

''manja pergi simpan balik.. Kesian dia nak tidur.. Manja kacau dia.. Nanti pearl cari hilang pulak anak dia seekor ni..'' kata Inas menyuakan anak kucing itu kepada Raif..

''hmm agak-agak dia perasan tak.. Anak dia hilang.. Sebab ada lagi empat dekat dia..'' kata Raif menyambut anak kucing yang ada ditangan Inas.

''anak dia lima ekor ke?!'' tanya Inas, tergejut .. Raif mengangguk kepalanya..

''dua macam ash tiga macam pearl...'' terang Raif lagi..

''lima campur dua.. Jadi.. Tujuh ekor?'' Inas menelan air liurnya ..

'ngeri!.. Dulu dua.. Sekarang tambah sekaligus lima jadi tujuh...'

''kenapa dengan tujuh..? Manis nak lawan pearl ke?'' segih Raif..

''apa-apa.. ?! Satu pun belum.. Mana boleh nak lawan keluar sekali lima.. Manis ni bukannya kucing..'' balas Inas menjeling kepada Raif..

''okay.. Kita tunggu yang satu tu dulu..''

''satu? Satu yang mana pula?'' tanya Inas bingung..

''tadi manis kata satu pun belum... Jadi kita tunggu yang satu tu dulu lah..'' Raif mengenyitkan sebelah matanya kepada Inas..

''insya Allah ...''

''kalau ada rezeki...'' Inas menunduk mengurut perutnya..

'siapa yang taknak anak, manja.. Sesuatu yang dihantar dari syurga..'

Raif yang sedang berdiri .. Menarik dagu inas supaya wajah Inas mendongak memandang kearahnya..

''ya manis.. Insya Allah ..'' Kata Raif.. Tak suka dia melihat wajah Inas yang tiba-tiba redup begitu..

''sekarang senyum.. Manja tak suka manis macam macam ni.. Senyumlah.. Senyum dekat suami dapat pahala.. Tau!'' pujuk Raif. Perlahan-lahan bibir Inas mengembang dan tersenyum.

''kan manis kalau tersenyum macam ni.. Bila manis senyum.. baru hati manja terasa lapang.. Tak susah, sebenarnya seorang isteri nak kumpul pahala..'' sambung Raif lagi..

Walaupun apa yang dikatakan oleh Raif itu kedengaran sangat ringkas.. Tapi mesej yang dia cuba sampaikan adalah sesuatu yang terasa berat buat Inas..

'menyenangkan hati suami... Itu adalah tugas seorang isteri..' terngiang-ngiang pesanan Raif tempoh hari.. Semasa percutian mereka sebelum ini..

''manja.. Ni ada panggilan dari Tun..'' kata Rohana yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik bacaan yang terbuka luas itu.

''mama..!'' Raif berjalan kearah Rohana yang sedang memegang gangang telefon yang tak berwayar itu..

'mama! Berderau darah inas ketika itu.. Entah kenapa.. Dia rasakan wanita itu adalah dalang kepada semua ni..'

Rancak Raif berbual dengan Maya yang ada jauh beribu-ribu batu.. Sebelah tangannya masih erat memeluk bayi kucing yang masih tertidur..

''kak Ann.. Ikut Inas kejap..'' Inas menarik tangan Rohana.. Sama-sama mereka berjalan keluar dari bilik bacaan itu.. Membiarkan Raif sendirian bercakap dengan panggilan telefon daripada Maya.

''kenapa ni Inas.. Lain macam saja ni kak Anna tengok?'' tanya Rohana bila melihat wajah inas nampak gelisah.

'pelukah aku bertanya kepada kak Ann..? Boleh kah aku percayakan dia? Tapi kalau dia tali barut kepada dalang sebenar macam mana..?'

''aarmm... Semasa kami keluar.. Diluar..'' kata Inas gugup..

''ada tak mama call.. Tanyakan kami?'' tanya Inas dengan payah..

''hmm.. Tak pula.. Harini baru Tun call.. Sebelum ni dia sibuk kot jaga cucu baru...'' kata Rohana dengan senyuman terpamer diwajahnya..

''kak Ann... Kalaulah ubat Manja habis.. Nak beli dekat mana yea?'' tanya Inas..

'' Ubat manja habis ke?.. Selalunya Tun yang bagi ubat tu dekat kak Ann.. Minta kak Ann beri kan setiap malam kepada manja..'' jawap Rohana polos.. Tak mengesyaki apa-apa kepada soalan yang diajukan kepadanya..

'aku dah agak dah! Tapi kenapa?'

''ada lagi sikit.. Ubat tu..'' balas Inas..

Rohana melihat Inas yang nampak seperti sedang berfikiran jauh.. Yang berdiri di hadapannya hanyalah jasad Inas sahaja..

''Inas ni kenapa? Pelik ke akak tengok..?'' tanya Rohana perlahan.. Sedangkan dia sendiri takut nak bertanya pada awalnya..

''mak cik Ann!'' suara Raif mengejutkan mereka berdua..

Raif melihat kepada Inas dan Rohana yang berpaling melihat kepadanya dengan wajah tergejut dan hairan.

''kenapa ni?'' tanya Raif.. Kepada dua wanita di hadapannya.

''tak ada apa-apa.. Kami bebual kosong je tadi..'' balas Inas.. Bila melihat Rohana dia tak menjawap.

''ni..'' Raif menyuakan ganggang telefon kepada Rohana..

Terangguk-angguk Rohana menyambut gangang telefon itu dari tangan Raif..

'pelik? Ni mesti ada sesuatu ni! Kalau tak takkan muka dua-dua mereka takut macam nampak hantu je?'

''mama kirim salam dekat manis.. Dekat makcik Ann sama..'' kata Raif..

''Waalaikumsalam..'' sambut dua wanita itu bersamaan..

''kak hanania dah lahirkan anak perempuan.'' sambung Raif lagi.. Dia merasa kekok berbicara satu arah begitu.. Seperti seorang atasan yang sedang memberi arahan kepada bawahannya..

''betul ni? tadi tu.. Hanya sembang kosong? Kenapa rasa pelik sangat ni?'' tanya Raif..tak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Inas tadi.

''aaa... Mak cik Ann nak pergi masak.. Inas cakap dia lapar tadi.. Hah! Kan...'' kata Rohana ceria semula..

''hah! Betul.. Tiba-tiba perut ni rasa lapar.. Manis masuk dapur dulu.. Jom kak Ann..'' Inas menarik tangan Rohana..

Tapi langkah kedua-dua wanita itu terhenti.. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.. Rohana melihat kepada lengan Inas yang sudah dipegang oleh Raif.

''sejak bila manis kena ikut mak cik Ann masuk kedapur.. Dah lupa ke yang manis ni isteri manja.. Bukannya kerja manis didapur sana..'' kata Raif yang bernada tegas..

''ya-ya.. Betul tu.. Betul tu.. Makcik Ann masuk dapur dulu...'' terus Rohana berjalan pergi meninggalkan pasangan itu.

''manja.. Kenapa cakap macam tu.. Manja takutkan kak Ann..'' kata Inas melihat Rohana berjalan pergi tanpa menoleh ke belakang lagi..

'kesian kak Ann.. Lari macam tak cukup tanah..'

''takut? Apa yang manja dah buat?'' tanya Raif seperti tiada apa-apa yang berlaku.. Padahal dia sendiri boleh mengangak ini mesti berkaitan dengan mamanya.. Kalau tak kenapa mereka lari bila mendengar mama call tadi..

Selesai untuk harini.. Terima kasih kepada semua.. Pembaca setia MANJA... muahh muaahhh muahh... (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience