Rate

BAB 63 - KECEWA

Romance Completed 455243

''Inas nak balik ke rumah keluarga Inas..'' kata inas..

''apa? Bukan rumah keluarga Inas tak ada orang ke?.. Kenapa nak balik ke sana? Tiba-tiba pula tu?'' tanya Hamzi.. Bingung.

Inas diam.. Dia mengangkat kedua-dua bahunya ke atas..

''Inas dengan manja gaduh kan..?'' tanya hamzi dia mula memandu keretanya.. menyusuri jalan kecil menuruni ke bawah..

''tak!'' nafi Inas sekeras kerasnya.. Dengan penuh beremosi sekali.. Membalas kepada Hamzi..

Kedengaran gelak kan kecil keluar dari mulut Hamzi.. Inas berpaling melihat ke arah Hamzi yang sedang memandu di sampingnya.. Kepala Hamzi tergeleng- geleng ke kiri dan kanan..

''abang bukannya budak kecil macam manja nak Inas bohong abang.. Dari raut wajah Inas.. Abang dah boleh baca.. Yang korang berdua bergaduh.. Abang ni bukannya pandai nak nasihatkan orang sangat.. Tapi abang harap Inas dapat bersabar dengan manja.. Tak ada boleh ikutkan perasaan.. Ikutkan hati.. Kena guna fikiran yang waras... Inas tahu kan keadaan manja.. Dia tu istimewa .. Seperti yang abang pernah bagi tahu dengan Inas sebelum ni..'' terang Hamzi dengan panjang lebar..

'kalaulah abang tahu.. Sebenarnya manja tu dah sembuh.. Sembuh sepenuhnya.. normal seperti yang lain. Sama seperti lelaki normal di luar sana... Tapi Inas kecewa! .. Kecewa dengan dia.. Dia dah buang Inas..! Dia sedikit pun tak percaya dengan Inas..! Sampai dengan, Inas ni.. isteri dia.. Dia rahsiakan semua ni..' Inas berpaling memandang ke arah luar sehingga dia tak sedar yang mereka sudah terlepas simpang untuk menuju ke rumah Inas..

Bila kereta itu berhenti di simpang yang mempunyai isyarat lampu jalan barulah Inas tersedar akan hal itu.

''abang kita nak kemana?'' tanya Inas cemas.. Memegang erat pintu yang ada di sisinya..

'' ke hotel..'' jawapan Hamzi santai.. Lalu mula memandu semula bila lampu isyarat untuknya bertukar warna merah ke warna hijau..

''HAH! Hotel?!'' jerit Inas.

''kenapa perlu Inas nak menjerit? Pekak telinga abang ni?'' rungut Hamzi. Tangannya menggosok telinga yang terasa bengang..

''kenapa perlu bawa Inas ke hotel?'' tanya Inas.

'' hotel tu... Inas!!'' kalini Hamzi pula menjerit kuat mengalahkan jeritan Inas tadi..

Sreeeettt! Cepat-cepat kakinya menginjak pedal break.. Sebelah lengan Inas di tariknya.. Bila melihat Inas membuka pintu kereta yang sedang dipandunya..

''Inas ni dah kenapa? Nak bunuh diri ke apa?!'' marah Hamzi.. Sakit jantungnya dengan kelakuan Inas sebentar tadi.

''Inas nak balik rumah keluarga Inas! Kenapa abang nak kena bawa Inas ke hotel pula?'' Inas merentap tangannya dari terus dipegang oleh Hamzi.

''Ya Allah! Berurusan dengan Inas lebih susah dari abang uruskan isteri abang.. Apa yang Inas pikir? Ingat abang nak buat yang tak elok dekat Inas..? Macam tu? Muka abang ni jahat sangat ke..? '' tanya Hamzi kecewa dengan tanggapan Inas kepadanya.. Tak terlintas sedikit pun nak mengkhianati Raif.. Jauh sekali untuk semua itu..

''dah tu kenapa nak bawa Inas ke hotel?'' tanya Inas .. Masih tak puas hati selagi Hamzi tak menjawab akan soalanya.

''ok.. Abang akan jawap! Tutup pintu tu.. Kita dekat tengah jalan ni! Bahaya Inas..'' kata Hamzi dengan lembut.. Kalini dia memang mengalah banyak dengan Inas. Aura yang ditunjukkan Inas kalini berbeza.. Seperti tekadnya seorang askar melangkah menuju ke medan perang..

''tutup pintu tu.. Abang akan jelaskan dalam perjalanan nanti.. '' Hamzi mengulangi lagi kata-katanya..

Inas yang sedang menghadap keluar mengangkat kakinya semula masuk ke dalam kereta.. Pintu kereta itu ditarik dan ditutup rapat. Cepat-cepat Hamzi menekan punat kunci yang ada dekat dengannya..

' tak pasal-pasal je nanti.. Kenapa dia pelik sangat ni? Aku sampai tak kenal dengan Inas yang selalu tersenyum dan berperwatakan lembut tu! Adakah ini Inas kuasa dua? Atau apa?'

''tolong pakai tali pinggang tu.. '' Hamzi memberi arahan.. Salah dia juga dari awal tak mengingatkan Inas tentang itu..

''ok dah! Sekarang boleh abang terangkan kenapa perlu abang bawa Inas ke hotel?'' terang dan jelas kata yang terbit dari wanita yang berada di sebelah Hamzi.. Hamzi yang sedang memandu , perlahan-lahan menoleh ke sampingnya..

'selain mama, Inas adalah wanita kedua yang pernah cakap setegas itu kepadanya.. Irdina pun tak pernah bertutur sebegitu.'

''apa orang akan cakap kalau Inas tiba-tiba balik ke rumah keluarga Inas pada waktu yang macam ni..?'' tanya Hamzi.

''lagipun rumah keluarga Inas tu tak ada siapa kan.. Tak selamat Inas dekat sana seorang diri'' sambung Hamzi..

Inas diam tak menjawap.. Dia melipat tangannya memeluk tubuh, berpaling melihat ke arah luar.

''abang takkan.. masuk campur dalam urusan Inas dan manja.. Tapi abang tak nak orang mengata keluarga abang.. Cukup untuk Inas faham akan hal itu..'' kata Hamzi.

''abang akan hantar Inas ke hotel.. Inas akan tinggal disana sampai marah Inas reda..'' sambung Hamzi.

''Inas ?!'' Inas menunjuk ke arah dirinya..

''ya lah Inas.. Tak kan abang pula..'' balas Hamzi. Mengangkat dua tangannya keudara.. Kemudian Cepat-cepat tangannya turun semula memegang stereng kereta..

''lagi pun, hotel tu.. milik manja.. Suka hati Inas lah nak duduk berapa lama pun yang Inas suka..'' kata Hamzi sambil memandu secara santai..

'terngiang-ngiang kata maya di dalam kepalanya.. Tambah pula dengan kata manja.. Membuatkannya bertambah sakit hati ..' Inas memejam matanya rapat-rapat.

'Inas tak ada kaitan dengan harta manja..'

Sampailah mereka di hadapan hotel yang sama.. Sebelum ini pernah mereka makan malam disini.. Inas mengikut saja langkah Hamzi masuk kedalam hotel tersebut..

''tuan!'' tegur seorang lelaki datang menyambut kedatangan mereka..

'' bawakan kami naik ke penthouse.. Untuk kegunaan Puan Althaf '' Hamzi menunjuk ke arah Inas yang ada di belakangnya.. Lelaki yang datang menyambut mereka tadi berpaling melihat ke arah Inas.

''baik tuan.. Silakan puan..'' pelawa lelaki itu.. Katanya sebaik dia memandang kearah Inas.. Berjalanlah mereka bertiga ke arah pintu lif..

''abang!'' panggil Inas. Dua lelaki yang ada di hadapan Inas segera berhenti melangkah.. Berpaling ke belakang melihat kearah Inas yang sedang menunduk melihat ke arah lantai.. Bermain dengan jarinya.. Hamzi melihat ke arah pekerja hotel itu.. Sebelum dia berpaling melihat ke arah Inas semula..

''boleh tak.. Kalau Inas nak pesan apa-apa untuk makan.. Inas lapar..'' kata Inas perlahan.

''oh! Abang ingat apa lah tadi.. Inas nak makan apa? Abang akan keluar belikan..'' kata Hamzi..

''hmm.. Inas nak.. Biskut pun dah okay.. Buat lapik perut sementara nak tunggu sarapan ..'' kata Inas.. Masih kekal menunduk.. Terpaksalah dia menyuarakan hal tersebut demi keperluan anaknya ..

''itu je? Biskut ? Haish...'' keluh Hamzi..

''bring a set of croissants.. And also a box of Milk for Mrs. Althaf..'' Hamzi memberi arahan kepada lelaki di sebelahnya..

''baik , tuan..'' segera lelaki itu berlari kearah kaunter membuat panggilan telefon..

Hamzi menekan punat butang lif naik ke atas.. Sementara menunggu lelaki tadi datang. Naiklah mereka bertiga ke atas.. Lelaki tadi membuka pintu untuk Hamzi dan Inas masuk kedalam.. Hamzi masuk kedalam memeriksa keadaan bilik itu..

Loceng bilik itu ditekan.. Dari luar.. Bergema setiap ruangan itu.. Lelaki yang mengiringi mereka tadi membuka pintu ada seorang pekerja lain yang berdiri di pintu menatang sedulang makanan ditangannya.. Hamzi yang sedang memeriksa keadaan bilik itu segera berpaling.

''letakkan disitu..'' arah Hamzi. Menunjuk kearah meja bulat yang ada ditengah - tengah ruang itu..

'' abang hairan lah.. Kenapa? kalau orang perempuan merajuk je.. perlu kah?.. Dia lari dari rumah.. I mean.. Keluar rumah.. Kenapa ya?'' Hamzi melihat ke arah dulang yang ada di atas meja. Kemudian dia berpaling melihat ke arah Inas.

''lari tak akan menyelesaikan masalah Inas.. Itu cuba mengelak dari terus menghadapinya... Satu hari, masa tu akan tiba juga.. Yang membezakannya.. Cepat.. atau pun lambat Inas..'' hamzi menasihati.. Inas melemparkan pandangannya melihat kerah jendela kaca yang besar dihadapannya.. Tak menghiraukan apa yang baru dikatakan oleh Hamzi.

''okaylah.. Inas jaga diri tinggal disini.. Insya Allah abang jamin disini Inas akan lebih selesa.. Kalau Inas nak apa- apa.. inas call saja kaunter khidmat pelanggan.. Abang nak balik dulu.. Assalamualaikum ..'' Inas berpaling melihat Hamzi yang sedang berjalan pergi sambil mengangkat tangannya melambai ke arahnya tanpa berpaling ke arahnya ..

''waalaikumsalam ..'' jawap Inas .

Plakk.. Kedengaran pintu bilik itu tertutup rapat semula.. Inas berpaling dan segera berjalan kearah pintu dan mengunci pintu itu dari dalam. Inas ke arah bilik air mencuci tangannya..

'tenang saja sayang.. Kamu lapar ya.. Kita makan ya.. Anak mama.. Jangan risau, sayang ada mama.. Sentiasa ada mama..' Inas mengelus lembut perutnya sambil berjalan ke arah meja di mana ada makanan yang terhidang diatasnya..

''alhamdulillah rezeki...'' Inas menarik kerusi yang ada di meja bulat itu.. Menadah tangannya membaca doa.. Tangannya menarik piring yang terisi croissants itu mendekat kepadanya.. Inas mengoyakkan roti yang merupakan pastri yang berasal dari Perancis berbentuk seiras bulan sabit.. Menyuakan masuk kedalam mulutnya.. Lemah saja Inas mengunyah roti itu. Ada kala dia menguap sehinggakan air matanya merembes keluar.. Tak pula Inas menghapuskan air matanya... Malah dia membiarkan saja sambil dia mengunyah makanannya.. Sehingga kepalanya terlentok di atas meja.. tertidur di meja bulat itu, dengan linangan air mata.. Kecewa.

Sambung jom... - - - >

Share this novel

Ella Halim
2020-11-07 23:00:43 

kecewanya hati inas.Tapi manja buat ada sebab tersendiri


NovelPlus Premium

The best ads free experience