BAB 13

Romance Completed 12322

Norisah membuka mata perlahan-lahan. Matanya masih lagi mengantuk. Siang tadi mereka sibuk mengemas barang. Mereka baru sahaja pindah ke rumah baru. Syahrul tak nak dia duduk di rumah Ikhwan kerana mahu dia melupakan kisah yang hanya memedihkan hatinya.

Norisah terkejut. Hampir luruh jantungnya bila dia membuka mata, wajah Syahrul begitu hampir dengan mukanya. Syahrul hanya tersenyum manis sebelum mencium dahi dan kelopak matanya.

“ Kenapa tak tidur lagi?” Norisah menjeling jamyang berada di atas meja tepi katil. Jam sudah pun

menunjukkan pukul 3.30 pagi.

“ Abang tak boleh tidur.” Syahrul mengelus rambut Norisah. Sesekali dia mencium rambut itu. Hatinya lapang bila dia dapat menghidu wangian yang terbit dari rambut Norisah.

“ Kenapa?”Norisah hairan.

“ Abang tak puas tengok wajah Nor.” Syahrul mencium pipi Norisah pula. Dia hanya ketawa kecil bila wajah Norisah sudah merah. Kena cium pun nak malu. Syahrul geli hati.

“ Malu?”

Norisah hanya diam. Dia menyorokkan mukanya di dada bidang Syahrul.

“ Abang macam tak sangka tengah peluk Nor sekarang ni. Umpama mimpi abang jadi kenyataan.” Syahrul memeluk tubuh Norisah dengan perasaan sayang yang semakin menggebu.

“ Abang sayang Nor.” Bisik Syahrul di tepi telinga Norisah.

“ Nor pun sayangkan abang.” Norisah membalas. Dia bahagia. Tiada lagi bayangan Ikhwan yang menakutkannya. Tiada lagi pukulan yang menyakitkan tubuhnya dan tiada lagi kata makian yang disumbatkan ke telinganya. Kini dia bahagia dengan belaian mesra Syahrul. Syahrul melayannya bagaikan permaisuri.

Hari-hari yang dilaluinya sungguh membahagiakan. Dia sudah boleh tersenyum dan ketawa dengan adanya Syahrul.

“ Maafkan abang sebab tinggalkan Nor dulu. Kalaulah abang tak buat macam tu, mesti Nor tak…”

“ Sudah la tu bang. Yang penting sekarang ni kita dapat bersama. Memang pada mulanya Nor salahkan abang tapi Nor tak bencikan abang. Nor cuba untuk lenyapkan nama abang dari hati Nor tapi Nor tak mampu. Nor sayang abang.”

“ Abang akan bahagiakan Nor. Sampai nafas abang yang terakhir, abang akan cuba bahagiakan Nor. Abang akan setia di samping Nor kerana Nor cinta pertama dan terakhir abang. Sampai bila-bila pun abang akan tetap cintakan Nor. Isnin hingga Ahad, pagi hingga malam dan untuk selama-lamanya.” Syahrul menolak sedikit tubuh Norisah dan memandang ke dalam mata isterinya. Seluruh sayangnya tertumpah buat isterinya ini. Sekali lagi dia mencium dahi Norisah.

Sungguh Norisah terharu, hatinya diruntun sebak mengenangkan Allah mengizinkan juga dirinya mengecap bahagia, sungguh sebelum ini dia hampir putus asa, dari pagi ke siang dia bermandikan airmata, hampir saja dia percaya bahawa bahagia bukan miliknya di dunia ini. Namun Allah maha mengasihani dan penyanyang, Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan. Sungguh selepas derita, Allah menghujaninya dengan nikmat bahagia.

Alhamdulillah untuk segala rahmat dan kasih sayang mu Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience