BAB 8

Romance Completed 23378

“Alala… Bakal isteri Azfar merajuklah! Tak cantik dah. Senyum sikit. Nanti Azfar tengok kau masam macam ni, mesti dia ingat kau tak nak kahwin dengan dia” pujuk Nurin. Senyuman dihadiahkan buat Zalfa Fatnin yang berdiri dihadapannya.

‘Aku memang tak nak kahwin dan tak rela kahwin dengan Azfar pun!’ Bisik Zalfa Fatnin di dalam hatinya.

“Kau ni, ke situ pula! Yer lah, aku senyum ni. Cantikkan?” Senyuman dilakarkan dibibirnya tapi agak hambar. Tidak manis seperti selalu.

“Ha! Macam itulah. Pengantin kena senyum. Baru ada seri. Ni tak, masam saja!” Pipi Zalfa Fatnin dicubit perlahan.

“Ish! Kau ni, sakitlah! Aku tahulah pipi aku ni gebu tapi janganlah selalu cubit. Nanti hilang kegebuan tu.” Gelak Zalfa Fatnin sebaik saja dia menghabiskan ayat terakhirnya.

“Masuk bakul angkat sendiri nampak!” Sindir Nurin. Zalfa Fatnin hanya mencebik bibirnya sambil membuat gaya ‘whatever’.

“Zalfa, jom turun! Pengantin lelaki dah sampai” beritahu Khairunnisa’.

Zalfa Fatnin mengeluh perlahan bimbang jika Nurin dapat menangkap keluhannya itu. Langkah diatur menuju ke pintu bilik bersama Nurin disebelah. Perlahan-lahan dia menuruni tangga sambil diiringi oleh kakak iparnya dan sahabat baiknya.

Sebaik saja kaki Zalfa Fatnin menyentuh lantai, dia terpaku seketika melihat Isyq Azfar kebetulan lelaki itu berpaling ke arahnya.

Kacak!

Hanya itu saja perkataan yang Zalfa Fatnin mampu ungkapkan. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang apabila pandangan dia bertembun sesaat dengan Isyq Azfar. Apakah itu rasa cinta?

Zalfa Fatnin duduk bersimpuh di atas bantal. Di sisinya ada umminya, Puan Anisah dan bakal ibu mertuanya, Datin Nora. Wajahnya ditunduk kerana hatinya begitu berdebar saat ini. Apabila mendengar abinya melafazkan kata-kata ” Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Nur Zalfa Fatnin Binti Bakhtiar” hatinya sebak tetapi dia tahan dari mengalirkan air matanya. Abinya akan melepaskan dia kepada Isyq Azfar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience