BAB 4

Romance Completed 23378

Jangan-jangan Abi dan Umminya sudah tahu tentang berita itu? Zalfa Fatnin tidak berani untuk membuka mulutnya.

“Zalfa, duduk!” Arah Encik Bakhtiar. Tegas sekali suara itu.

Tanpa banyak soal, Zalfa Fatnin duduk disebelah Puan Anisah. Wajah ditunduk ke bawah kerana di berani untuk memandang wajah Encik Bakhtiar. Jari-jemari bermain sesama sendiri untuk mengurangkan rasa gusar di hati.

“Betul ke kamu pernah terlanjur dengan Azfar?” Laju Encik Bakhtiar bertanya tanpa tapis sedikit pun ayat yang keluar dari mulutnya.

Zalfa Fatnin angkat kepala dan wajah terkejut jelas terpamir. Bulat matanya memandang wajah Encik Bakhtiar di yang berada di kanan uminya. Terkaku seketika sebaik saja mendengar pertanyaan abinya.

Pernah terlanjur? Sejak bila dia bercinta dengan Isyq Azfar?

Wajah Isyq Azfar dipandang. Dan hanya ketenangan saja yang terpamir pada raut wajah lelaki itu. Dan kepalanya berpaling ke arah umminya yang berada di sisinya. Jelas sekali raut kecewa yang terpamir di wajah umminya.

“Betul ke Zalfa? Betul ke sekarang ni kamu mengandung?”

Sekali lagi pertanyaan dari abinya membuatkan di rasa hendak pitam. Oh! Permainan apakah ini, Isyq Azfar?

Dek terkejut dengan pertanyaan Encik Bakhtiar, Zalfa Fatnin kaku tanpa bicara. Sungguh! Dia sangat terkejut. Kenapa sanggup Isyq Azfar lakukan semua ini kepadanya? Apa salah dia?

“Kamu diam tu maknanya betullah?” Tekan Encik Bakhtiar.

Zalfa Fatnin cuba membuka mulut tetapi sepatah perkataan pun tidak keluar dari bibirnya. Hanya bergerak sahaja tanpa bicara. Kata hatinya menafikan tetapi kenapa berat sekali untuk meluahkan?

‘Ya Allah, bantulah hambaMu ini.’ Bisik Zalfa Fatnin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience