BAB 3

Romance Completed 23378

Berita yang dia baca tadi cukup memeranjatkannya.

‘Isyq Azfar Tan Sri Lukman akan menamatkan zaman bujangnya.’

Okey! Baca tajuk tu tak terkejut lagi tapi apabila dia baca di muka penuh akhbar itu, boleh membuatkan dia diserang penyakit jantung walaupun dia tiada penyakit jantung.

Sejak bila dia setuju nak kahwin dengan lelaki itu? Dah gila ke apa? Rasa marah membuak-buak di dalam hati. Itu baru dia saja yang baca, belum lagi Abi dan Umminya yang baca. Silap haribulan, jadi arwah terus!

Akhbar yang berada di atas meja diambil dan di bawa ke dalam biliknya untuk disimpan sebelum Abi atau Umminya baca. Lebih baik dia ambil langkah berjaga-jaga. Dan selepas ini dia akan selesaikan hal tersebut sendiri dengan Isyq Azfar.

Setelah memastikan dirinya menutup semua aurat, Zalfa Fatnin turun ke bawah. Sampai saja di tangga bawah sekali, kakinya terpaku melihat susuk tubuh seseorang yang sedang asyik berbual dengan Abi dan Umminya. Serius sekali wajah Encik Bakhtiar dan Puan Anisah.

‘Buat apa lelaki itu di sini?’ Bisik Zalfa Fatnin sendirian.

Perlahan-lahan Zalfa Fatnin menghampiri Abi dan Umminya di ruang tamu. Saat Encik Bakhtiar melihat Zalfa Fatnin, tajam sekali pandangan itu membuatkan Zalfa Fatnin kecut perut. Muka Puan Anisah boleh tahan masam seperti asam jawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience