BAB 7

Romance Completed 23378

Selesai saja disolek oleh jurusolek, Zalfa Fatnin diminta untuk menukarkan pakaiannya kepada busana pengantin. Hari ini dia mengenakan baju pengantin berwarna putih untuk majlis akad nikah. Bajunya simple sahaja. Tidak terlalu berat dengan hiasan. Dan untuk majlis resepsi di sebelah petang nanti, Zalfa Fatnin dan Isyq Azfar akan mengayakan busana pengantin berwarna maroon.

“Dah siap dah?” Soal Khairunnisa’ yang berada di muka pintu bilik Zalfa Fatnin.

“Hampir siap. Sikit saja lagi” jawab Ainul sebagai jurusolek.

“Cepat sikit ya! Pengantin lelaki dah nak sampai” beritahu Khairunnisa’.

“Baiklah!” Angguk Ainul. Dia masih menunggu Zalfa Fatnin yang sedang menyalin pakaiannya di dalam tandas. Dia menunggu untuk memakaikan selendang kepada Zalfa Fatnin. Itu baru lengkap. Takkanlah pengantin nak keluar tanpa tutup aurat pula.

“Wah, cantiknya!” Puji Nurin. Sahabat baik kepada Zalfa Fatnin.

“Zalfa, sini. Biar kak Ain pakai selendang dulu. Pengantin lelaki dah nak sampai” ujar Ainul.

‘Baik, kak Ain!” Akur Zalfa Fatnin. Baru saja dia ingin memeluk sahabatnya yang baru tiba itu.

Selesai saja menutup kepalanya dengan selendang, Zalfa Fatnin terus meluru ke arah Nurin yang sedang duduk di atas katil.

“Ya Allah, rindunya aku pada kau!” Peluk Zalfa Fatnin.

“Eh! Kau ni, lemas aku nanti! Macam setahun tak jumpa. Padahal baru sebulan tak jumpa” bebel Nurin sambil cuba merungkaikan pelukan Zalfa Fatnin. Nak lemas rasanya!

“Aku tahulah kau tak rindukan aku. Sebab itulah kau lemas aku peluk kau.” Bibir dicebik. Wajah masam terlakar di bibirnya. Sengaja Zalfa Fatnin buat-buat merajuk dengan Nurin. Rasa macam lama dia tak merajuk dengan sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience