BAB 1

Romance Completed 23378

Kaki melangkah perlahan tanpa arah tujuan. Memikirkan permintaan ex-senior dia suatu ketika dahulu, pening kepalanya. Ada ke patut minta nak kahwin sebulan saja. Yang tu satu hal! Dan yang satu hal lagi, nak kahwin sebulan dalam bulan Februari. Ada ke patut?

Sebulan itu ada tiga puluh hari atau tiga puluh satu tapi masalahnya bulan Februari tak pernah nak cukup sebulan. Otak dah biul ke apa lelaki itu. Nak kata tak bijak, semasa zaman universiti dulu dapat anugerah dekan selalu. Entahlah! Penat dia memikirkannya.

Sedang asyik Zalfa Fatnin melangkah, Samsung Galaxy Anya berdering minta dijawab. Nama pemanggil dilihat tetapi hanya nombor saja yang tertera di skirn telefon. Jarang sekali nombor yang tidak dikenali menelofonnya.

Nak jawab ke tak?

Zalfa Fatnin masih lagi ragu-ragu untuk menjawab. Tetapi kata hatinya menyuruh dia menjawab. Jadinya, dia mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum.” Salam diberi sebaik saja telefon diletakkan di telinga.

“Waalaikumussalam.” Jawab si pemanggil talian.

Suaranya garau. Ok, pemanggil tersebut LELAKI!

‘Siapa ni?” Soal Zalfa Fatnin ingin tahu. Jarang sekali lelaki yang tidak dikenali menelofonnya melainkan tersilap nombor.

“Takkan tak kenal. Baru beberapa jam saja kita jumpa. Dah lupa dah?” Balas si pemanggil itu.

Zalfa Fatnin cuba mengingati siapa yang dia ada jumpa hari ini selain ex-seniornya. Eh! Jangan kata yang ni Isyq Azfar!

“Dah ingat dah?” Soal si pemanggil yang berada di talian setelah dua minit Zalfa Fatnin diam.

“Ini Isyq Azfar ke?” Soal Zalfa Fatnin inginkan kepastian walaupun hatinya mengatakan bahawa lelaki yang menelefonnya itu adalah Isyq Azfar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience