MSB 4 - PISTOL

Romance Completed 675719

ARIF berjalan keluar dari Penjara Kajang. Matanya meliar merenung keadaan di luar. Rasanya sudah enam tahun dia tidak melihat keadaan dunia luar.

Muncul Ben di hadapan Arif. Tubuh sahabatnya itu dipeluk erat. Ben tersenyum.

“Kau sihat?” soal Ben.

“Kau tengok aku sihat ke tidak?”

Ben ketawa. “Dah, mari kita balik.”

Arif menganggukkan kepalanya lalu berjalan bersama Ben menuju ke kereta.

 

ARIF merenung gambar anak saudaranya. Sudah enam tahun perkara itu berlaku. Sehingga kini dia tidak dapat menerima hakikat yang anak saudaranya telah pun meninggal dunia.

Ben menghampiri Arif yang sedang termenung di sofa.

“Masih ingatkan Adib?” soal Ben.

“Sampai ke hari ini, aku tak boleh terima yang Adib  dah pergi. Ni semua gara-gara Tan Sri Izzuddin! Aku tak boleh terima!”

“Sabar. Tak perlu nak marah-marah. Kau pun baru keluar dari penjara.” Ben menggosok belakang badan sahabatnya itu.

“Apa cerita pasal dia tu sekarang ni? Hidup lagi ke dah mati?”

“Aku pun dah lama tak pergi ke sana. Last aku pergi dalam setahun yang lepas.”

“Tak apa, biar dia gembira dulu. Aku tahulah nak buat apa lepas ni.” Arif tersenyum sinis.

“Kau nak buat apa? Kau tu baru keluar penjara. Jangan nak buat hal. Kau nak masuk penjara balik ke?” Ben mencapai kotak rokok, lalu mengambil sebatang rokok dan dibawa ke mulutnya. Api dinyalakan pada hujung rokok.

“Kau ada cadangan ke?” soal Ben lagi, sambil menghisap rokok. Asap berkepul-kepul di ruang udara.

“Sampai ke hari ni, aku tak dapat lupakan macam mana anak saudara aku mati. Elok-elok dia masuk dalam keluarga sana, sebab aku fikir dengan cara tu kami boleh jadi kaya. Tapi tak sangka anak saudara aku boleh mati di tangan pihak polis”

Arif menarik nafas sedalamnya. “Aku takkan lupakan sampai bila-bila. Sepatutnya dia yang patut mati, bukan anak saudara aku. Mesti sekarang ni, aku dah dapat harta dia. Dan mungkin juga sekarang ni, kami dah kaya.” Arif mengepalkan penumbuk.

“Sabarlah. Sekarang ni apa cadangan kau?”

“Anak perempuan dia.”

“Anak perempuan dia?” soal Ben semula.

Arif hanya sekadar mendiamkan diri sambil memandang ke arah sahabatnya. Ada perkara yang akan dilakukannya nanti.

 

SUDAH tiga hari kejadian Bella dimalukan di restoran tempoh hari. Dan hari ini, dia mula masuk ke pejabat semula. 

Tan Sri Izzuddin sudah pun mengetahui hubungan anaknya dengan Razid. Setelah mengetahui perkara itu, dia pula mahu mencarikan calon suami untuk anak perempuannya itu. Bagi Tan Sri Izzuddin, sudah cukup dia memberi peluang pada Bella lagi. Sebagai seorang bapa, dia tidak mahu lagi Bella ditipu. Tetapi Bella berdegil tidak mahu menerima tawarannya. 

Bella merebahkan kepalanya di atas meja. Tina pula memandang Bella dari tadi.

“You dah kenapa dari tadi termenung?” soal Tina.

“Kenapa dia tipu I?” Bella menarik tangan Tina.

“You tu cepat sangat percaya lelaki. I dah cakapkan, Razid tu tak boleh percaya. Kenapa you cepat sangat percayakan dia? Tengok, tahu-tahu aje dia dah bertunang.” Tina mengeluh perlahan.

“Yalah, dia lelaki yang tak tinggalkan I dekat restoran. Dua lelaki sebelum ni kan, tinggalkan I.”

“Dah, tak payah fikir lagi pasal Razid lagi. Sepatutnya you bersyukur yang Razid dah tunjuk sikap dia yang sebenarnya. Eloklah, you dah tak pakai macam sebelum ni. Pakai macam ni kan, nampak cantik.” Rambut Bella diusap lembut.

Bella mencebik. Kepalanya direbahkan semula di atas meja.

“So macam mana sekarang ni?” soal Tina.

“Macam mana apa?”

“Yalah, calon suami?”

“Calon suami? Tak ada. Malas nak fikir,” ujar Bella malas.

“Nak calonkan adik I dengan you, dia pun baru 18 tahun.” Tina tiba-tiba ketawa.

“Gila. Tak mahu I budak umur 18 tahun. Tengah hari ni kita keluar makan Nandos nak? Teringin nak makan Nandos.” Bella malas mahu memikirkan Razid. Sudah dicampak nama itu jauh-jauh dari fikirannya.

“Nak makan Nandos?” soal Tina balik.

“Ha’ahlah, Teringinlah. Please.”

“Yalah. Pukul 1 nanti kita pergi. Dah, I nak pergi buat kerja dulu.”

“Okey.”

Tina bangun dari kerusi lalu berjalan keluar dari bilik pejabat. Bella termenung sejenak. Entah kenapa tiba-tiba dia teringatkan Razid semula. Dia terfikir mahu memberi pengajaran terhadap lelaki itu.

 

BELLA dan Tina sedang menikmati hidangan makan tengah hari di Restoran Nandos. Nasi disuapkan ke mulut. Tiba-tiba ada seseorang sedang berdiri di hadapannya.

“Hai,” tegur Qaiser.

Uhuk! Uhuk!

Bella tersedak, sambil mengurut dadanya. Dengan pantas Qaiser menghulurkan air kepadanya. Bella menyambar gelas dari tangan Qaiser, lalu menyedut straw yang ada di dalam gelas tersebut.

Tina yang berada di sebelah, turut terkejut. Kenapa ada lelaki yang tidak dikenali menegur Bella? Kenalkah Bella dengan lelaki itu?

“You? Kenapa you muncul dekat sini?” soal Bella. Dia masih lagi terkejut. Kenapa Qaiser boleh berada di sini? Gelas diletakkan di tepi.

“Sorry, I tak sengaja nak bagi you tersedak.” Qaiser menarik kerusi lalu duduk di hadapan mereka tanpa dipelawa.

“Wait, who ask you to sit here?” Lelaki ini memang tiada rasa malu. Boleh-boleh pula dia berada di sini.

“Siapa ni Bell? You kenal dia ke?” soal Tina.

“Oh, lupa pula. I Qaiser. Boleh panggil I Qai. Kalau you nak tahu, I la yang selamatkan Bella dari accident tempoh hari,” ujar Qaiser sambil tersenyum.

“Accident? Bila you accident Bella? Kenapa I tak tahu?”

“Dah kenapa you cakap dekat Tina I accident?”

“Oh, kawan you tak tahu? Sorry, I tak sengaja.” Qaiser sudah tersengih.

“You tak cakap pun you accident? Teruk sangat ke?” soal Tina.

“Tak teruk pun sikit je. Kalau teruk, I tak masuk  kerjalah.” Bella menjeling Qaiser.

Tina mula merapatkan dirinya kepada Bella. “Siapa lelaki ni? Kenapa handsome sangat?”

Bella terus mencubit peha Tina. Menyeringai wajah Tina, apabila pehanya dicubit.

Qaiser pula ketawa kecil. Padahal di dalam hatinya berasa bangga apabila ada yang memuji ketampanannya.

“You nak apa ni, datang sini?” soal Bella acuh tak acuh.

“Siku you macam mana? Dah okey ke? I risau sangat, bila fikir pasal you.”

“Bukan luka teruk mana pun,” ujar Bella sambil menjeling Qaiser.

“I sampai sekarang rasa bersalah, sebab cakap dekat you macam tu. I minta maaf sangat-sangat dekat you Bella. You pergi macam tu aje. Maafkan I,” ucap Qaiser.

Bella pandang Qaiser semula. Bila difikirkan balik, kenapa dia perlu marah? Betullah kata Qaiser. Kenapa dia terlalu cepat mempercayai lelaki?

“Hmm, tak apalah. I pun tak ambil serius sangat pun. I dah maafkan you.”

“Thanks Bella. Barulah I tidur lena lepas ni.” Qaiser mengukirkan senyuman yang paling manis.

Jantung Bella berdegup kencang apabila melihat senyuman Qaiser tadi. Boleh cair bila tengok senyumannya.

“Lain pula rupa you ni. Sebelum ni, bukan you pakai spek mata ke? Dan... rambut tocang dua?” soal Qaiser, seakan mahu selidik.

“Kalau you nak tahu kan Qai, kawan I ni pakai macam tu sebab nak cari calon suami tau,” sampuk Tina tiba-tiba, yang dari tadi diam.

“Tina!” Bella mengetap bibirnya. Kenapalah Tina membuka hal sebenar? Malulah dia!

“Calon suami? Maksud you?” Qaiser seakan ingin tahu.

“Eh, you tak ada apa nak cakap lagi, kan? I dah maafkan you. So, can you leave now? I nak makan pun tak senanglah, bila you duduk depan I ni.”

“Tak boleh ke kalau I nak makan sekali? Please,” pinta Qaiser. Dia mula bangun.

“Eh, kita tak pernah kenal tau. I pun tak tahu you ni siapa. Tiba-tiba aje macam dah kenal lama.” 

“Boleh-boleh. Come joint us.” Tina menyampuk sekali lagi.

“Tina! You ni dah kenapa?” marah Bella.

“Ala... relax la Bell.” Tina tersengih.

Entah bagaimana waktu itu, Bella mula terpandangkan sesuatu di pinggang Qaiser. Baju sutnya terselak sedikit. Pistol! Bella menjerit di dalam hati. Bagaimana lelaki itu boleh ada pistol? Dia ni siapa? Adakah dia lelaki jahat? Adakah dia orang suruhan bapa saudara arwah abang angkatnya Adib?

Tiba-tiba peristiwa enam tahun lalu mula menerpa kembali. Abang angkatnya meninggal dunia akibat ditembak oleh pihak polis.

Dan bapa saudara arwah Abang Adib pula tidak sempat menembak abinya, kerana turut ditembak oleh pihak polis. Tetapi bapa saudara arwah Abang Adib bernasib baik, kerana hanya ditembak di peha sahaja. Dan dia  telah dipenjarakan atas niat membunuh. Tetapi sekarang ini sudah enam tahun berlalu. Entah-entah, lelaki itu sudah dibebaskan?

“I order makan ya? Kita makan sekali?” pinta Qaiser lagi.

“Biarlah Bell. Dia nak makan sekali,” sampuk Tina.

“I dah kenyang. Jom kita balik Tina.” Bella terus bangun dari kerusi. Makanannya tadi langsung tidak dijamah. Tangan Tina ditarik.

Kelihatan Qaiser terpinga-pinga waktu itu, melihat mereka berdua bangun dari kerusi. “Wait...”

Bella tidak peduli. Dia terus menarik tangan Tina keluar dari Restoran Nandos tersebut. Tina yang tidak mengerti hanya menurut.

Qaiser mula mengejar mereka berdua yang laju sahaja keluar dari restoran tersebut.

“Bella, wait! Boleh tak kalau I nak phone number you?”

Bella tidak peduli, malah dengan pantas dia menuju ke keretanya. Dia benar-benar takut waktu itu.

“Cepat Tina!”

Tina hanya menurut sahaja arahan Bella. Pasti ada yang telah membuatkan Bella ketakutan. Enjin kereta terus dihidupkan. Dengan pantas Bella menekan pedal minyak dan meninggalkan Qaiser di situ, yang masih berdiri memandangnya.

Qaiser tidak mengerti. Ini kali ketiga, Bella meninggalkannya. Pertama di restoran. Kedua di tepi jalan. Dan ketiga, di restoran sekali lagi. Apa yang telah dia lakukan?

“Encik! Encik tak bayar makanan lagi!” jerit seorang pekerja Nandos tersebut.

“What? They haven’t paid yet?” Terpinga-pinga Qaiser ketika ini.

“YOU kenapa? Kenapa muka you pucat?”  soal Tina.

“I... I... tak tahu.”

“Cakap dengan I, apa yang dah berlaku.” Tina memandang Bella yang sedang tekun memandu.

“Tadi I nampak ada pistol dekat pinggang Qaiser.”

“What!” Riak wajah Tina sudah berubah.

“Bapa saudara arwah abang angkat I dah keluar dari penjara ke?”

“Maksud you?”

“Patutlah lelaki tadi macam kenal I lama. Kenapalah I tak sedar langsung?  Entah-entah dia adalah orang upahan Pak Cik Arif tak? Dan dia diupah untuk bunuh I?” teka Bella.

“You confirm ke lelaki tadi nak bunuh you?”

“Habis tu kalau dah pistol dekat pinggang, you rasa apa? Takkanlah dia suka-suka hati nak bawa pistol?”

“Tak pun dia polis ke?”

“Polis pakai sut hitam? Hari tu pun pakai sut hitam. Hari ni pun sama. I rasa mesti dia diupah.” Bella semakin risau.

“Bell, calm down. Sekarang ni macam mana? Kita nak pergi buat repot polis ke apa?”

“Kalau kita pergi buat repot pun, kita tak ada bukti.” Ya, dia tiada bukti. Jika dia mahu membuat repot sekali pun, dia perlukan bukti. Takkan pula dia mahu memberitahu pada pihak polis, bahawa dia akan dibunuh? Sedangkan dia tidak nampak pun tanda-tanda yang lelaki itu mahu membunuhnya.

“Tapi I tengok lelaki tu macam dah kenal you lamalah. You memang tak pernah kenal dia ke?” soal Tina.

“Tak. I memang tak kenal dia. Yang penting sekarang ni, I perlu cari abi I.”

“Eh, Bell!” Tina terjerit kecil.

“Apa?”

“Makanan tadi. Kita tak bayar lagi. Macam mana?”

Bella menepuk dahinya. “Yalah. I pun lupa tadi. Sebab nak larikan diri dari Qaiser, sampai makanan pun lupa nak bayar. Tak apalah, esok I pergi sana bayar. Yang penting sekarang ni, kita dah dapat larikan diri dari lelaki bahaya tadi. And now, abi I. I perlu jumpa dia sekarang.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel ini, versi unlock chapter. Untuk bab seterusnya, memerlukan ncoins untuk baca. Dan utk pengetahuan anda smua, novel MSB sebelum ini pernah menggunakan POV 1 & 3. Disebabkan, ada kesalahan kerana menggunakan dua POV, jadi Alin sudah menukarkan keseluruhan bab, dengan hanya menggunakan POV 3 sahaja. Ya, ini novel lama. Dan diterbitkan semula. Dan novel ini juga, ada extra empat bab. Jika ada yang mahu membaca versi UC, boleh teruskan pembacaan. Jika tidak berminat dengan versi UC, boleh beli versi buku. Pre-order sudah bermula 25 Julai sehingga 5 Ogos. Hanya klik di banner apps NovelPlus. Harga promo sekarang ini, RM36. Selepas itu, harga kembali normal kepada RM39.

Share this novel

Wati Luhulima Sandra
2022-07-26 22:48:57 

hay

Roshasniah Mustafa
2021-02-05 17:17:32 

Bella2..


NovelPlus Premium

The best ads free experience