MSB 3 - QAISER

Romance Completed 675719

BELLA menunggang scooter-nya dengan laju, dengan air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasa sebaknya tidak tertahan. Kali ketiga dia ditipu. Kenapa dia terlalu cepat mempercayai seseorang itu, tanpa perlu diselidik terlebih dahulu?

Argh... persetan dengan Razid. Dia ingat aku ni siapa? Jangan pula nanti, aku tuntut balik hutang-hutang yang dia dah pinjam dulu. Aku pun tak akan teragak-agak akan saman dia nanti, kalau aku mahu!

Terbayang-bayang, saat perkenalan dengan Razid dahulu. Hanya kenal di Fac sahaja. Pada masa  itu, Bella menggunakan gambar profil berkaca mata, dan rambut bertocang dua. Lebih-lebih lagi Razid mengatakan dia tidak kisah dengan penampilannya. Malah terus diajak berjumpa, setelah seminggu perkenalan.

“Lelaki semua sama je!” Bella menjerit dengan kuat. Sehinggakan orang penjalan kaki turut terkejut mendengar jeritannya yang kuat.

Entah bagaimana scooter yang ditunggang Bella tiba-tiba sahaja hilang kawalan. Dia tidak sempat menekan brek, lalu melanggar bonggol jalan. Bella yang kaget ketika itu, secara tidak sengaja terpulas minyak scooter-nya, lalu  terperosok masuk ke dalam semak.

Bam!!

Bella sudah terbaring di atas rumput begitu juga scooter-nya yang sudah terbalik ke tepi. Nasiblah tidak menghempap badannya.

“Aduh!” Kepala Bella sedikit pening. Nasib baik topi kaledarnya diikat kemas.

Perlahan-lahan dia cuba menggerakkan tangannya, tetapi terasa sedikit pedih di bahagian siku. Pedih? Memang pedih. Tapi, pedih lagi luka di hatinya. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun, sambil mengampu tangannya.

Ini semua salah Razid. Kalau bukan sebab dia, pasti dia tidak akan masuk  ke dalam semak. Matanya terus terarah pada scooter-nya.

“Ni semua pasal kau Razid! Semua pasal kau! Kalau kau tak tipu aku, aku pun tak akan accident macam ni!” Bella menjerit. Biar lantaklah kalau ada orang dengar pun. Dia tidak peduli.

Belum sempat Bella mahu mengangkat scooter-nya, tiba-tiba sahaja ada seseorang sudah menarik keluar scooter-nya dari semak tersebut. Bella terkedu! Perlahan-lahan dia memandang orang di hadapannya. Ya, dia adalah lelaki yang bersuara serak dalam tadi!

Scooter ditongkat, lalu lelaki itu berjalan ke arah Bella semula.

“Are you alright? Ada luka dekat mana-mana ke? Kenapa menjerit macam orang apa aje tadi? Takkanlah sebab lelaki tadi buat hal, sampai you nak membahayakan diri sendiri,” ujar lelaki itu, tanpa memikirkan perasaan Bella.

Tiba-tiba sahaja, dia cuba mahu menarik tangan Bella. Dengan pantas Bella menepis.

“Helo! Jaga sikit batas-batas you tu. Suka-suka hati je nak pegang tangan orang! Suka hatilah, I nak menjerit ke apa. And one more thing, jangan nak sibuk jaga tepi kain orang. You tak tahu apa-apa, tak perlu nak cakap macam-macam dekat I.” Bella menjeling lelaki bersut hitam itu. Sempat juga matanya mengerling ke arah motosikal jenis Kawasaki milik lelaki itu.

Pakai sut hitam, tapi bawa motor? Kerja apa lelaki ni?

“Okay I'm sorry. I tak sepatutnya cakap macam tu pada you,” ucap lelaki itu, sambil mengangkat kedua-dua tangannya.

“Wait. Are you following me? Tadi kita jumpa dekat restoran, sekarang ni you boleh ada dekat sini pula?”

“Following you? Of course not. Kebetulan I memang lalu jalan ni. Dari jauh, I nampak you bawa scooter terhuyung hayang. I dah fikir akan berlaku sesuatu. Dan memang tepat jangkaan I. You tahu tak, bahaya you bawa scooter macam tu?  Sini, ikut I,” arah lelaki itu.

Alahai, dengar suara dia je dah buat Bella seakan cair. Suara serak dalam, atau suara ala-ala baritone. Dengar macam bunyi kasar, tapi suara tu buat dirinya menjadi cair.

Ni kalau dia menyanyi ni, confirm aku lagi cair. Kalau waktu tidur dia nak nyanyi untuk aku pun, aku tak kisah. Eh, aku dah kenapa pula ni, bayangkan dia nyanyi untuk aku waktu tidur pula? Fikir Bella jauh.

Lelaki itu memandang Bella, dengan wajah yang pelik.

“What?” soal Bella pelik. Ke mana pula lelaki ni mahu mengajaknya?

“Siku you luka tu. Nampak tak darah dekat lengan baju tu.” Jarinya menunjuk ke arah lengan baju Bella, yang sudah dipenuhi dengan darah.

“Ha? Darah?” Bella benar-benar terkejut. Sudahlah, dia tidak boleh melihat darah. Patutlah dia rasa pedih semacam je. Maknanya memang lukalah, lengannya sekarang ini? Hampir pitam Bella ketika ini, seakan rasa tubuhnya hampir melayang, tetapi sempat disambut lelaki di hadapannya. Tubuhnya terus diletakkan di atas rumput.

“Eh, you nak buat apa ni?” Bella cuba menolak tubuh lelaki itu.

“Sorry kalau I nak tarik lengan baju you ni. Tapi you memang betul-betul luka sekarang ni,” jawab lelaki itu, sambil menarik lengan baju Bella sehingga ke paras siku.

 Bella seakan khayal dengan sikap prihatin lelaki itu. Dengan suara lelaki itu lagi, benar-benar buat dia cair. Tidak lama itu, Bella tersedar lengan bajunya sudah ditarik ke paras siku.

“Eh, tak apa, tak apa. Balik nanti I letak ubat.”

Tetapi lelaki itu tetap berdegil. Dia mengambil beg sandangnya, lalu mengeluarkan air botol mineral. Siku Bella yang luka tadi, dituangkan dengan air mineral tersebut.

“Eh, apa ni!” marah Bella. Tanpa berkata ya, lelaki itu laju sahaja menuangkan air pada sikunya tadi.

Setelah itu, lelaki tadi mengeluarkan sapu tangannya, lalu mengikat siku Bella dengan sapu tangan tersebut.

“Balik nanti letak ubat. Nasib baik luka kecil je. Itu je yang mampu I tolong. I tak ada ubat nak letak.” Lelaki itu tersenyum manis.

Alahai senyum pun nampak manis.

“Nama you apa?” soal Bella.

“Nama I Qaiser.”

“Qaiser? I Bella. Terima kasih sebab dah tolong I. Kita pernah berjumpa ke dekat mana-mana sebelum ni?” soal Bella. Entah kenapa dia merasakan dirinya seperti sudah lama dikenali oleh lelaki itu.

“Tak. Tak pernah. Ni first time I jumpa you.”

“Tapi macam peliklah. Tiba-tiba aje, you jumpa I dekat tengah jalan ni pula. Tadi dekat restoran.”

“Apa yang peliknya? Kan I dah cakap tadi, memang kebetulan I lalu sini. I dalam perjalanan nak balik ke rumah. Tapi tak sangka terjumpa you dekat sini lagi. Nasib baik I tak langgar you,” jelas Qaiser.

“So, you tengoklah kan, kejadian dekat restoran tadi?”

“Ya, I tengok. Tapi, kenapa you macam...” Qaiser terdiam sejenak, sambil memandang wajah Bella dengan pandangan yang pelik.

“Macam apa?”

“You boleh percaya lelaki macam tu? Tengok muka dia pun, I dah tahu. Perempuan ni, memang mudah ditipu ke?” Qaiser menyoal tanpa memikirkan perasaan Bella.

Bella tersentak. Dia cakap aku senang ditipu?

“You siapa nak cakap I macam tu? You tak tahu apa-apa, you diam. Ya I tahu, I ni bodoh sebab terlalu cepat percayakan lelaki. Tapi I buat semua ni bersebab. You tak kenal I, you tak berhak cakap I macam tu.”

Sapu tangan Qaiser ditanggal dengan kasar, lalu Bella mencampakkan sapu tangan tersebut ke arah lelaki itu.  Dia terus sahaja bangun dari atas rumput, dan berjalan menuju ke arah scooter-nya semula.

Qaiser turut bangun, dan mengejar Bella.

“Bella, I’m so sorry. I tahu, I dah salah cakap tadi. I tak sengaja. Bella please, maafkan I,” pinta Qaiser.

Bella sikit pun tidak peduli dengan rayuan Qaiser. Tanpa berlengah lagi, dia terus sahaja menghidupkan enjin scooter-nya, lalu meninggalkan Qaiser di situ. Dia berharap, supaya dia tidak berjumpa dengan lelaki itu lagi.

Qaiser pula hanya memandang Bella yang sudah jauh meninggalkannya.

 

 

DALAM setengah jam Bella tiba di pekarangan pintu pagar rumah agam milik keluarganya.

“Eh, Cik Bella, kenapa menangis ni?” soal Pak Zahir yang merupakan pengawal keselamatan di rumah agamnya.

Bella hanya mampu tersenyum kelat. “Abi saya ada di rumah ke?”

“Dia baru je keluar,” kata Pak Zahir.

“Tak apalah, Saya masuk dalam dulu ya?”

Pak Zahir menganggukkan kepalanya.

Bella terus memarkirkan scooter-nya betul-betul di hadapan pintu masuk rumah. Kakinya laju sahaja melangkah masuk ke dalam, lalu menuju ke arah pintu lif. Air matanya tumpah semula. Dadanya benar-benar berasa sebak.  Butang nombor dua ditekan. Air mata yang mengalir di pipi, diseka dengan kasar.

“Stupid kau Razid! Kau tipu aku! Kau Qaiser, sama  aje dengan Razid! Dua-dua tak guna!” Bella menjerit di dalam lif. Tetapi kenapa nama Qaiser yang disebutnya?

Bella melangkah keluar dari perut lif lalu menuju ke biliknya. Telefon bimbit dikeluarkan dengan kasar dari beg silangnya. Nombor Razid terus dicari, dan nombor lelaki itu disekat. Dia tidak mahu lagi ada kena mengena dengan lelaki tak guna itu. Dia benar-benar menyesal kerana mengenali Razid. Patutlah bila diajak keluar, macam-macam alasan yang diberikan. Sibuklah. Ada kerja nak dibuatlah. Tapi, bila mahukan duit, pandai pula Razid mencarinya.

Yang paling Bella tidak sangka, bagaimana Razid boleh menggunakan nama ibunya yang sudah meninggal dunia untuk menipunya?

Memang tidak sia-sia Bella menyamar sebegini. Agaknya kalau Razid tahu dia dari keluarga berada, pasti dengan mudah Razid menipunya.

Bella perlahan-lahan menuju ke arah cermin almari solek. Wajahnya ditenung lama di hadapan cermin tersebut. Rambutnya yang masih melekit dengan jus tembikai, disentuh perlahan.

Kenapa kau mudah ditipu Bella? Kenapa? Adakah sebab, kau tak pernah mengenali mana-mana lelaki, dan telah membuatkan kau mudah ditipu?

“Tak guna betul! Argh!” Bella menjerit lagi.

Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk. Mata Bella terarah pada pintu bilik.

“Masuk!” laung Bella.

Pintu ditolak dari luar. Kelihatan Mak Bie di muka pintu. Wanita itu merupakan orang gaji di rumah agamnya.

Bella bangun dari kerusi, lalu menuju ke arah orang gajinya. Mak Bie sudah lama bekerja di sini. Hampir 30 tahun. Memang Mak Bie yang menjaganya sejak dia lahir lagi.  Selain dari Mak Bie, ada lagi dua orang gajinya, iaitu Kak Minah, dengan Kak Pah.

“Kenapa kamu menjerit tadi? Ada apa masalah ke? Eh, darah apa ni?” soal Mak Bie. Riak wajahnya mula berubah.

“Luka sikit aje. Nanti Bell letak ubat. Bell sedih sangatlah. Kena tipu lagi. Ni kali ketiga dah. Apalah malang sangat nasib Bell ni Mak Bie?” Bella memeluk tubuh badan Mak Bie. Dagunya dipaut atas bahu wanita itu.

Mak Bie mengeluh perlahan, lalu digosok lembut belakang badan anak majikannya.

“Kenapa ya Mak Bie? Bell asyik kena tipu aje? Kenapa dia orang tak ikhlas dengan Bell? Kenapa Mak Bie?” soal Bella lagi. Dia masih tidak dapat menerima hakikat, yang dia sudah ditipu Razid.

“Mungkin sebab kamu berpakaian macam ni kut. Dengan rambut tocang dua. Pakai spek mata. Dan sebab itulah, tiada siapa yang mahukan kamu,” ujar Mak Bie.

“Mak Bie tahu kan, yang Bell buat semua ini bersebab? Bukannya Bell sengaja nak pakai macam ni. Tapi, kalau pakai macam ni pun, tak layak ke untuk kami bercinta?”

“Bukan itu maksud Mak Bie. Layak aje. Tak kisahlah orang tu berpakaian macam mana sekalipun. Yang penting hati tu, mesti ikhlas. Tapi Bell bukan macam ni, kan?”

“Bell buat semua ni sebab tak nak kena tipu. Bell nak cari lelaki yang betul-betul ikhlas mahukan Bell. Lebih-lebih lagi, abi nak menantu yang boleh gantikan tempat dia. Bell kena cari lelaki yang betul-betul, dan yang tak pilih rupa. Kalau dia orang tahu Bell ni anak orang kaya, dan bakal perwaris harta abi, dah tentu-tentu dia orang mahukan Bell. Bell tak nak harta abi jatuh pada orang yang tak sepatutnya,” jelas Bella panjang lebar.

Mak Bie mengeluh perlahan.

“Mak Bie ingatkan dengan arwah Abang Adib dulu? Macam mana dia nakkan harta abi? Sampai cuba nak bunuh abi dulu? Ingat, kan?”

Mak Bie hanya mengangguk perlahan.

Bella menarik nafas perlahan, sambil memeluk Mak Bie semula. Kalau boleh, dia sikit pun tidak mahu menyebut nama arwah Abang Adib.

 

 

“ADUH sakit Mak Bie. Sakit! Sakit!” Bella berdecit perlahan.

“Macam mana la kamu bawa scooter tadi. Ni kalau abi kamu tahu ni, mesti dia marah.” Mak Bie menampal pembalut luka pada siku Bella yang luka, setelah selesai mencuci dengan iodin tadi.

“Eh, ni bukan salah Bell tau? Salah Razid. Dia yang buat hal. Dia tipu Bell.” Bella mendengus kasar.

Mak Bie menggeleng melihat sikap Bella. Yang dari tadi tak habis-habis menyalahkan Razid.

Setelah siap menyapu ubat, Bella mula menarik kedua-dua tangan Mak Bie. “Jangan beritahu abi ya, yang Bell jatuh motor tadi.”

“Hmm, yalah. Mak Bie tak beritahu.”

“Ni pun, Bell tak tahu la nak cakap apa dengan abi nanti. Bell dah janji dengan dia, nak bawa Razid jumpa dia. Tapi lain pula yang jadi.”

“Sudahlah Bell. Nak buat macam mana. Dah kamu tak ada jodoh dengan Razid. Lepas ni tak payahlah pakai macam ni lagi.” Rambut Bella diusap lembut.

“Hmm, Bell pun dah malas nak fikir juga dah. Kalau memang tak kahwin sampai bila-bila pun, Bell dah tak kisah. Biar ajelah Bell handle company abi tu.” Bella mula bangun dari birai katil.

“Nak ke mana tu?” soal Mak Bie.

“Bell lapar. Nak makan. Abi lama ke keluar?”

“Dah satu jam lebih. Kalau nak makan jomlah. Mak Bie dah masak dah.”

Bella menganggukkan kepalanya lalu berjalan mengekori belakang Mak Bie. Sekarang ni dia tengah memikirkan, ayat apa yang perlu diberikan pada abinya nanti. Bagaimana dia mahu berterus terang pada abinya? Kalau hendak diikutkan, dia memang malas mahu berfikir untuk mencari calon suami lagi. Tak pun dia suruh sahajalah abinya mencari jodoh untuknya.

Entah bagaimana, teringat pula dia pada Qaiser  yang membantunya tengah hari tadi. Beria lelaki itu minta maaf padanya. Sama sahajalah Qaiser dengan Razid, tak ada beza pun mereka berdua.

 

 

 

Share this novel

Rosmani Md Ghani
2021-02-12 13:46:59 

bestnya alin

Roshasniah Mustafa
2021-02-03 17:07:53 

tq Alin..best..nk lagi

Alin Alia
2021-02-02 16:20:08 

hi sis...tq too sudi bca


NovelPlus Premium

The best ads free experience