Rate

BAB 36 - DITINGGALKAN

Romance Completed 454604

Kereta dipandu menyusuri lereng bukit.. Dari dalam kereta lagi Inas sudah boleh melihat permandangan Indah di bawah sana.. Bukannya laut.. Tapi sebuah tasik yang luas.. Terhampar satu permandangan yang damai dan kehijauan di hadapannya..

''macam mana manja tahu tempat ni?'' tanya Inas..

'' tempat ni? Rahsia..'' jawap Raif dengan sergihan di wajahnya.. Inas yang tersenyum tadi terus menarik muka..

''di bawah ada resort.. Ada kolam air panas jugak kalau tak silap lah..'' terang Raif..

'' cara manja cakap tu macam pernah datang sini.. Manja pernah datang ke?'' tanya Inas.

''tak- tak pernah.. Sekarangkan semuanya senang.. Google je.. Semua maklumat ad didalam tu..'' balas Raif.. Mengenyitkan matanya.

''hmm.. Patutlah! Okay.. Tempat ni cantik..'' puji inas dengan wajah yang sudah kembali tersenyum..

Mereka akhirnya sampai di sebuah resort yang tak ramai pengunjungnya.. Tempat itu nampak mewah walaupun agak jauh terpencil kedalam lindungan ribuan pohon yang hijau merangkumi landskap semulajadi lokasi itu..

''kabin kita disana manis sayang.. Jom lah..'' ajak Raif.. Inas mengangguk lalu berjalan mengikut langkah kaki Raif.. Sempat dia berpaling melihat kepada kereta tetamu yang ada disitu.. Semuanya seangkatan dengan kereta yang dipandu oleh Raif..

''manja.. Tempat ni eksklusif ? Orang biasa-biasa tak boleh masuk ke?'' tanya Inas.. Berjalan di samping Raif.

''maksud manis? '' tanya Raif..

''iyalah.. Maksud manis tempat ni tak buka untuk umum.. Macam tu..''

''buka kot.. Kalau tak macam mana kita nak masuk tadi kan..'' jawap Raif.. Menarik bibirnya tersuing satu senyuman.

'perli lah tu..'

'' manis tengok tempat ni macam tempat orang kaya saja.. Tak macam semua orang boleh masuk pun..'' kata Inas melihat kawasan sekeliling yang nampak kemas dan teratur..

''la.. Pandai -pandai je manis ni.. Open je manisku sayang.. Lagipun mana ada dia tulis kat depan tu untuk orang kaya saja..'' Raif membuka pintu rumah kabin mereka..

''kita dekat sini berapa malam pula..'' kata inas melangkah masuk kedalam kabin tersebut.. Walaupun dekorasinya nampak biasa di luar.. Tapi didalam kabin itu cukup lengkap semuanya..

Raif melihat saja Inas yang bertanya tadi sudah tidak berleter lagi.. Kini sibuk inas meneroka setiap ruang yang ada di dalam kabin itu.. Dari ke tempat tidur.. Bilik mandi.. ruang makan.. dan akhirnya pintu kaca yang mengadap ke tasik dibuka oleh Inas.. Kakinya melangkah keluar melalui pintu itu..

''suka?'' tanya Raif.

Inas menganggukkan kepalanya.. Beraling melihat Raif yang ada di belakangnya.. Raif segera datang menghampiri Inas..

''sesuai utuk tenangkan fikiran kan..'' kata Raif.. Melilit tangannya megelilingi pinggang Inas...

''ya.. Betul tu.. Tenang dan damai..'' balas Inas bersandar di dada Raif..

''satu saja yang manja nak minta dari manis..'' Raif menunduk mencium kepala Inas.

''minta apa?'' tanya Inas..

''rasa-rasa minta apa?'' usik Raif..

''manja.. Tak habis-habislah ..'' Inas menepuk tangan Raif yang melilit pinggangnya.

''hais! Dari kemarin lagi tau manis ni.. Manja nak minta manis.. Walau apa pun terjadi.. Manis jangan libatkan diri manis dalam masalah manja...'' kata Raif tegas, memusingkan tubuh Inas mengadap ke arahnya .. Bahu inas dipegang dengan erat..

''kenapa pula..? Kenapa pula manja tak nak manis terlibat sama? Manis dah pernah janji kan sebelum ni.. Semuanya kita akan lalui bersama-sama..'' Inas memegang kembali lengan Raif.. Memandang tepat ke wajah Raif..

'manis.. Tolong! Faham.. Manja sendiri tak kuat untuk lihat kebenarannya di hadapan manja.. Tapi yang paling utama keselamatan manis.. Kalau ayahanda telah menjadi korban.. Manis juga tak terkecuali.. Manja tak boleh nak bayangkan macam mana manja nak hadapi semua ni kalau manja kehilangan manis..' Raif terus memeluk tubuh Inas.

''manja.. Kita belum selesai berbincang lagi..'' Inas meronta di dalam pelukan Raif.

'kita dah selesai.. Walaupun keputusan yang manja buat ni akan buat manis marah.. Manja tak sanggup menanggung risikonya..'
Pelukan mereka terlerai..

''panas lah.. Manja nak mandi..'' Raif berpaling dan berjalan masuk semula kedalam kabin mereka..

''panas? Pelik la.. Tempat macam ni dia kata panas...'' Inas berpaling melihat sekelilingnya yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau..

Inas memilih untuk masuk kedalam kabin semula setelah lama duduk santai diluar..

''manis.. Pergilah mandi.. Manja dah siapkan air mandi manis dalam tab mandi tu..'' kata Raif.. Inas merenung wajah Raif tajam..

''kenapa tiba-tiba?'' tanya Inas.. Bejalan masuk kedalam bilik air melihat tab mandi sudah terisi air di dalamnya dan permukaan air itu ditabur dengan kelopak mawar merah.. Inas kemudian berjalan keluar semula dan berdiri di muka pintu bulik air.

''tiba-tiba? Kenapa tanya macam tu? Jahat sangat ke manja ni.. Sampai nak kenakan isteri sendiri..'' Raif mencuit batang hidung Inas.

''bukan selalu ke.. manja kena kan manis..?'' tanya Inas bercekak pingang di hadapan pintu bilik air..

''oh ya ke? Kalau macam tu manja dengan rela hati.. mandi sekali lagi dengan manis..'' Raif mengangkat Inas keatas..

''ok-okay.. Manis mandi sendiri kalini...'' cepat Inas berkata.. Sebelum perkara itu berulang lagi ..

''kali ni je manis mandi sendiri..'' kata Raif meletakkan Inas ke bawah semula..

''cepat pergi mandi.. Busuk dah tu bau, sampai melekat ke badan manja yang dah wangi ni..'' usik Raif.. Mendorong perlahan belakang tubuh Inas masuk kedalam bilik air.. Kemudian Raif menutup semula pintu bilik air itu...

Inas menanggalkan pakaiannya dan masuk duduk di dalam tab mandi yang sudah tersedia buatnya.. Berendam didalam air yang suam-suam itu sambil menghidu bau wangi dari lilin aroma terapi yang dinyalakan di hujung tab mandi itu... Lama juga dia berendam didalam tab mandi itu..

''manja..!'' panggil Inas..

''manja....'' tiada sahutan dari Raif..

Terus hebat debaran didada Inas kini.. Berdegup kencang bagaikan hendak meletup dadanya waktu itu.. Bila terasa kabin itu sunyi sepi.. Inas bangun tergesa-gesa keluar dari tab mandi.. Mencapai satu jubah mandi berwarna putih yang ada disitu.. Sehelai tuala turut diambilnya untuk megelap rambutnya.. Air yang membasahi lantai dibiarkan sahaja..

''manja..''

''manja..'' belari Inas mencari kelibat Raif.. Tapi ternyata kabin itu kosong.. Hanya dia seorang saja yang ada didalamnya..

''ya Allah ! Dia tinggal aku seorang-seorang dekat sini..? Apa yang dia pikir kan..!'' Inas mencapai pakaian yang ada di dalam bagasi mereka.. Cuma ada bajunya saja didalam beg itu.. Air mata Inas mula bercucuran jatuh ke pipi terus jatuh ke tangannya. Teresak-esak inas terduduk menangis disitu..

'ni yang dia maksudkan dengan jangan campur urusan dia!' marah Inas menarik bajunya keluar dari bagasi.. Air mata yang gugur dibiarkan saja jatuh..

'jahat! Jahat!'

'macam mana aku nak keluar dari tempat ni?' inas mundar mandir didalam kabin itu sendirian.. Kemudian dia berhenti di meja solek yang ada untuk melihat wajahnya sendiri didalam cermin besar..

'dinner with me?'

Perkataan itu jelas tertulis di atas cermin kaca itu.. Ada ada dua hati kecil terlukis dibawahnya.

''dinner?'' kata Inas keliru.. Sambil memegang rambutnya keatas..

''dinner dimana?'' tanya Inas lagi.. Inas megelap air matanya yang masih mengalir di pipi..

'ahhh! Kenapa dia buat macamni!!!' Inas merapikan dirinya semula...

Inas membuka pintu kabin untuk melangkah keluar.. Dipandang ke kiri dan kanan.. Sedang memikirkan jalan yang perlu dipilihnya.. Kemudian dia melihat seorang lelaki datang kepadanya..

''Assalamualaikum puan.. Sila ikut saya..'' kata lelaki itu..

''waalaikumsalam... Nak ikut kemana?'' tanya Inas semula..

''tuan Raif minta saya iringkan puan ke ruang makan.. Dia ada tunggu di sana..'' kata lelaki itu..

Berjalan lah Inas mengikut di belakang lelaki itu.. Sehingga mereka sampai di bangunan utama resort itu.. Lelaki itu membuka pintu untuk Inas masuk kedalam. Membulat mata Inas bila melihat Raif yang sedang duduk di kerusi sambil menongkat dagunya.. Memegang jambakan bunga ditangannya sedang tersenyum manis kepadanya.. Terus Inas belari mendapatkan Raif..

Raif yang duduk terus bangun berdiri mendepa tangannya memeluk Inas yang datang berlari kepadanya.. Sempat dia mengisyaratkan kepada lelaki yang mengiringi Inas tadi untuk meninggalkan mereka berdua..

Melihat lelaki itu berundur pergi.. Raif meleraikan pelukannya.. Mendongakkan wajah Inas keatas.. Hairan dia melihat mata Inas yang merah membengkak itu. Malah masih bersisa air mata di tubir mata bundar itu..

''lah kenapa ni? Kenapa Manis menangis?'' tanya Raif.. Inas menundukkan wajahnya kembali.. Melarikan wajahnya.. Menyeka air mata yang mula mengalir semula.. Raif turun menunduk mengikut arah wajah inas..

''kenapa ni?'' tanya Raif lagi.. Inas kemudiannya mengeleng..

''manja tanya.. Kenapa yang manis menangis..?''

''mana ada menangis!'' nafi Inas.. Dengan suara yang serak..

''dengar suara pun dah tahu.. Menangis ni! Mata merah.. Hidung dah merah macam....'' satu cubitan singgah di pinggang Raif...

''sakit manis.. Malu.. Kalau orang tengokkk ni..'' Raif menahan tangan Inas yang ada di pingangnya..

''kenapa manja tak tunggu manis..?!'' kata Inas.. Kembali melepaskan cubitannya..

''oh! Sebab ni lah.. "

" Manja buat suprise dekat manis.. '' kata Raif mengangkat bunga yang ada ditangannya.. Lalu menyuakan bunga itu dekat dengan wajah Inas.. Hampir saja muka Inas masuk kedalam jambangan bunga itu..

''habis tu.. mana semua baju manja?'' tanya Inas masih tak puas hati.. Dibiarkan Raif terus menyuakan bunga di hadapan Inas dengan muka yang mula kemerahan.

''baju? Baju manja... Baju itu manja hantar minta mereka basuhkan..'' jawap Raif bersahaja.. Masih belum menangkap apa yang dikatakan oleh Inas.

'nak buat suprise! Ya! Suprise sangat sampai aku tergejut, nak luruh jantung aku tadi..'

''jangan lah nangis..'' Raif menyeka air mata Inas yang mula mengalir lagi.

''manis ingat manja dah tinggalkan manis disini ..'' Inas mengambil bunga yang dihulurkan oleh Raif dari tadi..

''ya Allah! Manis..''

''manja keluar cari bunga.. Bunga ni.. Tinggal yang ini saja.. Itu yang manja tak sempat bagitahu manis.. Terus manja keluar.. Tapi, manja sempat tinggal note kann.. Dekat cermin tu..'' Raif memeluk Inas..

''tak nampak!'' Inas kembali menolak Raif menjauh..

''hais.. Salah siapa yang tak tengok..?''

''manja yang salah..''

''okay salah manja.. Shall we.. Dinner with me?'' tanya Raif, menghulurkan tangannya kepada Inas..

''manis...'' panggil raif bila tangannya tak disambut oleh Inas.. Tapi sibuk pula Inas membelek jambangan bunga mawar itu..

''manja tau bunga tu sikit tak cukup.. Balik nanti manja belikan lagi.. Ya permaisuri manisku..'' Inas menarik bibirnya tersenyum.. Tangannya diletakkan diatas tangan Raif.. Berjalanlah mereka masuk kedalam dewan makan yang hanya ada mereka berdua saja didalamnya... Tersenyum-senyum pekerja resort melihat pasangan bahagia itu.. Dalam marah.. Merajuk.. Akhirnya sama-sama tersenyum..

Alhamdulillah.. Selesai untuk hari ni.. Terima kasih semua... Sayang hampa semua.. Muaahhh muahh muaahhh (^-^)

Share this novel

esther marcus
2020-10-21 08:01:49 

manja da pdai berkata kata ya...manis bertambah manis...hehehehe

WaneyZack
2020-10-19 23:07:07 

Terima kasih durra.. Sama-sama.. (^_-)

Durra shuhada
2020-10-19 21:11:00 

romantiknya mnja...tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience