aku masih ada masa dalam 20 minit sebelum kuliyah ku start, mujur aku memandu laju dari rumah dan kelas aku lambat sedikit kalau tidak bala apa pula yang bakal ditimpa oleh aku hm
"hey sara, kenapa masam aja ni, sampai bila kau nak murung macam ni ? diam saja tak macam dulu, mana sara aku yang happy go lucky tu ? " kata Fa dgn nada memujuk, tapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, sara buat tidak endah saja kerana baginya orang sekelilinya tidak memahaminya , yang mereka tahu redha redha , mereka tidak tahu betapa deritanya hidup aku ini.
" sudah la Fa tak payah nak pujuk aku lagi , jom kelas dah nak start " kataku dan menarik lengannya
DUSH !!!
aku terlanggar seseorang tanpa aku perasan , 'sakitnya bahu aku ni tadi dah la jatuh' desis hati sara
" maafkan saya ya cik , saya tak sengaja " kata pemuda itu , aku terpana dgn rupanya , sungguh boleh mencairkan hati mana mana perempuan sahaja pun , kerana orangnya mempunyai rupa yang menawan, tinggi dan tough nak dikatakan cukup lengkap package lelaki sejati la katakan eh, hah sara jangan nak berangan focus focus !
" takpe , saya pergi dulu " kataku dan terus berlalu tanpa memandangnya aku hanya merenung kebawah , memang sudah menjadi tabiat ku dari kecil jika bertembung dengan lelaki aku akan memandang ke bawah
" weh sara ! handsome do mamat kau langgar tu " kata Fa ketika duduk di dalam dewan kuliah
" hish, sudahla kalau kau nak mengorat pergi, aku nak belaja , sudah jangan cakap dgn aku, aku nak baca buku " kataku sambil membaca buku sementara menunggu kedatangan pensyarah
isya hanya mencebik
tiba tiba pintu dewan di kuak , semua hanya terdiam melihat kehadiran seseorang aku hanya biarkan tanpa melihat siapa gerangannya dan teruskan pembacaan ku terdengar suara2 perempuan yang seakan berbisik dan suara manja perempuan, aku hanya mencebik apa kebende tah perempuan2 ni memekak saja ! huh
tiba tiba terasa ada seseorang duduk di sebelahku , dan terasa banyak mata yang memandangku.. ha sudah ! bala apa pula kalini, aku mengeluh
" hey kenapa mengeluh ? oh ya apa nama cik adik yang teramat manis ini ? " kata pemuda itu sambil tersenyum manis ke arah ku
" takde apa, jangan kacau saya , jangan bercakap dgn saya, kalau nak duduk, duduk saja diam2 jangan tegur saya " kataku, aku bukan mahu sombong tapi aku tidak suka, lagi2 aku takut terjatuh hati pada dia well semua pun tahu apa sebabnya
" hey cik adik manis janganlah sombong, buat saya lagi tertarik, oh ya awk yang saya terlanggar tadi kan ? tidak sangka kita berjodoh " katanya sambil mengenyitkan mata nakal kepadaku, aku hanya mencebik dan pensyarah sudah pun tiba
sebelum tamat kelas , pensyarah ada bahagikan pasangan untuk menyelesaikan tugasan bagi sem ini dan malangnya bala suda terkena aku lagi mana tidaknya aku mendapat orang sebelahku menjadi pasanganku haih !
Share this novel