BAB13

Romance Completed 8329

hari ini, hidup ku semakin indah, tenang ya , aku dah redha apa yang telah terjadi padaku, dan sekarang adalah masa untuk ku mengenali Tuhanku

saat ku termenung sendiri, tiba tiba pintu di ketuk dan dikuak dari luar terjengku wajah bonda di hadapan pintu, aku hanya menghadiahkan senyuman manis

" boleh bonda masuk ? " kata bonda " boleh bonda "

" sara, bonda nak kata, bonda bangga dengan perubahan sara , bonda tau sara dah redha dan lepas ni selalu la ikut bonda mengikuti usrah ya ? oh ya, bonda ada bende nak bagi ni " kata bonda sambil menghulurkan sebuah kotak sederhana besar

" apa ni bonda ? " tanyaku sebaik kotak itu bertukar tangan

" buka la " kata bonda aku hanya menurut

aku terpana seketika, tudung ? dan terdapat telekung dan Al-Quran

aku hanya tersenyum memandang bonda

" sara pakai ya ? mesti cantik, lagipun yang bagi ni hakiem , pemuda yang membawa sara ke mari , mesti sara pelik.kenapa sejak dia bawa sara kemari dia x jumpa sara lagi ? sedangkan dia juga tinggal di sini " aku hanya menggeleng, ya aku suda lama.x nampak jejaka itu sejak dia bawa ku kemari

" dia tak mau tatap kamu, kerana kamu bukan yang halal dan miliknya, sara amat berharga, aurat dan mahkota sara hanya untuk yang halal, jangan biarkan ajnabi nampak aurat kita , diri sara amat la berharga, mungkin ini adalah langkah pertama untuk sara berubah " kata bonda sambil tersenyum manis , aku hanya memandangnya terharu , sungguh ! aku tak pernah jumpa lelaki sebegini menghormatiku

" baik la bonda keluar dulu ya ? " kata bonda sambil mengusap pipiku, sungguh aku merasa kasih sayangnya sama seperti mama ku

" baik bonda , oh ya ucapkan terima kasih sara ya " kataku

selepas bonda keluar, aku hanya menatap tudung itu, tanpa aku sedar air mata ku mengalir , 'mungkin ini la masanya ' desis hatiku

perlahan lahan aku berjalan ke meja solek dan aku menyarungkan tudung itu, sungguh selepas aku memakainya aku terasa tenang ! ya masanya dah tiba !

petang itu aku ingin ke pantai , ya setiap hari aku akan datang ke pantai ini, kerana pantai hanya berhadapan dengan villa aku menetap

aku terlihat bonda dengan hada dan seorang lelaki tapi aku tidak nampak mukanya, aku berjalan ke arah mereka kerana ingin menegur, mesti bonda suka tgk aku pakai tudung

" Assalamualaikum.! " tegurku

"waalaikumsalam " jawab lelaki itu dan tiba tiba semua mata menatap ku tanpa berkelip lagi2 jejaka yang membawa ku ke mari , aku masih lagi belum tau namanya

" kenapa semua pandang sara macam nampak hantu ? " kataku, seolah aku ini hantu pula di tenung sebegitu rupa

"Subahanallah cantiknya sara ! " puji bonda

" ya la kak sara !! persis bidadari " kata hada pula , aku hanya tersenyum

'ya Allah kuatkan iman aku ' desis hati Kiem

" takde la bonda , hada sara biasa2 je ini kan kurniaan Allah , cantik ini Milik Allah SWT "

bonda dan hada hanya tersenyum

" err boleh sara bercakap dengan anak bonda yang lelaki ini ? " pintaku, yalah aku teringin nak ucapkan terima kasih padanya

".mesti la boleh " jawab bonda

".mari cik kita berbual di hadapan sana " kata pemuda itu sambil menunjukkan hari ke arah pantai , aku hanya mengganguk

" ya ? ada apa sara nak bercakap dengan saya ? " kata jejaka itu

" erm first of all saya nak tahu apa nama awak ? " tanyaku

jejaka itu hanya tersenyum manis " nama saya Syed Adam Hakiem ,panggil saja Kiem" jawabnya, cantiknya nama dia orangnya juga handsome, eh Astaghfirullah Ya Allah ampunkan aku ya Allah

" oh , ya saya ingin cakap, saya nak ucapkan terima kasih pada Kiem kerana sudi membawa saya ke villa itu memberi saya tempat teduh dan saya banyak belajar di sini dan juga mengelamatkan saya daripada bunuh diri, saya bersyukur ditemukan dengan lelaki baik macam.awak , terima kasih ya ? "

" Sama sama, Allah yang menetapkan mungkin Allah menghantar saya untuk selamatkan sara, dan ini adalah takdir, saya bahagia lihat sara bahagia " katanya sambil tersenyum manis

ya aku banyak belajar ketika ku di sini sungguh hati ini tenang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience