BAB20

Romance Completed 8348

kejap lagi aku bakal menjadi isteri orang yang sah, kalau papa dengan mama ada mesti diorang bahagia

" lahh kenapa muka sara muram aje ni ? " tegur bonda dan duduk di birai katil bersama aku

" eh bonda, takde la kalau parents sara masih ada mesti diorang bahagia " kataku sayu

" mesti la diorang bahagia, diaorang akan tunggu sara di pintu syurga nanti insya Allah , lagipun bonda kan ada untuk sara " kata bonda

aku mengambil tangan bonda lalu ku kucup perlahan " terima kasih bonda kerana sudi mendidik dan membetulkan sara ke jalan yang benar, bonda dan menyedarkan sara betapa indahnya dunia betapa indahnya cinta Ilahi , Allah je mampu membalas semua jasa baik bonda , dan terima kasih sebab jaga dan mengkongsikan kasih sayang bonda buat sara, sara bersyukur dan bahagia, maafkan sara kerana sara tak dapat bahagiakan anak bonda, maafkan sara jika sara menyakiti hati bonda kiem dan hada " kataku

bondaa membelai pipi ku lembut " sayang, bonda ihklas menjaga sara, mungkin ini takdir Allah, Allah hantarkan bonda hada dan kiem untuk sama sama bimbing sara ke jalan yang benar dan bonda ihklas menjaga dan memberikan kasih sayang bonda buat sara, dan sara tak perlu mintak maaf, ajal maut semua di tangan Tuhan kita hanya mampu terima dgn hati yang terbuka dan redha, mungkin kiem bukan jodoh buat sara mungkin lelaki pertama yang membawa cinta buat sara adalah jodoh pilihan Allah , bonda sayang kamu nak " kata bonda lantas aku memeluknya erat, aku benar2 terharu entah megapa aku merasakan ini kali terakhir aku memeluk bonda

" Assalamualaikum akak cantik ! " sapa hada aku hanya tersenyum perangainya masih belum berubah

" waalaikumsalam adik manis ! " kataku

" hada , akak nak ucap terima kasih kerana hada selalu nasihat akk jaga akk menceriakan hari akak, akak bersyukur sgt " kataku dan memeluknya

" alah akak jangan la buat hada sedih, sama sama , kita kenela membantu sesama islam dah la akk nanti rosak makeup akk tu tau ! " katanya , aku hanya tersenyum gembira

" akak dah la jom kita turun pengantin lelaki dah sampai , oh ya untung akak dapat bakal suami yang handsome gila !! " katanya sambil mengenyitkan mata nakal , aku lantas mencubit lengannya

ketika ku menuruni tangga banyak lensa camera yang memancar, sakit mataku dibuatnya alahai , dari tadi kepala ku tak henti2 berdenyut 'ya Allah kau berikan la aku masa dan kesempatan untuk dia menyarungkan cincin di jari ku' desis hatiku

'subahanaAllah cantiknya dia !'.desis hati Zaf bila terlihat kelibat bakal bidadari syurga nya

" sabar zaf sabar , kejap aja lagi " sakat Kiem, dia juga terpukau cepat2 dia beristighfar

" okay semua sedia ? " kata tok kadi itu setelah mendapat kebenaran ku

".okay kita mulakan sekarang "

" Aiman Zafran bin Aiman Zarif "

" ya saya "

" aku nikahkan dikau dengan Maisara Al-Azzahra Binti Farouk Al-Azhar dengan mas kahwin nya senaskah Al-Quran "

" aku terima nikahnya Maisara Al-Azzahra Binti Farouk Al-Azhar dengan mas kahwin nya senaskah Al-Quran "

" sah ? "

" sah " jawab saksi saksi di situ , hilang terus sesak nafas yang dialami Zaf sungguh dia nervouse !

" Alhamdulilah " jawab semua orang termasuk aku, tanpa aku sedar air mata ini gugur, ya Allah terima kasih kerana kau memberikan kebahagiaan yang cukup sempurna buat ku Ampunkan aku ya Allah dan aku bersyukur !

" Assalamualaikum bidadari syurga saya " tegur zaf lembut dan romantik

" waalaikumsalam imam saya " jawabku pula walaupun ketika ini kepala aku sakit sangat !

" izinkan saya Aiman Zafran aka imam awak ingin menyarungkan cincin ini dijari awak " katanya sambil menarik perlahan tanganku, sungguh aku terharu dengan layanannya

" silakan " jawabku sambil tersenyum manis

aku tunduk menyalaminya tanpa aku sedar air mata ini mengalir lagi dan dia mengusap air mata ini dan lantas mencium dahi ku dengan syahdu, sungguh aku merasai kebahagiaan , dan sakit kepala ku semakin mencengkam dan tiba tiba aku rebah di dakapannya, aku dapat menangkap suara orang yang bising dan huru hara aku juga mendengar imam ku memanggil2 namaku

" sayang ! bangung sayang ! " jerit zaf

DI HOSPITAL KPJ

semua tak sabar sabar menungguh sara yang berada di dalam ICU

" Zaf aku tahu kau kuat, kau kene sabar hadap semua ini, ini dugaan Allah buat kau orang berdua " kata Kiem dia turut terkejut sara pengsan ketika zaf mencium dahinya

" aku risau kiem, aku tak sempat nak bahagiakan dia, aku tak boleh kalau xde dia kiem dia separuh diri aku kiem, tulang rusuk kiri aku, aku cintakan dia ! " kata Zaf , dia benar2 risau dan dalam.keadaan serabut, dia meraup.kasar mukanya

tiba tiba pintu di buka dan Dr liyana memandang semua yang berada di situ dengan pandangan sayu

".macam mana Dr ? dia okay kan ?!?! " kata Zaf dengan nada yang kuat

" maafkan saya , saya dah tak boleh buat apa apa tumor otak dia dah berada di tahap terakhir dan hanya Allah yang boleh menentukan takdirnya , saya mohon semua bersabar ini adalah dugaan , dan sara pernah meminta saya untuk rahsiakan penyakitnya " kata Dr liyana sayu

terduduk zaf di lantai ! sungguh dia bagai hilang separuh nyawanya bila mendengar yang sara menghadapi tumor otak, dia tak percaya kerana bidadarinya sering kelihatan sihat ceria dan sering tersenyum dia tidak tahu di balik senyumannya , sara sedang bertarung dengn sakitnya , ya Allah kau selamatkan la bidadariku

kiem segera memeluk zaf dia juga terkejut " sabar zaf ini dugaan Allah , kau kene redha "

aku membuka perlahan mataku, ya Allah berikan aku sedikit masa untuk bercakap dgn imamku ya Allah

"zz aa f " panggilku gagap dengan suara yang serak

zaf terkejut lantas dia mendekati bidadarinya

sara tersenyum manis buat imamnya walaupun dia amat sakit

" ya sayang, sayang kene kuat tau, sayang bidadadi syurga abang, abang tahu sayang mesti kuat jangan tinggalkan abang , abang tak sempat membahagiakan sayang " kata Zaf dengan air mata yang laju mengalir sambil memegang erat tangan isterinya

" abang, jangan cakap macam tu, kita kene redha dengan perancangan Allah, sayang bersyukur kerana di beri peluang hidup bersama abang, bila abang dah lafaz ijab dan kabul itu lah kebahagiaan yang terindah buat sayang , abang imam sayang, abang janji kalau sayang pergi, abang akan redha dan sering mendoakan sayang ya " kataku dengan nada yang tersangkut2

" sayang jangan cakap macam tu " kata zaf sambil mencium dahi bidadari hatinya

aku.memandang sebelahku terdapat bonda hada dan kiem, yang sedang mengalirkan air mata, terdapat juga isya , aunty dan sahabat lama ku Fa ..aku menghadiahkan senyuman paling manis

" korang semua jangan la sedih, jangan nangis tolong lap air mata itu, Fa aku maafkan kau , kau jangan nangis ya " kataku setelah Fa menghampiriku dengan teresak esak

" sara maafkan aku, aku banyak salah dan dosa dgn kau ! " kata Fa

" aku dah maafkan semuanya Fa , kau jaga diri ya, jangan nangis depan.aku ".kataku

" kiem, bonda, hada terima kasih kerana membimbing sara ya , berikan kasih sayang, sara hargai, terima kasih ya, doakan sara nanti ya " ucapku

" sama sama sara awak kene kuat ya ! kami semua sayang awak " kata kiem.memberi semangat

aku mencapai tangan suamiku, " sayang cintakan abang hingga jannah, sayang tunggu abang di pintu syurga ya " kataku perlahan aku rasa dah tiba masanya aku pergi

" sayang , abang cintakan sayang hingga jannah , tunggu abang ya ? mengucap sayang " kata nya dengan nada tersekat sekat sambil.mengucup tanganku bertalu talu

ya Allah ampunkam.dosa dosa ku ya Allah terima.kasih kerana kau membuka mata ini, terima kasih kerana memberiku peluang untuk menikmati nikmat mu , sungguh cinta ini buat kau ya Allah , cinta yang kekal abadi , hasbi rabbi jallAllah ma fir qalbi ghairullah , cukup la tuhan ku , Allah maha agung tiada apa di hati ku selain Allah , dan nafasku sekan terhenti

" sayanggg !!! Allahuakhbar ! innalillah " air mata zaf menuruni laju di pipi, segera dia mencium dahi isterinya sehingga bibir mulus bidadarinya

DI TANAH PERKUBURAN

selesai membaca yassin kiem ingin mengajak zaf pulang namun dia menyuruh kiem pulang dulu

" abang redha sayang, abang lepaskan sayang, biarla cinta sayang masih bersemadi di hati sayang,sesungguhnya Allah lebih mencintai sayang terima kasih atas segalanga sayang, semoga kits berjumpa di sana, tunggu abang ya sayang, dengan izin Allah "

sesungguhnya sebaik baik cinta adalah cinta dan kasih kita kepada pencipta kita, sambut la cinta Allah , kerana cinta itu kekal abadi , belajar la redha akan sesuatu insya Allah hati akan tenang


TAMAT

p/s maaf kalau cerita ini hambar atau tak menarik, yang baik buat iktibar yang tak baik buang jauh jauh :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience