BAB 9

Family Completed 472

Dewan sudah di penuhi ibu bapa. Aku masih tercari-cari ayah dengan mak. Tak kan mereka tak datang? Aku menghela nafas panjang. Tak lama lagi aku akan berbaris untuk masuk ke dewan. Aku memandang ke jalan raya. Mengharapkan kehadiran mereka.

Achik melambai-lambai apabila melihatku. Aku dah tersenyum sampai ke telinga. Mak dan ayah berjalan bersama di belakang. Diikuti Along dan isterinya. Aku gembira tak terkata. Ayah masih lagi nampak sihat walaupun umur sudah hampir mencecah 60 tahun.

“Bagi penerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa, kelas pertama dipersilakan Siti Nuraina binta Jamaluddin, Cheah Bee Lay…”

Aku melangah penuh bangga ke atas pentas diiringi bunyi gamelan. Y.B. Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli Bin Tan Sri Mohd. Ghazali, Naib Canselor U.T.M. menyampaikan sijil. Hanya aku pelajar Melayu yang berjaya mendapat kelas pertama bagi bidangku.

Kata-kata Along malam itu aku jadikan cabaran. Tak semestinya hanya dengan ke luar negara kita akan dapat yang terbaik. Di negara sendiri sudah ada yang terbaik. Setelah selesai sesi penganugerahan, aku berjumpa dengan ayah dengan mak di luar Dewan Sultan Iskandar.

Aku ternampak ayah memegang sejambak bunga ros di tangan. Air mataku menitis. Aku berjalan mendapatkan ayah lalu tubuhnya kupeluk erat. Ayah mengusap belakangku.

“Ina, hari ni hari gembira Ina. Kenapa nak menangis?” pujuknya.

Aku tertawa. “Ayah, sijil degree ni untuk ayah. Ina sayang ayah.” Sekali lagi tubuhnya aku peluk.

Aku menangis bukan kerana sedih. Tetapi aku terharu sungguh melihat ayah. Bagai terngiang-ngiang kata-kata Along malam itu di telingaku. Anak-anak adalah kehidupan ayah. Dan kerana itu aku sanggup korbankan niatku untuk ke luar negara.

Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di University of Aberdeen masih elok ku simpan walaupun sudah hampir 5 tahun. Surat itu akan ku jadikan pembakar semangat buat anak-anak ku pada masa akan datang.

Along sedang berbual-bual dengan ayah dan mak. Achik dan Kak Long pun turut serta dalam perbualan mereka. Melihatkan senyuman gembira di wajah ayah membuatkan aku merasa bahagia. Sesungguhnya kebahagiaan kedua ibu bapakulah cita-citaku sejak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience