BAB 4

Family Completed 472

Aku menghabiskan masa dengan membantu ayah di kebun. Sejak ayah bersara tahun lepas, ayah rajin menebas kebun di belakang rumah. Hujung minggu pula kami akan ke Pahang untuk berjumpa dengan Achik yang masih belajar di Sek. Men. Teknik, Kuantan. Kadang-kadang, kami berjalan ke Melaka untuk berjumpa dengan Along.

Pendek kata, tiap-tiap minggu ada sahaja program kami sekeluarga. Ayah pula memang rapat dengan kami adik beradik. Masa aku belajar di SMKA Johor Jaya pun ayah dengan mak selalu datang. Pada aku, ayah tak izinkan aku ke luar negara sebab jauh sangat kalau dia dengan mak nak datang. Lagipun, belanjanya mau RM2000.00++ seorang sekali pergi! Belum masuk perbelanjaan kat sana.

Telefon bimbitku di kocek sular berdering. Kerjaku yang sedang menebas rumput terhenti. Azwa. Aku menjawab panggilannya.

“Ina, kau tak dapat mana-mana offer lagi?” Azwa menyoalku di talian sebaik sahaja salamnya ku jawab.

Aku ketawa. “Banyak yang dapat. Sampai tak tahu mana nak pilih,” kataku.

“Oh, kau dapat offer mana?” Azwa dah bersemangat nak tahu.

Semakin galak ketawaku. “Aku dapat offer kolej swata. Banyak gile surat sampai kat rumah aku. Kau?”

“Ah, kau ni! Aku pun samalah! Sengaja je kau ni kan,” kata Azwa dalam nada geram.

Aku ketawa kerana dapat menyakatnya. “Kau tengah buat apa ni?” soalku.

“Aku tengah online. Eh, JPA yang untuk oversea dah keluar lah. Untuk interview. Kau dah check belum? Dapat ke tak?” Kata-kata Azwa membuatkan aku berdebar-debar ingin tahu.

“Aku kat kebunlah, yang. Nanti balik rumah aku check. Tapi, kena tunggu ayah aku tak ada kat depan akulah. Dia tak tahu aku mohon. Kau dapat ke?”

“Tak. Tak ada rezekilah,” balasnya pendek.

“Oh! Ek, tak apalah. Okaylah, aku tengah tolong ayah aku kat kebun ni. Nanti kalau apa-apa aku inform ek?”

“Ok.”

Sebaik sahaja mematikan talian, aku kembali meneruskan kerjaku. Jantung dah berdebar-debar nak tahu sama ada aku layak tak untuk ke tenuduga. Ya Allah, harap adalah rezeki. Amin!

Sebaik sahaja pulang dari kebun, aku ke bilik air untuk membersihkan diri. Badan yang sedikit penat terasa segar kembali. Selesai memakai baju, aku berjalan menuju ke meja komputer yang ayah letak di ruang tamu. Ayah masih lagi di bilik air.

Sebaik sahaja laman web JPA terpampang di dada skrin, jantungku kembali berdegup kencang. Aku memasukkan nombor kad pengenalan di ruangan kosong. Dengan lafaz bismillah, aku menekan enter.

Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu kuucapkan berkali-kali. Aku sudah tersenyum sampai ke telinga. Panggilan daripada ayah mematikan senyumanku. Aku menjadi cuak apabila ayah bertanya aku sedang buat apa.

“Ina tengah check JPA, bah.” Aku menjawab perlahan.

Ayah datang mendekatiku yang tengah duduk di kerusi. “JPA? Dah keluar ke?” soal ayah.

Aku menelan air liur. “Erk, Ina dapat bah. Interview. Tapi oversea.”

Wajah ayah berubah riak. “Oversea?”

Aku mengangguk. “Boleh pergi interview ya, bah? Cari pengalaman.” Aku cuba memujuk ayah. Kalau ayah tak bagi pergi, hancurlah cita-citaku untuk ke luar negara. Kalau ayah bagi…

“Pergilah. Tapi ni untuk cari pengalaman je,” balas ayah. Kalau ayah bagi, maknanya aku kena buat yang terbaik untuk dapatkannya. Kalau dah lepas interview, dapat, boleh aku pujuk ayah nak pergi pulak! Aku dah tersenyum smpai ke telinga.

“Terima kasih ayah.” Aku bangun meninggalkan komputer. Mendapatkan mak di dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience