BAB 6

Family Completed 472

Aku melangkah penuh debaran ke bilik temuduga. Aku cuba membina keyakinan diri. Temuduga dijalankan secara perseorangan. Ah, apa nak di takutkan? Yang menemuduga aku itu pun orang juga. Bukannya hantu!

Hampir sejam di dalam bilik temuduga, akhirnya ia berakhir juga. Aku menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sebaik mungkin. Seminggu lamanya aku membuat sedikit kajian, akhirnya berhasil juga.

Aku berjalan mendapatkan ayah yang setia menunggu di kereta sejak aku masuk ke bilik temuduga dengan senyuman. Kemudian aku mengambil tempat di sebelah ayah. Mak tak ikut menghantarku. Penat katanya.

“Macam mana? Ok?” soal ayah sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan.

“Oh! Ok… Boleh dapat punyalah,” balasku. Sengaja mahu melihat reaksi ayah.

Ayah hanya menggeleng-gelengkan kepala. “Banyak masalah belajar kat luar negara ni, Ina.”

Aku diam. Menunggu kata-kata seterusnya daripada ayah. Namun, ayah hanya mendiamkan diri. Hanya celoteh deejay radio SInar FM yang memenuhi ruang atmosfera di dalam kereta ini.

“Kita nak makan kat mana, bah?” soalku apabila merasakan sedikit lapar.

“Nantilah. Kita singgah kat Dengkil boleh? Dah tak jauh dah ni,” balas ayah. Kereta dipandu dengan tenang.

“Bah, kenapa ayah tak bagi Ina pergi oversea?” soalku. Terasa tak puas hati pula bila ayah tak pernah menceritakan masalah yang sering diperkatakannya.

Ayah tersenyum namun matanya masih tidak berganjak. “Kalau Ina pergi, Ina akan rasa rugi sangat. Persediaan 2 tahun. Buatnya kalau berhenti kat sana? Dah rugi masa. Balik sini, masuk tahun satu balik.Masa sekarang ni seronoklah orang cakap nak pergi luar negara. Kat sana nanti baru kita tahu masalahnya.”

Aku mengangguk tanda faham. Tapi tak semua kan yang balik? Cerita ayah tak mematahkan semangatku untuk belajar di negara orang. Kalau aku dapat pergi, aku janji akan bawa balik sijil untul ayah. Bukan bawa masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience