MAJLIS telah selesai sejam yang lalu. Tetamu jemputan pun semua sudah pulang. Yang tinggal hanya keluarga Puan Natrah dan juga Nadira. Nadira dan Mia bermalam di rumah Aira kerana itu yang di minta oleh Aira. Pada mulanya Nadira menolak jugak sebab tak sampai hati meninggalkan uminya dan ayah Mia di rumah. Tapi uminya memujuk Nadira untuk bermalam saja di rumah Aira setelah Aira beberapa kali merayu dengan Nadira. Akhirnya Nadira setuju. Nadira menuruni anak tangga setelah menidurkan Mia sebentar tadi. Sampai anak tangga bawah, namanya di seru dari arah ruang rehat yang berada berhampiran situ. “Dira?” Nadia beralih ke arah ...