OTAK ligat berfikir dan mengingati semula. Seketika baru muncul dalam kepala otaknya dan dia dapat ingat semula.
Perempuan ini yang masuk ke biliknya tadi menghantar kopi tanpa sempat dia melihat wajahnya. Dia cam kerana baju kurung yang di pakai perempuan ini.
“Awak siapa?” Soal Naufal terus kepada Nadira yang sedang mengemas kertas-kertas di atas mejanya.
Terhenti tangan Nadira yang sedang mengemas kertas-kertas yang berselerak di atas mejanya ini. Nadira berkalih dan baru nak buka mulut untuk menjawab soalan dari Naufal, Azim terlebih dahulu bersuara.
Nadira hanya diam apabila Azim bersuara.
“Laa… Kau tak tahu ke dia siapa?” Soal Azim kepada Naufal sambil kerutkan keningnya
Naufal hanya balas dengan gelengan.
“Allah! Lupa aku nak kenalkan…Aduh!” Azim tepuk dahinya.
Dia terlupa nak kenalkan kepada Naufal tentang Nadira yang baru saja berkerja dengan syarikat ini pada dua minggu lalu bagi menggantikan seorang staff yang berhenti dengan mendadak atas faktor dan alasan yang tak dapat di elak.
Naufal kerutkan keningnya lagi. Siapa yang Azim nak kenalkan padanya.
“Fal… Ni Nadira, staff baru kita. Dia gantikan Sara yang resign 24 jam last two weeks! Aku ada inform kau kan hari tu… Yang aku dah dapat candidate untuk replace Sara…” Terang Azim kepada Naufal.
Naufal angguk beberapa kali dan barulah dia faham.
“Dira… Ni Encik Naufal, owner company ni.”
Azim memperkenalkan Nadira kepada Naufal.
“Saya Nadira…” Nadira perkenalkan dirinya kepada Naufal dengan sedikit membongkokkan badannya bagai menggantika salam.
“Welcome to NH Sdn. Bhd.” Kata Naufal bersahaja.
Mata ralit memerhati wajah gadis itu yang memakai cermin mata berbingkai pink lembut berbentuk Cat Eye. Bertudung hitam dan memakai baju kurung cotton bercorak bunga kecil. Ringkas penampilan Nadira sesuai dengannya dan juga turut menarik minat Naufal.
“Terima kasih Encik Naufal.”
“Hmm… Tadi yang hantar kopi saya tu, awak la kan?” Soal Naufal lagi sengaja ingin berbual. Kedua tangan di masukkan ke dalam poket seluarnya. Aksi yang sangat macho!
“Ye… Saya yang hantar! Ain minta tolong tadi.” Terang Nadira kepada Naufal. Bimbang akan di marahi bosnya itu kerana sejak tadi dia di renung oleh bosnya itu.
“Ni kenapa tak balik lagi?” Tanya Naufal lagi sambil menilik jam di pergelangan tangannya.
“Hah! Tu yang aku suruh dia balik ni…” Azim terus saja menjawab pertanyaan Naufal.
Naufal berkalih ke arah Azim dengan muka hairan.
“Ye la… Sebab tu aku tanya tadi, kenapa dia tak balik lagi? Dah 6 lebih dah ni. Dah tak ada siapa pun kat sini. Floor bawah pun aku rasa dah tak ada orang! Kan?” Soal Naufal kepada Azim.
“Dira nak siapkan report katanya…” Jawab Azim kerana dia tahu Naufal perlukan penjelasannya.
“Report? Report apa yang urgent tu sampai tak boleh buat esok?” Soal Naufal tidak berpuas hati.
Sekilas dia mengerling ke arah Nadira yang diam menunduk.
“Hah? Nadira? Report apa yang urgent tu?” Naufal berkalih kepada Nadira pula.
Tergamam Nadira apabila disoal oleh Encik Naufal dengan nada yang agak tegas.
Naufal tidak gemar pekerjanya balik lambat hanya kerana hal yang tidak penting.
“Err… Data ni Encik Azim minta saya compile kan tadi… Encik Azim nak esok pagi…”
Takut-takut Nadira memberitahu kepada Naufal. Sesekali dia mengerling ke arah Azim yang menggaru kepalanya.
Naufal terus saja berkalih ke arah Azim yang tersengih kepadanya.
“Sorry! Aku salah! Ermm… Dira… Awak boleh balik sekarang! Nanti lewat pulak awak sampai rumah. Saya minta maaf!.” Arah Azim kepada Nadira yang nampak serba salah dan tersepit antara dia dan Naufal ketika ini.
Yang Naufal pula boleh pulak tayang muka serius petang-petang ni! Mahu tak kecut perut Nadira tu!
“Baiklah! Saya balik dulu! Sorry Encik Azim! Esok saya hantar report ni. Semua dah siap!”
Kata Nadira sambil capai beg silangnya dan berjalan meninggalkan dua orang lelaki itu yang sedang bersoal jawab.
Aduh! Tak pasal-pasal Azim kena soal macam-macam dengan Naufal!
Nadira rasa bersalah pulak!
Nadira menuruni anak tangga pejabat itu dan terus ke arah motornya yang terparking di depan pejabat ini. Kunci dimasukkan dan dia terus menghidupkan motor jenis skuter itu dan dengan tidak membuang masa lagi, dia terus saja meninggalkan kawasan deretan kedai itu.
"IBUU!!! Yeah! Ibu dah balik! Ayah! Ibu dah balik!" Tempik Mia sambil terlompat-lompat keriangan.
Nadira tangkat motornya dan menanggalkan topi keledernya lalu memeluk erat Mia yang menunggu di sisinya.
"Ala...sayang anak ibu ni... Mia buat hari ni? Mia dah makan ke belum?" Soal Nadira kepada kanak-kanak kecil itu.
"Mia dah makan tadi... Tapi sikit je... Mia tunggu ibu balik. Mia nak makan sekali dengan ayah dan ibu." Kata Mia bermain dengan hujung bajunya yang sudah lusuh itu.
"Oh iye ke? Sorry ibu lambat sikit hari ni. Ibu banyak kerja nak buat tadi kat office... Nenek mana?"
Soal Nadira sambil mata melilau ke dalam rumah mencari kelibat uminya.
"Nenek ada kat dapur, sembang dengan Nek Ma." Jawab Mia lagi.
Nadira tegakkan tubuhnya yang tadi menunduk lalu menarik tangan Mia untuk masuk ke dalam rumah.
Ruang tamu kosong. Kaki terus melangkah ke arah satu bilik.
Pintu bilik di tolak dengan perlahan kerana tidak ingin megejutkan penghuni di dalamnya. Terkuak pintu bilik, sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil menyapa pandangan matanya.
Nadira masuk merapat di ikuti Mia di sisinya. Punggung di labuhkan di birai katil. Mia ditarik duduk di atas ribanya.
"Abang...." Nadira memanggil dengan nada perlahan.
Dengan perlahan mata lelaki yang terbaring itu terbuka. Cengkung wajahnya.
"Dira.... Baru balik ke?" Soal Adam dengan suara yang antara dengar dan tidak.
"Dira baru sampai je ni. Dira ada belikan untuk abang, bubur ayam kat pasar malam tu. Favourite abang tu... Dira masukkan dalam mangkuk dulu ye, baru Dira suap abang makan." Kata Nadira sambil capai mangkuk yang ada di atas meja sebelah katil.
"Dira letak je atas tu, kejap lagi abang makan. Dira pergi mandi dan solat dulu. Dah nak masuk waktu Maghrib ni." Kata Adam kepada Nadira.
"Tak pe... Dira suap abang makan dulu ye..."
"Dira... Pergi mandi dulu. Abang makan kejap lagi. Dah pergi mandi!" Arah Adam walaupun dengan nada yang perlahan tetapi kedengaran tegas.
“Hmm… Baiklah… Dira mandi dulu. Mangkuk ni Dira letak kat sini ye. Lepas solat nanti Dira masuk semula. Mia… Jom ikut ibu, kita mandi dulu!” Kata Nadira kepada Adam dan mengajak Mia keluar dari bilik itu kerana tidak mahu mengganggu Adam.
“Okey! Ayah… Mia pergi mandi dulu ye…” Mia memberitahu Adam dan Adam membalas dengan angukkan serta lambaian kecil pada Mia. Senyuman hambar terukir di bibir Adam.
Nadira terus menarik Mia keluar dari bilik untuk masuk ke biliknya. Itulah rutin hariannya selepas balik dari kerja. Kerja di syarikat NH ni, waktu kerjanya agak singkat berbanding kerjanya yang dulu.
Sebelum Nadira berkerja di NH, dia bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang. Waktu bekerja agak panjang selama 12 jam dan menpunyai shift malam dan siang.
Hal itu membuatkan dia kurang masa untuk menguruskan Mia dan Adam. Mujur ada uminya yang dapat membantu serba sikit.
Share this novel