Bab 2

Romance Series 35866

NAUFAL benar-benar fokus pada kerja-kerja yang bertimbun di ata mejanya. Dua minggu dia tinggalkan pejabatnya, kerja-kerja sudah banyak begini. Semuanya hanya untuk menunggu dia memeriksa dulu sebelum di teruskan ke proses seterusnya. Ada juga yang Azim sudah selesaikan tanpa perlu menunggu dia tetapi kebanyakkan kerja perlu tandatangannya.

Masuk pejabtanya pagi tadi, dia perlu berjumpa dengan supplier yang Azim sudah aturkan pada pagi tadi. Mujur hanya sejam saja selesai perbincangan dengan supplier dan dia mula memberi perhatian pada kertas kerja yang bertimbun di atas mejanya.

Perhatiannya pada skrin laptopnya terganggu apabila ketukan di pintu biliknya di ketuk.

“Masuk!” Kata Naufal dari arah mejanya.

Fokusnya kembali pada skrin laptopnya semula tanpa memandang siapa yang masuk.

“Ermm… Encik Naufal, air kopi saya letak kat sini ye! Jemput minum!”

Mendengarkan suara itu, fokus Naufal terganggu dan beralih ke arah gerangan suara yang berkata tadi. Tetapi hanya nampak dari arah belakang apabila tuan empunya suara tadi sudah mula berkalih dan ingin melangkah keluar setelah meletakkan secawan kopi di atas meja dekat sofa itu.

Seorang perempuan yang memakai baju kurung cotton berbunga kecil dan memakai tudung hitam.

Naufal kerutkan keningnya kerana dia tidak sempat menahan langkah perempuan yang sudah pun keluar dari biliknya itu. Tergamam seketika tadi!

“Siapa perempuan tu? Takkan Ain? Tapi Ain gemuk… Takkan aku cuti seminggu Ain dah kurus? Ishh!”
Naufal bercakap sendirian.

Hanya seketika dia befikir dan dia kembali semula ke skrin laptopnya untuk menyelesaikan kerja-kerjanya yang masih lagi banyak.

NADIRA duduk di kerusinya semula setelah keluar dari bilik bosnya itu. Dia capai tetikus di atas mejanya untuk menyambung semula kerjanya tetapi terhenti apabila Ain yang tiba-tiba datang berdiri di sebelah mejanya.

“Weh! Dira! Bos kata apa hang hantaq kopi tadi?” Ain bertanya dengan kening di jongketkan.

Nadira berkalih ke arah Ain dan mengerutkan keningnya.
Ain berasal dari Kedah dan loghat yang dia gunakan adalah loghat dari utara!

“Dia tak cakap apa pun! Aku letak atas meja dia, lepas tu aku keluar la… Nak tunggu dia cakap apa-apa dulu ke? Atau nak tunggu dia hirup kopi tu tadi dan tunggu dia komen kopi tu? Macam tu?”

Soal Nadira kepada Ain dengan wajah yang binggung dan dia kelip-kelipkan matanya.

Memang dia keliru kerana itu pertama kali dia masuk ke dalam bilik pemilik syarikat ini selama dia bekerja di sini selama 2 minggu ini.

Bilik itu selama ini kosong kerana menurut staff di sini memberitahu yang Encik Naufal bekerja di luar kawasan selama tiga minggu. Hari ini baru Encik naufal masuk ke pejabat.

Tadi semasa menghantar kopi, itulah kali pertama dia masuk dan melihat wajah Encik Naufal yang sedang fokus pada skrin laptopnya. Langsung Encik Naufal tidak memandang ke arahnya tadi.

Menghantar kopi bukan tugasannya, tetapi tadi dia hanya menolong Ain yang tiba-tiba sakit perut dan tidak dapat menghantar kopi yang di pesan oleh Encik Naufal tadi. Terpaksalah dia membantu Ain.

“Dak la... Encik Naufal tak tanya ka hang siapa? Aku rasa dia tak kenal lagi hang ni, Dira!” Kata Ain sambil menarik kerusi di sebelah Nadira.

“Dia nak tanya apa, Ain… Pandang aku pun tak! Dia tengok laptop dia je…” Kata Nadira.

“Hang biar betui, Dira? Takkan Encik Naufal tak tengok hang langsung?”

“Ishh! Kau ni Ain… Betul la… Aku letak kopi atas meja kat sofa tu, macam yang kau suruh tu, lepas tu aku keluar la… Aku pun tak pandang dah dekat bos tu.” Cerita Nadira kepada Ain.

Ain garu kepala yang tak gatal.

“Dah la… Tak payah fikir la… Dia tengok ke tak, biar dia la… Aku buat kerja aku je. Aku cuma tolong kau je tadi… Tak salah rasanya!”

Kata Nadira kembali mengusik tetikus yang dalam genggamannya tadi.

“Hrmm… Ha la… ha la…” Ain kembali ke mejanya yang berada di sebelah meja Nadira.

JAM sudah menunjukkan berakhirnya masa kerja. Ain mengemas meja dan terus saja shutdown komputer dia atas mejanya. Dia berkalih ke arah Nadira yang masih lagi fokus pada skrin komputer.

“Weh! Dira… Hang tak mau balik lagi ka? Jam dah cukup ni!” Ain berkata sambil tepuk jam di pergelangan tangannya.

Nadira berkalih ke arah Ain.

“Kejap lagi aku balik la… Kau balik la dulu…” Kata Nadira matanya kembali pada skrin komputernya.

“Hang pasai apa? Banyak lagi ka kerja yang tak siap? Esok la sambung!” Kata Ain sudah menggalas beg di bahunya.

“Tak banyak dah… Sikit je lagi ni… Aku siapkan report ni je… Kejap lagi aku balik. Kau balik la dulu. 10 minit lagi siap la ni.” Kata Nadira tak hiraukan Ain sedang memerhati ke arahnya.

“Ok la… Aku balik dulu! Bye Dira!” Kata Ain sambil melangkah keluar dari ruang pejabat ini.

Pejabat ini hanya satu lantai di tingkat kedua bangunan kedai. Manakala di lantai bawah, bahagian operasi produk syarikat ini.

Di ruang pejabat ini, hanya ada 3 bilik dan ruang staff di bahagian luar. Syarikat ini hanya syarikat kecil yang mempunyai 15 orang pekerja termasuk bahagian operasi. Sepuluh orang bahagian operasi dan 5orang bahagian pejabat. Jumlah pekerja 17 orang termasuk Encik Azim dan Encik Naufal selaku pemilik syarikat ini.

“Dira?”

Suara itu mengganggu tumpuan Nadira yang sedang menyiapkan laporan kerjanya itu. Dia berkalih ke arah suara yang menegurnya itu kerana suara itu mengejutkan dirinya yang hanya bersendirian di ruangan ini. Staff yang lain semua dah balik.

“Eh! Encik Azim! Encik tak balik lagi?” Soal Nadira kepada Azim yang berdiri di depan mejanya sambil menggalas beg laptop di bahu.

“Saya yang patut tanya awak soalan tu, Dira! Awak tak balik lagi ke? Dah lewat ni! Dah pukul 6 lebih dah ni… Awak buat apa lagi?” Soal Azim hairan sambil memerhati skrin komputer Nadira yang masih menyala.

“Err… Saya nak siapkan report ni kejap, Encik Azim… Sikit je lagi nak siap ni… Kejap lagi saya balik.”
Kata Nadira tersengih kepada Azim.

“Report apa yang nak kena siapkan?” Tanya Azim lagi.

“Ni report ni… Saya tengah compile kan semua data. Tadi saya dah buat, cuma ada yang silap…so terpaksa buat lain.” Terang Nadira kepada Azim.

Azim menjengukkan kepalanya ke skrin komputer Nadira sambil matanya mengecil memandang data di skrin komputer itu.

“Dira… Esok pun awak boleh siapkan report ni… Dah balik! Esok continue je…” Kata Azim kepada Nadira.

Dia tak suka staff balik kerja lewat tambahan lagi Nadira perempuan.

"Ta…tapi… Encik yang nak report ni esok kan?” Kata Nadira lagi.

Tengahari tadi Encik Azim yang minta kepadanya laporan disiapkan dengan segera.

“Dira, saya….” Belum sempat Azim berkata, namanya di seru dari arah belakang.

“Zim? Kau tak balik lagi ke?” Soal Naufal sambil mengatur langkah ke arah Azim.

“Aku baru je nak balik ni… Nak ke bilik kau dulu tadi…tapi tersangkut kat sini.” Kata Azim kepada Naufal yang sudah berdiri di sebelahnya.

Ketika ini mata Naufal terarah kepada seorang perempuan yang sedang duduk di kerusi di hadapan mereka. Keningnya berkerut! Berfikir!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience