Bab baru setiap hari RABU, JUMAAT dan SABTU. Rumahtangganya yang di binanya dulu gagal telah membuatkan Naufal Hakim tidak lagi memikirkan soal untuk hidup berumahtangga. Serik? Mungkin! Risau dirinya gagal menjadi seorang suami yang baik! Dia juga risau tersalah pilih pasangan hidupnya nanti. Pilih pasangan ni umpama pilih masa depan. Oleh kerana itu, Naufal tidak mahu mengambil risiko untuk melukai sesiapa dan melukai hatinya sendiri. Hatinya kini tertutup buat perempuan setelah Aira menolak cintanya dulu. Salah dirinya juga kerana Aira hak milik orang ketika itu. Dia kini hanya fokus untuk masa depan dirinya sendiri dengan membuka syarikat kecil dalam bidangnya. Seorang gadis bernama Nadira Aqila yang juga merupakan salah seorang pekerjanya telah menarik minatnya untuk mengenali dengan gadis itu. Pertemuan antara Naufal dan Nadira di majlis kesyukuran rumah Aira malam itu membuatkan Naufal kecewa kerana Nadira Aqila sudah mempunyai seorang anak perempuan. Bermakna Nadira Aqila sudah berkahwin! Naufal Hakim sangat kecewa! Suatu hari kebenaran tersingkap apabila Naufal melihat rekod peribadi Nadira Aqila yang diminta dari pihak HR dengan tujuan kenaikan pangkat Nadira atas kecekapan Nadira dalam melakukan tugasannya. Lain yang dia cari, lain yang dia jumpa tentang Nadira Aqila. Apakah kebenarannya? Siapakah kanak-kanak perempuan bersama Nadira itu? Setelah kebenaran yang Naufal Hakim dapat dan dia mula mendekati Nadira Aqila tetapi si gadis sering kali mengelak dan menolak segala perlawaannya. Tetapi Naufal tidak berputus asa kerana gadis itu telah berjaya membuatkan hatinya berbunga kembali. Apabila Nadira mula menerima Naufal dalam hidupnya, muncul kembali bekas isterinya datang mengganggu kebahagian mereka itu. Apakah kisah antara mereka ini? Teruskan membaca AKU UNTUK KAU Jangan lupa follow Merpati Putih Fac : Is Merpati Putih Terima kasih kepada pembaca Novel Plus dan follower MP! Love you semua!
View All Chapters (Total 36 Chapter)
Update 16 November 2024
2024-10-19
bila nak update
2024-09-30
we want moreeee.....
2024-09-11 1 Replies
selamat pengantin baru Naufal+Nadira