Bab 4

Romance Series 35866

NAUFAL turun dari keretanya dan dia membetulkan baju kurta yang dia pakai bersama seluar hitam.

Penampilannya di tilik memalui biasan cermin keretanya. Songkok di letakkan dengan elok di atas kepala. Langkah di atur dengan kemas memasuki perkarangan rumah Aira dan Andika.

Masuk saja di perkarangan rumah sudah nampak kelibat Andika di depan rumah sedang menyambut tetamu yang hadir.

“Eh! Naufal! Datang jugak kau! Ingatkan dah lupa jalan datang sini! Mak Uda dari tadi tanya pasal kau!” Tegur Andika sambil berjabat tangan dengan Naufal apabila Naufal sudah berdiri di hadapanya.

“Sorry! Aku sibuk sikit! Macam-macam hal nk kena buat!”

“Hmm… Biasa la tu… Kalau dah company sendiri, usaha kena lebih sikit. Aku pun mula-mula macam tu jugak dulu. Tak tahan, masa untuk family sampai tak ada! Membebel Aira tu... Sebab tu aku hire assistant. Kena bayar lebih la… Janji aku ada masa dengan family.” Kata Andika dengan ramah.

“Tu la…Memang tak ada masa langsung! Aku nak balik jenguk mak aku pun tak sempat. Tapi betul tu apa yang kau cakap, aku nak kena hire asisstant jugak lepas ni. Azim sekarang pun tak cukup kaki tangan dah. Hari cuti pun kena buat kerja. Kadang-kadang kesian jugak dengan si Azim tu” Naufal mengakui kebenaran dari kata-kata Andika itu.

“Dah la... Ni kalau sebab bab kerja, sampai bila tak habis. Jom masuk! Kejap lagi baru nak mula bacaan tahlil!” Andika mempelawa Naufal dan mereka berjalan beriringan ke dalam rumah Andika.

SELESAI saja bacaan tahlil, tetamu jemputan menjamu selera. Ramai juga jemputan Andika dan Aira pada malam ni.

Naufal duduk di gazebo luar rumah Andika yang bersebelahan dengan kolam ikan koi. Saja meminggirkan diri dari keramaian di bahagian depan rumah. Di sini hanya ada tetamu yang lalu lalang saja, tenang sikit Naufal.

Tangan ralit melayan skrin telefonnya dan dia terasa ada seseorang di tepi kolam ikan sambil menunduk melihat ikan. Naufal angkat kepala memandang ke arah kanak-kanak perempuan yang berbaju kurung dan rambut di ikat satu di belakang.

“Cantiknya ikan ni… Ada warna merah, ada warna hitam, ada warna putih… Semua cantik… Tapi ikan ni tak sejuk ke malam-malam main dalam air ni…”

Naufal terdengar kanak-kanak perempuan itu berceloteh.

Ayat yang akhir tu buatkan Naufal tergelak sendirian dan tergeleng-geleng kepalanya. Lucu sungguh dengan ketah budak tu!

Kanak-kanak tadi mengetuk dagunya seperti berfikir, kemudian dia menoleh ke kanan dan ke kiri seperti mencari seseorang. Mungkin mencari ibu atau ayahnya! comel je telatah kanak-kanak itu.

Kanak-kanak tadi masih ralit melihat ikan-ikan di dalam kolam itu. Naufal kembali pada skrin telefonnya apabila ada notifikasi masuk. Jari lincah mengeser skrin telefonnya.

Walaupun matanya pada skrin telefonnya tetapi telinga Naufal masi menangkap lagi suara kanak-kanak itu bercakap dengan memanggil ‘ibu’.

“Ibu! Ibu!”

“Laa… Kat sini rupanya Mia. Ibu cari Mia kat dalam tadi. Tadi cakap nak pergi tandas kan? Kenapa boleh ada kat sini ni? Jangan buat ibu risau boleh tak Mia?” Nadira membebel kepada Mia yang tak muncul dari tadi.

“Sorry ibu! Mia tengok kolam ni tadi. Ibu… Tengok ni ada ikan cantik la… Ikan ni berenang-renang kat dalam ni.” Kata Mia kepada ibunya sambil jari mununjuk ikan di dalam kolam.

“Ye… Ikan ni memang cantik!” Akui Nadira sambil tersenyum kepada Mia.

“Ibu… Ikan ni tak sejuk ke main air malam-malam main air macam ni?” Soal Mia lagi.

Nadira garu pelipisnya dengan soalan Mia. Nak gelak pun ada!

“Mia… Ikan mana boleh sejuk. Ikan ni memang tinggal dalam air. Kalau ikan ni tak ada air, mati la dia.” Terang Nadira dengan bahasa yang mudah untuk Mia fahami.

“Ohh…. Macam tu… Dai tak lemas ke ibu?” Soal Mia lagi dengan soalan polosnya.

“Tak la sayang! Kan air tu tempat tinggal ikan… Mana boleh dia lemas…” Terang Nadira kepada Mia.

Mia angguk beberapa kali.

“Ibu… Boleh tak Mia nak ambil ikan ni bawa balik rumah kita?”

“Hah? Mana boleh! Ni kan ikan Aunty Aira…. Mana boleh ambil orang punya. Kan ibu dah ajar, kita jangan sesekali ambil orang punya… Tak kisah la apa pun! Faham?” Tegas Nadira menegur Mia.

“Baiklah! Maaf ibu!” Kata Mia dengan wajah yang berubah sedih.

Naufal hanya mendengar perbualan dua beranak itu dari tempat dia duduk ketika ini. Kagum dengan didikan yang di terapkan kepada kanak-kanak itu.

Dia memandangkan ke arah kanak-kanak dan ibunya itu yang sedang duduk bertenggek di tepi kolam.

Wajah si ibu kanak-kanak itu Naufal tidak nampak kerana ibunya duduk membelakanginya. Hanya dengar perbualan dan celoteh kanak-kanak itu yang bertanyakan itu dan ini kepada ibunya.

Kanak-kanak itu dan ibunya bangun dari tepi kolam ikan dan membuatkan wajah ibu kepada kanak-kanak itu beralih ke arah Naufal. Naufal terkelip-kelip matanya memandang ibu kepada kanak-kanak itu.

Nadira?

“Dira?” Terkeluar nama itu dari bibir Naufal apabila kedua beranak itu mula berjalan dan lalu di hadapan gazebo yang dia sedang duduk ketika ini.

Nadira berhenti melangkah dan kepala menoleh ke arah lelaki yang menyeru namanya itu.
Eh! Ada orang kenal dia ke kat sini?

“Encik Naufal?”

Mata Nadira membulat melihat Naufal yang sudah bangun dari gazebo dan berjalan ke arahnya.

“Dira! Awak buat apa kat sini?” Soal Naufal ingin tahu.

Kenapa Nadira boleh ada di majlis ini? Saudara-mara Andika atau Aira ni? Atau kenalan mereka?

“Saya di jemput ke majlis ni.” Jawab Nadira.

Pelik kenapa soalan tu yang Naufal tanya! Takkan dia tengah uruskan katering kat sini pulak kan! Haish!

Naufal yang mendengarkan jawapan Nadira itu rasa macam nak tepuk dahi pulak! Apa punya soalan la dia tanya! Adeh!

“Encik Naufal pulak?” Nadira menyoal soalan yang sama jugak.

Dia pun nak tahu jugak apa kaitan Encik Naufal dengan keluarga Aira ni. Mungkin adik Andika atau sepupu sepapat dia orang ni! Mungkin la kot!

“Oh! Saya pun di jemput ke majlis ni. Saya kawan Aira dan Andika. Dan awak pula saudara dia orang ke?” Soal Naufal lagi.

“Oh! Sama la kita! Saya kawan Aira.” Nadira berkata benar.

Dia adalah kawan Aira ketika mereka belajar di kolej dulu. Tetapi terputus hubungan kerana Aira dengan tiba-tiba berhenti belajar dan terus hilang begitu saja sehinggalah berjumpa semula tahun lepas.

Naufal angguk tanda faham. Dia berkalih kepada kanak-kanak perempuan yang berdiri dei sebelah Nadira itu.

“Err… Ni anak awak ke Dira?” Soal Naufal sambil memandang ke arah kanak-kanak perempuan yang comel itu dengan berbaju kurung.

Nadira berkalih ke arah Mia yang berdiri di sebelahnya.

“Aah… Anak saya.” Jawab Nadira.

Itu yang sering dia akui apabila setiap kali orang bertanya kepadanya tentang Mia ketika Mia bersamanya.

Jawapan yang Nadira berikan buatkan Naufal sedikit rasa kecewa. Kenapa perlu dia rasa macam ni? Haishh! Baru je nak try dekat-dekat! Sekali dah ada anak pulak!

Naufal angguk.

“Eh! Mia… Ni ibu kenalkan… Bos tempat kerja ibu. Encik Naufal ni anak saya, Mia namanya.”

“Hai Mia! Boleh panggil Uncle Naufal je… Cantik nama Mia tu… Mia dah berapa tahun ni?” Naufal menunduk sedikit tubuhnya sambil menyalami kanak-kanak itu.

Mia menyambut huluran tangan lelaki itu dan dia mengucup kekura tangan lelaki itu. Sama seperti dia lakukan kepada ayahnya.

Naufal tergamam seketika kerana kanak-kanak seperti Mia sudah diajar dan dididik dengan adab tanpa perlu di suruh oleh ibunya tadi. Tindakan Mia tadi spontan!

“Terima kasih uncle Naufal! Umur Mia baru 5 tahun.” Petah Mia menjawab soalan dari Naufal.

“Good girl! Pandai Mia! Pandai bercakap ni…” Naufal sentuh lembut kepala Mia dan dia tegakkan semula tubuhnya yang membongkok tadi.

Comel kanak-kanak yang bernama Mia ni…

Mia hanya tayang sengih apabila Naufal berkata begitu. Begitu juga Nadira yang tersenyum mendengar pujian itu dari Naufal.

“Laa… Kat sini rupanya kamu Naufal? Mak cari kamu dalam khemah tu tadi.”

Naufal berkalih apabila mendengar suara Puan Natrah dari arah belakang yang sedang berjalan ke arahnya yang sedang berdiri ini.

“Mak cari Naufal? Kenapa? Mak dah nak balik ke?” Soal Naufal sambil berkerut keningnya.

Di tilik jam di pergelangan tangannya, masih awal kalau nak balik pun?

“Ishh! Tak la… Mak tak balik malam ni.. Aira suruh mak duduk sini lagi. Kamu dah makan ke belum ni?” Soal Puan Natrah kepada anaknya itu.

Mata mengerling ke arah Nadira yang diam berdiri.

“Belum lagi mak. Biar la dia orang makan dulu.”

“Ni siapa?” Tanya Puan Natrah jari menunjuk ke arah Nadira yang diam sedari tadi.

“Oh! Ni Nadira staff tempat kerja Naufal mak. Kebetulan terjumpa kat sini.” Terang Naufal kepada emaknya.

“Dira ni mak saya….” Naufal memperkenalkan kepada Puan Natrah.

Nadira tersenyum manis dan menghulurkan tangan kepada Puan Natrah yang sedari tadi memandangnya tak lepas. Naik segan pula Nadira apabila di renung begitu.

“Saya Nadira…”

“Panggil Mak Uda je…” Kata Puan Natrah kepada Nadira sambil menyambut huluran tangan dari Nadira.

“Eh! Ni siapa pulak? Anak Nadira ke?” Puan Natrah memandang ke sisi Nadira ada seorang kanak-kanak kecil sambil merenungnya.

“Aah… Anak saya Mak Uda.” Jawab Nadira sama seperti dia jawab kepada Naufal tadi.

“Oh! Dah kahwin! Ala comelnya… Nama siapa ni?”

“Mia...”

Jawab Mia pendek kemudian dia terus menghulurkan tangan kepada Puan Natrah untuk bersalaman.

Puan Natrah nampak terkejut tetapi dia tetap menyambut huluran tangan kanak-kanak itu.

Hati tuanya yang sukakan kanak-kanak rasa terjatuh suka pula pada kanak-kanak yang bernama Mia ini. Selain dari Putera Rizqi anak kepada Aira, Mia juga membuat hatinya tertarik dengan Mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience