SEBARIS nama yang terpamer di skrin telefon miliknya membuatkan dia tersenyum. Lalu ikon hijau di gesel tanpa membiarkan pemanggil di sana tertunggu-tunggu.
“Hello, Assalamualaikum mak!”
Bersambung saja panggilan terus Naufal memberi salam terlebih dahulu kepada Puan Natrah.
“Waalaikumusalam, Naufal!” Jawan Puan Natrah dengan gembira.
“Mak sihat?” Soal Naufal lagi.
“Mak sihat alhamdulillah! Naufal, mak nak tanya ni… Hujung minggu ni kamu nak balik sini tak?”
Puan Natrah terus saja bertanya kepada anak lelakinya itu. Tidak mahu berkias-kias lagi kerana itu adalah tujuan dia yang sebenar menghubungi anak lelakinya itu.
“Err…. Naufal tak pasti lagi mak! Kenapa mak? Mak ada nak buat kenduri ke?”
Naufal bertanya kerana rasa hairan Puan Natrah bertanya begitu.
“Eh! Tak la… Kalau kamu balik, boleh la kita pergi rumah Aira.”
“Aira? Kenapa dengan Aira?”
Mendengarkan nama itu buatkan Naufal tegakkan tubuhnya yang tadi bersandar di kerusi.
“Ishh! Kamu ni…. Aira tak apa-apa la. Dia jemput ke majlis tahlil arwah ayah dan ibu dia. Sekali dia buat majlis kesyukuran sekali.” Puan Natrah menerangkan hal sebenarnya.
“Ohh! Ingatkan apa la tadi…”
Naufal menarik nafas lega apabila emaknya berkata begitu. Disandarkan kembali tubuhnya ke kerusi.
“Dia jemput kamu jugak, Naufal. Sebab tu mak tanya kamu ni… Kalau kamu tak nak balik, kamu pergi terus la nanti. Mak dengan abang Nuh kamu tu mungkin akan pergi awal. Aira beria-ia ajak mak duduk kat rumah dia tu. Mak pun rindu dekat Aira dengan putera kecik tu…” Terang Puan Natrah lagi.
“Ermm… Ye la… Kalau Naufal sempat nanti Naufal pergi la mak. Naufal pun belum masuk office lagi ni. Tak tau kerja apa yang bertimbun nanti tu.”
“Kamu ni… Tak habis-habis dengan kerja. Ingat dah ada pejabat sendiri, lagi banyak masa kamu tu… Rupanya lagi sibuk kamu ye… Sampai nak balik jenguk mak pun dah tak ada masa dah!” Puan Natrah merungut dengan kesibukan anak lelakinya itu.
Naufal garu keningnya yang tak gatal itu. Kena bebel lagi dengan emaknya! Haishhh!
“Mak…. Kenapa cakap macam ni… Naufal kena usaha lebih mak… Sebab ni company Naufal sendiri. Dulu lain la mak… Dulu Naufal kerja dengan orang, tak ambil tahu dah pasal lain-lain. Sekarang tak boleh macam tu, dari A sampai Z Naufal kena tahu dan kena jaga, mak. Hal-hal pekerja lagi mak… Tak boleh ambil mudah semua tu mak! Naufal perlukan doa mak je untuk Naufal terus berjaya. Doakan Naufal ye mak!”
Sudah berulang kali Naufal terangkan kepada Puan Natrah tentang kerjaya barunya ini. Tetapi masih juga kena bebel!
“Ye…ye mak faham la… Mak bergurau je la… Mak sentiasa doakan Naufal berjaya! Dan mak jugak doakan Naufal cepat bertemu jodoh. Mak nak tengok anak mak bahagia. Senang hati mak bila mak tutup mata nanti…”
“Mak…….. Apa cakap macam tu? Mula la tu nak berdrama…” Kata Naufal tahu yang emaknya selalu bertanyakan soal jodohnya.
“Naufal, mak cakap benda betul. Mak ni bukan muda lagi. Lagipun ajal maut kita tak tahu bila. Entah esok, lusa… Allah tarik nyawa mak ni…”
“Ye… Naufal tahu mak… Tapi tak payah la kaitkan jodoh Naufal dengan mati pulak… Mak ni……”
Kata Naufal dengan nada yang kesal. Dia lepaskan keluhan dari rengkungannya.
Puan Natrah ketawa di hujung talian. Sengaja dia mengusik anak bujangnya itu. Nak carikan jodoh untuk anaknya itu, anaknya pula menolak. Katanya biar jodoh datang sendiri!
“Hmm… Dah la… Mak nak mandi kejap. Nanti jangan lupa ye… Hujung minggu ni, rumah Aira.” Pesan Puan Natrah lagi kepada Naufal.
“Insha Allah mak!”
Talian di tamatkan setelah salam di berikan.
Naufal tersenyum sendiri tanpa sedar dia diperhatikan oleh teman baiknya.
“Hmmm… Mak kau call ke?” Tegur Azim sambal menarik kerusi di depan Naufal.
“Aah… Mak aku call.” Jawab Naufal sambal masukkan semula telefon ke kocek seluarnya.
“Apa hal?” Tanya Azim lagi walaupun dia dengar segala perbualan Naufal tadi.
“Mak aku bagi tahu hujung minggu ni ada majlis tahlil.” Terang Naufal dengan malas.
Tangan capai gelas minuman di atas meja di depannya itu.
“Rumah Aira?” Teka Azim.
Naufal kerutkan keningnya tanda hairan. Tapi tak hairan jugak kalau Azim tahu, Azim ada di depannya tadi ketika berbual dengan emaknya melalui telefon. Dan dia juga sekarang berada di rumah Azim.
Naufal lepaskan keluhan dari rengkungannya.
“Ye!” Naufal sandarkan tubuhnya ke kerusi dan gelas minuman di letakkan semula ke atas meja.
Azim perhatikan saja raut wajah temannya itu. Setiap kali nama Aira di sebut, riak wajah Naufal pasti berubah.
“Kau tak move on lagi ke, Fal? Aira tu dah bahagia sangat! Kau tak payah la nak ingat dia! Lagipun dosa kau tau tak, ada perasaan pada isteri orang! Lebih baik kau cari teman baru…” Kata Azim kepada Naufal.
“Aku dah move on la… Kau ni pun… Ada Nampak muka aku ni macam tergilakan bini orang ke? Patah tulang aku ni nanti kalau Andika tu tahu! Gila! Ishh! Seram aku!” Naufal bergindik bahu selepas berkata begitu.
Azim yang mendengarkan itu hanya ketawa.
“Dah tu cari la teman baru…”
“Kau ingat senang ke nak main cari-cari ni? Kau ingat macam beli ikan kat pasar malam tu? Tak pun macam pilih sayur kat pasaraya tu. Layu tinggal, yang segar ambil… Apa la kau ni! Tak kena dengan hati aku, mana boleh!”
“Kau tu yang memilih sangat! Aku kenal kau dah lama, Fal… Aku tahu sangat taste kau tu!”
“Zim, ni bukan soal taste ke apa…. Ni soal hati aku ni la… Tambah-tambah lagi aku pernah gagal dalam rumahtangga aku dulu, tu yang buatkan aku lebih berhati-hati dan boleh di katakan memilih jugak.”
Naufal tayang sengihnya.
Memang benar, dia tidak memilih untuk mencari pasangan buat kali kedua. Bukan kata serik untuk berkahwin, tetapi lebih kepada risau akan gagal lagi.
Pilih pasangan ni umpama kita pilih masa depan kita!
Perkahwinannya yang dulu entah di mana silapnya? Silap dirinya atau silap bekas isterinya, dia pun tak pasti! Tidak mahu menuding jari pada sesiapa!
Mungkin juga kerana dia masih muda ketika itu, bertindak dan tidak berfikiran matang lagi dan membuatkan rumahtangga yang di bina hanya bertahan selama setahun.
Kisah percintaannya yang dulu penuh dengan kemanisan selama tiga tahun, hancur setelah tiada lagi kesefahaman dengan bekas isterinya. Akhirnya talak dilepaskan dengan rela kerana tidak sanggup lagi tersiksa hati dan perasaannya setiap kali mendengar permintaan cerai dari bekas isterinya itu.
Apa daya dia sebagai suami ketika itu? Untuk teruskan pun rasa tak bahagia, mungkin lebih baik melepaskan walaupun ketika itu dia sayang kepada bekas isterinya. Tak guna hanya dirinya yang masih lagi bersisa rasa cinta dan sayang kepada bekas isterinya itu, kerana bekas isterinya langsung tiada lagi perasaanitu terhadap dirinya!
“Woi! Kau dengar tak?” Suara Azim kuat membuatkan lamunan Naufal terbang melayang.
“Kau cakap apa?”
“La… Kau boleh pulak berangan! Ish!”
“Aku bukan berangan la! Kau cakap apa tadi?”
“Esok kau masuk office kan?”
“Ya… Esok aku masuk office! Kenapa?”
“Esok ada meeting dengan supplier baru. Kau ada senang sikit nak buat decision!”
“Oh! Okey! Esok aku masuk office la… Eh! Dah la aku nak balik ni. Thank you air teh kau ni.” Naufal bangun dari kerusi dan meminta diri kepada Azim untuk pulang.
Share this novel