Sunyi
Itu la keadaan dalam kereta Aliff
“Awak ok tak Wani” tegur Aliff
“Ok. cuma sedih sikit la sebab ni kita semua tak dapat jumpa Abang Zami dah. Projek officially tamat. Dia pulak balik tergesa-gesa. No proper goodbye” uju wani dalam keadaan agak sayu
“Itu la. Ada la hal dia tu. Dia businessman kan. Inshallah dia turun sini, dia call la kita” Aliff memujuk Wani sambil menjeling ke tangan gadis yang dia idamkan itu
“Hmmm.. tak pakai lagi gelang yang aku beri” bisik hati Aliff
Keadaan menjadi sunyi sehingga tiba ke rumah Wani.
“Terima kasih ya Aliff”
“Sama-sama. Wani kalau awak rasa ok nanti boleh saya ajak awak keluar makan?”
Wani terdiam.. “Tengoklah nanti Aliff...” jawab Wani.
Sekarang dia rasa kecewa yang teramat.. dia rasa seperti bertepuk sebelah tangan.. Menitis air mata Wani... Air mata kekeliruan
*****************
“Barley ice satu”... order si Zami sambil melabuhkan punggungnya di Kedai Mamak yang dipilihnya
Selalu cafe-cafe yang sunyi dipilihnya untuk berjumpa tapi kali ni dia pilih kedai mamak kerana yang dijumpanya isteri orang. Jadi dia tak nak timbulkan apa-apa fitnah
“Haaaa apa cerita? Dah bertahun Adda tak contact abang. Must be very urgent”
“Terima kasih abang sebab sudi jumpa. Macam ni ceritanya...”
Zami mendengar dengan penuh tekun cerita Adda mengenai situasi dia sekarang...
“So apa Adda nak buat?”
“Adda nak putuskan segala-galanya.. Adda tak tahan”
“Pasal tu je? Pasal takde anak kan? Yang lain mcm Adda cerita tak pernah gaduh.. pikir dulu la Adda. Pikir secara matang”
“Adda tak nak dah abang.... sekarang Adda menyesal tak pilih abang...”
Terus terhenti perbualan....
“Ehhh ke situ pula si Adda ni...” detik hati Zami
Keadaan menjadi sunyi sementara..
“Adda kita balik dulu... tenangkan diri dulu... nanti kita bincang balik”
*****************
“ZAMI kepala hotak ko buat kerja macam ni... tender yang aku suruh buat kemana perginya... what happen to you!”
“Panggggggg.....” Datuk Sulaiman baling file yang diberi ke pintu...
Terkejut semua jemaah pengurusan yang hadir.. Marah anak sendiri macam marah musuh...
Ya tepat seminggu selepas bertemu Adda dan tidak kesempatan berterus terang dengan Wani.. keadaan Zami menjadi tidak ketentuaan... jadi macam orang tak betul...
Nak katakan cinta... bukan cinta.. nak katakan sayang seperti ya..
Tidur tak cukup, makan hanya sedikit.. tidak tahu apa penyakit yang melandanya
“Bak...”
“Ya Along, kenapa ni.. what happen to you? Talk to me”
“Along nak minta cuti seminggu.. nak duduk sorang and pikir...”
“Hmm ni mesti pasal pompuan... pasal cinggey musnah kehidupan hahahaha” berseloroh Datuk Sulaiman.. nampak sangat dia pernah tengok cerita Rock O
“Ok choose one of our hideout.. nak banglow kat frasers atau penthouse kat penang”
“Penang la bak... ngeri lak nak duduk banglow sorang-sorang”
“Ok go for a week. Make decision and come back fresh”
Share this novel