Ting Ting Ting
Berdeting detung WhatsApp group projek selepas lama sunyi sepi. Semua gara-gara Zami bagitau nak turun Johor.. ajak karaoke dan lepak apartment ramai-ramai.
Mana taknya, semua free dan abang zami turun. Kali ni bukan pasal kerja tapi pasal berseronok. Bila lagi kan nak pow...
Sambil memandu kereta kegemarannya ke Johor, Zami memasang Suria FM untuk menghilangkan bosan
“tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap
sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita....”
Zami termenung.. patutkah aku beritahu perasanku? Atau patut aku pendam kerana takut kecewa lagi...
Aduh tiba-tiba perjalanan ke Johor bertukar dari gembira ke kekeliruan...
***************
Ting... bunyi whatsApp group project. Simple je tajuk mula di beri oleh Zami - “Perbincangan Project Sebelum Perbentangan Kepada Client”... Semua dijemput tempat tinggal, makan & karaoke disediakan. Kita akan berbincang dan celebrate kejayaan pelaksanaan projek. Harap dapat semua hadir.
Bagaikan melonjak hati Wani bila dapat peluang sebegini. Bukan sahaja dapat jumpa rakan-rakan, tetapi juga dapat berjumpa Abang Zami
“Bu, boleh ya Wani pergi? Boleh la...” rayu Wani pada ibunya
“Boleh tapi minta boss jemput. Ibu nak jumpa”
Alamak kenapa pula ibu nak jumpa ni. Apa nak bagitau Abang Zami ni....
“Salam abang, abang dah kat mana? Wani ni”
“Dah sampai Melaka, bawak perlahan. Hujan lebat lak ni. Kenapa?”
“Abang boleh jemput Wani tak? Kereta Wani rosak”
“Laaa ye ke.. ok lagi satu jam setengah Abang sampai”
*****************
“Hmmm rasa-rasa dia pakai baju warna apa ek” fikir Aliff
“Kalau boleh nak la sama lebih kurang ngan Wani, dah la bukan selau boleh jumpa”
Biasa la, remaja bila mula suka seseorang dapat berbaju warna sama pun dah kita satu kejayaan besar.
Itulah Aliff. Dia paling senyap dalam team projek baru-baru ini. Memang layan kepala sendiri je. Agak terkejut semua orang apabila dia memberi Wani gelang pada hari terakhir. Mahal juga tu, habis 1/4 upah yang diterima semasa projek
“Ko ni gelojoh la Aliff” kata Danny secara berseloroh.
“Patutnya ko slow-slow la sikit. Takde la culture shock minah tu” tambah Bahran
“Ko senyap la Bahran, ko tu habuk pun tak dapat.. tapi mmg expected pun kan..” aliff cuba menukar topik
“Macamana ek bang”
Zami hanya mampu tersenyum. Simple je jawapannya
“Biar masa menentukan.. perasaan ini tidak boleh dipaksa. Kadang-kadang ia datang dengan cepat dan pergi dengan cepat. Kadang-kadang ia datang dan tidak pernah pergi.. Jangan paksa”
Terhenti lamunan Aliff bila teringat kata-kata Abang Zami. Baginya Abang Zami penting sebab dia tahu karakter semua orang dalam projek.. apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak..
“Arghh aku call Abang Zami la. Dia mesti ada solution”
*****************
“Mimpi yang indah kau bersama ku.
Mimpi yang ngeri kau bersama dengan nya.
Dan jangan dikau hampiri dia..
Dia pasti membawa kau pergi..”
Fuh penuh feel si Bahran ni menyanyi sambil duk terjeling-jeling kepada As...
Zami mulakan perjumpaan kali ni dengan sesi karaoke sambil makan untuk bagi semua loose dulu.. Dia tahu kalau dah start kerja nanti semua akan tense kerana dia akan perah semua seperti biasa.. kali ni dia guna tactic “Play first than work hard”
“Bro, tak nyanyi ke?” Sapa Danny.
Dia melihat Zami asyik termenung dan berpikir sejak tiba tadi
“Takde mood sangat la, korang layan la dulu. Penat driving kot.. dah tua” gelak Zami
Perkataan tua tu bermain di pikiran Zami
“Assalamualaikum cik” sapa Zami apabila tiba di depan rumah Wani
“Waalaikumsalam. Apa cik pulak yang dipanggilnya. Panggil akak je la. Umur kita tak jauh beza pun” balas Zaimah
“Ohhh ni la boss si Wani yang selalu Wani katakan ni. Terima kasih ek jagakan anak akak ni. Dah macam jaga anak sendiri dengarnya. Boleh jadi ayah angkat si Wani dah ni”
“Heheh biasala kak.. tanggungjawab” jawab perlahan Zami sambil terpikir kenapa banyak kali Zaimah ulang perkataan Ayah.
“Hoi wanginya kamu Wani. Ni nak gi kerja ke nak gi dating. Zami, dia ni ada minat sesiapa ke antara budak-budak projek? Lain macam persediaan tadi” perli Zaimah apabila Wani hendak keluar dari rumah
“Nanti saya perhatikan.. dah akak nak suruh saya jadi pencari jodoh pulak ke hahaha” gelak Zami lagi
“Mak dah la.. mengarut. Jom Encik Zami. Dah lambat. Nanti team members lain menunggu” potong Wani
“Ok jom. Saya minta diri dulu ya kak”
“Ok Zami, tolong tengokkan anak tunggal akak ni.. kita dah tua.. kena la tengok budak-budak yang baru nak kenal dunia ni”
Tua.....
*****************
“Abang sihat?”
“Alhamdullilah macam ni la... kena sentiasa exercise untuk sihat bila umur macam ni”
Lepas tu diam kembali... entah kenapa kali ni tidak seperti biasa. Lebih banyak senyap dari berbual. Selalunya tak putus-putus bercerita
“Abang, Wani nak cakap sesuatu ni, tapi abang jangan pula terasa atau dah tak nak kawan Wani lepas ni”
“Apa dia.. cakaplah” berdebar hati Zami. Apa pulak si Wani ni nak cakap...
“Abang, sebenanrnya Wani .....”
Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Ringtone Zami tiba-tiba berbunyi... “Ehh Aliff, dah kenapa lak ni” kata Zami sebelum mengangkat telefon.
“Aloooo... haaaa apa cerr....”
“Aaaaa jap...”
“Manchester United. Tapi bukan Zebra la”
“Ok bye”
Raut wajah Wani menjadi pelik... “kenapa tu bang.. pelik je bunyinya”
“Takde apa. Si Aliff tetiba tanya abang suka team mana lak. Pelik gak. Arghhh lantak lah.. Wani nak tanya apa ya tadi?”
“Takde apa la bang.. nanti-nanti la.. tak penting pun..”
Kacau la Aliff ni
*****************
Zami seperti biasa lepak dengan Danny sambil borak pasal kerja. Yang lain masih galak menyanyi...
Mata Zami tak lekang melihat gelagat Aliff cuba mendekati Wani. Baju dah sama merah. Itu la signal yang diberi oleh Zami kepada Aliff telefon tadi. Nak bagitau warna baju Wani apa.. Manchester United = merah...
“Hmmm nampak secocok juga mereka berdua ni” kata hati kecil Zami
“Bahran mana wei?” Tanya Danny
“Tengah nangis dalam toilet la tu. As dah balik. Pergi dating dengarnya”
Satu bilik ketawa berdekah-dekah..
Adoi betul-betul cinta terhalang.
*****************
“Ok Zami.. semua nampak cun! Good job to your team. Kita dah bileh release final payment” jawab Ann gembira
“Untuk this year kita buat lagi.. tapi macam you cadangkan sample kita up ke 5,000. So rileks dulu.. kita jumpa akhir tahun”
Alhamdullilah semua dah selesai. Lega hati Zami. Hari ni boleh balik. Semua budak-budak dah nak check out apartment and pulang. Semua lunyai kena perah ngan Zami untuk pastikan semua tip-top. Zami pula perlu hantar balik Wani. Dah ambik kena la hantar. Lagipun nak bawa Wani lunch. Zami rasa dah tiba masa dia luahkan perasaannya
Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahya purnama
Tanpamu tiada arti hidup berdua
Ke akhir masa kau kucinta
“Ehhh ni ringtone kalau Adda call” detik hati Zami. Cepat-cepat Zami masuk ke dalam kereta dan diangkatnya panggilan Adda.
“Hello”
“Adda ok? Kenapa ni?”
“Ok abang balik segera. Malam ni kita jumpa. Jangan risau abang cuba sampai secepat mungkin”
Zami meletakkan phone dan mendail no dengan segera
“Aliff, tolong abang, bawa balik Wani. Abang ada hal urgent kena balik KL sekarang. Barang abang bagi kat Danny. Nanti dia turun KL, dia bawak”
Tergantung lagi nampaknya cerita Zami dan Wani.... #Zamani?
Share this novel