“Ahhhh udah apa hal lak jadi macam ni... mungkin aku penat kot...” bisik hati Zami bila menutup pintu keretanya tadi... perasaannya masa angkat barang Wani dalam gerimis hujan yang hadir tiba tadi rasa lain sangat.. nak dikatakan sayu, mungkin.. nak kata gembira tidak..
“Abang drive baik-baik ya, kalau ngantuk abang berenti tau.. kalau boring video call je budak-budak yang lain” sapa Wani dengan intonasi seperti biasa, tak terlalu kewanitaan dan tidak terlalu kasar
“Baiklah, abang pergi dulu ya. Abang sekali lagi minta maaf kalau ada salah silap sepanjang sebulan ni. Terima kasih kerana jadi tunjang abang. Kalau takde Wani memang dah tumbang abang.. abang balik dulu” seperti tersedu kata-kata Zami sambil merenung mata Wani...
Dengan pantas Zami membuka langkah ke arah keretanya kerana khuatir ada airmata yang tidak dapat dikawal.
“Abang...” sapa Wani... “Salam...” Wani menghulur tangannya.. Zami terkedu lalu dia mengulurkan tangannya dan Wani dengan pantas salam dan menundukkan kepalanya ke arah tangan Zami...
Salam Wani terhenti di situ sahaja kerana Zami faham Wani ada batas pergaulan yang dia pegang kuat.. walaupun bersekolah agama, Wani bersikap agak liberal.. balancenya cukup menyebabkan lelaki lain tidak kekok bergaul dengannya.
***************
Ikutkan hati nak aje aku patah balik kereta ni... nak je tanya kenapa dia hulurkan tangan untuk salam. Kenapa ini, kenapa itu...
Sedar tak sedar aku tekan paddle hingga ke 160km/h.. uishhh dah giler ke.. penat-penat bawak kereta laju mcm ni
Zami.. seorang jejaka berumur 40-an yang masih bujang kerana terlalu fokus akan kariernya. Bukan dia tak mahu bercinta atau berkahwin, tetapi peristiwa pahit yang dia pernah alami sebelum ini membuatkan dia serik.
Bertahun bercinta, menunggu dengan setia gadis yang bernama Adda tetapi akhirnya perhubungan mereka kecundang kerana berjauhan.. Tapi perasaan Zami terhadap Adda yang berumur 30-an tidak pernah luntur. Sentiasa sahaja “stalk” media sosial gadis di dalam hatinya walaupun Adda sudah 5 tahun berkahwin. Apabila status Adda sedih, pasti Zami tidak senang duduk. Mahu aje dia menelefon Adda dan bertanya khabar. Tapi Zami gentlemen.. tidak mahu ganggu relay org(Zami baru je belajar bahasa budak2 wechat ni dengan team kerja yang baru dia tinggalkan tadi)
“Arghhhhh ni semua Cinta Lokasi...” dengus Zami lalu menekan paddle kereta lebih laju... “Cepat sampai mungkin lebih cepat aku lupakan perasaan ini” kata hati Zami
***************
“Bu..”
“Ya Wani..” sapa Zaimah yang berumur akhir 40-an
“Abg Zami tu baik la bu. Dia jaga kami macam anak sendiri. Bila kami sakit, dia la yang ke depan dulu. Apa-apa memang dia utamakan kami bu. Kadang-kadang dia simpan sakit dia, taknak tunjuk dia lemah supaya kami kuat.. Ada satu hari tu dia balik, berlari muntah dalam bilik air.. padahal masa kerja ngan kami tak tunjuk langsung dia sakit..” Beriya-iya Wani cerita mengenai Zami.
Zaimah hanya mampu tersenyum lihat kerenah anak tunggalnya itu. Risau juga dia kerana sebelum ni Wani tak pernah bercerita dengannya tentang mana-mana lelaki. Haaa udah.. jangan terbuka hati dengan lelaki tua dah la. Kematangan yang melebihi usia Wani menyebabkan dia susah untuk bergaul dengan lelaki yang sama umur dengannya
“Hello bang, ok tak tu, mengantuk tak.. jap2 Wani pakai tudung baru boleh video call. Wani teman abang jap takut abang mengantuk..” beria-ia Wani mencari tudung sambil bercakap
“Hmm baru sejam dah video call...” kata hati Zaimah
***************
“Bodoh la korang..” Berdekah-dekah gelak ketawa 4 teruna projek yang baru abis ni. Zami, Danny, Bahran & Aliff dari mula projek sampai habis ke empat mereka mmg rapat. Boleh dikatakan satu bilik la. Zami akan pastikan mereka dapat connecting room supaya boleh chill dan buat tempat meeting.
“Dah la korang, aku dah sampai ni. Nak masuk lepak..” kata Zami.. “Bahran.. ko lupakan je la As tu... mmg xde harapan” “Danny hentikanlah main perasaan perempuan.. dasar buaya””Aliff... er good luck la ngorat Wani ek” pesan Zami kepda semua sebelum end Video Call...
“Ishh apasal berat lak benda aku nak cakap pasal Wani ngan Aliff... padahal aku yang kenen-kenen kan diaorang ngan #Awani” termenung Zami di dalam kereta. Siap si Aliff hadiahkan gelang kat Wani sebagai tanda persahabatan. Masa tu Wani lari ke arah Zami dan katakan tak nak terima gelang tersebut. Zami yang nasihat simpan dan terima sebagai tanda kawan dahulu.
“Arghhh dah la... mandi, solat and makan ngan daddy & mummy lagi best.. lepas tu boleh main ngan anak-anak sedara.. sebulan tak jumpa ni” senyum Zami Lagi
Share this novel