BAB 2

Short Story Series 1144

***************
Tok! Tok!
“Masuk” suara Zami agak tegas. Biasa lah, di pejabat dia kena tegas. Lagi-lagi bekerja dengan ayahnya. Kena tunjuk tegas, berdikari dan bijak supaya orang tidak kata “anak boss boleh la”
“Zami, ni client baru call. Diaorang nak suruh ko present result projek hari tu mimggu depan. Prelim pun ok la” ujur kak sue. Kak Sue ni bukan saja PA Zami, tapi dah macam kakak sendiri. Sejak Zami belasan tahun dah dia berhubung ngan Kak Sue. Jadi memang tak heran mereka berdua ni aku ko je bila bercakap.
“Adoiii.. mati la weii.. aku tak habis lagi clean data ni. Bila tengok balik…. apa la budak-budak ni buat.” dengus Zami kepeningan
“Eh tapi ni la peluang aku turun Johor dan jumpa Wani”... bisik hati Zami. Ya, Zami masih tidak boleh lupakan lagi Wani. Masih mencari sebenarnya sejak bila hati terbuka ke Wani ni. Sampai sekarang Zami tidak tahu.
“Ok la Kak Sue, setkan rabu depan. Tapi saya nak turun isnin atau selasa kot. Nak rehat dulu kat sana. Hari tu tak sempat”
“Okaaaaay..” hairan Kak Sue tengok kerenah si Zami.. mula-mula tadi macam marah. Tiba-tiba suka lak. Mabuk ke apa?
***************
“Abang dah lupa Wani la ni..” bisik hati Wani sambil melihat gambar-gambar kerja yang di ambil. Dah hampir seminggu berlalu, tiada langsung Zami call dan borak kosong. Hanya call sebab kerja aje. Zami tetap teruskan beri kerja kepada Wani Kerana dia tahu Wani boleh harap dan boleh mendapat duit poket sikit
“Ting”.... bunyi phone Wani... wah ada whatsApp... mesti Abg Zami.. pikir aje terus message..
“Hi Wani. Apa Khabar, Awak ok?” - Aliff....
“Alaaa, aku blue tick je la... hari-hari 8 kali tanya soalan sama.. tak faham la, rimas la” panggggg telefon di campak jatuh dari katil.
“Apasal tu Wani...?”
“Takde apa bu... barang jatuh je” jawab Wani yang jelas
“Abang memang takde perasaan dah kat wani ya?” keluh Wani sambil memeluk bantal busuk kegemarannya
***************
“Tolong la jangan siksa saya macam ni lagi...” tangisan Adda kepada Johan. “Awak dah tak sayang saya lepaskan saya...”
Itu la keluhan Adda selama setahun ini... tersiksa..
Detik dia memilih Johan bukan Zami masih segar di ingatan... jurang 10 tahun umur di jadikan alasan. Johan yang umur hampir sebaya dipilih kerana perbualan, pemikiran dan keseronokan yang di alami adalah sama.. walhal semasa bersama Zami yang diceritanya pasal belajar, kerjaya dan keluarga.. pada umur 23 tahun.. mana lah Adda mahu dengar perkara-perkara sebegitu.. Tapi sekarang Adda berpikir, adakah keputusan yang dibuat adalah betul.. memilih keseronokan bukan kematangan..
Sudah 5 tahun berumahtangga, Adda & Johan tidak dikurniakan sebarang zuriat. Adda sering dituduh sebagai tanah gersang. Nak pergi treatment, Adda & Johan bukan hidup senang, tak mampu.
Johan mula berubah sejak setahun lalu. Pulang semakin lambat, asyik bersama telefon sahaja...
Naluri isteri memang kuat dan benar, Johan ada pilihan lain yang lebih muda.. alasan yang diberi setiap kali gaduh... “awak tanah gersang... patut kahwin je dengan orang tua yang sayang sangat kat awak tu”
Itulah lumrah perkahwinan.. wangi dipermulaan dan busuk apabila bermasalah
***************
“Along, presentation ni penting tau, ni peluang kita untuk establish our company kat Johor” pesan Datuk Sulaiman kepada anak sulungnya.
“Baik Bak, Along cuba sehabis baik. Tapi along nak minta kebenaran pergi awal sehari dua. Nak rileks jumpa budak-budak projek hari tu. Tak sempat nak bawa diaorang makan” jawab Zami secara spontan
“Boleh, macam biasa la along ni. Kalau kerja mesti attached ngan pekerja terlebih. Selalu macam tu. Tapi takde sorang pun terlekat kat hati. Dah la tu along, umur dah 40 lebih.. bila lagi Along nak sorang je. Adda pun dah lama move on.”
“Tengok la Bak, belum ada rezeki lagi.”
Itulah Zami. Perasaan suka seorang wanita tu selalu datang dan pergi aje. Masih berduka dan teringat 7 tahun lepas semasa Adda kata begini
“Abang, Adda minta maaf, Adda belum bersedia hendak kahwin. Abang dah macam-macam buat untuk Adda tetapi hati Adda tak boleh terima Abang sebagai suami. Cinta Adda terhadap abang hanyalah sebagai seorang abang”
Bayangkan terkedu Zami mendengar alasan Adda apabila Zami ‘proposed’ Adda di sebuah resort yang ditempah khas oleh Zami. Rasa dunia gelap sementara dan terasa seperti orang tua tidak sedar diri.
*****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience