6 bulan selepas Zaim bercuti dan buat decision.... keadaan lebih tenang sekarang ni...
Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahya purnama
Tanpamu tiada arti hidup berdua
Ke akhir masa kau kucinta
Ehhhh ringtone Adda
“Salam”
“Salam Abang.... Adda mengandung....”
“Alhamdullilah....”
“Terima kasih bang.. kalau tanpa abang semua ni tak terjadi. Kalau ikutkan hati dah lama kami berpisah. Abang selamatkan Adda.. selamatkan kami”
.......
Keputusan Zami nampak tepat... setelah berada 3 hari berseorangan di Penang, Zami dapat membuat keputusan yang difikirkan terbaik untuk semua...
Lalu dihantarnya 2 whatsApp kepada orang yang berkenaan
*****************
Salam Adda,
Abang ni.
Terima kasih Adda kerana sudi berkongsi masalah Adda bersama abang. Adda pun tahu abang pernah dan mungkin masih ada perasaan bersama Adda. Ikutkan hati hendak sahaja abang bawa Adda bersama abang dan kita mulakan hidup baru. Tapi itu bukan abang. Tidak sesekali abang akan ambil peluang atas kekurangan orang lain untuk kebahagian abang
Abang baru sahaja telefon Johan... abang bincang bersama dia.. abang merayu kepada dia untuk menyayangi Adda. Dia mengaku ketiadaan zuriat membuat dia tertekan. Biasalah pasangan muda.
Oleh itu sebentar lagi abang akan bank in RM50,000 untuk kamu berdua menjalankan treatment untuk cuba mendapatkan anak. Itu sahaja yang abang mampu berikan.
Adda kena janji pada abang... adda berusaha baiki hubungan dengan Johan.. demi kebahagiaan
Duit abang boleh cari... tetapi kebahagian Adda tidak sekali abang mahu lihat hancur begitu sahaja
*****************
Salam Wani
Apa khabar.. maaf dah seminggu lebih abang tak berhubung.. abang busy..
Wani ok?
Abang rasa abang tahu apa Wani nak katakan pada abang..
Wani percayalah, perasaan itu datang kerana Wani tidak pernah ada lelaki yang mengambil berat tentang Wani.. abang datang dalam hidup Wani sebagai insan yang cukup sempurna dalam hati dan perasaan Wani
Percayalah Wani, perasaan itu sementara. Wani kena move on. Wani muda lagi. Ramai lagi lelaki yang lebih baik, handsome, beriman yang dapat membimbing wani.
Terima kasih Wani. Terima kasih kerana menyayangi Abang. Percayalah ia takkan ke mana... Abang tahu dan pelbagai halangan dan tomahan wani akan hadapi jika wani teruskan
Ingat Wani... kebahagian wani abang nantikan.. jangan lupa jemput ya..
*****************
Tok tok... bunyi pintu
Tersentak daripada lamunan Zami selepas melihat insta story Wani menunjukkan gelang yang dipakai dan menulis #Awani
“Alhamdullilah....” itu sahaja kata-kata yang di lafaz oleh Zami..
“Boss” sapa kak sue
“Ni.. project Johor yang macam hari tu dah confirm... team baru semua dah setup... minggu depan start training.. nak suruh siapa jadi project manager?”
“Ok kak... takpe la saya buat kot akak.. nanti saya bagitau datuk. Saya nak renergize balik saya punya semangat”
“Jangan ada sangkut dah la ya boss” sindir sinis kak sue lalu keluar
Ok here we go again
*****************
“Salam semua.. apa khabar” ujur Zami kepada 9 muka yang agak ketakutan...
“Nama saya Zami Azhan bin Sulaiman”
“Dalam projek ini panggil saya Abang Zami. Walaupun umur kita 2 kali ganda... siapa panggil saya pakcik, boss .. saya akan kecam”
“Selama 30 hari ni saya la ayah kamu, mak kamu, abang kamu... kawan-kawan ditepi kamu adalah adik beradik kamu...”
“Ingat ini zaman Covid-19. Jadi kita kena jaga kita. Seorang sakit semua akan sakit”
“Kalau nak keluar tanya saya, kalau nak makan saya belikan, kalau sakit saya akan kehadapan dahulu, kalau penat saya akan pastikan kamu bertenaga... semua atas saya”
“Faham?”
Semua senyap dan jelas ketakut
“Saya ambil kamu sempurna.. dan saya pastikan saya pulangkan kamu kepada keluarga dengan lebih sempurna.. itu janji saya”
“Ohhh satu lagi sebelum kita bermula dengan training... sue, tya, myra, echa, erni, arry, khalid, adam & danial.... hati-hati ya.. hati-hati dengan CINTA LOKASI”
….. adakah ini semua akan berulang?
Bersambung….
Share this novel