Get the app for full experience
"SELAMAT pagi semua," sapa Balqis sambil tersenyum sebaik sahaja dia masuk ke dalam ruang makan di rumah agam itu. "Selamat pagi, Qis." Serentak semua yang ada di ruang makan itu membalas. "Kenapa anak ibu buat muka monyok awal-awal pagi ni? Tak elok tau buat muka macam ni depan rezeki," tegur Balqis dengan nada lembut sambil mencubit manja pipi Alif sebelum dia menarik kerusi dan duduk di sebelah anaknya itu. "Alif tak nak pergi sekolah." Spontan Balqis memandang Dato' Rahman dan Datin Sarimah sebelum pandangannya kembali pada wajah anaknya. Kemudian dia menyentuh bahu anak kecil itu. "Kenapa tiba-tiba tak nak pergi ...