Meniti Waktu

Azzalea

Romance Completed 170389
5
(1302 ratings)

Synopsis

Haziq dan Balqis merupakan sepasang kekasih yang bercinta sejak zaman sekolah menengah. Setelah Balqis tamat tingkatan enam, mereka mengambil keputusan untuk bernikah secara rahsia di sempadan Thailand. Namun tidak sampai sebulan usia perkahwinan mereka, Balqis ditinggalkan tanpa alasan. Hasil daripada perkahwinan mereka, Balqis mengandung. Keluarganya telah mengusirnya keluar dari rumah kerana menyangka dia sedang mengandungkan anak luar nikah. Balqis mengambil keputusan untuk pergi jauh daripada orang yang mengenalinya. Dia melahirkan dan membesarkan anaknya dengan bantuan keluarga angkatnya. Setelah tujuh tahun meniti waktu tergantung tidak bertali, lelaki yang bertanggungjawab mengkucar-kacirkan hidupnya tiba tiba muncul semula dalam hidupnya. Timbul pula dugaan baru dalam hubungan mereka yang menyebabkan Balqis memilih untuk berpisah. Azad, iaitu lelaki yang merupakan rakan Balqis ketika belajar dulu, muncul dalam hidupnya dan menceriakan hidupnya. Dia meluahkan perasaannya tanpa mengetahui status sebenar Balqis. Bolehkah dia menerima kenyataan setelah mengetahui status Balqis? Ikuti perjalanan hidup Balqis yang terpaksa melalui pelbagai ujian dan dugaan. WARNING! BACAAN UNTUK DEWASA. (Bahan bacaan anda, pilihan anda, tanggungjawab anda.) Copyright© NovelPlus


Share this novel

Rate this story


Comments

azie_hamid
2024-10-16  1 Replies

alhamdulillah azad dah ingat dan aqis selamat lahirkan baby girl lengkap dah keluarga mereka setelah diuji macam2 sebelum ni

Aidah Arshad
2024-10-16  1 Replies

Alhamdulillah...Selesai sudah Meniti Waktu ... Moga kekal berbahagia Aqis dan Azad ... Terima kasih dan Tahniah Azzalea .....Akak tggu ceta baru pulak ...

Hamzah Asadullah
2024-09-16  2 Replies

Izati memang gila sebab tak pernah jumpa lelaki selain ayah, abang dan adik dia. Itu sebab meroyan dia tahap gaban. Grrrrrrr......

Azzalea

3662 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience