BAB 8

Romance Completed 344308

PINTU unit penthouse ditolak sebelum ditutup kembali. Kasut kulit berjenama Berluti ditanggalkan berhampiran ruangan ‘foyer’.

Setelah itu Ian melangkah ke ruang utama sebelum menghenyak belakang tubuhnya di sofa empuk. Sebelah tangan menanggalkan satu-persatu butang kemeja putih yang tersarung di tubuh. Sementara tangan sebelah kiri masih memegang telefon pintar yang melekap di telinga.

“Baby…”

Ian mendengus nafas setiap kali suara itu menyapa pendengaran. Bosan. Penat. Letih.

“Baby, you dengar tak mama cakap ni?”

“Tengah dengarlah ni…” Ian menjawab malas-malas.

“You kan, setiap kali mama call memanjang alasan. Sibuklah. Tengah meetinglah. Sama je macam papa you tu… bla bla bla…”

“Ma, straight to point je boleh tak? Ian tengah jumpa klien penting ni.” Ian menutur alasan.

“Hah, see? Kalau tak meeting, mesti dengan klien. Tak pun golf. Itu ajelah alasan you. Selalu takde masa untuk mama!” Suara di sebelah sana terus membebel.

Ian menggosok sebelah telinganya yang mula terasa bingit. Menyesal pula dia menjawab panggilan tidak diundang ini.

Sebetulnya dia menunggu panggilan daripada seorang gadis istimewa. Bila dilihat satu nombor tidak dikenali masuk ke telefon pintar, apa lagi laju sahaja dia menjawab. Alih-alih rupanya panggilan daripada mamanya yang tinggal jauh di luar negara. Tentu mama dah tukar nombor baru lagi.

Mama dan papanya sudah berpisah sedari dia di bangku sekolah rendah. Kata mama, papa berlaku curang. Tapi, menurut papa pula mama yang simpan kekasih gelap di luar sana. Keduanya bergaduh sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

Setelah itu, mama berhijrah ke luar negara. Manakala papa pula berkahwin dengan wanita lain. Dan tinggallah dia sendirian yang kadangkala tersepit di tengah-tengah menjadi mangsa perceraian kedua ibu bapa.

Kurang kasih sayang, kurang perhatian, makanya Ian memilih untuk buat hal sendiri. Dan dia mencari keseronokan serta hiburan di luar sana untuk memenuhi kekosongan dalam jiwa.

“Ma, Ian sakit perut. Nak masuk toilet. If there’s anything just text me.” Ian segera memintas, berpura-pura mahu menamatkan panggilan dengan tergesa-gesa.

“Wait, baby! Mama call ni nak minta you transfer another hundred thousand dollars to my account. Hari ni juga. Mama nak shopping Hermes latest design.”

Aduh! Dah agak dah. Setiap kali ibunya membuat panggilan tak ada perkara lain. Pasti berkenaan hal remeh-temeh seperti itu.

“Okey.” ucap Ian sepatah.

“Cepat tau!”

Kata-kata terakhir si ibu tidak dibalas. Pantas dimatikan talian. Penat nak mendengar suara ribut persis ‘Drama Queen’ itu.

Kalau orang lain pastilah gembira apabila bercakap dengan ibu sendiri. Tentu si ibu akan bertanya khabar. Sihat ke? Dah makan ke belum? Kerja okey ke?

Sebaliknya situasi yang dia hadapi berlainan. Mama hanya akan menelefon apabila angka di dalam akaunnya menyusut. Sedangkan setiap bulan wanita itu menerima wang sara hidup yang terlebih cukup untuk menampung keperluan diri.

Ian mengetap bibir. Meraup kepala yang kusut. Lalu mendail ke satu nombor lain milik pembantu peribadinya. Panggilan tersebut dijawab tidak lama kemudian.

“Macam mana? Dah dapat?”

“Belum, bos.”

“Haish, kau ni lembablah! Takkan kau tak boleh cari kat mana-mana maklumat tentang perempuan tu?!” Ian mula menyinga. Hilang sabar.

“Sorry, bos. Maklumat yang saya dapat limited sangat. Tak ada sesiapa kenal dia. Misteri perempuan ni. Nanti saya cuba lagi, bos.”

“Kau cari sampai dapat! Kalau tak minggu depan aku ‘terminate’ kau!”

Lalu panggilan selama beberapa minit itu ditamatkan bersama hembusan nafas kasar. Ian meraup wajahnya beberapa kali. Gelisah.

Skrin telefon pintar direnung dengan lesu. Sudah tiga minggu berlalu sejak pertemuan terakhir bersama gadis ‘misteri’ Aly. Menanti dan terus menanti. Saban waktu dia menjadi penunggu kepada satu panggilan yang amat diharapkan. Namun, harapan itu seakan kian pudar.

‘Aly, kenapa kau tak telefon aku? Kau hilangkan nombor aku ke? Haish.’

Paling membuatkan dia sakit hati apabila tiada langsung sebarang maklumat yang dapat dikaitkan dengan gadis itu. Sudah dikerahkan semua pembantunya menjalankan siasatan. Tetapi, hampa.

Siapa Aly sebenarnya? Kenapa gadis itu hanya muncul seketika sahaja? Dan pertemuan mereka pula seakan satu kebetulan. Dan kemudian kelibat gadis itu menghilang. Tak tahu nak cari di mana.

Disebabkan Aly, hidupnya seolah-olah tidak tenteram. Saban waktu fikirannya akan melayang teringatkan gadis itu.

Ian akui dalam ramai-ramai wanita yang pernah menghuni hidupnya, kehadiran gadis bernama ‘Aly’ itu bagai membawa dia ke satu dimensi baharu.

Buat pertama kali dia rasakan hidupnya yang suram, sunyi dan sendirian selama ini seperti diterangi cahaya. Dan buat pertama kalinya juga Ian Khalif menemui seorang wanita yang mampu membuatkan dia tersenyum.

“Aly, call me please…”

BUNYI loceng yang berdenting bergema di sebuah bilik hotel lima bintang yang terletak di tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Ian menghampiri pintu lalu menarik tombol.

Di depan pintu tercegat seorang gadis genit berpakaian menjolok mata sedang menjeling manja ke arahnya.

“Hey, darling. Dah lama tunggu I?” ucap si gadis sambil merangkul tubuh Ian yang cuma bertuala paras pinggang. Dikucup ke pipi lelaki itu penuh ghairah. Langsung tidak menghiraukan sekeliling.

Tanpa menjawab pertanyaan yang diberi, Ian memaut pinggang gadis itu lalu ditarik mengekorinya ke tengah kamar. Haruman Christian Dior yang dipakai si gadis menusuk ke hidung membuatkan nafsu Ian makin bergejolak.

Sebetulnya gadis yang berada di sisinya ini ditemui ketika dia mengunjungi sebuah pusat hiburan ternama beberapa hari lalu. Saat gadis berambut ‘blonde’ ini menggoda dan menawarkan diri untuk bersama, Ian tidak menolak. Malah, mengalu-alukan kedatangan si gadis untuk menghiburkan dirinya.

Kebiasaan Ian akan memilih mana-mana bilik hotel ternama di ibu kota untuk memadu asmara. Tidak akan sesekali dibawa wanita-wanita ‘murahan’ itu pulang ke kediaman privasinya.

“Darling, you are the most hottest guy I’ve ever seen.”

Gadis itu memuji sambil hujung jemari runcingnya yang dihiasi pewarna kuku menyentuh ke bibir Ian. Lelaki tampan ini telah menggetarkan seluruh jiwa raganya. Orang kata ‘pecah ovari’. Auch!

Gerakan jemari gadis itu semakin meliar turun ke bawah meniti di dada bidang Ian serta perut ‘six pack’ persis model antarabangsa milik lelaki itu. Dan akhir sekali tangannya menuju jauh lebih ke bawah.

“Ermm… you’re so naughty.”

Dengan sigap Ian membaringkan si gadis ke katil bersaiz King di hadapan mereka. Manakala gadis itu cuma tertawa suka, riang dan gembira. Sudah biasa melakukan hal yang sama dengan ramai lelaki lain di luar sana.

Ian tidak mensia-siakan peluang yang terbentang di depan mata. Leher jinjang milik si gadis menjadi santapan bibirnya. Malam ini dia tidak akan kesunyian. Ada yang menemani. Malah, mampu memuaskan keinginan dirinya yang tidak terbatas.

Bagaimana pun, ketika aksi ‘panas’ baru sahaja ingin bermula, secara tiba-tiba gerakan Ian terhenti. Wajah gadis genit yang berada di hadapannya dipandang seketika sebelum Ian menjauhkan jarak antara mereka. Dengan pantas dia bangun dari katil. Entah mengapa nafsunya yang sedang memuncak tadi bagai lenyap dan menghilang.

Si gadis yang terdampar di atas katil terpinga-pinga dengan gelagat Ian. Berkerut keningnya memerhati lelaki itu menyarung semula tuala ke tubuh.

“Darling, what’s wrong?”

Ian lantas mencapai dompet kulit yang berada di atas meja. Dikeluarkan beberapa keping not kertas berwarna ungu lalu dicampak ke arah gadis itu.

“Pergi.” Sepatah arahan dituturkan.

Kerutan di wajah gadis itu semakin jelas terlihat. Pertama kali dia berhadapan dengan situasi ini. Dia dibayar hanya untuk sesi ‘mukadimah’ je ke?

“You tak nak I habiskan ‘servis’ I ke? I okey je. Lagipun, malam ni I tengah free,” ucapnya lalu mengambil wang kertas yang bertaburan di atas katil.

“I said go!”

Suara Ian mula meninggi. Tidak mahu memanjangkan lebih lama sesi di antara mereka. Selera nafsu serakahnya tiba-tiba tertutup.

Tersentak. Gadis itu terus bangun berdiri sambil membetulkan pakaiannya yang masih tersarung sempurna di tubuh. Wajahnya turut mencerut dengan gelagat Ian yang mengundang tanda tanya. Namun, tak tunggu lagi, dia terus melangkah pergi meninggalkan kamar berkenaan. Yang penting dah dapat bayaran.

Sebaik pintu bilik hotel tersebut ditutup rapat dari luar, Ian duduk di birai katil sambil membuang keluhan. Diraup tapak tangan ke mukanya beberapa kali.

‘Aduh! Kau dah kenapa ni, Ian?’

Ian tidak memahami apa yang berlaku terhadap diri sendiri. Namun yang pasti, sejak gadis bernama Aly muncul mengacau-bilaukan hidupnya, segala perasaan dan keinginan terhadap wanita lain bagai dipagut pergi.

Wajah jelita Aly terus membayangi ruang mata Ian. Kenapa Aly masih tidak muncul? Kenapa Aly masih belum menghubungi dirinya? Di mana gadis itu berada sebenarnya?

Ian menghembus keluhan berat. Lantas dia bangun, mencapai pakaiannya yang tersidai di sudut sofa lalu disarung semula ke tubuh.

Tidak mahu terus diganggu dengan hal yang menyerabutkan fikiran, Ian melangkah keluar dari ruang kamar hotel berkenaan. Ingin mencari hiburan lain di luar. Mungkin ada sesuatu yang dapat melupakan seketika ingatannya terhadap gadis bernama Aly.

MENINGGALKAN bangunan hotel, Ian berjalan menyelusuri kaki lima di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Walaupun waktu sudah menginjak ke tengah malam, namun suasana sekitarnya masih meriah dan ‘happening’ dengan orang ramai.

Ian menuju ke sebuah bar yang terletak di satu lorong. Kelihatan para pengunjung yang kebanyakan adalah warganegara asing sedang melepak sambil meneguk minuman keras. Ian masuk lalu mengambil tempat di satu sudut sebelum memesan segelas minuman buat dirinya sendiri.

Sambil menikmati minuman yang mengkhayalkan, Ian memerhati gelagat orang ramai yang lalu-lalang di sekitar lorong berkenaan.

Namun, pandangannya kosong. Sekosong jiwanya yang sepi saat ini. Tidak tahu apa yang mampu memadam kegelisahan ini.

PRANG!

Bunyi kaca pecah tiba-tiba mengejutkan para pengunjung yang berada di bar tersebut. Ian turut menoleh ke belakang untuk melihat apa yang berlaku. Kelihatan seorang lelaki Eropah yang mabuk baru sahaja menjatuhkan segelas bir ke lantai sambil memaki-hamun pekerja yang bertugas.

Seraya Ian menggelengkan kepala. Malas nak ambil pusing. Bukan urusannya.

Namun, sewaktu Ian ingin membetulkan semula duduknya di kerusi, tanpa sengaja pandangannya terarah ke satu sudut yang terletak di hujung bar. Spontan dahinya berkerut seribu. Sebelum bebola matanya membesar.

Aly!

Ian yakin dia tidak silap pandang. Gadis jelita berambut perang itu sepertinya sedang merenung kembali ke arahnya. Namun, kenapa dalam pandangan itu tampak kosong? Seolah-olah gadis itu tidak mengenali dirinya.

Ian lantas bangun lalu mengangkat sebelah tangan mahu menarik perhatian Aly.

“Aly!” Suaranya melaung tinggi.

Namun, laungan Ian tidak dihiraukan Aly. Sebaliknya dilihat gadis itu berlalu keluar meninggalkan ruang bar berkenaan sendirian.

Tak tunggu lagi, Ian terus mengatur langkah yang laju ingin mengejar gadis itu. Di benaknya sedang berselirat dengan berbagai persoalan. Kenapa dan mengapa Aly memberikan reaksi sebegitu?

Bagaimana pun, sebaik tiba di tengah lorong kelibat Aly tidak lagi kelihatan. Bayang tubuh gadis itu sudah menghilang di dalam celahan para manusia lain yang memenuhi Jalan Bukit Bintang. Dan Ian hanya mampu mendengus kekecewaan. Adakah dia cuma berilusi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience