Tubuh yang letih memandu dihempaskan di atas sofa di ruang tengah rumah tersebut..nafasnya berombak-ombak menahan rasa tak puas hatinya..satu bantal kecil dicapainya lalu dibawa menutup mukanya yang bengkak kebiruan..seharian dia merawat tangannya yang terseliuh kerana diperlakukan secara kasar oleh lelaki yang mengakui suami kepada Inas.
''Ni dah kenapa ni?'' tanya Naimi bila melihat Arman tersandar lemah disofa ruang tengah rumahnya.
''penat lah ibu..'' keluh Arman di sebalik bantal kecil itu..
Naimi berjalan menghampiri Arman.. tangannya merentap kuat, bantal kecil yang menutupi wajah Arman.. mebuatkan mereka berdua sama-sama tersentak..
''kenapa dengan ibu ni, tergejut lah Arman..'' Arman mengangkat tubuhnya yang bersandar tadi kembali menegak..
''kau tanya ibu kenapa? ni ibu nak tanya Arman..Arman dari mana? dua tiga hari menghilang? lepas tu balik dengan muka yang lebam-lebam macam ni..tangan berbalut lagi?! Arman sebenarnya kemana..!!?'' tanya Naimi sambil memukul belakang Arman dengan bantal kecil yang ada ditangannya.
'macam mana yang ibu boleh tahu ni? Ni mesti kerja amalina..kalau bab mengadu.. Dialah ratunya..dalam tak suka ibu..merungut itu, ini.. tentang ibu, alih-alih dia yang datang cari ibu..mengadu hal..sikit-sikit nak mengadu..'
''tak payah nak tayang sangat muka hairan macam tu ..! Ingat Ibu tak tahu..!'' kata Naimi lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa..
'' dia mengadu apa lagi, dengan ibu..? '' tanya Arman..
''mengadu lah .. Dia cakap rumah kamu tak ada benda nak makan.. apa pun tak ada.. Dengan kamu tak balik-balik rumah .. Call kamu tak angkat.. Apa semua ni Arman..sebenarnya kamu ni kemana?'' tanya Naimi..rimas melihat keadaan anaknya yang nampak sangat kusut itu.
''ibu.. Pinjam duit sikit..'' kata Arman.
''ehhh! Pinjam lagi?..lain yang ibu tanya..lain yang kamu jawap!.. Bukan baru ni saja, ayah kamu kata.. kamu dah pinjam duit dari dia.. Harini datang minta dengan ibu pula?'' Naimi merenung tajam kearah Arman.
''duit hari tu dah habis lah ibu.. Menantu ibu tu.. kalau nak makan..bukannya nak makan dekat kedai-kedai biasa ni.. Nak makan di restoran.. Habislah duit..nak buat belanja yang lain lagi..'' Arman menerangkan kepada ibunya.
''kenapa dia nak makan di restoran? Dia dah mengandung ke?mengidam ke? Dah ada isi?'' tanya Naimi teruja..untuk mendengar berita gembira itu.Bibirnya mengembang setalam.. Tapi senyumnya mati bila melihat kepala Arman mengeleng.. Naimi melepaskan satu keluhan..dan bersandar di sofa.
''hmmm.. Ingatkan dah ada isi..apalah yang lembap sangat kamu ni Arman..'' perli Naimi.
''kalau kamu lambat dapat anak.. Macam mana atok kamu nak serahkan dekat kita harta dia.. Kamu nak ke sepupu kamu tu yang dapat semuanya..'' Naimi melipat tanganya memeluk tubuhnya sendiri.. Melemparkan tatapan mata yang tak senang dengan satu-satunya anak lelaki yang dia harapkan..
''habis tu nak buat macam mana ibu..dah tak sampai masanya lagi.. Sama macam inas dulu..tapi ibu yang musnahkan semua..ibu yang.....''
''diam Arman! Tutup mulut kau! Kau jangan lupa dengan siapa yang kau bercakap sekarang ni Arman!! ..'' marah Naimi meninggikan suaranya. Bila peristiwa itu diungkit lagi.
''semuanya salah! Semua yang Arman buat semuanya salah.. Habis nak Arman buat apa lagi?'' rungut arman..mencekam dan menyerabutkan kepalanya sendiri.
''ada anak lelaki seorang pun tak boleh harap..'' Naimi menguman sendirian..
''kamu kan lagi cerdik dari ibu.. Pikirlah sendiri..'' Naimi membuka beg duitnya lalu meletakkan beberapa keping duit kertas di atas meja kopi. Arman mengangkat wajahnya melihat duit yang baru diletakkan oleh Naimi.
''terima kasih ibu..'' Arman mengambil duit tersebut lalu menyimpannya di dalam beg duitnya.
''ini last.. Jangan datang lagi jumpa dengan ibu minta duit lagi.. Nanti ada duit bayar balik..bukan bagi free je.. Ke kamu ni..'' kata Naimi memberi amaran.
''yea ibu.. Ada duit Arman bayar nanti..''balas Arman mendatar.
''sekarang cakap dengan ibu.. Kenapa dengan muka kamu? Kamu bergaduh dengan siapa?'' Tanya Naimi.
''bukan dengan sesiapa pun Ibu.. Cuma salah faham sikit..'' Balas Arman.. Memegang mukanya yang masih terasa sakit.
''jangan nak tipu ibu..ibu bukannya budak kecil tau.. Nak bagi alasan yang macam tu.. Dua tiga hari ni kamu kemana?'' tanya Naimi lagi.
''Arman..hmm..'' Arman mula gelisah nak menerangkan hal sebenar dengan Ibunya..
''hmm-hmm apa! .. Jawap jelah kamu kemana? Ke kamu dah khawin satu lagi?'' teka Naimi. Berkerut dahi Arman mendengar kata yang dilontarkan oleh ibunya.
''ada kesitu pula ibu ni.. Amalina satu tu pun dah buat Arman serabut.. Nak tambah satu lagi.. Itu menambahkan masalah namanya..'' jelas Arman melihat kepada Ibunya.
''mana lah tahu..dulu bila ibu cadangkan kamu khawin lagi satu.. kamu cakap taknak-taknak..tup!tup! Kamu khawin jugak diam-diam..'' perli Naimi.
''itu Inas boleh lah.. Ni amalina..serabut dengan dia..semua serba tak kena.. Nak ini, nak itu.. Apa semua orang nak dia nak..'' keluh Arman..
''kamu yang pilih isteri yang macam tu kan.. Hadaplah....'' tambah Naimi lagi seperti menabahkan lagi garam diluka yang masih berdarah. Pedih!
''Inas tak macam Amalina..'' kata Arman dengan sayu..
''sudah! Lupakan perempuan tu.. Sekarang kamu dengan amalina.. Fokuskan matlamat perkahwinan kamu dengan dia.. Nak dapatkan zuriat dengan dia..'' suara Naimi mula meninggi..memberi amaran buat anaknya,Arman.
''pergilah balik.. Dah la dia dia datang sini macam orang tak betul saja menangis-nagis..memalukan! ..kalau jiran-jiran tengok tak ke malu..mana ibu nak letak muka ibu ni! '' Naimi menceritakan apa yang berlaku beberapa hari lepas.
''menangis?'' tanya Arman. Naimi menganggukkan kepalanya.
'lakonan apa pula kali ni Amalina? Apa lagi akal kau kali ni..'
''lepas tu..?'' tanya Arman.
''dia cakap lah rumah tak ada benda nak makan..kamu menghilang tak balik-balik rumah dah tiga hari.. Meraung macam apa saja dekat luar tu..''
''lepas tu apa lagi.. Ayah kamu panggil dia masuk lah.. Bagi dia lima ratus, senyaplah dia..air mata pun kering..lepas tu apa lagi.. Balik lah dia.. '' kata Naimi sambil mengejek menantunya itu.
''kenapa ayah bagi?.. Arman dah bagi duit dekat dia, sebelum Arman pergi cari Inas..duit yang Arman pinjam dengan ayah hari tu..'' kata Arman . Membulat mata Naimi.. Mendengar apa yang baru keluar dari mulut Arman.. Bukan kerana duit yang diberikan kepada Amalina.. Tetapi kerana anaknya pergi mencari Inas..bekas menantunya itu.
''Inas?!!''
''Arman! pergi cari Inas..? Kenapa Arman pergi cari dia?'' tanya Naimi tak puas hati..
''Arman masih sayangkan dia..salah ke Arman pergi cari dia ibu?''
''SALAH!!.." tengking Naimi.
" Jangan nak malukan diri sendiri..tak malukah Arman nak berpatah balik kepada perempuan miskin tu.. Ibu malulah.. Ibu tak akan terima dia, masuk kembali kedalam keluarga kita..''
''tapi-''
''tak ada tapi-tapi Arman!.. Dia..tak akan masuk kembali kedalam keluarga kita.. Kalau Arman nak juga perempuan miskin tu.. Anggap saja ibu ni bukan ibu Arman lagi.." keras sekali nada bicara yang dituturkan oleh Naimi..
'memang tak lah aku nak terima perempuan tu masuk kedalam keluarga aku. Menantu apa yang sanggup saman mertuanya sendiri! Sekarang ni nak jadi ahli keluarga aku semula..dah habis aku canang ke semua orang yang dia perempuan mandul.. Arghhh! Arman..kalau kau ambil dia jadi isteri kau semula kau macam jual maruah ibu kau di tepi jalan..mana aku nak letak muka.. Maruah aku.. Tak lah aku nak tunduk kepada perempuan miskin tu.. !!'
''yealah ..'' balas Arman lalu bersandar lemah di sofa..
'kalaulah ibu tahu yang Inas tu dah khawin semula.. Hah! Tak payah bagitahu dulu lah.. Tunggu aku siasat dulu siapa lelaki tu.. Entah mereka tu saja nak kenakan aku ke..' Arman masih berharap ada sinar untuknya kembali mendapatkan Inas.
''Assalamualaikum ..'' Inas memberi salam sebaik dia menerima panggilan telefon dari Shahreza..
''waalaikumsalam.. Inas kan ni?'' tanya Shahreza dari sebelah sana.
''Iya Inas ni Encik Shahreza..'' jawap Inas.
''saya telefon kamu ni nak tanya.. Apa.. Betul ke yang kamu dah berhenti? Kenapa kamu berhenti Inas? ada yang tak kena di tempat kerja?'' tanya Shahreza .
''eh-tak-tak..Encik Shahreza .. Tempat kerja semuanya baik-baik sahaja..'' jawap Inas.. Dia melihat Raif sedang berjalan menghampirinya..
''dah tu kenapa kamu berhenti kerja?'' tanya Shahreza..
''hmm saya..sebenarnya..'' Inas berpaling melihat kepada Raif yang sedang memeluk pinggangnya..
''manja.. Manis sedang bercakap telefon ni .. ''kata Inas menekup telefon bimbitnya dan membawa telefon bimbit itu menjauh...
''cakap dengan siapa?'' tanya Raif.
''bos tempat kerja lama..'' jawap Inas..
''dia nak ganti rugi ke.. Bagi Manja cakap dengan dia..'' Raif ingin mencapa telefon bimbit Inas.
''tak bukan tu.. Ada benda yang dia nak tanya dengan manis sebab tu dia call manis..'' terang Inas.
''buka pembesar suara..manja nak dengar juga..'' arah Raif..
''okay boleh.. Tapi janji satu je.. Manja jangan sampuk..bila dia cakap..manja boleh dengar saja.. Boleh?'' kata Inas.. Raif mengangguk laju. Seperti yang diminta oleh Raif.. Inas membuka pembesar suara.
''hello-hello- Inas!'' panggil Shahreza dari sebelah sana..
''lelaki?'' manja bertanya..
''shhh..''Inas meletakkan jari telunjuknya di bibir Raif.
''siapa tu? Inas...!'' panggil Shahreza dari sana.
''ya saya Encik..'' sahut inas .
''suara siapa tadi tu? Saya mengganggu ke?'' tanya Shahreza.. Mendengar pertanyaan dari Shahreza Raif menganggukkan kepalanya..nak saja dia menjawap kepada lelaki yang dikatakan atasan Inas itu. Inas membeliakkan matanya.. Terus menekup mulut Raif dengan tapak tangannya.
''tak-tak mengganggu pun Encik Shahreza.. '' Raif mengeleng tak puas hati.
'ya allah!kau tenangkan lah dia..'
''tadi tu suara suami saya encik Shahreza ..'' sambung Inas.. Raif diam tak mengeleng lagi seperti tadi.
''oh! Iya ke? Kamu dah berkahwin rupanya.. Alhamdulillah .. Tahniah! Inas..jadi kamu dah berhenti sebab dah khawinlah yea...'' kata Shahreza ceria.. Kedengaran dia ketawa di sebelah sana..
''ah iya.. Betul tu Encik Shahreza.. Suami saya tak izinkan saya berkerja..'' jawap Inas lagi..
''macam tu.. Saya Ingat kamu ada masalah apa tadi..bila saya tanya Nusrah...dia pun cakap tak tahu..dia call kamu..tapi kamu dah tak guna nombor lama kamu.. Nombor ni pun saya dapat dari pejabat disana.. Ok lah senang hati saya dengar macam tu..'' Shahreza ketawa lagi .
''hah! Lagi satu..alang- alang saya dah call ni.. Sekali lah saya nak jemput kamu datang ke kenduri aqiqah anak saya sekali dengan kenduri kesyukuran..'' sambung Shahreza ..
''ohh.. Puan dah bersalin ya.. Baby lelaki ke perempuan..?'' tanya Inas. Dia menjatuhkan tangan yang menutup mulut Raif.
''alhamdulillah ..lelaki..'' Shahreza bernada ceria di sebelah sana ..
''alhamdulillah ..insya Allah ..kalau ada rezeki saya pergi..'' kata Inas membalas dengan ceria.
''ya..datanglah! jemput suami kamu sekali..'' kata Shahreza lagi.
''Insya Allah ..kami datang..'' jawap Raif.
Inas berpaling..melihat kepada raif yang telah melanggar janjinya..boleh pula dia santai tersenyum kepada Inas.
''jemput ya.. Inas pasti nak jumpa dengan sahabatnya Nusrah..''
Akhirnya panggilan telefon itu tamat juga.. Mulanya hanya untuk bertanya khabar Inas.. Kemudian menjadi panjang lebar..
Yeay!!! Selesai untuk hari ini.. Terima kasih support novel MANJA.. sayang hampa semua.. Muaahhh muahh muaahhh :-*
Share this novel