Proloq
Mata saling menghantar rasa. Rasa rindu yang sudah lama disimpan. Hadirnya dia kembali mengingatkan aku tentang rasa rindu itu. Dia masih berdiri megah merenung aku. Dulu mata itu bersinar penuh cinta. Kini aku tidak melihatnya lagi. Hilangkah sinar itu?
“Aku rasa kau belum lupa, yang kau masih pegang title isteri orang.”
Suara husky milik si dia mengejutkan aku.
Aku terpempan dengan kata itu. Ya. Aku Luuna Kamila masih belum dia ceraikan dengan erti kata lain aku masih isteri orang. Tapi, hidupku seperti sudah lama diceraikan. Di gantung tak bertali itu sudah cukup buat aku tersiksa. Bagaikan hidup tapi tak bernyawa.
Luuna, kuatkan hatimu. Apa pun yang dia katakan, pedulikan. Pertahankan pendirianmu. Ingat siapa dia.
“Saya tak lupa, Tuan. Malah saya TAK PERNAH lupa.” Dua perkataan itu ditekankan. Berhadapan dengan lelaki itu sekali lagi bukanlah perkara yang dia mahukan. Malah kalau boleh dia mahu lari sejauh mungkin. Sangat jauh sehingga dia tak dapat lagi mengejarku. Aku ingin campak semua memori yang kami miliki dalam lautan api biar tiada satu pun yang tersisa.
Pertemuan yang tidak dijangka ini, bagaikan luka lama yang ditoreh semula dan semua memori pahit yang sudah disimpan lama dulu kembali dihampar di depan mata. Memori yang buat dia terluka hebat. Aku hampir hilang arah kerana luka yang ditoreh oleh lelaki itu.
“Bagus kau masih ingat. Kalau aku nak tuntut HAK aku, kau tak ada masalah kan?” Sinisnya kata itu ditutur keluar dari bibir basahnya. Kemudian dia menyungging senyum sinis pula.
Senyuman itu yang mematikan aku suatu ketika dulu. Dan kini aku melihatnya kembali, namun dalam aura yang berbeza. Ternyata tanpa senyum pun lelaki itu tetap mampu buat aku tidak senang duduk.
Luuna terngadah. Dia memandang tepat ke wajah lelaki yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Hak? Hak apa yang dia maksudkan? Hak apa yang dia mahukan? Lupakah dia siapa aku? Lupakah dia semua hinaan yang dia lemparkan pada aku dulu? Dia kini berada di hadapan aku, tapi menuntut haknya sebagai apa? Suami?
“HAK itu sudah lama hilang, Tuan. Tuan buang saya juga dengan alasan yang sama atau... Tuan lupakah siapa diri saya dulu? Tuan tak jijik? Jadi masih layakkah saya memberikan HAK itu kepada Tuan sedangkan Tuan yang tidak mahu menyentuh saya?” Air liur ditelan seperti berpasir. Mulutnya dikemam kuat. Mata sudah dari tadi merembeskan airmata. Kau kena kuat Luuna. Kau harus kuat.
Lelaki itu berdesir. Perkataan itu?
Ya. Itulah perkataan yang aku ucapkan kepadanya. Tapi silap besar kalau aku lepaskan peluang keemasan ini. Dia dah ada depan mata aku.
"50k for a single night? How about that?” Megat Hadi sudah mula bernegosiasi. Dia tidak akan mengalah. Saat melihat wajah itu tersentak mendengar ungkapannya, dia beri senyuman sinis.
Saat mendengarnya, dada Luuna bagaikan mahu meletup. Dia mahukan haknya dengan bayaran 50 ribu untuk satu malam? Sebegitu rendahkah harga diri aku pada pandangan matanya? Itukah kata-kata seorang lelaki yang pernah aku kagumi dulu? Lelaki yang aku bajai cintai setulus hati aku? Tak cukupkah hinaannya dulu dan kini dia menambah hinaan baru?
Megat Hadi Imaruddin, aku sepertinya tidak mengenali dirimu lagi. Kau seperti jauh dariku walau saat ini kau terlalu dekat denganku.
Luuna menunduk menyembunyikan air mata yang sedari tadi sudah membasahi pipi. Air matanya diseka laju. Aku kena keluar dari sini. Tak sanggup lagi rasanya menahan sakit hati yang kian tak bertepi. Harga dirinya sudah lumat dipijak oleh Megat Hadi. Kini maruahnya pula ditelanjangkan.
"Come on! Kalau 50k tak cukup. I'll double my offer. 100k. 100k for one single night, and that’s more than plenty to feed your needs for years." Lagi Megat Hadi menabur garam pada luka baru, Luuna. Seolah-olah dia belum puas dengan luka lama wanita it. Wajah tenang itu buat dia benci melihatnya.
Suara husky itu masih sama beku dan tak berperasaan. Malah semakin sinis Luuna rasakan. Hilang ke manakah Megat Hadi Imaruddin yang dulu?
“Walau nyawa saya gantinya, saya tidak akan gadaikan maruah saya. Walaupun maruah saya dah lama Tuan pijak. Tapi untuk sekian kalinya saya katakan, saya bukan seperti yang Tuan sangka. Kalau Tuan anggap saya seperti itu. Silakan. Itu hak Tuan. Tapi saya takkan berikan apa yang Tuan minta.” Hancur lumat hati seorang Luuna Kamila dicincang oleh Megat Hadi Imaruddin. Sudah lah maruahnya dipijak-pijak, malah Megat Hadi langsung tak menghormatinya sebagai seorang perempuan. Hanya kerana kisah lalu, aku dihukum sebegini rupa? Adilkah hukuman itu?
“Jangan bercakap harga diri dan maruah di depan aku! Harga diri dan maruah kau dah aku beli lama dulu. Kau lupa?” Megat Hadi kembali mengingatkan. Intonasinya juga naik seoktaf.
Tak percaya! Luuna tak percaya seorang Megat Hadi Imaruddin berkata seperti itu. Luuna ingat, dia bukan lagi orang yang sama.
“Apa salah saya sampai Tuan hukum saya seperti ini?” Soal Luuna dalam nada tertahan. Air mata masih merembes keluar tak henti.
"Really? Kau tanya salah kau? Fine!" Hadi mendekati Luuna yang berdiri sejauh tiga meter di hadapannya. Semakin mendekat semakin semakin Luuna menjauh. Akhirnya Luuna tersekat ditembok batu di dalam pejabat lelaki itu.
Tangan Megat Hadi naik mengepung kedua sisi Luuna. Luuna menunduk. Takut. Luuna takut dengan renungan lelaki bernama Megat Hadi Imaruddin. Kerana renungan itu mampu membakar seluruh jasadnya. Aura lelaki itu buat dia rasa terhimpit dan tersekat. Nafas lelaki itu kuat menampar pipinya. Rentaknya juga tidak enak didengar. Laju dan kasar.
“Kesalahan kau sebab kau PE.LA.CUR...”
Share this novel
bila nk sambung?
ooooo haikal
kenapa ending dia x sama dengan prolog cerita ni? mati la kalau luuna dinikahkan dengan uzair. lagi2 kalau luuna dapat tahu uzair tu ada la carl. & megat hadi tu ada kaitan dengan carl.