CIBM | Bab 3.

Romance Series 289851

SUDAH hampir 15 minit kami berada di dalam parking bawah tanah bangunan Mid Valley Megamall, namun Jazmine masih tidak menemukan petak kosong untuk meletakkan keretanya. Stereng kereta masih dipusing-pusingkan mengikuti arah laluan hadapan kami. Namun sampai saat ini petak kosong itu masih juga belum kami temukan. 

"Huh! Kenapalah hari ni juga ramai sangat orang pergi Mid Valley? Dah dekat 15 minit kita pusing, satu petak kosong pun kita tak jumpa. Macam ni boleh lambat Haiqal jumpa dengan aku." Bebel Jazmine tak henti-henti. Mulut dan tangannya bergerak sama laju. 

Tersenyum kecil Luuna dibuatnya. Jazmine... Jazmine... Cakap sajalah kau tu dah tak sabar nak jumpa Haiqal. Janganlah pula kau salahkan pengunjung lain.

"Yang kau tersenyum-senyum tu kenapa? Aku ni stress tahu tak?" Bebel Jazmine pada Luuna pula. Sudahlah dia geram kerana 1 petak kosong pun dia tak jumpa, boleh pula Luuna senyumkan dia.

Masih tak puas hati nampaknya Jazmine. Sampaikan aku yang duduk diam ayu ni pun dilibasnya sekali. Haih! Buruk perangai betul minah ni.

"Hari ni kan hari ahad, Cik Jazmine. Memang penuhlah pusat membeli-belah macam ni. Kau expect, kau sorang aje ke datang sini? Orang lain tak ada kemahuan nak datang sini, macam tu?"

"Alaa... Banyak lagi tempat lain kot selain Mid Valley ni. Kenapa kena pergi sini juga?" Jazmine menjawab laju tanpa berfikir. Muka tu Memang tak puas hati langsung. Tak cukup dengan itu, bibir dia turut muncung sama.

Mengenali Jazmine hampir setahun lamanya, sudah buat Luuna kebal dengan hamburan dan omelan wanita berusia 25 tahun itu. Umur Jazmine hanya beza 2 tahun lebih tua daripadanya. Dan Jazmine memang seorang yang susah nak mengaku kalah. Tengoklah tu, masih salahkan orang lain walaupun diri sendiri yang kurang sabar. 

"Habis kau tu? Kenapa ajak Haiqal dating kat sini? Macam tak ada tempat lain?" Sindir aku pula. Kali ni aku pula naik geram. Macam budak-budak saja perangainya. 

Kemudian Jazmine tersengih bagai kerang busuk sambil menoleh pada Luuna. 

"Sorry..." 

Itu sajalah modalnya pun. Tersengih saja Jazmine bila ditempelak oleh Luuna. Ini semua sebab dia rindukan Haiqal. Tak sabar mahu berjumpa. Yang lain dia tak fikir dah.

"Yes! Ada pun. Akhirnya pencarian aku berakhir juga." Bersorak gembira Jazmine bila terlihat akan kereta yang baru saja memberi signal mahu keluar dari petaknya, lekas-lekas Jazmine memberikan signal ke kiri untuk persediaan memasuki petak yang bakal ditinggalkan oleh pemiliknya. Belum pun kereta Honda Civic miliknya memasuki lot itu, sudah ada kereta lain yang terlebih dahulu melolosinya. 

"Bangkai betullah! Woi!" Jerkah Jazmine pada si tuan kereta dari dalam kereta.

"Hey-hey, Jaz. Janganlah nak cari gaduh pula. Kita cari parking lain ajelah." Pujuk aku bila melihat Jazmine sudah menarik handbreak dan bersedia untuk keluar dari perut kereta. Muka tak puas hati Jazmine itu mengundang kerisauanku. Ini tak fasal-fasal ada bertumbuk Jazmine dengan pemilik Range Rover tu. Aku tala pandangan pada kereta hitam yang sangat kurang hajar tadi. 

"Mana boleh macam tu, Luuna. Kau tak tengok ke betapa kurang hajarnya dia? Dah tentu-tentu kereta aku lebih dulu sampai dari kereta dia. Boleh pula dia yang masuk dulu. Dia ni memang nak kena dengan aku!" Marah Jazmine yang nyata masih tidak berpuas hati kerana petak kosong itu sudah pun disambar terlebih dulu oleh kereta SUV tadi. Jazmine masih dengan muka marahnya. 

Kelihatan pemilik kereta SUV itu sudah pun keluar dari perut kereta bersama seorang kanak-kanak perempuan yang dipimpin di sebelah kirinya. Mereka kelihatan sangat mesra. Saat mereka melintasi hadapan kereta Jazmine dengan wajah tidak bersalahnya, Jazmine sekali lagi menyumpah. Si lelaki hanya menonong berlalu.

"Kau tengoklah tu? Dah salah, minta maaf pun tak. Ini kalau aku jumpa dia lagi, memang makan penumbuk aku." Luah Jazmine lagi. Masih dengan wajah cemberutnya. 

Aku lantas melihat Jazmine  mengepal penumbuknya. Tergelak lagi aku dibuatnya. Bukan apa, penumbuk sekecil itu tidak akan terbanding dengan fizikal lelaki tadi. Mungkin belum pun penumbuk Jazmine sampai pada wajahnya, Jazmine bakal diketis dahulu olehnya. Masih terbayang lagi fizikal lelaki tadi di mata Luuna. Dengan fizikal yang sebegitu, tak mustahil dia seorang yang rajin workout. Dibanding dengan badan Jazmine ni, memang bukan tandingannya. 

"Sudahlah tu Jaz. Tak ada guna kau mengamuk dalam ni. Dia bukan dengar pun. Kau kena ingat, Haiqal dah lama tunggu kau tu." Aku mengingatkan Jazmine tentang hal itu. Sebelum kami sampai di sini pun, sudah sejam kami lambat. Semuanya gara-gara kami lambat bangun pagi tadi. 

Melepaskan sebuah renggusan, mahu tidak mahu Jazmine mencari semula petak kosong yang masih ada. Dan kebetulan tidak jauh dari tempat kami berhenti tadi, sudah ada kereta yang memberikan signal untuk keluar dari petaknya. 

"See. Kalau orang bersabar, tak ada ruginya." 

"Aku bukan penyabar macam kau Luuna. Dan aku memang tak suka orang ambil hak aku. Pantang keturunan aku tu." Luah Jazmine lagi. Jazmine tarik handbreak apabila selamat masuk ke dalam petak kosong tadi. Usai turun dari perut kereta kami berjalan melintasi kereta SUV tadi. 

Mata Jazmine pula masih lagi merenung tajam pada kereta SUV itu. Marahnya masih belum reda. Tak dapat tuan, harta benda dia pun boleh.  Kemudian Jazmine melorek senyum sinis yang penuh sejuta makna.

"Kejap! Kau tunggu sini." Arah Jazmine pada Luuna. 

Luuna melihat saja Jazmine kembali ke kereta miliknya dan menghampiri kereta tadi dengan sebuah spray paint. Kepalanya ditutup dengan baseball cap. Kemudian entah apa yang dilakukan dan pulang semula ke arah Luuna sebelum tin kosong iu dicampak semula ke bonet keretanya termasuklah topi tadi. Senyuman kepuasan jelas terukir dari bibir Jazmine. Nampak ceria betul setelah dapat 'menawaf' kereta SUV tadi.

"Kau buat apa pergi situ?" Soal Luuna ingin tahu. Walaupun jelas di matanya Jazmine memegang spray paint, namun Luuna masih juga ingin bertanya. Nak juga Luuna tahu apa yang buat muka tidak puas hati Jazmine tadi sudah bertukar ceria. Dari wajah mendung sudah bertukar pelangi. Ini mesti ada sesuatu yang Jazmine sudah lakukan. Aku kenal sangat dengan dia ni. Kalau tidak, takkan mood dia boleh bertukar dalam masa yang singkat.

"Kau rasa?" Duga Jazmine pada Luuna sambil menongkat kedua keningnya keatas.

"Jangan kata kau..." Fikiran Luuna sudah dapat meneka apa yang dilakukan oleh Jazmine. Ini memang sah dia dah buat sesuatu.

"Itu pengajaran sebab dia tak bermoral.  Siapa suruh ambil tempat yang dah aku cop dulu. Silap la dia nak main dengan aku. Ini Jazmine lah. " Katanya sambil bersiul meninggalkan Luuna di belakang yang masih tercengang dengan tindakan drastik Jazmine. 

Tidak peduli Jazmine meninggalkannya, Luuna melangkah laju ke arah kereta SUV tadi. Dan saat matanya memfokuskan contengan tebal pada sekeliling badan kereta itu, mata Luuna melotot. 

OMG! 

"Jaz, what have you done?" Luuna menekup mulutnya. Tulisan yang terbentuk dari cat berwarna emas itu, Luuna pandang tak berkelip. 

'Asshole!'

Luahan yang berunsurkan kemarahan itu itu juga bukan sahaja berada di kiri dan kanan badan kereta tapi juga ada di depan dan belakang badan kereta.

Tak sangka Jazmine seberani ini. Dengan langkah laju, Luuna meninggalkan tempat itu. Jazmine benar-benar sudah hilang akal!

***

"Sorry... Lama tunggu?" Suara garau beserta dengan ciri khasnya tersendiri itu buat Airien mengangkat kepala. Dia yang sejak tadi lagi menunduk memandang IPhone Xs miliknya sambil menantikan seseorang.

Saat matanya melihat ke wajah suara lelaki itu, dia mengoyak senyum lebar. Tidak cukup dengan itu, badannya juga turut berdiri tegak kerana begitu teruja. Lama wajah tampan itu direnungnya.

"Tak pun. I pun baru sampai." jawabnya sambil tersipu malu. Maklumlah baru pertama kali berjumpa.

Megat Hadi Imaruddin. Nama yang sudah lama dia dambakan untuk menjadi teman hidupnya. Nama yang begitu gah lagi di matanya. Dalam diam dia sudah menjadi peminat rahsia lelaki itu. Kini, kali pertama dia dapat bertentang mata secara langsung dengan pemiliknya buat dia tidak berkedip langsung.  Dapat melihat sendiri Megat Hadi secara berdepan, memang sudah lama dia dambakan.  

“Who's she, Daddy?" Soal Laila pada Megat Hadi sekaligus merentap renungan Airien pada lelaki itu.

Barulah Airien sedar Mega Hadi tidak berseorangan. Anak kecil yang agak tembam itu masih memegang tangan Megat Hadi dipandang oleh Airien. Sebuah senyuman diberikan kepada Laila pula.

Megat Hadi hantar pandangannya pada puteri kesayangannya. "Sayang, ini Aunty Airien. My friend." Jelas Megat Hadi kepada Laila. "Salam aunty." Arah Megat Hadi pada Laila seterusnya.

Laila menurut tanpa banyak soal. Usai Tangan Airien dicium Laila, kemudian Megat Hadi dan Laila duduk berhadapan dengan Airien.

Airien inilah anak teman baik umminya. Wanita yang dikatakan ummi. Setelah Megat Hadi bersetuju barulah Ummi membuat jadual perjumpaan ini. Megat Hadi sengaja membawa Laila sekali sebagai peneman. Mahu mengenalkan Laila pada Airien sekaligus mahu melihat penerimaan Laila kepada Airien. Kalau Laila setuju, bermakna Airien lah yang bakal menjadi pilihannya. Kalau jawapan tidak, bermakna akan ada pencarian lain lagi selepas ini. Pencarian ini akan berakhir apabila Laila mengatakan YA. 

"Laila nak makan apa, sayang?" Soal Megat Hadi sambil matanya membaca menu yang diserahkan oleh pelayan restoran sebentar tadi.

"I just want a piece of blueberry cheesecake and orange juice." Beritahu Laila lancar. 

"You Airien? Dah buat pilihan?" Kali ini mata Megat Hadi tertumpu pada Airien pula. Megat Hadi menangkap renungan Airien padanya, namun dia hanya membiarkan. Dia sudah biasa dengan renungan redup sebegitu. Sudah lali dibuatnya. Mana-mana wanita yang melihatnya, pasti akan terkena kekejangan muka. 

"Oh, I dah order dulu sebelum you sampai." Jelas Airien dalam malu-malunya. 

Megat Hadi mengangguk saja. Usai pelayan mengambil pesanannya, Megat Hadi kemudian mengalihkan perhatiannya lebih kepada puteri tunggal kesayangannya, Puteri Nur Laila Faiha. 

Dalam diam Airien merenggus kesal. Ini janji temu kami yang pertama tapi boleh pula Megat Hadi lebih menumpukan perhatiannya kepada Laila saja. Sedangkan dia sudah sejak tadi lagi menunggu setiap soalan yang bakal diajukan oleh Megat Hadi kepadanya.

"Errr... Berapa umur anak you ni?" Soal Airien setelah hampir beberapa minit dia menjadi tunggul kepada dua beranak itu. Airien mahu bibir Megat Hadi mengatakan sesuatu padanya. Kerana suara lelaki itu sungguh asyik untuk didengar. 

"Sorry, again?"

Airien mendongkol geram. Tengok tu! Soalan aku pun dia tak dengar. Nampak sangat tidak berminat dengan perjumpaan yang diatur keluarga ini.

Manakala, Megat Hadi pula sudah tersenyum di dalam hati. Dia sengaja mahu menduga tahap kesabaran Airien. Semua tadi adalah lakonan semata. Sengaja tidak melayan. Tumpuannya hanya diberikan kepada Laila yang saat ini leka bermain game di telefon bimbit miliknya. 

Apa tujuan Megat Hadi berbuat begitu?

It's simple. Untuk menjadi isteri kepada Megat Hadi Imaruddin dan juga ibu kepada Puteri Nur Laila Faiha haruslah memiliki kesabaran tahap tinggi. Ujian ini sudah dia jalankan beberapa kali sebelum berjumpa Airien. Tujuannya cuma satu, mahu melihat Laila selamat di tangan wanita yang bakal menjadi isterinya kelak. Dia tidak mahu nasib Laila bakal sama dengan nasib anak-anak tiri diluar sana. Didera! Itu dia tidak mahu. 

"I tanya, berapa umur anak you. " Airien ulang soalannya sambil gigi dikacip sedikit. Geram.

"Ohh... She's five." Singkat saja jawapan dari Megat Hadi berikan pada Airien. Dia masih belum merasakan Airien adalah orang yang sesuai untuk dijadikan isteri dan juga ibu tiri Laila.

"Daddy, nak kencing…" Tiba-tiba Laila membuka mulutnya. Bibir nipisnya membentuk lengkungan nipis. Mata bulat itu tertancap pada Megat Hadi.

"Err..." Megat Hadi terdiam. Bagaimana dia mahu membawa Laila membuang hajatnya itu sedangkan dia tu lelaki? Kalau aku bawa ke tandas lelaki, sudah pasti Laila tidak akan merasa selesa. Mahu membawa Laila ke tandas wanita pula, sudah pastilah dia pula yang akan ditenung seakan penceroboh privasi wanita. Jadi bagaimana?

"Biar I bawa dia. Lagipun I memang nak pergi ladies." Airien menghulurkan bantuan. Muka berkerut Megat Hadi, sudah menggambarkan ketidakselesaan dia pada ajakan Laila tadi.

Megat Hadi melihat Airien tersenyum manis, sebelum matanya kembali dihalakan kepada Laila. "Laila ikut Aunty Airien ya? She will help you." 

"Okay Daddy!" Jawab Laila senang hati. 

Megat Hadi tersenyum kembali. Nampaknya Megat Hadi harus memberi 1 markah untuk Airien. 

"Thanks, Airien." Barulah Mehat Hadi meringankan bibirnya kepada Airien seraya memberikan senyuman mahalnya. 

Airien apatah lagi. Tersenyum lebarlah dia dibuatnya. Sementara dalam hati sudah menggedik suka. Senang hatinya melihat senyuman Megat Hadi berikan padanya walaupun tidak selebar mana. Cukuplah buat peneman tidur dia malam ini. Mudah-mudahan dengan bantuannya ini, Megat Hadi bakal melihat dia calon yang sesuai untuk lelaki pujaan ramai itu. Ah! Gumbiranya dalam hati dia!

Megat Hadi mengambil telefon bimbitnya dan meneliti e-mail yang masuk.

***

Luuna melangkah laju tanpa sedar, dirinya sudah masuk ke sebuah restoran exclusive yang ada di Mid Valley. Tadi dia tidak sedar kerana langkahnya terlalu laju. Apa yang dia fikir, janji dia selamat.

Kenapa? Kerana saat ini dia mahu mengelak dari seseorang. Seseorang yang sudah buat hati dia gelisah dari semalam. Siapa lagi kalau bukan Khal. Sejak kemunculan lelaki itu jugalah dia semakin takut.

Soalannya, bagaimana lelaki itu juga berada di sini? Adakah dia mengikuti aku? 

Mustahil! Dia tidak tahu di mana aku tinggal. Jadi mana mungkin Khal ikut aku sampai ke sini.

Megat Hadi terkejut bila ada seorang wanita yang sedang menundukkan wajahnya terus duduk di hadapannya. Sangat bersahaja sekali. Sesekali kepalanya meninjau keluar. Wajah panik dan gelisah wanita itu dapat dilihat jelas olehnya. 

Napkin yang berada di atas meja, Luuna ambil laju lalu dilipat membentuk segi tiga dan diikat ke atas kepala seperti memakai tudung. Persis wanita retro di zaman 60-an. Tidak cukup dengan itu, telefon bimbit Megat Hadi yang berada di dalam genggaman lelaki itu juga Luuna sambar sekali kemudian berpura-pura bermain dengannya. 

Semua perbuatan itu diperhatikan saja oleh Megat Hadi. Megat Hadi sempat tercengang namun dalam masa yang sama tercuit hati dengan kelakuan spontan wanita itu. Bibir tak semena mengoyak senyum walaupun dia tahu senyumannya agak mahal untuk seorang wanita apatah lagi wanita yang dia tidak kenal.

"Ehem!" Megat Hadi berdehem sekaligus ingin memberitahu Luuna bahawa dia tidak berseorangan di situ. Dan mengingatkan Luuna bahawa meja yang diduduki Luuna saat ini bertuan, bukannya kosong. 

Luuna yang baru sedar, panggung muka. Matanya itu berkedip-kedip. Liur ditelan kesat. Alamak! 

Fikirannya tidak fokus kerana sejak tadi dia hanya fikirkan cara nak mengelak dari Khal. Tengok akibatnya. Memikirkan hal itu, Luuna diserang perasaan panik kembali. Kenapa nama itu bagaikan magnet? Kenapa tidak kau nyahkan saja dia dari pandangan aku? Khal, sampai bila aku akan jadi buruan kau?

Jiwa Megat Hadi merusuh hebat. Adakah ini dinamakan pelanduk dua serupa?

"Ehem!" Sekali lagi Megat Hadi berdehem. Kali ini wajahnya serius tidak memberikan keselesaan pada Luuna. Lagi pula dia juga mahu menormalkan kembali detak jantungnya.

Mati akal Luuna buat seketika bila melihat wajah yang seolah tidak pandai senyum itu. 

"Er... Maaf encik. Saya tak perasan meja ni ada orang. Maaf kalau saya ganggu privasi encik." Ujar Luuna tergagap-gagap. Soalnya wajah yang ada di hadapannya itu, tidak mesra alam untuk dipandang lama. Pula, dia ibarat pesalah yang menanti hukuman. Mata dia pula dah serupa nak menelan aku hidup-hidup. Gelisah Luuna di tempat duduknya. Semuanya serba tidak kena. 

Megat Hadi hanya diam. Terhibur pula hatinya melihat tingkah laku Luuna yang ketakutan.

Akhirnya Luuna buat keputusan untuk angkat kaki dari meja itu. Khuatir kalau dia duduk lebih lama lagi nescaya lelaki itu akan membahamnya. Dengan kadar segera Luuna membuka ikatan napkin di bawah dagunya kemudian diletakkan semula ke atas meja. Telefon bimbit yang dipegangnya juga ditolak kehadapan Megat Hadi semua. Saat Luuna mahu angkat punggung, Megat Hadi buka mulut.

"Next time, Sebelum duduk sila tengok kiri kanan dulu. Kalau you terduduk atas riba I tadi macam mana? Nak bertanggungjawab?" 

Kata-kata dari lelaki itu sinis membuatkan wajah Luuna berona merah. Juga kata diluah tanpa sebarang riak. Tanpa menunggu lagi, Luuna segera meninggalkan meja Megat Hadi bersama malu yang menggunung. Sebab nak mengelak dari Khal, tak pasal-pasal aku memalukan diri sendiri. 

Mata helang Megat Hadi mengikuti setiap langkah wanita itu hingga ke suatu sudut dan hilang dari pandangannya. 

Melihat logo tertulis 'Ladies', laju langkah Luuna ke situ. Ah! buat-buat pergi bilik air. Mungkin dengan ini aku dapat mengelak buat seketika dari Khal. 

"Hey, you!" Luuna menoleh habis kepalanya kebelakang bila ada suara yang sedikit kasar menyapa pendengarannya. 

Siapa pula perempuan cantik ni? 

"You tolong bawak budak ni. Dia nak terkencing." Arah Airien pada Luuna tegas. Dari tadi lagi dia sudah menunggu sesiapa yang mahu masuk ke tandas wanita ini. Mahu disuruhnya membawa Laila sekali. Sorrylah! Dia takkan masuk ke sana semata-mata mahu membersihkan sisa buangan anak Megat Hadi itu. 

Amboi. Bukan main mengarah lagi gayanya. Aku ni pencacai dia ke? Muka saja yang cantik. Tapi ayat tak cantik langsung! 

Luuna lantas mengerling wajah si comel di sisi wanita cantik itu. Berkerut-kerut dahi si kecil, mungkin cuba menahan sesuatu yang ingin keluar. Kedua kakinya juga sudah terkepit sesama-sendiri. 

"Kenapa bukan awak saja yang bawa dia? Awak ibu dia kan?" 

"Sorry? I? Ibu budak ni? Excuse me! Muka I ni macam dah kahwin and dah ada anak ke? Never! I tak biasa urus budak kecik. You ajelah bawa dia. Basuhkan apa-apa yang patut." 

Pulak? Aku ini apa kaitannya dengan budak ni ya? Bukan dia ke yang pimpin tangan budak tu? Kenapa aku pula yang disuruh?

Luuna makin kasihan melihat si kecil sudah menggenggam skirt kembangnya. Dia dah tak tahan sangat dah tu, Luuna. Karang ada juga dia terlepas kat situ.

"Marilah dik. Ikut akak..." Ajak Luuna sambil menghulurkan tangannya pada si comel. Laju saja jari jemari si comel itu menyambut dan meliliti jari jemari Luuna. Tergesa-gesa Laila masuk ke dalam kerana dia sudah tidak tahan benar. Hampir-hampir saja dia terkencing di seluar dalamnya.

"Dah?" Soal Luuna pada Laila. Laila  lantas mengangguk malu. Masakkan Laila tidak malu, orang yang dia tidak kenal langsung yang telah menyelamatkan dirinya. Kalau tiada kakak cantik ini, pasti dia sudah terkencing sambil berdiri. 

Usai membersihkan Laila, Luuna membasuh tangannya dan memimpin semula Laila keluar. 

"Dah siap?" Soal Airien tak sabar. 

Laila tidak menjawab. Masam saja mukanya. Kemudian Laila melangkah meninggalkan Airien. Namun sempat pula Laila mengucapkan terima kasih kepada Luuna sebelum Laila benar-benar pergi.

"Thanks, kakak cantik."

Tanpa mengucapkan sebarang kata, Airien juga bertindak meninggalkan Luuna. Mengejar langkah Laila.

Luuna mengeleng kecil. "Budak lagi beradap dari dia." Getus Luuna sendiri.

***

Khal rasa mata dia memang tak salah melihat. Itu memang Luuna. Tapi cepat betul wanita itu menghilang. 

Luuna masih mempunyai perhitungan yang belum selesai diantara mereka. 

Seperti semalam, perjumpaan kali kedua ini juga adalah pertemuan yang tidak dijangkakan. Kebetulan dia baru saja berjumpa dengan Joice, kekasih baru yang diusung sejak seminggu pulang ke Malaysia. Perjumpaan pertama mereka adalah di salah sebuah kelab malam terkemuka di bandar raya Kuala Lumpur. Begitulah Khal. Semua wanita yang dia kelek, tidak akan bertahan lama. Paling lama pun seminggu dan paling singkat adalah 6 jam saja! Fair enough. Khal bagi kemewahan, pulangannya adalah tubuh mereka. Dia juga hanya mahukan keseronokkan. Bukan komitmen. 

Khal ini cepat bosan orangnya. Jadi tidak hairanlah koleksi wanita yang dia ada boleh ditulis di dalam muzium negara! Bukannya malu, sebaliknya buat dia bangga. Dapatlah dia bermegah kerana hampir semua yang dia dampingi berakhir diranjang panasnya. Kemudian keesokkannya wanita itu akan ditinggalkan. Cukup hanya sekali dia gunakan!  

Namun personaliti Khal Itulah yang membuat wanita terkejar-kejar dengannya. Bagi si wanita yang dapat mendampingi Khal, sudah pastinya mereka akan berasa bangga. Kerana lelaki itu sangat memilih. Pilihannya juga bersyarat. Jadi siapa saja yang dipilih haruslah bersyukur. Bersyukur? Ya. Kerana selain dapat kemewahan, mereka dapat merasakan kehebatan Khal di atas ranjang. Tidakkah itu berbaloi? Berbaloi walaupun mereka tahu apabila sudah menyerahkan apa yang diminta, keesokannya mereka akan ditinggalkan. Namun itu bukan masalah besar. Kerana bayaran yang telah diterima sangat lumayan.

Khal masih mencari figura yang sejak dulu dijejakinya. 

"Shit! I know it's you, Luuna. Nampak takdir kau memang untuk aku.” 

Khal berlalu untuk mendapatkan Joice yang sejak tadi menunggunya. Semua perempuan sama. Kecuali Luuna Kamila. Sebab itulah dia tidak akan melepaskan Luuna. 

Sampai saat ini, hanya Luuna yang dia inginkan. Wanita yang sering dia dampingi hanya untuk kepuasan nafsunya semata. Tidak lebih.

***

"Hey, anak Daddy ni kenapa?" Soal Megat Hadi sejurus melihat wajah Laila yang sudah menarik muncung.

Airien yang datang sejurus selepas Laila duduk di kerusinya, hanya buat muka ceria. Kejadian tadi tidak mungkin diceritakan kepada Megat Hadi. Habis lah peluang dia kalau Megat Hadi tahu.

"Daddy, I want to go home." Bicara Laila buat Airien resah.

Ah sudah! Kalau Laila buka cerita, habislah riwayat dia. Airien cepat buat sesuatu.

"Ala... Janganlah balik dulu, princess. Kita belum kenal rapat lagi. Lagipun kek yang Laila order belum makan lagi. Rugi la sayang  Nanti membazir pula." Pujuk Airien lembut. Harap-haraplah terpujuk anak manja Megat Hadi ni. Kalau tidak, habis rancangan dia.  

"Betul kata Aunty Airien tu. Kita makan dulu baru kita balik ya?" Pujuk Megat Hadi pula. Lama baru Laila menganggukkan kepalanya. Namun sebutir patah kata pun tidak dikeluarkan. 

Airien hanya buat tak tahu. Biarlah budak manja tu. Aku Bukan nak dia, aku cuma mahukan Megat Hadi. Kalau aku dah  jadi isteri Megat Hadi, pandai-pandailah aku nyahkan kau dari hidup kami. Sekarang apa yang aku harus buat adalah buat Megat Hadi tertarik padanya. That's all. Kemudian Airien buat senyuman palsu bila Megat Hadi melihatnya. 

Megat Hadi dapat rasakan sesuatu yang tak kena kepada puteri tunggalnya itu. Soalnya sebelum pergi ke tandas, wajah anak kesayangannya itu ceria saja. Tapi selepas pulang, wajah itu sudah cemberut. Laila bukanlah jenis anak yang cepat cengeng. Apatah lagi mahu merajuk tanpa sebab. Ini pasti ada sesuatu yang terjadi tanpa pengetahuannya, kalau tidak masakan Laila terus-terusan mendiamkan diri. Dan Kalau betul lah Airien melakukan sesuatu pada Laila, aku jamin. Wanita itu akan menerima nasib yang sama. Mungkin juga lebih teruk dari itu. Megat Hadi dapat rasakan, senyuman Airien tadi sekadar mahu menutup kesalahannya. 

***

Haiqal dan Jazmine menghirup air masing-masing sementara menunggu kedatangan Luuna. Dari tadi Jazmine sudah menunggu Luuna. Selepas Luuna 'ditinggalkan' di lot tempat letak kereta tadi, Jazmine terus berjumpa Haiqal. Soalnya dia sudah rindu sangat dengan lelaki itu. Tapi sampai sekarang dia tunggu pun Luuna masih belum sampai. Air pun dah nak setengah gelas disedut begitu juga dengan Haiqal.

"Sayang, mana Luuna?" Tanya Haiqal sambil mengerutkan dahinya kepada Jazmine.

"Kejap lagi sampailah tu... Kita tunggu sekejap lagi ya?" Jawab Jazmine. Menyesal pula meninggalkan Luuna tadi. 

"Hah! Tu pun dia..." Jari telunjuk Haiqal lurus kebelakang badan Jazmine dan melambai ke arah Luuna. Jazmine menoleh laju. Melihat Luuna sedikit kelam-kabut, Jazmine jadi cemas. Jangan-jangan pemilik kereta yang didajalnya tadi kejar Luuna tak?

Matilah aku kalau betul Luuna bawa dia ke sini. 

"Jaz... A-Aku nak balik...."

"Hah! Tapi kenapa?" 

"Khal... Aku terserempak dengan dia..." Luuna cuba menjelaskan. Serba-salah dia dibuatnya bila melihat wajah mendung Jazmine. Mesti Jazmine rasa kecewa kerana mereka baru saja sampai.

"Hey Luuna, chill okay? He's not going to hurt you. I'm here. Kita keluar dari sini. Sayang, jom." 

"Tapi... Tiket?" Jazmine rasa sedikit kecewa kerana dia baru saja sampai, dan kini disuruh pulang pula. Sudah lah nak dapat parking pun susah.

"Next time ajelah kita tengok La La Land tu.  Sekarang ni keselamatan Luuna lagi penting. Dah jom!" Haiqal memang tidak olok-olok risaukan keselamatan Luuna. Bila Jazmine menceritakan perihal Khal, Haiqal sudah genggam penumbuknya. 

"Eh, jangan. Biar aku balik sendiri. Korang teruskan lah."  Lekas-lekas Luuna mencari jalan keluar bila melihat Jazmine seakan berat untuk mengikuti kehendak Haiqal. 

"Tapi Luuna..."  Haiqal jadi serba salah. 

"Tak apalah kita balik aje. Next time pun boleh. Yang penting sekarang ni kau kena mengelak dari Khal dulu." Jazmine akhirnya bersetuju dengan usul Haiqal. Dia juga berpendapat sama seperti Haiqal. Keselamatan Luuna lagi penting. Dia juga tidak dapat membayangkan jika Khal dapat menangkap Luuna. 

Akhirnya mereka sama-sama beredar dari shopping mall itu dengan perasaan hampa. 

Luuna semakin dihambat rasa amat bersalah kerana telah menjadi sebab temu janji Jazmine dan Haiqal gagal. Namun dia juga amat bersyukur kerana mempunyai teman yang sangat memahami situasi dirinya. 

Sebagai ganti rugi, malam nanti dia akan memasakkan Jazmine sesuatu. Sesuatu yang dia gemari. Itu saja yang dapat Luuna lakukan demi menebus rasa bersalahnya kepada Jazmine. Nak bagi Jazmine lebih-lebih, bukannya dia ada duit. Hanya dengan makanan saja modal yang Luuna ada untuk memujuk Jazmine. 

Bersambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience