CIBM | Bab 1.

Romance Series 289808

"DADDY! Daddy!" Jerit Laila sambil mengangkat tangannya ke atas lalu digoyang-goyangkan. Seronok betul bila Megat Hadi yang datang menjemputnya dari tadika bukan pemandu ayahnya. 

"Hai sweety... I miss you so much." Tubuh Laila didukung dan pipi tembam itu menjadi mangsanya. Dicium bertalu-talu. Melepaskan kerinduan setelah seminggu berada di Perth. Walaupun komunikasi antara mereka tidak pernah putus, tapi tetap tidak sama bila berjumpa dan saling berhadapan begini.

"I miss you too, daddy. Daddy, can we go buy a baby?" Pinta Laila tak bertangguh. Dari tadi lagi dia sangat teruja menanti kedatangan papanya. Ada yang dia inginkan. 

Megat Hadi tersenyum.

"Sure. Anything for you, sweety."

"But, not a baby toys. I need a real one."

"Hah?!" Terngaga mulut Megat Hadi dibuatnya. 

"Eerrr… Kenapa Laila minta macam tu?" Tanya Megat Hadi kebingungan.

"I'm boring being alone. My friends told me. If I have a brother or a sister, I can play with them. Can you give me one, please?"

Ingat gula-gula? Getus Megat Hadi di dalam hati.

Wahau anakku... Sesungguhnya kalau kau meminta anak patung. Pasti akan dibelikan. Kalau minta yang asli, mana aku nak kaut? Bukan boleh cari di shoppingmall. Kalau ada, senang. Aku bagi sepuluh terus. Dan kenapa juga budak-budak sekarang suka jaga tepi kain orang lain. Haih! Apa alasan aku nak bagi. Masalah betul...

"Can we get inside the car? Panas ni. We'll talk about it while we're heading back home, okay?" Sebenarnya itu alasan saja. Kalau di rumah bolehlah minta Ummi cover line. 

Laju si anak mengangguk dengan harapan Daddy dapat menunaikan permintaannya yang satu itu. Daddy pasti akan bagi punya. Sebab daddy sayang Laila!

***

"Habis, apa yang Jadi jawab?" Berkerut muka Marlissa dibuatnya. Ummi Megat Hadi.

"Had cuma cakap bincang dekat rumah. Tolong Had, Ummi. Had tak tahu nak jawab apa lagi. Bukan Ummi tak tahu Laila macam mana. Apa dia nak semua dia dapat."

"Hah! Padanlah muka tu. Manjakanlah lagi anak tu. Tengok sekarang siapa yang susah? Had juga kan? Sorry. Kali ni Ummi malas nak tolong. Had jawab sendiri. Pandai-pandailah nak hidup." Marlissa mengemaskan lagi pokok bunganya. Daun-daun dan ranting-ranting kering dibuang. Kerjanya saban hari. Malah sudah jadi hobinya. 

"Ummi please, just this one. Had dah buntu," Megat Hadi merayu simpati ibunya. 

Marlissa berpaling kepada anaknya. Kemudian mengeluh perlahan. Itulah pandai sangat manjakan anak tak bertempat. Inilah makan dia. 

Siapa yang tak sayang anak? Semua orang sayang. Tapi biar kena pada caranya. Ini tak! Semua yang Laila minta dia turutkan. Kemahuan yang tidak masuk akal Laila pun tunaikan.

Teringat permintaan Laila mahukan dress Frozen yang limited edition. Sampai ke UK, Megat Hadi mencari. Nasib masih ada. Kadang kalau diingatkan, agaknya kalau disuruh pergi ke negara yang bergolak pun dia ikutkan juga. Alasannya hanya kerana terlalu sayangkan Laila.

"Had ambil anak angkat saja la..." usul Marlissa pula. 

Megat Hadi mendongak kemudian menggeleng. "Kalau dia mahu senang Ummi, tapi Laila tak mahu..."

"Then, find her a mother. Lepas tu boleh la bagi adik." 

"Ummi… Had minta solusi..." ujur Megat Hadi kesal. 

"Had, tanya Ummi. So itulah solusi, Ummi. Laila pun tak mahu adik angkat. Had rasa ada idea lain lagi ke?" Marlissa sudah melibas si anak dengan ayat sinisnya. Tak faham dengan tingkah anak sulungnya itu.

"Lagi pun dah tiba masanya Had cari pengganti arwah. It had been a few years, Had. Takkan selama-lamanya Had nak macam ni? Had dengan Laila perlukan seorang wanita yang boleh urus kehidupan Had sekeluarga." Marlissa menyambung katanya. Kadang kala dia tidak faham apa yang membuatkan Megat Hadi berkeras untuk hidup sendiri.

"I just can't, Ummi. Had masih tak boleh lupakan arwah." Megat Hadi mengeluh. Sukar untuk dia menghapus kenangan bersama arwah isterinya. 

Puteri Luthfia Zahrah. Wanita yang paling dia cinta. Percintaan yang hanya terjadi selepas sah menikah. Dia tidak pernah kenal dengan Zahrah. Tapi Megat Hadi menerimanya dengan hati terbuka. Ummi yang melamar Zahrah untuknya. 

Ternyata bercinta selepas berkahwin itu lebih menyeronokkan. Apa pun kita boleh buat bersama. Walaupun waktu itu dia masih muda, Megat Hadi-23 tahun dan Zahrah-22 tahun, namun usia muda itu langsung tidak mengganggu hubungan mereka sebagai suami isteri. Selepas 2 tahun berkahwin barulah mereka dikurniakan Puteri Nur Laila Faiha yang kini sudah berusia 5 tahun.

"Tapi sampai bila? Had tak fikir ke kebajikan Had dengan Laila? Had, perlukan isteri and she needs a mother. Ditambah dengan Had yang selalu sibuk, makin sunyi lah dia rasa. Jadi memang padan lah Laila minta adik dengan Had."

Megat Hadi mendiamkan diri. Apa yang bonda katakan semuanya benar. Dia memang tak ada masa di rumah. Senang kata, masa dia bersama Laila pun boleh dibilang dengan jari saja dalam seminggu.  

Lama Megat Hadi termenung, sampai tidak sedar kedatangan Megat Hudzir, walidnya.

"Jauh termenung?" Soal Megat Hudzir pada anaknya. Kusutnya muka. Berkedut macam baju belum diseterika!

"Eh! Bila abang sampai?" Marlissa datang merapati suaminya. 

"Walid... awal Walid balik?" Soalan dibalas dengan soalan oleh Megat Hadi.

"Kenapa ni? Ada problem? Jentayu?" Megat Hudzir cuba bertanya kembali. Namun keningnya naik sedikit kepada Marlissa meminta penjelasan.

"Bukan Jentayu, bang. Ini kali, kes lebih berat daripada pecah amanah dalam Jentayu. It's about his life. Laila minta adik..." Marlissa menjawab.

"Apa? Ulang lagi sekali?" Soal Megat Hudzir kembali. Macam salah dengar pula jawapan Marlissa tadi. 

"Cucu kesayangan abang, minta adik dengan Had. Sekarang ni Had tengah kusut macam mana nak bagi adik, sedangkan steady girlfriend pun tak ada." Jelas Marlissa. Bibirnya dicebikan. 

Tak menunggu lama, Megat Hudzir tertawa lepas. Terhibur hatinya. "Ternyata, Laila lebih matang daripada Had."

"Walid, perlu ke Walid ketawakan Had sekarang? Had tengah kusut ni Walid. Janganlah tambah pening Had lagi." 

Megat Hudzir meredakan tawanya. 

"Sedangkan masalah pecah amanah dalam Jentayu pun Had boleh selesaikan dengan petik jari saja, inikan pula masalah Laila. Petik sajalah jari tu, confirm bersusun perempuan nak kan Had." Sindir Megat Hudzir. Lebih kepada memulangkan paku buah keras sebenarnya. Itu jugalah jawapan yang Megat Hadi berikan bila di soal mengenai jodoh. 

Langsung tawa Marlissa meletus disusuli dengan Megat Hudzir apabila melihat muka terkulat anak lelaki mereka.

'Orang macam Had ni Walid, sekali Had petik, beratur perempuan nak kan Had.' Itulah kata-kata yang Megat Hadi jadikan alasan bila diungkit soal jodohnya. Sekarang ni, Walid sudah jadikan kata-katanya itu sebuah senjata yang balik memakan tuan. Tak sakit, tapi sangat mengoyak malu kulit muka ini. 

"Orang yang dah pergi, tetap pergi. Sebaliknya orang yang masih hidup tetap kena teruskan langkah. Sampai bila Had mahu hidup dalam bayangan arwah? Laila bukannya semakin kecil. Semakin dia besar, semakin dia perlukan perhatian. Di tambah dengan kesibukan Had, Laila akan rasa kesunyian," tokok Megat Hudzir

"Bukan macam tu, Walid. Had masih belum bersedia untuk cari peneman hidup. Lagipun Jentayu tengah sibuk sekarang. Had mana ada masa nak fikir benda ni semua. Lagilah fikir nak cari isteri." Megat Hadi melepaskan kekesalan. 

"Kalau begitu, berterus-terang sajalah. Lebih mudah dari turutkan permintaan dia. Takkan  dengan anak pun boleh kena goreng?" 

"I just want to give her the best as I can, Walid. Ever since Zahrah pass away, she's the only strength I've got left. Kalau boleh, Had tak mahu dia kekurangan kasih sayang sedikit pun. Had dah janji dengan Zahrah nak jaga Laila sebaik mungkin. Had, tak mahu Laila rasa kekurangan kasih sayang ibunya." 

"Walid bukan suruh kurangkan kasih sayang Had pada Laila, tapi Had kena belajar bagaimana untuk menolak permintaan dia demi kebaikan Had. Jangan ikutkan sangat apa yang Laila minta. Kelak ajaran Had inilah yang akan merosakkan Laila. Sekarang ni impaknya Had tak kan nampak. Tapi siapa tahu esok lusa Laila akan buat Had memilih untuk menyakiti atau disakiti. Tak payah nanti, sekarang pun dah macam-macam hal kan? Sampai minta benda yang diluar bidang kuasa kita. Had boleh fikir tak semua tu? She's just five. She can't even take off her own clothes," panjang leteran Megat Hudzir pada anaknya. Sesekali, Megat Hadi harus di brainwash. 

"Susah-susah sangat, biar Ummi yang carikan Had isteri. Macam mana?" Bersinar wajah Marlissa bila memberikan idea itu. Sudah terbayang di mata, anak sahabat karibnya yang kini berkerja sebagai seorang doktor di hospital swasta di Kuala Lumpur. Lagi pun dia sudah lama berkenan dengan anak sahabatnya itu. Cantik dan pandai berdikari. Memang sesuai untuk Megat Hadi, anaknya.

“Abang bukannya tak setuju, tapi cara awak ni tak betul, Lissa. Malah buat Had semakin tertekan,” laju Megat Hudzir menolak saran isterinya.

"Ala, dulu pun kita juga yang carikan Had untuk isteri. Mereka bahagia je. Mana tahu berkat jodoh yang saya carikan, mereka serasi."

Megat Hadi berfikir seketika. Menundukkan kepala melihat kasut hitamnya yang berkilat. 

"Had ikut saja cadangan Ummi…" 

Pasrah saja Megat Hadi menutur kata.

Megat Hudzir tersentak sementara Lissa mengoyak lebar senyumannya bila Megat Hadi tidak menolak kali ini. Bukan mudah untuk memujuk anak lelakinya itu. Sangat sukar. Kalau A katanya, A lah. Tak kan ditukar kepada B. Nyata kelemahan Megat Hadi adalah Laila. Lihatlah saat ini. Perkara yang saban hari merisaukan mereka suami isteri terlerai dengan sangat mudah apabila Laila masuk campur. 

Bila peluang sudah terbuka, memang akan digunakan sebaiknya. Kalau bernasib baik, dapatlah dia bermenantukan anak sahabatnya itu. Marlissa masih tersisa senyum dibibir. 

Sebaliknya Megat Hudzir masih dengan gelengan di kepalanya. Dia masih tidak bersetuju dengan rancangan isterinya.

***

"Lunaa! Oh... Lunaa!" 

Aduh! Baru aje nak terlelap, datang pula si pengacau a.k.a mak bawang a.k.a Jazmine. Housemate cum BFF. 

Dung! Dung! Dung! 

Bunyi pintu diketuk kuat. Aku rasa, cukup bulan, boleh tukar pintu baru dah. 

"Kejap! Kejap!" Kepala digaru kasar. Kalau tengok depan cermin, haruslah rambutnya saat ini sudah jadi seperti Hantu Kak Limah pulang petang. Serabai! 

"Cepatlah!" Jawab si kawan yang tak punya sabar tu. 

Lunaa mempercepat langkahnya. Kang tak pasal pintu ni terbelah dua. Ketuk macam nak pecah. 

Gedebuk! 

"Aduh!" 

"Weh apasal tu? Kau jatuh eh? Macam nangka busuk je aku dengar." 

Si kawan yang tiada insuran mulut tu bercakap. 

"Diamlah!" Bentak Luuna dari dalam biliknya. Terhincut-hincut Luuna mendapatkan Jazmine. Pintu dibuka kasar dari dalam. Jazmine masih tak berhenti dari tawanya. 

Siut! Dia ketawakan aku. Siap keluar air mata lagi!

"Kau nak apa ni Jaz? Aku mengantuk la. Kau bukan tak tahu aku syif malam," luah Luuna tak puas hati bila tidurnya diganggu. Sempat pula jatuh tersungkur. Ni semua si makcik ni punya sebab. 

"Serius lah, kau memang jatuh ke tadi?" Soal si kawan yang buat muka tak bersalah. Walhal dia dah tahu apa yang jadi. Tengok Luuna gosok punggung pun dia dah dapat agak apa jadi.

"Tak lah, aku berzumba," jawab Luuna sinikal. 

"Berzumba konon. Macam lah aku tak tahu kau yang bunyi macam nangka busuk tadi. Lagi tak mahu mengaku." Jazmine tetap mempertahankan andaiannya.

"Cepatlah Jaz. Aku nak tidur ni. Mengantuk tahu." Bukan Jaz tak tahu aku syif malam. Sengaja nak ganggu tidur aku.

Sudah hampir setahun Luuna bekerja di McDonald di cawangan Klang Sentral. Berkerja di McDonald's mempunyai 3 waktu. Dan minggu ini waktu Luuna adalah dari 11 malam hingga 7 pagi. Luuna juga mempunyai beberapa lagi pekerjaan lain selain bekerja di McDonald. Dia tidak ada masa untuk diri sendiri. Hatinya hanya dipenuhi kerja, kerja dan kerja. Untuk apa? 

Untuk melupakan kejadian silam. Dengan kesibukan ini dia mampu melawan rasa takut itu.

Melihat sahabatnya seperti mengantuk benar, Jazmine jatuh kasihan. Sejak dia berteman dengan Luuna tak pernah lagi dia melihat wanita itu berehat dan dapat menggoyangkan kakinya di rumah. Ada saja 'aktiviti' luar yang dia lakukan. Bekerja 24 jam! Kalau pun dapat berehat, hanya pada hujung minggu. Bukan Jazmine tak bertanya kenapa Luuna bekerja sekeras itu, tapi sahabat merangkap BFFnya itu pandai saja mencari alasan untuk mengelak. Sampai saat ini Jaz masih tertanya-tanya kenapa Luuna bekerja tanpa henti. 

"Sorry, Luuna. Okey aku tak ambil masa kau lama. Just nak tanya, hujung minggu ni kau free tak? Aku nak ajak kau pergi Mid Valley. Haiqal ajak aku keluar. Aku boring la sorang. Kau teman aku, eh? Boleh la..." 

Rayuan si teman buat Luuna merengus perlahan. 

Sebab itu aje ke kejut aku macam nak pecah pintu bilik? Sudahlah tu, nak berdating dengan Haiqal pun ajak aku. Dia ingat aku ni suka sangat tengok dia berdating? Aduh Jaz. Nasib aku sayang kau. Kalau tak, memang tak hingin aku ikut. 

Bukan aku tak malu, malu sangat. Setiap kali Jaz dan Haiqal berjumpa dia juga akan diheret bersama oleh Jazmine. Nasib Haiqal okey saja. Tapi tak tahulah dalam hati. Tambahan pula, apa yang Jazmine dapat dia juga akan dapat sama. Yang paling baru adalah parfum. Bukan murah harganya, ratusan ringgit. Naik tebal muka Luuna menerimanya walau terpaksa kerana diugut oleh Jazmine. Sebab itulah kadang Luuna mengelak untuk ikut bersama. Tapi kalau nama Jazmine, dia bukan kesah. Alasannya tak baik keluar berdua saja lelaki dan perempuan, dikhuatiri ada yang ketiga. Dan ketiga itu pastilah si syaitonirogim! Jadi apa alasan yang Luuna ada untuk menolak? Kalau mereka berlaku sumbang, tak ke dia turut diheret sama ke Neraka? 

Dan alasan Jazmine untuk membawa Luuna pula sebab dia kasihan Luuna. Kalau bukan dia yang ajak Luuna keluar, Luuna tak kan pergi ke mana-mana. Masanya akan dihabiskan di rumah kalau tak bekerja. Jadi Luuna tak ada masa yang namanya hiburan. Jazmine takut Luuna jadi bosan. Tak ada salah pun ajak Luuna berdating sekali. Sebab Haiqal pun tak ada masalah dengan itu. Malah Haiqal turut kasihan pada Luuna. 

"Kau ni Jaz... takkan setiap kali kau nak berdating dengan tunang, kau ajak aku? Aku malu tahu tak? Kau tak takut ke kalau Haiqal ada hati kat aku? Hah! Melopong kau nanti." Luuna cuba mengusik si kawan. Melihat reaksi Jazmine, Luuna mengeluh pula. Bukan apa, reaksi Jazmine yang tersenyum itu buat Luuna rasa usikannya tak mengena langsung. Tak cemburu ke Jazmine aku cakap macam tu?

"Gurau kasar nampak? Mustahillah. Aku kenal kau macam mana. Kau bukan jenis perampas. Tapi kalau pun Haiqal suka kat kau apa salahnya? Kalau kau nak jadi madu aku pun, aku sanggup. Hari-hari makan free." Ujar Jazmin sambil ketawa. 

Manakala bibir Luuna sudah mahu tergelincir dari rahangnya. What the hell! Madu? Dah buang tabiat ke Jazmine ni. Bermadu tu bukan perkara main-main. 

"Aku tak tahulah kepala kau ni pernah terhantuk kat mana-mana ke sebelum ni? Tapi apa yang kau cakap tadi tu tak lawak pun okay. Kalau kau sanggup pun tak semestinya aku sanggup! Minta simpang. Entah-entah Haiqal pun tak sanggup dan berbini lebih."

Omelan Luuna buat Jazmine meletuskan tawanya. Dia tahu Luuna bergurau. Dia dia juga turut bergurau. Masakan dia mahu bermadu. Semua wanita yang berkahwin, tak menginginkan perkara itu berlaku ke atas diri mereka. Dan dia juga begitu. Tadi itu hanyalah untuk menyedapkan hati saja. Dia kenal dan faham benar dengan Luuna. Luuna takkan merampas sesuatu yang bukan miliknya. Sebab itu dia tak kisah Luuna ikut bersama. Kadang kalau Luuna ikut pun, hanya sebentar saja mereka bersama. Kemudian Luuna akan mengelak dengan alasannya. 

"So, jadilah ni kan? Please..." Jazmine buat puppy eyes. 

Luuna kemam bibir kuat. Jazmine ni memang tak tak sah kalau aku tak ikut. Entah apalah nasib Haiqal dapat girlfriend macam Jazmine ni. Nak berdating ajak kawan sekali. Haih!

"Okaylah! Okaylah! Tapi janji. Jangan suruh Haiqal belikan aku apa-apa. Aku tak mahu. Dah berlambak-lambak barang yang kau dengan dia belikan. Semuanya tak aku pakai. Membazir tahu tak." Luuna membuat timbang kira. Kalau Jazmine boleh memaksanya, dia juga bisa. 

"Beres! Okay babe aku gerak dulu. Oh ya, thanks for the delicious breakfast this morning. Sedap sangat. Nanti buat lagi tau." Pujinya tak bertangguh. Sungguh! Luuna kalau bab-bab memasak memang champion! Lagi-lagi masakan Thai. Sebab itulah dia suka Luuna menjadi rakan satu rumahnya. Sekurang-kurangnya makan dia terjaga sedikit berbanding dulu sewaktu tinggal sendiri di kondo ini. Rumah yang papa belikan, selepas dia graduate.

Ceit! Pasal makan aje terus puji aku. Setakat nasi goreng ikan masin tu apalah sangat dibanding kebaikan Jazmine yang telah hulurkan. Jadi maid dia pun aku sanggup.

"Yelah. Aku kan maid merangkap tukang masak kau. Dah aku pun duduk sini free aje. Takkanlah aku nak biar kau kebulor. Dahlah kau tu RAJIN sangat memasak. Entahlah bila agaknya aku dapat merasa air tangan kau tu. Tapi aku tak rugi sangat. Haiqal la kesian. Bakal isteri dia buta memasak."

Amboi lebih dah ni! Cepat saja tangan Jazmine mengutil lengan Luuna yang tak berlapik. 

"Nanti aku belajar la! Hisy dah, dah. Aku nak pergi dah ni. Barang dapur dah nak habis tu. Nanti petang aku balik, kita belanja sama okay. Bye!"

Jazmine terus meninggalkan Luuna yang masih di muka pintu biliknya. 

Tergeleng-geleng Luuna dibuatnya. Itulah Jazmine, kalau sentuh bab memasak, laju saja dia mengelak. Cuba bab makan... pun laju. Pelahap! Tapi tak besar-besar juga badan. Tetap kecil aje badannya. 

Luuna menutup pintu dan terus berpusing menuju ke katil yang semakin melambai-lambai ke arahnya. Time tido!

Bersambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience