CIBM | Prolog.

Romance Series 289808

Proloq

DUA pasang mata itu bertaut lama. Menghantar isyarat yang sukar dirungkai dengan kata-kata.

Marah. Benci. Itu sudah pasti. 

Namun masih adakah rasa rindu?

Rindu? 

Mustahil! Kerana aku tahu, jauh di dalam hati itu, sudah getik dengan diri ini.

Lambat atau cepat, hari ini akan datang juga. Cumanya terlalu awal. Aku masih belum siap untuk berhadapan dengan dia. Minda dan emosi aku masih belum mustaid. 

Berlainan pula dengan hati. Dengan tidak punya rasa malu, habis rasa rindu dalam diri ini dipunggahnya. Rindu yang sekian lama aku cuba buang, namun kalah dengan sekali perjumpaan. 

Wajarkah aku masih menyimpan rasa rindu itu?

Nun di sana, dia masih berdiri megah merenung aku tanpa aku tahu apa maksud renungan itu. Dulu, melihat renungan itu saja boleh membuat hati ini tenang. Kini, aku sudah tidak melihat itu lagi. Yang ada, renungan itu hanyalah renungan kosong, tanpa aku tahu apa yang ada di dalam hatinya. 

“Seronok hidup bebas?”

Soalnya senada. Intonasi juga tidak begitu enak didengar. Sinis saja bunyinya.

Itukah bicara pertama yang dia katakan setelah bertahun kami terpisah?

Aku lantas menunduk menyembunyikan wajah. Resah saat sepasang mata itu semakin tajam menikam tanpa lepas. Sementara hati masih lagi bergejolak dengan rasa gemuruh, sedih, kecewa kerana tidak menyangkakan bicara itu keluar dari lelaki yang selama ini aku tahu bagaimana peribadinya. 

Kecewa benarkah dia?

“Seronok bebas di atas penderitaan orang lain?"

Tambahnya lagi. Bibir itu masih terus-terusan mengeluarkan kata tajam. Walaupun tidak menerbitkan darah, namun sudah cukup untuk aku rasa bisa yang tak terhingga sakitnya.

Kembali meluruskan wajah, aku membalas renungan dia. Cuba berlagak kuat.

Tanpa kata, dia lantas mengangkat punggung dari atas meja dan bergerak beberapa langkah bertentangan dengan aku. Kedua lengan dilipat ke dada. 

'Kuatkan hatimu. Apapun yang dia katakan, pertahankan pendirianmu. Ingat, dia tidak ditakdirkan untukmu.'

“Muka megah kau ni, aku benci. Sebab status itu kau lupa diri." Katanya lagi. 

Semakin dia menghampiri aku, semakin kuat jantung aku mengepam darah.  

"Status? Status apa? Status yang tidak pernah membahagiakan saya sedikit pun apatah lagi untuk saya banggakan? Rasanya, perkataan lupa diri tu tak sesuai pun. Tuan lupa siapa asal usul saya?" Jawabku berani. 

Nyata dia terkejut. Matanya bergerak-gerak bersinar semakin galak. 

"Tuan?" Dia tersenyum kelat. "Jadi, selama 1 tahun itu adalah pembohongan?"

Dia sudah semakin dekat. Malah aroma maskulin itu dapat aku hidu dengan jelas. Aroma ini…

Tak! Tak mungkin. Aku langsung menelan rengkung sendiri. 

"Kenapa? Tak selesa?"

Aku keraskan wajah. Ternyata mata itu masih tidak lepas dari menilik semua reaksi aku. Hujung bibir diherot senget.

Aku meneguk liur perit. Pertemuan yang tidak dijangkakan ini, bagaikan luka lama yang ditoreh semula dan semua memori pahit yang sudah disimpan lama dulu kembali dihampar di depan mata. 

Sekarang tubuh itu hanya dipisahkan beberapa inci di depan aku. 

“Baiklah... Kalau TUAN ini mahu menuntut HAKnya sebagai seorang suami, adakah kau mampu tunaikan?” Sinisnya kata itu ditutur keluar. Bagai tidak punya rasa bersalah.

Senyuman herot terbit dari bibirnya terbit lagi. Senyuman yang berjaya mematikan tingkah aku suatu ketika dulu. Kini aku melihatnya kembali, namun dalam aura yang berbeza. 

Aku terpana sambil memandang tepat ke wajah lelaki itu.

Sebuah hakikat yang selama ini sukar untuk aku sangkal adalah, aku Luuna Kamila masih belum dia ceraikan dengan erti kata lain aku masih isteri orang. Isteri kepada lelaki ini. Isteri kepada Megat Hadi Imaruddin.

“Hak? Hak apa yang Tuan inginkan dari perempuan seperti saya? Apakah perempuan ini masih layak digelar isteri setelah sekian lama Tuan gantung saya tak bertali? Masih adakah hak itu?" Aku membalas dalam keterpaksaan. Sejujurnya aku tidak kuat. Ya Allah… Pinjamkan aku secubit kekuatanMu. 

Terdengar desiran dari bibir si dia. “Rasanya kau jelas dengan HAK aku ke atas kau. Layak atau tidak, hanya aku yang tahu kerana bukan aku yang menjauh. Dan satu hal lagi, bukan aku yang buat kau menjadi isteri nusyuz. Kau lupa ya? Selagi aku tidak melafazkan apa-apa, maka aku masih ada HAK ke atas wanita yang bernama Luuna Kamila.”

Mata Luuna sudah berbalam. Wajah lelaki itu dipandang sayu. Lama pandangan mereka bertaut. 

"Fine. How much do you offer me this time? 50k for a single night. It's enough?”

“Had!” Membulat mata aku dibuatnya. Mendengarkan tawaran itu, dada aku bagaikan mahu meletup. Dia mahukan haknya dengan bayaran 50 ribu untuk satu malam? 

"Wow! I'm impressed. Tadi kau panggil aku Tuan, tapi bila aku sebut sejumlah wang, kau sebut nama aku… Nampak benar wang adalah segala-galanya. Jadi kau jangan salahkan aku kalau aku kata kau memang perempuan paling hina yang aku pernah jumpa.” Kemudian dia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.  

Aku menunduk menyembunyikan air mata yang sedari tadi sudah membasahi pipi. Air mata, aku seka laju. Aku harus keluar dari tempat ini. Tak sanggup lagi rasanya menahan sakit hati yang kian tak bertepi. Harga dirinya sudah lumat dipijak oleh Megat Hadi. Kini maruahnya pula ditelanjangkan.

"Kalau tak cukup. I'll double my offer. 100k? Or should I give you a million, harga yang sama kau pernah minta pada aku untuk sebuah kebahagiaan. And that’s more than plenty to feed your needs for a brace of years." 

Lagi Megat Hadi menabur garam pada luka lama yang sudah menanah. Dia mula bernegosiasi. Dia tidak akan mengalah. Saat melihat wajah itu tersentak mendengar ungkapannya, dia beri senyuman sinis. Wajah tenang Luuna tadi buat dia sakit hati.

Luuna pandang Megat Hadi dengan rasa tidak percaya. Suara husky yang sangat lembut suatu ketika dulu sudah beku dan semakin tidak berperasaan. Malah semakin sinis Luuna rasakan. Hilang ke manakah Megat Hadi Imaruddin yang dulu?

“Kalau Tuan ukur apa yang saya lakukan pada Tuan selama ini kerana wang ringgit, terpulang. Saya tidak akan membantah...”

“Bukankah itu hakikatnya? Kau minta aku bayar 1 juta untuk sebuah kehidupan, kau lupa?”

“Tak! Saya tak lupa. Tapi saya juga ada hak untuk meminta bayaran pada kerja yang saya lakukan.”

“Jadi jangan bercakap harga diri dan maruah di depan aku! Kerana harga diri dan maruah kau dah aku beli lama dulu...”

“Tapi sampai bila Tuan akan jadikan saya sebagai perempuan simpan?” Soal Luuna dalam nada tertahan. Air mata masih merembes keluar tak henti.

"Really? Perempuan simpan?" Megat Hadi merapatkan diri selangkah lagi. 

"Tiada istilah perempuan simpanan jika sudah dihalalkan, Luuna. Tapi jika itu yang kau rasakan, maka aku akan tetap simpan perempuan ini sampai kau tahu erti ikhlas. Kalau mahu dibanding penderitaan yang kau alami, tidak setara dengan penderitaan yang kami alami disebabkan kepentingan kau. Kalau mahu diganti sekalipun, masih belum cukup untuk balas ganti rugi yang dah kau tinggalkan untuk aku dan Laila..." Hadi menggeleng kepalanya lagi. "Tak cukup Luuna..." Semakin mendekat semakin semakin Luuna menjauh. Akhirnya Luuna tersekat di tembok batu di dalam pejabat lelaki itu.

Tangan Megat Hadi naik mengepung kedua sisi Luuna. 

Luuna menunduk. Takut. Luuna takut dengan renungan lelaki bernama Megat Hadi Imaruddin. Kerana renungan itu mampu membakar seluruh jasadnya. Aura lelaki itu buat dia rasa terhimpit dan tersekat. Nafas lelaki itu kuat menampar pipinya. Rentaknya juga tidak enak didengar. Laju dan kasar.

“Walaupun kau ganti dengan nyawa kau sekalipun, masih belum cukup kerana hutang kau adalah sebuah kebahagiaan...”

Share this novel

Indah Nabiah Kanun
2021-08-22 09:37:12 

novel S.N best,tlg update

Indah Nabiah Kanun
2021-08-22 09:36:18 

update plezz

folwerlynn
2020-12-20 10:57:08 

bila update lagi sis..x sabar baca nex cptr..


NovelPlus Premium

The best ads free experience