CIBM | Bab 4.

Romance Series 289808

SIAP memasak nasi goreng ikan masin kegemaran Jazmine, Luuna mendapatkan sahabatnya baiknya itu yang sedang duduk di sofa berangkai 3 sambil menonton televisyen. 

Di tangannya ada sepeket Twisties perisa keju yang selalu menjadi penemannya dikala menonton rancangan kegemarannya. Drama jam 7 malam slot Akasia di TV3.

“Kau dah siap masak?” Soal Jazmine menoleh pada Luuna yang sudah mengambil tempat duduk disebelahnya. 

Luuna lantas mengangguk sambil tersenyum. 

“Nasi goreng ikan masin eh?” Soal Jazmine lagi sambil tangan masih belum putus menyumbat snek kegemarannya itu. 

“Mana kau tahu?” Tanya Luuna hairan. 

“Tahulah! Satu apartment ni dah bau semerbak ikan masin yang kau masak tu. Sini…” Jazmine gamit Luuna supaya mendekatinya. 

Luuna turuti. 

Jazmine menarik nafasnya beberapa kali bila Luuna mendekat. “Baju kau pun dah bau ikan parang jeruk tu. Bau badan kau dengan ikan jeruk tu tak ada beza.” 

Pap! 

Laju Luuna menampar lembut lengan wanita berkulit putih susu itu. Mengekek Jazmine ketawa melihat Luuna berkerut tak suka bila disamakan dengan ikan jeruk kesukaannya. 

“Jaz, aku nak minta maaf pasal tadi... Sebab aku, date kau dengan Haiqal cancel. Aku rasa bersalah sangat.” Luah Luuna pada Jazmine. 

Jazmine hela nafas dalam. Peket Twisties di tangan, diletakkan di atas meja kaca di hadapannya. 

“Kau ni Luuna... Berapa kali aku kata, bukan salah kau. Ala, lagipun date aku dengan Haiqal bila-bila pun boleh. Kau tu yang aku risaukan. Kalau Khal jumpa kau lagi, aku tak jamin kau akan selamat dan kau kena ingat fakta tu." 

Luuna menghela nafas panjang. “Mustahil untuk aku lepas dari perhatian dia, Jaz.  Selagi aku ni 'milik' dia, aku takkan boleh bebas dari genggaman dia. Walau ceruk mana aku pergi, dia ada macam bayang-bayang aku. Jauh mana aku lari sekalipun, dia tetap akan kejar aku. Mungkin juga takdir aku bersama dia.” 

“Jangan kau nak merepek lah Luuna! Setahun lebih kau dapat larikan diri dari Khal, takkan sekarang kau nak give up? Ingat macam mana kau struggle nak lepaskan diri dari dia. Kau dengan Khal bukan untuk ditakdirkan bersama hingga akhir hayat, tapi kau hanyalah bahan untuk dia lepaskan nafsu semata. Aku tak tahu apa yang dah kau lalui, tapi sebagai wanita aku benci dengan layanan dia pada kau. Walaupun hakikatnya kita ini golongan yang lemah, tapi bukan tiket untuk dia layan kau macam binatang. Kita patut dilindungi. Bukan untuk disakiti dan hanya kepuasan nafsu semata.” Penuh emosi Jazmine menyuarakan pendapatnya. 

Masih tidak boleh Jazmine lupakan bagaimana keadaan Luuna sewaktu dia menemukan wanita itu dulu. Sangat menyedihkan. Ah! Tak mampu Jazmine ceritakan. Biarlah pertemuan itu menjadi rahsianya bersama Haiqal. 

Luuna membongkokan badan kemudian wajahnya merenung kaki sendiri. Selama lebih setahun ini, aku berusaha lari dari lelaki itu. Luuna tahu, Khal ada mengupah orang untuk mencarinya. Cuma dia saja yang bernasib baik kerana sampai saat ini, orang suruhan Khal masih belum menemui jejaknya. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. 

Keluhan Luuna lepaskan lagi. Bilakah pelarian ini bakal menemui di garis penamatnya? 

Kejadian 2 tahun dulu berlayar di ruang matanya. 

“Pak Su, kita nak pergi mana ni?” Soal Luuna berkejaran dengan langkah Pak Su Khairul. Adik lelaki satu-satunya arwah ibu. 

Sejak Ibu pergi 10 tahun dulu, Pak Su Khairul lah yang menjaga aku dan Qaiser. Walaupun kami ini darah dagingnya tapi layanan yang aku dan Qaiser terima ibarat kami ini pengemis di rumah sendiri. Belum lagi penderaan yang aku terima dari Puan Rahmah, isteri Pak Su. 

Makan, minum dan pakai kami semua disekatnya. Alasannya duit perbelanjaan yang arwah Ibu tinggalkan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan seharian kami berdua. Sedangkan sebelum Ibu meninggal, Ibu sudah meninggalkan sebuah rumah teres satu tingkat dan duit belanja yang cukup untuk kami dua beradik menampung kehidupan kami sehingga aku bisa mendapatkan kerja. Selepas hak penjagaan kami jatuh pada Pak Su Khairul, semua harta peninggalan arwah Ibu habis dibelanjakan ke jalan yang salah. 

Berjudi. 

Saat itu harta mereka sudah tiada yang tersisa. Rumah pun turut Pak Su Khairul gadai demi menutup hutang. Jangan ditanya wang belanja yang Ibu tinggalkan kepada kami adik beradik. Sudah habis disapu semua oleh Pak Su dan isterinya untuk berfoya-foya dan berjoli. Sampai akhirnya sudah tiada yang tersisa untuk kami.

Aku terpaksa pendam perasaan marah pada Pak Su Khairul isterinya kerana aku masih ada lagi satu mulut yang harus aku bagi makan, Lutfan Qaiser. Adik aku yang waktu ini sedang menuntut di tingkatan 4. Itulah satu-satunya harta yang aku ada selepas ibu pergi meninggalkan kami 10 tahun yang lalu. 

Ayah? 

Entahlah! Luuna sendiri tidak tahu di mana keberadaan ayah mereka sekarang. Entahkan hidup entahkan mati. Cuma setahu Luuna, ibu kata ayah masih hidup. Itu pula cerita 16 tahun yang lalu. Waktu itu aku baru menjangkau 5 tahun sementara Qaiser baru memasuki usia 4 bulan. 

Aku tidak habis fikir bagaimana seorang ayah sanggup meninggalkan anak dan isterinya terkontang-kanting sendiri. Aku juga tidak tahu bagaimana ibu menahan rasa sakit bila diceraikan dan ditinggalkan begitu saja oleh lelaki bernama suami. Tentu sakit yang tidak terhingga. Ibu tidak mampu menanggung seorang diri penderitaan itu. Sementara kami masih sangat kecil untuk mengerti penderitaan yang ibu.

Berhari-hari aku lihat ibu menangis tapi aku tidak dapat berbuat apa kerana aku sendiri tidak mengerti waktu itu. Namun ibu tetap berjuang membesarkan kami sendirian tanpa sebarang kekurangan. Hanya ibu yang rasa kehilangan itu sehinggalah ibu sendiri turut pergi dijemput Ilahi.

Perit kehidupan ibu waktu itu hanya ibu dan kami yang tahu. Walaupun ayah meninggalkan sebuah rumah untuk kami tempati, tapi bulanannya tetap juga ibu yang bayar. Kalau tidak di manakah kami mahu berteduh. 

Ibu mengambil upah memasak, menjahit dan berjualan kuih di tepi jalan demi menampung perbelanjaan dan keperluan kami sekeluarga. Dan dari situlah aku belajar memasak. 

"Alah! Ikut ajelah! Jangan banyak songeh. Huh!" Balas Khairul pada anak saudaranya itu. Saat ini dia dan Luuna dalam perjalanan ke tempat yang disuruh oleh Tailong. Tergesa-gesa langkah Khairul kerana khuatir dia akan dibelasah oleh orang-orang Tailong jika lambat sampai di tempat yang dijanjikan. 

Sampai saja Khairul di tempat yang dimaksudkan, dia menoleh kepada Luuna yang berada berhampiran dengannya. 

"Ingat. Kau masuk dalam, Jangan cakap apa-apa. Kalau kau nak nyawa kau selamat. Lebih baik kau diam aje. Selebihnya Pak Su yang jawab." Bisik Khairul pada Luuna. 

Luuna sudah keras badan. Nyawanya bakal diambil jika tersalah kata? Apa yang Pak Su Khairulnya ini repek kan? Kaki yang tadi laju mengikuti langkah panjang Pak Su Khairul berhenti tiba-tiba, bila 'tempat' yang dimaksudkan oleh Pak Su Khairul tadi adalah sebuah kasino!

Besar bagunan kasino itu Luuna pandang dengan tegukan air liur yang bergelen-gelen masuk ke salur tenggorokannya. 

"Pak Su kenapa kita kat sini? Pak Su nak buat apa kat sini? Nak berjudi lagi ya? Pak Su! Luuna ingat Pak Su dah insaf." Soal Luuna panik. Luuna rasa seluruh tubuhnya mahu pengsan bila dia dibawa ke tempat seperti itu. Seumur hidupnya ini kali pertama dia sampai ke tempat seperti ini. "Jom Pak Su! Kita balik. Luuna tak mahu masuk!" Luuna tarik deras tangan Khairul menyuruh lelaki usia 50-an itu beredar sama. Sudah lama Pak Su Khairul tidak kemari, tapi kenapa hari ini dia jejak kan kaki semula ke tempat kotor ini? 

"Kau gila?! Kalau aku balik sekarang. Belum tentu aku hidup! Mungkin yang sampai rumah adalah jasad aku tapi nyawa aku dah tak ada!" lantas tangannya yang dipegang Luuna tadi direntap kasar. Ini saja jalan selamat yang Khairul ada untuk menyelamatkan nyawa dia dan isteri tercinta dari dibunuh Tailong. Ugutan bunuh yang diterima oleh Khairul seminggu lepas benar-benar buat dia ketakutan. Hampir setiap hari orang-orang Tailong datang menuntut hutang. Dia belum bersedia untuk mati. Belum saatnya! Dengan itu dia bersetuju dengan syarat yang Tailong berikan sebagai pertukaran nyawanya. 

"Habis apa kita buat kat sini Pak Su? Kalau Pak Su nak masuk, Pak Su masuk sorang. Luuna nak balik!" Luuna sudah pusing badan mahu beredar, namun tubuhnya terasa ringan saja naik ke udara. 

"Ah!!!" Jerit Luuna yang sudah dikendong di atas bahu orang suruhan Tailong. 

Khairul yang terketar-ketar mengikuti langkah lelaki berbadan besar itu berdoa supaya Tailong tidak mengapa-apakannya. Jeritan Luuna padanya hanya dibiarkan. Janji aku selamat, sudah! 

Bunyi musik kuat berdentam-dentum menyapa pendengaran Luuna yang tika itu masih atas bahu lelaki tadi. Rupanya bangunan kasino itu bukan hanya pusat perjudian semata, tetapi kelab pelacuran juga! 

Luuna meronta sambil kaki juga turut sama cuba menendang rambang. Namun usahanya sia-sia saja. Rangkulan lelaki itu tidak mungkin dapat dilepaskan. Tulangnya rasa mahu patah saat lelaki suruhan itu mengemaskan rangkulannya. Dalam hati sudah berdoa agar dia dapat pulang selamat ke rumah. 

"Tailong..." kata orang berbadan seperti ahli angkat berat itu pada ketuanya lalu tubuh Luuna diturunkan kasar. Bunyi musik yang tadinya kuat mengetuk gegendang telinga Luuna sudah lesap. Bilik kalis bunyi! Yang kedengaran hanyalah suara orang bercakap-cakap di dalamnya. Kepala Luuna sedikit perpinar kerana tubuhnya dibawa seakan guni beras dengan kepalanya terhayun-hayun dari bawah. Rambut yang menutupi wajah hadapannya ditolak ke belakang. Saat matanya melihat di hadapan, Luuna beranjak sedikit ke belakang. 

Lelaki Cina bertubuh besar tanpa berpakaian itu tersenyum sinis kepada Luuna. Di dadanya mempunyai tatu berkepala harimau. Rokok dikepit di bibirnya. Dia hanya berseluar khakis hitam sementara tali pinggang, butang dan zipnya sudah terbuka. Malah di kiri dan kanan tubuhnya ada dua wanita seksi yang hanya berpakaian dalam saja yang duduk sambil mengelus-elus tubuh lelaki cina itu tanpa rasa malu. Tangan lelaki itu pula berada di belakang bahu kedua wanita yang di sampingnya. 

Luuna lempar wajahnya ke kiri dari melihat terus ke arah lelaki cina yang digelarkan Tailong itu. Jijik mata ini untuk melihatnya. Sempat pula Tailong itu menunjukkan aksi cumbuannya dengan wanita seksi tadi di hadapan Luuna. 

Tailong bukan berseorangan. Dia ditemani oleh 3 lagi temannya yang juga sedang diulit wanita-wanita seksi. Pakaian mereka sama saja! Dua dari pada temannya berbangsa cina, sama seperti Tailong. Cuma ada seorang lagi yang Luuna sukar untuk tebak bangsanya. Soalnya kulit dia tidaklah secerah kedua lelaki tadi, tapi sedikit gelap. Pandangan lelaki itu juga sudah melekap pada Luuna. Semakin menggigil Luuna rasakan. Wanita yang mengelek disebelahnya hanya dibiarkan tidak disentuh. 

'Astagfirullah... Apapun gudaanMu padaku saat ini, jauhkanlah aku dari lelaki-lelaki seperti ini, Ya Allah. Apa sebab Pak Su Khairul bawa aku kemari?' Luuna mengilas mata ke setiap sudut. Tidak mahu dipertontonkan dengan maksiat di depan matanya. Walaupun Luuna tidak bertudung, tapi dia masih punya malu. Mana nilai normatika mereka sebagai lelaki yang seharusnya melindungi wanita? 

Inilah realiti di zaman sekarang, Luuna. Wanita hanya dijadikan hamba nafsu ke sesiapa yang mahukannya. Yang mana jika sudah terjebak ke dalamnya, sudah pasti akan punya jalan sukar untuk keluar. 

Rongga nafasnya pula hampir tersekat dari menerima oksigen dek asap rokok yang berkepul-kepul naik memenuhi ruangan bilik kedap bunyi itu. Terbatuk-batuk Luuna dibuatnya. Walaupun dikibas-kibas menggunakan tangannya asap itu tetap tidak mahu menghilang. 

"Tailong... Ini anak saudara aku." Kata Khairul menyentak Luuna. Sekilas wajah Khairul, Luuna padang dengan rasa sangsi. Apa maksud Pak Su berkata begitu? 

Tailong angkat kedua tangan ke udara melepaskan rangkulan bahu wanita seksi tadi. Dengan rokok dikepit dicelah jari telunjuk dan jari tengah dia berjalan mendapatkan Luuna. Semakin Tailong mendekat semakin Luuna menjauh. Akhirnya langkah Luuna dihentikan oleh pengawal yang membawa Luuna masuk ke dalam bilik itu. 

Tailong tersenyum suka melihat Luuna yang ketakutan. Naive. Tapi wanita seperti ini yang dia suka. Kalau di asah, wanita ini bisa memberi pulangan yang lumayan kepada kelak. Malah kasino miliknya itu sudah digelar syurga dunia. Lekuk tubuh Luuna yang berbaju kurung kapas berbunga kecil dilirik penuh bernafsu. Memang perempuan melayu dia paling suka! Sopan dan malu-malu itu yang buat dia semakin geram. Wanita itu hanya akan dilepaskan setelah dia 'pakai' sampai puas. Senyum kembali menguntum di bibir Tailong. 

Terbatuk kuat Luuna bila Tailong menghembuskan asap rokok ke wajahnya. 

"Wa tak sangka, lu punya anak saudara banyak cantik. Kenapa lu tak bagi tahu wa?" Tailong naikkan jarinya untuk membelai wajah Luuna, namun laju Luuna tepis. 

"Pak Su! Apa ni Pak Su?! Apa yang dia nak dari Luuna?" Luuna tahan air mata yang sudah mahu tumpah bila Tailong mendekatinya dan hampir menyentuhnya. Apa ini semua? Bukan ini tujuan dia pulang. 

"Lu tak bagi tahu dia ka?" Soal Tailong pada Khairul namun wajahnya masih melekat pada Luuna. 

Khairul menggeleng takut. Kemudian Khairul menundukkan kembali wajahnya ke lantai. 

"Kalau lu mahu tahu... Ini orang tua sudah jual lu pada wa sebab mahu bayar hutang judi dia... Sebab kalau dia tak bayar, nyawa dia wa angkat kasi sama jumpa tuhan Allah... Sekarang Lu tahu macam mana najis uncle lu ni kan? Sanggup jual darah daging sendiri untuk bayar hutang. Kesian lu..." jelas Tailong dalam pelat cinanya. Tangannya sekali lagi diangkat untuk menyentuh wajah mulus Luuna. Untuk sekian kali Luuna tepis kasar. 

Luuna terkesima. Apa?! Aku dijual semata-mata mahu menjelaskan hutang? 

"Pak Su! Sanggup Pak Su buat Luuna macam ni?! Mana janji Pak Su pada ibu. Mana? Pak Su janji dengan Ibu nak jaga Luuna macam anak sendiri?!" Akhirnya air mata Luuna sudah tidak dapat ditampung oleh kelopak mata. Berderaian di pipinya. Sungguh Luuna tidak menyangka, Pak Su Khairul tega menjualnya. Seorang yang dia percaya akan menjaga dan menjadi tempat bergantung hidup setelah ketiadaan ibu bapanya. Dia dan Qaiser sudah menjadi anak yatim piatu namun Pak Su Khairul sampai hati melakukan hal terkutuk ini kepadanya. Harapan yang dikumpul bersama, kini semakin hilang jauh dibawa pergi. Jadi inilah hal mustahak yang Pak Su Khairul katakan padanya tempoh hari. Meminta dia pulang segera semata-mata mahu menjual dirinya demi melunaskan hutang? Kegilaan apakah ini! 

Pang! 

Berdesing telinga Tailong bila jari halus Luuna hinggap ke pipinya. Tidak cukup dengan itu, wajah Tailong sudah terpalit dengan ludah. 

Tailong rasa tercabar. Seumur hidup belum pernah ada seorang wanita pun yang berani naikkan tangan ke wajahnya apatah lagi meludahnya. Orang yang lahirkan dia pun tak pernah cubit dia. Tapi perempuan ni sudah naik tangan siap mukanya diludah pula! 

"Bawa dia bilik wa!" Arah Tailong pada orang suruhannya. Dengan patuh arahan diterima. Tubuh Luuna sekali lagi diangkat tinggi disangkut di atas bahu dan dibawa pergi. 

"Pak Su! Tolong Luuna, Pak Su! Tolonggg!!!" Semakin sayup suara Luuna saat pintu bilik kedap bunyi itu tertutup kembali. 

Khairul hanya mampu memejamkan matanya rapat-rapat. Menyesal pun tiada guna, Khairul. Teringat janji yang di taman oleh Khairul pada Kirana, kakaknya. 

"Rul akan jaga Luuna dan Qaiser macam anak Rul, kak. Rul janji..." 

Kini janji yang dipatri pada Kirana sudah terlerai. Janji hanya tinggal janji. Kecanduannya pada judi buat Khairul lupa janjinya pada Kirana. Saat itu juga terpampang wajah Kirana di hadapan matanya. Mata tu menghunus tajam padanya dengan wajah yang merah penuh marah. Peluh merenik di wajah Khairul. Kak Kirana maafkan Khairul... Maafkan Pak Su, Luuna. Ini saja jalan selamat yang Pak Su ada untuk selamatkan nyawa Pak Su dan Mak Su. 

Pap! Satu sampul surat berwarna coklat dilempar dihujung kaki Khairul. Khairul mendongak melihat si pelempar. 

"Itu duit lu. Sekarang hutang lu habis. Lain kali, kalau mahu hutang lagi, cari wa. Wa kasi special rate sama lu." Beritahu Tailong siap menitip pesanan ringkas pada Khairul. 

Khairul menyumpah dalam hati. Dia sudah bertekad. Keluar dari sini, memang aku takkan jejak lagi kaki aku ke sini. Ini kali terakhir. Berhutang dengan kau, adalah kesilapan terbesar aku. 

Khairul berlalu bersama sejumlah wang yang belum diketahui berapa isinya. Dia juga tidak berhasrat mahu mengetahui berapa jumlahnya. Hatinya masih disayat pilu mendengar rintihan Luuna padanya. Belum lagi janjinya pada Kirana turut dimungkiri. Walaupun sudah lega kerana nyawanya sudah selamat, namun kerisauan pada Luuna pula yang naik bercambah. Apa yang harus aku beritahu pada Qaiser kalau anak itu bertanyakan kakak kesayangannya?

Kau menyesal pun tiada guna Khairul. Benda dah jadi. Janji nyawa kau selamat. Desisnya dalam hati. Semakin jauh dia melangkah semakin hilang juga rasa bersalahnya kepada Luuna. Tentang Qaiser, pandai-pandailah aku auta budak tu. 

"Aku beli perempuan tu..." Kening Tailong terangkat tinggi bila suara yang sejak tadi diam tiba-tiba berbunyi. Dia mengerling anak muda itu. 

"Sorry! Wa jual itu amoi. Wa nak kaut hasil. Baru wa jual." Tailong menolak permintaan anak muda itu. Bukan kerana dia tidak mahu wang. Tapi perbuatan Luuna pada dirinya sebentar tadi masih belum boleh dimaafkan. Tailong mahu Luuna kesal kerana telah menampar Dan meludah dirinya. Wanita itu akan rasa bagaimana sakit hati saat dirinya dimalukan di depan teman-temannya. 

"500 ribu! Cukup?" Dia masih tidak berputus asa. Masih juga ditebar umpannya dengan harapan mengena. Kalau dia berkehendak, tiada yang bisa menolak kemahuannya. Bukan juga Tailong yang terkenal dengan tuhan pencabut nyawa. Malah dia tidak hairan langsung dengan Tailong. Selagi dia ada wang, apa saja boleh dibeli. Termasuk kasino Tailong ini. Oleh sebab itu, Tailong buat dia jadi pelanggan VVIP di dalam kasinonya ini. Malah setiap kali dia berkunjung ke kasino ini, Tailong akan beri layanan tip-top padanya. Termasuklah wanita kelas pertama yang ada di kasino itu. 

Tailong sudah mengukir senyuman luas. Wah! Belum apa-apa duit sudah masuk. Tubuh wanita yang hanya berpakaian dalam disisinya dipeluk mesra sambil melepaskan kucupan berahinya. 

"800 ribu! Last offer wa kasi lu. How?" 

"Deal!" tanpa berfikir lama si anak muda itu terus bersetuju. Terus wanita seksi yang mengulit dirinya sejak tadi ditinggalkan terpinga-pinga. Dia menyelak jaket kulit di tubuhnya dan mengeluarkan buku cek. Siap sejumlah amaun ditulis, dia mengoyakkan cebisan kertas itu lalu dicampakkan di atas meja. Tepatnya kepada lelaki cina bertatu tadi. 

"Hantar dia pada aku." Pesanan tegas dititip sebelum dia keluar dari sarang maksiat itu. Sejak tadi dia hanya menjadi penonton pada aksi 'ranjang' tiga pasang manusia yang mahukan kepuasan nafsu. Setiap seorang dari kami diberikan 2 wanita seksi sebagai meneman. Mahu diapakan wanita seksi itu juga tidak Tailong peduli. Memang itu yang Tailong inginkan untuk menjaga pelanggan papan atasnya. Pelbagai jenis aksi yang 'dijamu' di depan mata, namun sedikit pun tidak menjentik rasa nafsunya untuk turut sama. 

Semenara di dalam bilik asing, Luuna menghamburkan tangisnya. Apa lagi yang dia boleh lakukan selain itu? Lagipun tiada jalan keluar untuk dirinya. Pintu utama, satu-satunya jalan keluar telah dikunci dari luar yang juga dikawal ketat. Setelah mengetahui dirinya dikhianati oleh keluarga sendiri, kenyataan itu begitu perit untuk ditelan. Siapa lagi yang harus dia percaya setelah keluarga sendiri mengkhianatinya? 

"Sampai hati Pak Su buat Luuna macam ni... Mana janji Pak Su pada Ibu? Pak Su janji nak jaga Luuna dengan Qaiser. Mana janji Pak Su? Malah Pak Su jual Luuna sebab nak bayar hutang... Tidak adakah sedikit pun rasa sayang Pak Su pada Luuna, keluarga Pak Su sendiri? Luuna ini siapa dengan Pak Su? Sampainya hati Pak Su buat Luuna begini..." 

Luuna tersedu-sedan dengan bahu yang terhinjut sama. Muka sudah comot dengan air mata sendiri. Tangisnya bagaikan sudah tak punya suara. Hanya air mata yang jatuh menitis tak mampu diseka lagi. Hatinya sakit. Beginikah rasa sakit dikhianati? Lebih lagi dari keluarga sendiri. Amat menyakitkan! 

Luuna yang terpinga-pinga bila pintu masuk ke bilik itu terbuka dari luar. Lagi mengejutkan yang meloloskan diri di balik pintu bilik itu bukanlah lelaki cina bertatu kepala harimau yang digelar Tailong tadi, tapi lelaki asing yang juga turut sama menjadi saksi dirinya dijual oleh ayah saudaranya sendiri. Lelaki berkulit sedikit gelap dari keempat lelaki yang ada di dalam bilik itu, kini sudah berada di hadapan wajahnya. Lelaki itu memandang tepat ke arahnya sambil kedua tangan disembunyikan di dalam saku seluar. Sangat angkuh sekali gayanya. 

"Apa nama penuh kau?" Soal lelaki itu garang. Muka juga tidak menampakkan senyum. Matanya sudah sejak tadi tajam menyucuk pandangan Luuna yang lencun dengan air mata. 

"Bukan urusan kau!" Jawab Luuna kasar. Suaranya sedikit bergetar. Apa tidaknya, sejak dimasukkan ke dalam bilik asing itu. Hanya menangis saja kerjanya. 

Si lelaki ketawa sinis. Kemudian melangkah mendekati Luuna lalu bertinggung satu lutut mencecah lantai. Rahang Luuna disambar kasar lalu dihadapkan tepat ke wajahnya. Mata Luuna terpejam rapat, tidak mahu menatap wajah itu. 

"Buka mata kau!" Arahnya keras pada Luuna. 

Dengan takut-takut Luuna membuka mata. 

"Aku dah beli kau dari Tailong. So, semua yang ada pada kau adalah hak aku. Termasuklah badan kau..." Lalu melepas rahang Luuna dari cengkamannya. Sangat kasar perlakuan itu. Luuna menoleh kembali menatap wajah itu dengan pandangan benci. 

"Hak? Sejak bila aku jadi hak kau? Aku bukan hak sesiapa! Bukan juga hak orang dah dah jual aku. Lebih lagi untuk jadi hak kepada orang seperti kau. Puih!" Luuna membalas kasar sambil air liurnya turut dikeluarkan dan hinggap ke wajah lelaki itu. 

Si lelaki terpejam sambil mengetap rahang sendiri bila terasa wajahnya dikotori. 

"Kau memang berani. Tadi muka Tailong yang kau ludah, sekarang? Kau..." Rambut Luuna yang beralun indah paras dada itu direntap ke belakang. Terdongak kepala Luuna dibuatnya. Mengerang sakit Luuna menahan perit. Kulit kepalanya bagai mahu tersiat dari tengkoraknya. 

"Sekarang kau bukan hak aku. Tapi sekejap lagi... Kau kan jadi hak aku sepenuhnya." 

Prak! Baju kurung kapas di bahagian bahu Luuna pula direntap kuat. Terkoyak! 

Terbuka luas mata Luuna saat melihat bajunya sudah terlondeh separuh jatuh ke bawah hingga mendedahkan sebahagian dadanya. 

"Tolonglah, jangan buat saya macam ni..." Rayu Luuna sambil merapatkan kedua tapak tangannya di hadapan lelaki itu. Si lelaki hanya tersenyum sinis. Rambut Luuna masih dalam genggamannya. Melihat dada putih itu, dia semakin teruja mahu memulakan aksi. Tadi saat dipertontonkannya dengan aksi berahi di depan mata, sedikit pun dia tidak terliur, malah tidak tertarik sedikit pun. Tapi melihat Luuna yang, tekaknya seakan kering dari liur sendiri. Degup jantungnya berdegup laju. Sepantas kuda berlari. Nafsunya tak semena melonjak-lonjak.

"Lepas? Hahaha... Bodohlah aku kalau lepaskan hidangan depan mata. Malang betul nasib kau ni. Ada pakcik pun tak guna. Sanggup jual anak saudara sendiri demi hutang. Pity you. Tapi nasiblah aku ni berhati mulia, tebus kau dari Tailong. Kalau dengan Tailong, aku tak jamin nasib kau macam mana. Mungkin nasib kau akan jadi sama dengan perempuan-perempuan dalam bilik tu. At least bila kau dengan aku, kau hanya layan aku seorang saja. Menarik tak tawaran aku tu?" 

"Bangsat! Syaitan!" Hambur Luuna dengan rasa marah yang bukan sedikit. Sakit dadanya menerima kata lelaki itu. Walaupun hakikat yang dinyatakan adalah benar, tapi untuk jadi pemuas nafsu lelaki ini... Aku tak sanggup. Baik aku mati! 

Makin pecah tawa lelaki itu dibuatnya. Dia bangsat? Syaitan? Dia lebih teruk dari bangsat. Ya, dia memang syaitan yang bertopengkan manusia. Jadi? 

"Kejap lagi aku tunjuk betapa syaitannya aku." 

Prak! 

Baju kurung kapas Luuna terkoyak sepenuhnya. Habis terdedah bahagian atas badan Luuna. Luuna lantas menyilangkan kedua tangganya ke dada sendiri walaupun tidak mampu tertutup semuanya. Hanya air mata yang sedari tadi tak henti mengalir sambil hati tak henti berdoa supaya dia terselamat dari genggaman lelaki itu. 

Tubuh Luuna dipaksa bangun dengan tarikan kuat pada rambutnya. Kemudian tubuh Luuna dihempas di atas katil bersaiz king yang memang disediakan oleh pengunjung kasino yang mahukan sanggama. Peluang yang ada Luuna tidak siakan. Kaki diangkat tinggi lalu sebuah tendangan hinggap kebahagian perut lelaki tadi. Tendangan itu awalnya mahu dijuruskan ke arah pada kelakiannya, namun tersasar. Lelaki tadi sedikit ke belakang apabila menerima tendangan yang tidak dijangka tadi. Perutnya yang senak, dibiarkan. 

Tali pinggang yang melilit pinggangnya ditanggalkan. Luuna ditarik jatuh ke bawah semula kemudian dia mengikat tangan Luuna di kaki katil menggunakan cebisan baju wanita itu yang dikoyaknya tadi. Dia kasi keselesaan, wanita itu tidak bersyukur. Nah! Rasakan. Aku kasi kau lantai sejuk dan keras ni untuk jadi peneman aku ratah kau. 

"Lepas!" Dari tadi hanya itu yang Luuna sebut. Walaupun mustahil hal itu akan berlaku, Luuna tetap berharap akan berlaku sedikit keajaiban. Namun saat cebisan kain baju kurungnya dilucut turun melepasi kaki, musnah sudah keajaiban yang Luuna harapkan tadi. Kini dia sama seperti wanita di dalam bilik kedap bunyi itu. Hanya pakaian dalam saja menjadi alas kulit Luuna saat ini. 

Si lelaki tersenyum semakin lebar. Tontonan di depan matanya saat ini lebih asyik dari apa yang dia bayangkan. Kulit putih mulus itu bagai memanggil-manggil dirinya untuk dibelai.

Bermula dari baju T-nya hinggalah seluar jeans miliknya dilepas jatuh. Sudah tidak ada lagi lapik diantaranya. Seluruh tubuhnya dipertontonkan kepada Luuna. Luuna berpaling jijik. 

"Jangan!" Terlepas lapisan yang menutupi kewanitaannya terbang dilempar jauh oleh si pemangsa. 

Jeritan Luuna kemudiannya diganti dengan kesakitan yang sungguh tidak terperi sakitnya. Air matanya sudah kering. Rayuannya sedikitpun tidak dihiraukan malah semakin membuat lelaki itu bernafsu meratahnya. Habis lembik lesu seluruh tubuhnya dikerah. Semua sentuhan itu, buat diri Luuna kesakitan. 

Beginilah rasanya diperkosa? 

Khal hela nafas kemengahan. Kedengaran kuat di ruangan itu. Rasanya inilah kali pertama dia rasakan apa itu namanya puas, sepuas-puasnya. Wajah cantik dan tubuh lesu di hadapannya dipandang dengan senyuman segaris. Kemudian dia bangun semula dan menuju ke bilik air tanpa satu apa yang tersarung ke tubuhnya. Dibiarkan Luuna begitu saja dengan kesakitannya dan sejuk lantai mozek yang menggigit tubuh. Kedengaran tawa lelaki itu dari dalamnya. 

"Sekarang aku boleh jadi ketua syaitan tak?" laungnya dari dalam sana. 

Luuna meraung di dalam hati. Tidak terperi sakit hatinya saat itu. Hanya dengan satu malam, seluruh hidupnya hancur. Impiannya juga musnah. Ini semua kerana serakah manusia yang mahukan kesenangan tanpa belas ditinggalkan. 

Rasa sakit di bahagian ari-arinya masih belum dapat menutup rasa sakit hatinya di atas pengkhianatan darah daging sendiri. Bertambah rasa benci Luuna pada Pak Su Khairul. 

'Ya Allah! Berat sungguh dugaan yang kau turunkan kepadaku. Kenapa kau tidak ambil saja nyawaku? Aku sudah tidak berguna.' 

Harga dirinya sudah hilang bersama. Selepas diteroka dengan kasar, tubuhnya dibiarkan kesejukan tanpa belas.

Entah bilakah episod ngeri ini akan berakhir?

"Luuna! Oi!" Bahu Luuna, Jazmine tolak kuat. Mengelamun! Penat aku membebel dia berangan. 

"Hah? Kau cakap apa Jaz?" Soal Luuna terpinga-pinga. Tak disangka kejadian 2 tahun dulu kembali menghantuinya. Itulah kejadian yang mengikat dia dengan Khal. Si syaitan bertopengkan manusia. Malah sejak berjumpa dengan Khal tempoh hari, detik malamnya sudah tidak lena. Banyak imbasan-imbasan perlakuan Khal padanya yang membawa mimpi ngeri. Imbasan menyakitkan! 

"Kau dah fikir masak-masak apa yang aku cakap semalam? Berhenti kerja dan kerja dengan Haiqal." 

Luuna hela nafas. Badan disandarkan semula ke dada sofa. 

"Nanti aku fikirkan." 

"Tak payah fikirlah! Besok kau hantar surat berhenti. Noktah!" 

Luuna jeling Jazmine di sisinya. Diktator! Nasib lah Haiqal penyabar orangnya. Kalau tidak, memang hari-hari bergaduh dengan Jazmine yang kaki mengarah dan memaksa ni. 

"Yelah! Puas hati kau sekarang?" Akhirnya mengalah juga Luuna dibuatnya. Selagi sahabatnya itu tidak dapat kata putus, memang akan dituntut sampai dapat. 

"Hah! Macam tulah. Sekarang kau pergi mandi. Busuk! Aku dah lapar, tak sabar nak makan nasi goreng ikan masin kau tu. Pergi cepat!" Tubuh Luuna seraya ditolak Jazmine bangun dari kulit sofa. Dengan langkah malas Luuna atur kaki ke biliknya. Baju yang tersarung di tubuhnya dicium sekilas. 

Huh! Memang bau ikan masin! Patutlah Jazmine kata aku dengan ikan masin tak ada beza. Tuala, Luuna sambar dan terus mandi. 

Di luar Jazmine mengeluh nasib yang menimpa Luuna. Bilakah agaknya kau boleh bahagia Luuna? 

Bersambung.

Share this novel

Indah Nabiah Kanun
2021-08-24 20:38:33 

smoga sihat walafiat n terus berkarya ya

Darling Anis
2021-03-08 22:58:09 

s.n xupdate lg ke yg terbaru..... so excited....

Ella Halim
2020-12-25 01:09:07 

xada update terbaru ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience