CIBM | Bab 2.

Romance Series 289808

'WELCOME to McDonald. Your order, please?' 

Dalam sehari entah berapa ratus kali perkataan itu ditutur keluar dari bibirnya. Sampaikan sudah bercakap seperti di atas angin saja. Lagi-lagi bila menjangkau jam pulang. 

Hari ini syif Luuna dari jam 3 petang hingga ke 11 malam. 

Memandangkan besok hujung minggu, jadi semakin padat pengunjung di pusat makanan segera ini. Letih jangan dikira. Demi sesuap nasi, letih itu jadi belakang cerita. 

"Luuna, kalau awak extent lagi beberapa jam boleh? Staf tak cukup ni. Yati tadi baru ambil emergency leave. Ayah dia sakit katanya. Bob pula MC sebab termakan nasi basi sampai cirit-birit. Jadi tak cukup midnight staf. Untuk 2 jam saja. Boleh tak?" Soal En. Ehsan merangkap penyelia dia restoran ini. Kini hanya Luuna harapan terakhirnya untuk menggantikan Yati dan Bob. Orang lain sudah awal-awal lagi angkat tangan.

Ehsan sangat sukakan kelembutan seorang Luuna Kamila. Wanita yang cukup lengkap untuk digilai oleh lelaki. Selain mempunyai wajah yang cantik, pekertinya juga seiring dengan kecantikannya. Sungguh beruntung siapa yang memiliki hati insan bernama Luuna Kamila. 

Namun Ehsan hanya mampu memuji Luuna dalam diam kerana dia hanya dapat melihat namun tidak dapat menzahirkannya. 

Luuna tersenyum lebar. Alhamdulillah, Nampaknya rezeki dia banyak juga untuk bulan ni. Dapatlah dia kumpul duit lebih.

Melihat Luuna tersenyum lebar, Ehsan melepas nafas kelegaan. Sesungguhnya Luuna adalah penyelamat hampir setahun dia bekerja di sini. Selama itu jugalah hampir semua kerja yang diberikan dapat dilakukan dengan sempurna selain Luuna orangnya cepat belajar. Sekali ajar saja sudah ingat. Malah dia tidak pernah merungut bila diberikan kerja lebih. Itu yang paling Ehsan suka. Sedangkan orang lain ada yang sampai berhenti kerja kerana tunjuk protest. Alasannya tidak mahu menerima kerja lebih banyak dari gaji yang diterima. Walhal bukan sebab itu. Sebab penyakit yang namanya malas. Bila malas ni berleluasa maka akan datanglah beribu macam alasan. 

"Awak tak penat ke Luuna? Kerja tak berhenti. Saya tengok, life awak hanya dengan kerja saja. Boring tau kalau jadi boyfriend awak ni." Soalan Ehsan yang terselit gurauan itu tiba-tiba buat Luuna meredakan senyumannya. 

Boyfriend? 

Manalah ada gelaran itu padanya. Mungkin juga dia akan selamanya begini. Dia tidak punya masa untuk itu. Kalau pun ada yang cuba mendekatinya, pasti dia akan melangkah 100 kali ke belakang dan lari jauh. Kerana dia tidak mahukan komitmen. Cukuplah hanya ada Lutfan Qaiser. 

Kalau disoal mengenai penat. Bukan tak penat. Penat. Malah tulang aku ni pun dah bunyi seperti engsel pintu yang belum di gris. Krek kruk krek kruk saja bunyinya. Tapi, aku ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. 

"Penat juga Encik. Tapi kerja apa yang tak penat kan? Alhamdulillah, saya suka kerja saya. Jadi saya tak rasa penat sangat. Letih memang letih, tapi dah terbiasa." Jawab Luuna sopan. 

Ehsan tersenyum manis. Lelaki yang yang mempunyai wajah tampan itu semakin tidak lokek dengan senyuman bila berhadapan dengan Luuna. Luuna memang seorang pekerja yang rajin dan sangat bertanggungjawab. Itu yang buat Ehsan lebih mesra dengan Luuna berbanding staf yang lain. Berurusan dengan Luuna juga amat mudah. Kadang kala Ehsan jatuh kasihan dengan Luuna. Bekerja bagai nak mati tapi tidak tahu untuk siapa. Namun dia tak pernah merungut. 

Walaupun begitu, itu hanya sebahagian kecil yang Ehsan tahu. Luuna juga mengambil upah luar selain di kedai makanan segera ini. Namun Luuna rahsiakan dari pengetahuan sesiapa kerana tidak mahu cerita sumbang belakang hari. Yang tahu soal ini hanyalah Jazmine, kawan baiknya. 

"Baguslah kalau macam tu. Nanti kalau awak penat handle bahagian drive thru, Awak boleh tukar dengan Maya. Nanti saya inform dia sekali. Okey awak boleh sambung kerja." Beritahu Ehsan sambil berlalu dari situ. Luuna kembali melakukan tugasnya. 

"Welcome to McDonald. Your order..." ayat yang sama itu masih diulang setiap kali kenderaan pelanggan berhenti di mesin kaunter pesanan. 

"Give me double spicy chicken McDeluxe and 6 pieces chicken nuggets." Sebut pengunjung itu satu persatu tentang menu yang dipesannya. 

Jari telunjuk Luuna laju menekan papan layar komputer di hadapannya. "Total RM31.20 encik. Sila bayar depan." Kata Luuna kepada pelanggan itu.

Luuna membuka cermin kaunter untuk mengambil duit dari pelanggan yang membuat pesanan. 

Not RM50 bertukar tangan. 

Wang lebih dikembalikan kepada pelanggan itu. Kemudian Luuna segera mendapatkan semua pesanan yang diminta oleh pengunjung tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg coklat yang disediakan. 

"Thank you Sir. Come again." Sambil menyerahkan 2 bungkusan beg coklat itu kepada lelaki bercermin mata di dalam kereta. 

"That's for sure Luuna Kamila... Lagi-lagi I dah tahu mana nak cari you lepas ni." 

Nama itu... Luuna merenung wajah lelaki yang mengenakan spek mata hitam di hadapannya itu sekali lagi. Kenapa suara yang menyebut nama aku itu bagai terlalu familiar baginya? 

Saat lelaki itu menanggalkan spek mata hitamnya, wajah Luuna semedang menjadi pucat lesi. Darah bagaikan tersekat daripada disalurkan ke otak. Terus perasaan takut menyelinap masuk ke dalam hatinya. 

Allah! 

Seperti halilintar yang menyambar di depan matanya. Terkejut jantungnya bila disapa pandangan mata tajam itu. Wajah itu kembali lagi terpampang di depan mata.   

“Well... Well... Well... Kecil betul dunia kan? Bertahun I cari you, Luuna. Dekat sini rupanya you menyorok." Bersama senyuman sinis yang membunuh, dia merenung Luuna tajam. 

Dahi Luuna berpeluh serta merta. Waktu itu juga dia dirasakan jantungnya sudah berhenti berdetak. 

"You ibarat kacang lupakan kulit, Luuna. Senang-senang you lupakan orang yang dah tolong you..." ayatnya sengaja digantung. Dia tahu Luuna terdera dengan katanya. Dari kulit wajah  Luuna yang pucat pun dia dah jangka. 

"Well, you semakin cantik. For those smiles, pastikan kau simpan untuk aku saja." Sebuah kad dicampakkan di hadapan Luuna dan hampir mengenai batang hidung mancung wanita berkulit putih itu. Namun tidak diambil oleh Luuna. Kemudian lelaki itu menggerakkan keretanya meninggalkan Luuna dengan senyuman membunuhnya sekali lagi. Cermin mata hitam yang ditanggalkan tadi kembali digantung di batang hidungnya. 

Luuna masih kaku tanpa suara. Kakinya lemah bagai sudah tidak boleh menampung berat badan sendiri. Akhirnya, perlahan-lahan dia melorot dan terduduk sambil merapatkan kedua lututnya ke wajah. Air mata turun perlahan-lahan kemudian beransur deras. 

"Nak order!" Suara dari pelanggan yang sedang menunggu giliran. 

"Luuna! Hey kenapa ni?" Maya lantas memeluk bahu wanita itu. Cemas Maya melihat Luuna begitu. Jelas tubuh Luuna sedang menggeletar. Dia sempat melihat kejadian tadi dan melihat kenderaan pelanggan tadi beredar sebelum Luuna jadi seperti itu. Kenapa? Pasti ada sesuatu. 

"Awak rehat dulu lah Luuna. Risau saya macam ni. Biar saya ganti awak." 

Luuna hanya menurut. Memang dia mahukan ruang untuk menenangkan hatinya. Maya sempat mengambil kad yang berada di atas lantai. 

Masuk di dalam bilik rehat, Luuna menangis sepuasnya. Bayang hitam itu bakal mengejarnya sekali lagi. Dia buntu. Dia pasti tidak dapat lari lagi. Sudah hampir setahun dia mengelak dari lelaki itu. Tapi akhirnya ditemukan juga. Kad yang diserahkan oleh Maya tadi, Luuna campak ke tong sampah tanpa melihatnya sedikitpun. 

* * * 

Dua beg coklat berisi makanan segera dari restoran makanan segera itu, Khal campak saja di atas kerusi hadapan. Cermin mata hitam yang tergantung kemas di batang hidungnya ditanggal kasar. 

Tak disangka, sekian lama dia mencari baru kini dia ketemu dengan pemilik nama itu. Sungguh tepat pada masanya. 

"Luuna Kamila..." Nama itu meniti di bibir merahnya. Nama yang tidak akan pernah lupus dari bibirnya. Otak dan memori dia masih mengingati jelas sepotong nama itu. Mana mungkin dia lupa. Nama itu suatu ketika dulu adalah kepunyaannya. Hak miliknya. 

"Dekat setahun aku cari, rupanya kat sini kau bersembunyi ya?" Soalan diajukan pada diri sendiri. Kemudian bibirnya melorek senyuman sinis. 

"Kau takkan terlepas lagi dari aku, Luuna." 

Enjin kereta Lexus LC putih miliknya dihidupkan. Dengan senyuman penuh makna dilontarkan ke arah restoran makanan segera tadi. 

"Kau milik aku Luuna... " Katanya sambil menekan padel minyak dan terus kereta sport itu menderum laju di atas jalan.  

*** 

"Lambat balik?" Soal Jazmine laju bila tubuh Luuna melepasi pintu apartmen miliknya. Jam di dinding, Jazmine kerling. 

Satu pagi! 

Bukan ke sepatutnya jam pulang Luuna 11 malam? 

Tiada balasan yang diterima oleh Jazmine. Lantas Jazmine menolehkan wajahnya menghadap Luuna yang hanya menonong melepasinya untuk menuju ke kamar. Muka pucat Luuna menarik perhatian Jazmine. 

Luuna tak sihat ke? 

Eh! Jangan cari pasal. Kalau dia tak sihat, tak jadilah date aku dengan Haiqal besok. 

Memikirkan hal itu, Jazmine bergegas mendapat Luuna di dalam biliknya. Kuatir juga dia bila Luuna bersikap begitu. Ditambah muka pucat Luuna yang sangat ketara kerana Luuna memiliki kulit yang sangat putih. 

Dan yang paling dia takutkan kalau Luuna batalkan rancangan untuk menemani dia berjumpa Haiqal. Haih! Masak aku. Dah lah Haiqal sudah seminggu tiada di Malaysia. Bila balik inilah masanya mereka berjumpa. Sibuk betul Haiqal dengan kerjanya. Bila dah dekat waktu dapat dating, Luuna pula 50-50 walaupun Luuna dah janji nak teman dia. 

"Luuna kau kat mana?" Soal Jazmine bila dia tidak melihat Luuna berada diatas tilamnya. Sunyi bilik. 

"Luuna!" Sekali lagi Jazmine menjerit nama itu. Namun masih tiada sambutan dari Luuna. 

Jazmine bergerak ke seluruh bilik. Mengintai di setiap sudut. Namun bayang Luuna langsung tidak kelihatan. Saat dia menghampiri almari kayu tempat penyimpanan baju milik Luuna. Jazmine mendengar ada suara pelik yang keluar dari dalam almari kayu itu. 

Langsung bulu romanya menegak. Bulu tengkuk juga ikut sama merinding. 

Haih! Jangan macam-macam kau hantu. Aku ni dah lah penakut. Waktu-waktu macam ni jugalah kau nak keluar. Pergi lah kau main jauh-jauh sana. Tengking Jasmine dalam hati. 

Namun dia berani kan juga untuk membuka pintu almari kayu itu. Selagi dia belum mendapat jawapan dari persoalannya, dia tidak akan keluar. 

Saat jarinya menarik pintu almari, terkejut bukan kepalang Jazmine dibuatnya bila kelihatan Luuna duduk memeluk kaki sendiri di dalam almari kayu itu sambil tunduk menangis. 

Sambil mengurut dada kelegaan, Jazmine bertinggung di hadapan Luuna. 

"Luuna kenapa kau duduk dalam almari ni? Katil kau tak cukup besar ke sampai kau sanggup duduk dalam ni, hah? Terkejut aku tahu tak! Aku ingatlah hantu lah tadi." Bebel Jazmine pada Luuna. 

"Kau kenapa ni? Dari tadi aku tanya, sepatah haram kau tak menyahut. Apa sebab? Kau sakit ke?" Soal Jazmine bertalu-talu. Rambut Luuna jatuh ke bahu ditolak ke belakang. 

Risau kot. Luuna mana pernah buat hal pelik macam ni. Pulak tu dengan menyorok dalam almari macam tadi. Rasanya ini pertama kali. 

"Dia dah jumpa aku Jaz. Dia dah jumpa aku..." Kata Luuna terketar-ketar. Air matanya masih laju turun ke pipi. 

"Jumpa kau? Siapa?" Tangan Luuna, Jazmine genggam kuat. Terasa kuat getaran tangan itu. Juga kulitnya seperti ais. Jazmine semakin cemas.  

"Khal..." 

"Hah?!" Kaget Jazmine dibuatnya. Nama yang tak asing lagi pada Jazmine sejak mengenali Luuna. Walaupun nama itu hanya beberapa kali saja meniti dibibir Luuna, tapi impak yang diberikan oleh pemilik nama itu membuatkan Luuna trauma sampai sekarang. Jazmine tidak kenal siapa Khal. Tapi Jazmine tahu Khal adalah seseorang yang sangat Luuna takuti. Malah Luuna sangat geruni. Lihat saja sekarang? Ketakutan Luuna mengalahkah baru lepas melihat hantu. 

"Kau yakin itu dia? Mungkin saja pelanduk dua serupa." Tanya Jazmine lagi. Sudah lama nama Khal hilang dari radar sejak Luuna dibawa tinggal ke apartment miliknya. Kini nama itu muncul lagi. 

"Itu memang Khal, Jaz. Aku kenal suara dia… Dia dah tahu tempat kerja aku... Dia ugut aku Jaz... Dia kata dia akan datang jumpa aku lagi... Aku takut, Jaz..." Adu Luuna terketar-ketar bibirnya. 

Jazmine memeluk tubuh Luuna yang masih memeluk lutut sendiri sambil bersembunyi di.dalam almari. Lama dia berkeadaan begitu sampai naik lenguh kaki Jazmine menjengket. 

"Lunaa, Jom. Kita keluar dari sini. Kau tak boleh tidur dalam ni." Pujuk Jazmine. Kalau dibiar memang tertidur si Luuna didalam almari kayu tu. Badan dia pun, muat-muat saja. 

" Aku tak mahu keluar. Aku takut Jaz. Nanti dia datang cari aku..."  

" Takut apanya? Apartment aku ni dah cukup secured. Lagipun mustahil dia dapat masuk. Dah! Tak payah takut la... Aku ada. Malam ni aku teman kau tidur ya?" Pujuk Jazmine lagi. 

Melihat Luuna mengangguk barulah dia membawa keluar Luuna dari tempat persembunyiannya. 

Duduk di atas katil Luuna, Jazmine menilik wajah Luuna seketika. Betul-betul pucat. 

Jazmine angkat punggung berdiri. Serentak dengan itu Luuna menarik tangannya. Kuat pegangan Luuna. 

"Jaz... Kau kata tak nak tinggalkan aku?" 

"Haih kau ni. Aku nak ambilkan kau air la. Tengok muka kau tu. Pucat macam Cik Ponti dah aku tengok. Karang tak pasal aku yang lari." 

Luuna segera menyapu wajahnya yang basah dengan airmata. Pucat sangat ke? 

"Dah kejap aje. Kau tunggu sini." 

Tak sampai berharap minit Jazmine datang semula dengan segelas mug ditangan. 

"Minum susu suam ni. Aku ada campur sedikit vanila seed. Elok untuk kurangkan stres kau. Dan lepas ni kau boleh tidur dengan lena." Beritahu Jazmine prihatin. 

Luuna menyambut tanpa banyak bunyi. Susu perisa vanila itu dihirup perlahan-lahan. 

"Now, kau nak buat apa kalau dia cari kau lagi lepas ni?" Soal Jazmine bila Luuna sudah sedikit tenang. 

"Aku tak tahu, Jaz. Apa yang aku tahu Khal tak main-main masa ugut aku. Dia betul-betul serius." 

"Aku rasa baik kau berhenti kerja situlah Luuna... Sebelum perkara lebih serius terjadi." Ada baiknya Luuna memikirkan keselamatan dirinya dulu. Berdasarkan cerita Luuna, Khal memang orang yang tak boleh dibuat main. Kalau dia mahu, yang haram pun boleh jadi halal buatnya. 

"Aku tak boleh! Kalau aku berhenti sekarang, gaji aku sangkut. Tinggal beberapa hari aje lagi, waktu gaji. Kalau aku nak berhenti pun, at least aku kena hantar notice sebulan lebih awal. Kalau tak, gaji aku burn macam tu aje. Lagipun adik aku nak masuk U tak lama lagi, Jaz. Dia perlukan duit." 

"Mana lebih penting? Gaji atau kau akan jumpa dia lagi? Kalau pasal duit adik kau nak masuk U tu, janganlah kau risau. Setakat seribu dua aku boleh hulur dulu la. Janji kau tak jumpa Khal lagi." Walaupun aku tak kenal Khal itu seperti apa, tapi ketakutan Luuna sudah jelas menunjukkan bagaimana peribadi Khal sebenarnya. Jadi aku juga tidak mahu Luuna berjumpa dengan Khal lagi. Lelaki itu amat berbahaya. 

"Aku tak boleh terima duit dari kau Jaz. Kau dah banyak tolong aku." Luuna menolak. Tinggal di sini pun percuma. Cukuplah aku menyusahkan Jazmine. Sudah banyak hutang aku pada dia. 

"Jadi kau sanggup lah jumpa Khal lagi? Macam tu? Kau tak takut dia akan bertindak lebih serius lepas ni? Kalau dia culik kau? Rogol kau? Kurung kau lagi? Tak takut?" Soal Jazmine sedikit mengugut. Sengaja juga dia menakut-nakutkan Luuna. 

Luuna terdiam berfikir kemungkinan yang dikatakan oleh Jazmine. 

Khal... Lelaki yang tidak pernah aku kenal. Lelaki yang aku boleh katakan cukup serba serbi. Dari rupa, harta dan kedudukan. Dia memang lelaki idaman para wanita diluar sana. 

Namun entah di mana silapnya, dia telah menjadi titik hitam di dalam hidupku. Jika boleh aku pusing balik waktu itu, sumpah aku akan lari jauh dari semua tu. 

“Aku rasa macam nilah, esok kau hantar resign letter. Then, aku akan cakap dengan Haiqal kau perlukan kerja. Macam mana?" Jazmine memberi usul. 

Luuna lantas menggeleng. "Kalau aku berhenti pun, aku takkan kerja dengan Haiqal. Korang dah banyak tolong aku. Cukuplah korang dah bagi aku tempat tinggal. Free pula tu. Kalau tak sebab korang, aku dah tentu merempat bawah kolong jambatan. Tak. Aku tak mahu." Terbayang kembali bagaimana dia boleh berjumpa dengan Jazmine dan Haiqal dulu. Kalau tidak, entahkan hidup entahkan mati dia sekarang. Dan kalau bukan kerana mereka, tentu sekarang aku sudah jadi anjing kurap. 

"Aku akan ikhtiar cari kerja lain lepas ni. Lagipun kerja part time yang aku buat sekarang dah nak habis. Mungkin aku boleh cari full time pula. Kerja cleaner pun boleh. Asalkan halal." Tambah Luuna lagi. 

"Gila apa kau nak jadi cleaner? Kau ada diploma dalam culinary tau. Kalau kau sambung lagi tak mustahil kau boleh sangat jadi chef. Kau saja yang tak mahu." Geram Jazmine kalau sebut akan hal itu. Luuna ni kalau diasah memang boleh jadi chef. Tapi itulah. Belum pun sempat dia meneruskan cita-citanya. Kejadian tidak diingini berlaku. 

"Setakat diploma yang tak habis tu, tak payah sebutlah Jaz. Baru sem 1 aku dah kena tendang keluar." Keluh Luuna kesal. Apalah sangat dengan sijil diploma yang tak dapat digenggamnya itu, lebih lagi pada masa serba mencabar ni? Sedangkan yang pemegang degree pun masih berlambak belum mendapatkan kerja. Jujur Luuna katakan, dia merasa sangat terkilan kerana tidak dapat menyambung jurusan yang dia minati. Bahkan cita-citanya sejak kecil itu lenyap begitu saja bila dia dikhianati oleh keluarga sendiri. 

Pedih. Rasanya mahu saja dia terjun ke perigi buta biar tiada orang yang dapat melihatnya. Dikhianati oleh insan yang bergelar keluarga sememangnya sangat menyakitkan. Disebabkan peristiwa itu juga dia terperangkap dengan Khal dan masuk ke dalam sangkar gelap lelaki itu. Persoalannya sampai bilakah dia akan berada di dalam sangkar itu walaupun hakikatnya dia sudah bebas? 

Keluhan Luuna buat Jazmine tersedar. Hai, malang betul nasibmu Luuna. Ada keluarga yang buta hanya disebabkan wang. 

"Babe... Aku dengan Haiqal tak pernah rasa kau ni menyusahkan kita orang. Lagipun, kau aje manusia yang faham aku selain Haiqal. So kalau aku tolong kau tau, memang aku ikhlas. Dengar ni. Aku tanya dulu dengan Haiqal kotlah syarikat dia nak pakai orang. Kalau dia kata ada, maknanya lepas ni kau mungkin tak kan jumpa Khal lagi. Dan masalah kau pun settle. Aku nak recommend tempat aku, tapi buat masa ni tak ada kerja kosong. Kau pun tahukan aku kerja dengan orang. Lain lah Haiqal. Kerja dengan syarikat keluarga sendiri." Berjela-jela ayat Jazmine pada Luuna. Kalau boleh dia bantu, dia akan bantu. Lagi pula hanya Luuna yang tahan kerenah cerewet dia. 

Luuna pandang muka Jazmine. Kemudian dia tersenyum. Bila difikirkan, apalah sangat dengan gaji di McDonald itu berbanding aku akan berjumpa lagi dengan Khal. Orang yang paling aku nak elak. Mungkin sampai sini saja agaknya rezeki aku di tempat makanan segera itu. "Thanks Jaz. Aku banyak terhutang budi dengan kau dan Haiqal. Dah lah tempat tinggal free, sekarang kau nak tolong aku carikan kerja pula." 

"Eh! Pertolongan aku tu bukan percuma tahu. Kau mesti bayar balik." 

"Hisy! Membazir aje aku puji kau. Rupa-rupanya tak ikhlas." Mengerucut bibir Luuna dibuatnya. 

Mengekek Jazmine ketawa. 

"Bayaran dia, kau kena teman aku besok dating dengan Haiqal. Jangan pura-pura lupa ingatan pulak. Ingat, kau dah janji." 

"La... Aku ingat apa benda lah. Mestilah aku teman kau. Kan aku dah janji. Dah lah ni pun dah lewat malam. Kau tidur dulu. Takut Haiqal tengok muka kau yang tak cukup ni, mesti dia cari orang lain." 

"Hey! Jangan macam-macam eh? Berani dia buat macam tu? Ini Jazmine lah. Kalau dia tak takut dengan aku, buatlah. Aku nak tengok. Agaknya, esok dia kenal dunia lagi ke tidak." Ujar Jazmine geram. Memang pantang bagi dia kalau orang curang ni. Akan dia tanam 7 kaki dalam tanah. 

Terlepas tawa Luuna dibuatnya. Jazmine  memang tidak akan simpan apa-apa kalau sudah marah. Angin kus-kus juga yang dibawa Jazmine ni. Selama Luuna kenal dengan Jazmine, dia memang outspoken orangnya. Memang tak bertapis. Kalau dia rasa ada yang tak kena di matanya, Jazmine akan terus menegur. 

"By the way, thanks untuk semuanya Jaz. Kalau kau tak ada aku tak tahulah macam mana aku sekarang." 

"Weh, kau ni... Selagi aku boleh tolong aku akan tolong kau. Kalau aku tak boleh memang aku cakap awal-awal. Kau pun, janganlah fikir sangat pasal mamat tu. Ingat dia tu bukan siapa-siapa pada kau. Kalau kau terus ingat dia tak mustahil kau akan hidup dalam ketakutan." Nasihat Jazmine sambil tangan Luuna diusap. 

Luuna menurunkan kepalanya beberapa kali. Tanda dia mengerti apa yang Jazmine katakan. Ya, dia akan cuba belajar lupakan lelaki itu. Cumanya, mampukah dia? 

"Kau teman aku tidur sini kan?" Soal Luuna. 

"Mestilah jadi. Kang kau menangis lepas tu menyorok lagi dalam almari tu siapa yang susah? Dah lah date aku dengan Haiqal besok. Kalau kau tak sihat, matilah aku kena tunda date lagi." Omel Jazmine siap tangan digawang-gawangkan ke udara. 

"Tak habis dengan date dia... tapi thanks air ni. Memang berkesan sangat petua ni. Sekarang aku nak mandi dulu. Bagi refresh badan tu." Ujar Luuna sambil berlalu keluar. Jazmine terus merebahkan tubuhnya ke atas tilam milik Luuna. 

Mug, Luuna letakkan di atas sinki. Untuk seketika dia termenung sambil menongkat tangan di atas sinki. 

Walaupun Luuna pasti dia akan berjumpa juga dengan Khal satu hari nanti, tapi Luuna tetap berharap hari itu tidak bakal terjadi. Kedatangan Khal bermaksud titik hitam aku bakal tersingkap dan aku mungkin akan sekali lagi masuk ke dalam sangkar gelapnya. Aku tak mahu! 

Ya! Esok aku akan hantar surat berhenti kerja. Tak dapat gaji pun tak apa, asalkan aku tak jumpa dengan Khal lagi. 

Dalam pada yang sama, Luuna berharap Khal akan terus menghilang dari hidupnya walaupun hal itu mustahil. Kerana aku diburu bagaikan pesalah olehnya. 

Bersambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience