INTERMISSION I Salmah

Thriller Series 330

Sebelum wujudnya Ghost.

Sebelum wujudnya Vengeance.

Sebelum wujudnya perang.

Terdapat seorang wanita bernama Salmah.

Salmah Razak bukan perisik.

Bukan ahli politik.

Bukan jutawan.

Bukan genius.

Dia seorang ibu.

Itu sahaja.

Namun dalam kehidupan Amir, tiada pangkat yang
lebih tinggi daripada itu.

Semasa Amir masih kecil, mereka tinggal di rumah sederhana di pinggir bandar.

Rumah teres lama.

Cat yang mula pudar.

Bumbung yang bocor ketika hujan lebat.

Ayahnya selalu sibuk bekerja.

Kadang-kadang pulang lewat malam.

Kadang-kadang tidak pulang langsung selama beberapa hari.

Salmah tidak pernah merungut.

Apabila Amir bertanya di mana ayahnya, dia hanya tersenyum.

"Abah kerja."

"Kerja apa?"

"Kerja yang penting."

"Rahsia?"

Salmah ketawa kecil.

"Rahsia."

Amir membesar dengan dua perkara.

Disiplin daripada ayahnya.

Kasih sayang daripada ibunya.

Jika Razak mengajar cara membaca manusia

Salmah mengajar cara memahami manusia.

"Kalau orang jahat buat kita sakit hati macam mana?"

Amir bertanya ketika berusia sepuluh tahun.

Salmah sedang mengupas mangga.

Dia berfikir sebentar.

Kemudian menjawab:

"Jangan jadi macam mereka."

"Itu sahaja?"

"Itu sangat susah."

Pada masa itu Amir tidak faham.

Bertahun kemudian dia mula faham.

Selepas kematian Razak, kehidupan mereka berubah.

Mendadak.

Tiada simpanan besar.

Tiada pencen mewah.

Tiada pampasan luar biasa.

Seolah-olah sistem menelan seorang manusia dan meneruskan hidup seperti biasa.

Salmah bekerja lebih keras.

Menjahit pakaian.

Menjual kuih.

Membersihkan rumah orang.

Apa sahaja yang boleh dibuat.

Dia tidak pernah menangis di hadapan Amir.

Tidak pernah.

Walaupun Amir tahu ada malam-malam tertentu di mana lampu bilik ibunya menyala sehingga subuh.

Ketika Amir memasuki akademi perisikan, Salmah orang paling gembira.

Dia membeli kek kecil.

Kek murah.

Tidak cantik.

Tidak sempurna.

Namun Amir masih mengingati rasanya sehingga hari ini.

Kerana itulah kali terakhir dia melihat ibunya
benar-benar bahagia.

Tahun berlalu.

Amir naik pangkat.

Naik lagi.

Naik lagi.

Sehingga akhirnya menjadi salah seorang pegawai paling dihormati dalam negara.

Dan tanpa sedar dia mula terlalu hampir kepada sesuatu yang tidak sepatutnya disentuh.

Malam itu bermula seperti malam biasa.
Hujan turun perlahan.

Salmah sedang menonton televisyen.

Drama kegemarannya.

Cawan teh panas di atas meja.

Tiada apa yang luar biasa.

Kemudian loceng berbunyi.

Ding dong.

Salmah bangun.

Melihat melalui tingkap.

Tiada siapa.

Dia membuka pintu sedikit.

Masih tiada siapa.

Hanya sebuah kotak kecil.

Di dalam kotak terdapat gambar Amir.

Gambar terbaru.

Keluar dari bangunan kerajaan.

Di belakang gambar terdapat satu ayat.

"Suruh anak awak berhenti."

Salmah memegang gambar itu lama.

Kemudian menutup pintu.

Dan untuk pertama kali dalam hidupnya
dia berasa takut.

Dia menghubungi Amir.

Tidak dijawab.

Mesyuarat.

Operasi.

Tugas.

Perkara biasa.

Salmah cuba menghubungi semula.

Masih gagal.

Malam berikutnya.

Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah.

Empat lelaki keluar.

Tiada jeritan.

Tiada drama.

Tiada ancaman panjang.

Mereka masuk.

Mereka bercakap.

Mereka pergi.

Jiran tidak melihat apa-apa.

Jiran tidak mendengar apa-apa.

Jiran tidak mahu tahu apa-apa.

Dua hari kemudian.

Amir pulang.

Rumah sunyi.

Terlalu sunyi.

Pintu terbuka.

Lampu ruang tamu menyala.

Televisyen masih terpasang.

Cawan teh masih berada di tempat yang sama.

Namun teh itu sudah sejuk.

"Mak?"

Tiada jawapan.

"Mak?"

Masih tiada jawapan.

Kemudian dia menemui ibunya.

Duduk di atas kerusi.

Mata tertutup.

Seolah-olah sedang tidur.

Laporan rasmi menyatakan serangan jantung.

Kes ditutup dalam masa kurang dua puluh empat jam.

Tiada siasatan.

Tiada bedah siasat penuh.

Tiada persoalan.

Semua orang menerima cerita itu.

Kecuali Amir.

Kerana dia nampak sesuatu.

Tangan kanan ibunya.

Ada kesan lebam kecil pada pergelangan tangan.
Sangat kecil.

Hampir tidak kelihatan.

Namun cukup.

Amir pernah melihat tanda yang sama.
Dalam operasi.

Dalam bilik soal siasat.

Dalam kematian yang disusun supaya kelihatan semula jadi.

Pada malam itu, Amir tidak menangis.

Dia duduk di hadapan jenazah ibunya sehingga pagi.

Diam.

Kosong.

Tidak bergerak.

Orang datang memberi ucapan takziah.

Dia tidak mendengar.

Orang membaca doa.

Dia tidak mendengar.

Orang bercakap mengenai takdir.

Dia tidak mendengar.

Kerana pada saat itu sesuatu dalam dirinya sudah patah.

Pengebumian selesai.

Tetamu pulang.

Malam tiba.

Amir kembali ke rumah.

Rumah yang kini kosong.

Dia membuka peti lama milik ibunya.

Di dalamnya terdapat pakaian.

Gambar keluarga.

Surat-surat lama.

Dan satu sampul surat.

Di hadapan sampul itu tertulis:

"Untuk Amir."

Tangannya menggigil ketika membukanya.

Di dalam terdapat satu helaian kertas.
Tulisan tangan Salmah.

Amir,
Kalau kamu sedang membaca surat ini, mak rasa sesuatu sudah berlaku.
Mak tidak tahu siapa mereka.
Mak tidak faham permainan mereka.
Mak cuma tahu mereka takut kepada kamu.
Dan manusia yang takut sanggup melakukan apa sahaja.
Amir...
Jangan biarkan kebencian memakan hati kamu.
Dunia ini sudah cukup penuh dengan manusia yang membalas luka menggunakan luka.
Kalau mak tiada nanti...
Teruskan hidup.
Jangan mati bersama mak.

Amir membaca surat itu berkali-kali.

Sehingga matahari terbit.

Kemudian dia melipatnya semula.

Meletakkannya kembali ke dalam sampul.

Dan menyimpannya dekat dengan hati.

Lima tahun kemudian.

Mereka memfitnahnya.

Mereka menyeksanya.

Mereka memotong urat sarafnya.

Mereka mencampakkannya ke longkang.

Semasa kesakitan memecahkan tubuhnya
dia teringat surat itu.

Semasa dia merangkak seorang diri dalam hujan
dia teringat surat itu.

Semasa dia hampir mati kesejukan
dia teringat surat itu.

Bukan kerana surat itu menghapuskan dendamnya.

Tidak.

Ghost masih menyimpan kemarahan.

Masih menyimpan luka.

Masih menyimpan nama-nama yang perlu dibayar.

Namun surat itu menghalangnya daripada menjadi raksasa yang sama seperti musuh-musuhnya.

Sebab itulah selama bertahun-tahun perang ini berlangsung

Ghost tidak pernah membunuh Farrel.

Tidak pernah membunuh keluarga Farrel.

Tidak pernah meletupkan bangunan.

Tidak pernah menembak sesiapa dari belakang.

Dia memilih sesuatu yang lebih sukar.

Lebih perlahan.

Lebih menyakitkan.

Kebenaran.

Kerana jauh di sudut hati yang paling dalam
masih ada seorang anak lelaki yang mengingati suara ibunya.

Dan setiap kali dia menggenggam rantai lama yang tergantung di lehernya

dia masih boleh mendengar suara itu.

Lembut.

Tenang.

Seperti dahulu.

"Amir..."
"Jangan mati bersama mak."

kali ini aku selit cerita sikit pasal emak dia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience