BAB 5

Drama Completed 312

“Semuanya kerana sayang, Su. Abang sayangkan Su. Abang juga sayangkan
keluarga Su sama macam mana abang sayangkan keluarga abang sendiri.
Sebab tu abang tak kisah walau di mana pun kita beraya.”

“Itulah juga sebabnya mengapa Su mahu kita beraya dengan keluarga abang
pula tahun ni. Su juga sayangkan abang dan keluarga abang sama macam Su
sayangkan keluarga Su sendiri. Su harap kita dapat sama-sama menjadi
anak yang lebih baik dan bertanggungjawab. Juga akan lebih mengambil
berat dan perihatin dengan perasaan orang tua kita.” Ujar Cahaya .

Semuanya memang kerana sayang. Pastinya kerana sayang juga Suzana menegur
untuk menyedarkan sahabatnya yang sudah terleka dan terlupa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience