BAB 3

Drama Completed 312

Wajah Fawwaz nampak cukup gembira ketika memaklumkan berita yang pastinya
selama ini ditunggu-tunggu oleh ibunya. Selama ini kerana sifat bertolak
ansur, wajah Fawwaz tetap berseri bila berterusan terpaksa beraya bersama
keluarga Cahaya . Tapi bila Cahaya pula yang bertolak ansur, wajah Fawwaz
nampak lebih berseri dan cukup ceria. Saat itu, Cahaya terasa cukup
berdosa kerana telah begitu lama mementingkan diri dan mengambil
kesempatan di atas kebaikan suami dan mentuanya.

“Su, mak kirim salam. Mak juga ucapkan terima kasih pada Su.” Ujar Fawwaz
lembut.

Sebak hati Cahaya ketika menerima salam dan ucapan yang disampaikan oleh
Fawwaz . Cahaya sedar, dia memang sangat beruntung kerana mempunyai mentua
dan suami yang sangat bertimbang rasa. Tidak pernah mereka melahirkan
rasa tidak puas hati di depan atau di belakangnya. Mereka juga tidak
pernah mengungkit tentang keburukan sikapnya.

“ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH…”

Alhamdulillah, tahun ini dapat juga Cahaya bersama-sama dengan suami dan
anak-anaknya untuk menunaikan solat sunat hari raya di masjid. Selalunya
setiap tahun pada waktu ini, dia masih di rumah. Jika tidak sibuk di
dapur, tentunya sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik mandi.
Keluarganya besar. Untuk makan keluarga saja, persiapannya bagaikan mahu
mengadakan kenduri. Untuk masuk ke bilik air perlu beratur dan menunggu
giliran. Di rumah keluarga Fawwaz , keadaannya agak lapang. Sejak malam
tadi, juadah untuk pagi ini sudah siap disediakan. Tanpa perlu beratur
dan mengambil giliran, pagi-pagi lagi dia sudah dapat mandi dan bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience