BAB 4

Drama Completed 312

“Lepas ni kita nak ke rumah siapa lagi?” Penuh ceria Cahaya bertanya.

“Su dengan anak-anak tak penat ke?” Soal Fawwaz perihatin.

“Mana ada penat. Seronok tu adalah.” Balas Cahaya dengan lembut sambil
mengerling anak-anaknya yang langsung tidak mengeluh.

Memang Cahaya dan anak-anak rasa teruja dan berasa cukup seronok dapat
ikut sama pergi menziarah ke rumah saudara mara dan jiran-jiran. Jika
beraya bersama keluarga Cahaya , aktiviti utama mereka hanyalah berkumpul
dan berbual-bual sambil melepak di depan televisyen. Aktiviti ziarah dan
menziarahi memang jarang menjadi agenda.

“Terima kasih Su, kerana sudi beraya dengan keluarga abang. Terima kasih
juga kerana memberi peluang dan mengingatkan abang untuk menjadi anak
yang lebih baik untuk emak dan abah.”

“Su yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada abang sebab dah banyak
bertolak ansur dengan Su. Su juga nak minta maaf sebab dah mengambil
kesempatan di atas kebaikan abang. Su jadi leka dan bangga diri dengan
sikap tolak ansur abang. Sebelum ni, Su ingat meriahnya raya ialah
dimana kita akan beraya. Tapi rupa-rupanya, meriahnya raya itu lebih
besar pengertiannya. Bagaimana kita meraikan dan siapa yang kita mahu
raikan juga dapat memeriahkan raya kita.”

Fawwaz tersenyum senang mendengar kata-kata dari isterinya.

“Kenapa abang tak kisah bila terpaksa beraya bersama keluarga Su setiap
tahun?” Soal Cahaya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience