Pada ketika itu, Dewi dan Cahaya sudah berkongsi tawa. Wajah Cahaya juga
sudah mempamerkan rasa bahagia bagi menunjukkan betapa bertuah dan
beruntungnya dia.
“Kau rasa, kau memang betul-betul beruntung ke Cahaya ?” Tegur Suzana
selepas Dewi berlalu untuk menyiapkan tugasannya.
“Eh, mestilah aku rasa beruntung. Bukan semua orang dapat peluang macam
aku ni. Dahlah dapat suami yang boleh bertolak ansur. Lebih bertuah bila
aku dapat mentua yang sangat memahami.”
Kali ini, Cahaya sendiri yang menjawab persoalan Suzana dengan penuh
bangga. Sudah biasa benar Cahaya mendengar soalan seperti tu. Menerima
soalan dari orang yang rasa cemburu dan tidak berpuas hati dengan
nasibnya yang cukup baik.
“Aku tak nafikan yang kau memang beruntung, Cahaya . Aku juga mengaku yang aku cemburu dengan tuah kau. Tapi aku rasa, kau dah salah gunakan sifat
bertolak ansur suami kau. Kau juga terlupa untuk menghargai mentua kau
yang sangat memahami tu dengan sebaiknya. Pernah tak kau dan Fawwaz
fikirkan tentang perasaan mereka? Minta maaflah kalau kau terasa. Tapi
sebagai kawan, aku rasa aku patut menegur.” Penuh lembut Suzana bersuara.
Tersentak Cahaya dengan teguran itu. Sebelum ini, tiada siapa yang pernah
mempertikaikan tentang perkara itu. Semua orang seperti meraikan dan
menyokongnya. Tanpa ada sesiapa yang mengambil kisah untuk menyedarkan
Cahaya tentang perkara itu.
“TAHUN ni kita balik beraya di kampung abang ya.” Beritahu Cahaya
kepada Fawwaz .
“Eh, kenapa pulak? Nanti tak meriahlah raya kita tahun ni. Anak-anak pun
tentu akan rasa bosan kalau balik beraya di kampung abang. Maklumlah,
keluarga abang tak besar macam keluarga Su.” Penuh bertolak ansur Fawwaz
terus memberi peluang untuk Cahaya dapat beraya bersama keluarganya sendiri.
“Dah tujuh tahun kita tak pernah balik beraya bersama keluarga abang. Su
rasa, tahun ni biarlah kita beraya dengan emak dan abah abang pulak.
Dapat juga kita sambut raya bersama adik abang dan keluarganya. Tentu
anak-anak Mira seronok bila dapat beraya dengan sepupu mereka.”
“Kalau dah Su kata macam tu, abang ikut saja. Biar abang beritahu pada
emak dan abah.”
Tak bertangguh, Fawwaz mengambil telefon dan menghubungi orang tuanya.
Share this novel